Wednesday, December 29, 2010

Spread the Love!!!!!~

Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who cant speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for a companion

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job

But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around

Life is a gift
Live it...
Enjoy it...
Celebrate it...
And fulfill it.

And while you are at it give love to someone today
Love someone with what you do and the words you say
Love is not meant to be kept locked inside of us and hidden
So give it away "Give Love to someone today!"


:: terjumpe file nih dlm folder. nak cukup syarat update blog, copy-paste aja!!

;p

Wednesday, November 24, 2010

perkahwinan itu bukan rasa gula aje.

menerima sms yg bukan kali pertama dari teman rapat yg belum sampai setahun menjadi isteri adelah satu perkara yg bukanlah enak.
saban kali aku terima sms dari dia tentang betapa stress, tertekan, makan hati dan mcm2 lagi. aku cuba beri kata2 positif sbb aku taknak kawan aku nih buat perkara2 yg entah hapa2. maklum lah org tgh bawak budak nih..org2 kata, emo terlebih. so aku cuba yg terbaik supaya aku tak mengeruhkan lagi keadaan. mmg sampai bila pun aku takkan phm situasi dia sbb aku taktau ape itu rasanya 'perkahwinan'. dan aku pun tak jugak tahu mcmana pulak belah si suami.

sebelum nih aku selalu reply sms dia, aku suruh dia sejukkan hati, bersabar, istighfar, kukuhkan tembok hati dan ntah mcm2 lagi lah...ape saje asalkan bukan aku suruh dia blah dari umah dia. tapi sms dia pagi tadi..ringkas. singkat. tapi aku dpt bayangkan betapa dia menahan beban hati. mmg kalau boleh aku nak ada kat sebelah dia bila2 masa dia nak..yg mana mmg takkan boleh utk aku buat. dan aku balas juga ringkas. 'ko mesti kuat. aku syg ko!'
aku betul2 harap dia tau yg deep inside mmg aku sgt mahu ingin dia menjadi kuat. demi diri dia. demi anak yg dlm proses dibentuk dlm rahim. demi perkahwinan itu.

mungkin ini juga pengajaran utk aku, pelajaran utk aku menjadi seorang sahabat dan teman. juga menjadi panduan utk aku kelak. panduan dlm aku meneliti hidup. panduan dlm aku menyusuri titi kehidupan. insyaAllah.

bukan semudah ABC utk aku bersembang gebang psl perkahwinan.
setakat melihat, mendengar, membaca..itu bukanlah apa2 pengalaman utk aku. aku hanya memandang dari luar. aku hanya penonton. aku hanya rasa yg tempiasnya sahaja. paling kuat pun aku hanya boleh berkongsi air mata, bersedu-sedan bersama. dan ya, aku mmg bahagia bila lihat sisi hidup bahagia mereka. mungkin aku ini tidak berapa diingat bila sisi bahagia itu yg sdg 'on air'. tapi itu lumrah. dan tidak aku kecik hati sikit pun. sbb hubungan itu adalah hubungan yg diredhai Allah. kalau yg couple2 selalu lupa kawan..ya, mmg selalu aku sentap hehe.

apa agaknya rasanya 'perkahwinan' tuh eh?
kehkeh dh mcm soalan SPM. ngekk.



:: aku bahagia juga melihat mereka yg menyambung meneruskan hidup
(eh bestnye senyum camnih!!!! hoho)


;p

Monday, November 22, 2010

jangan putus harap

org kata,
kadang kadang
sinar itu dtg bila harapan kita sudah hampir habis
dah jadi kabus pun
mujur angin yg dtg tuh tak sapu habis kabus yg ada

tapi
itu lah yg kita katakan takdir
takkan ke mana
walaupun hanya tinggal kabus
walaupun sudah tenggelam ke dasar sungai
mana mungkin kita tahu nanti ianya bakal dtg semula
mungkin timbul semula dan..dan..apa aja boleh jadi kan?

ini minggu ke-2 episod jadi superwoman
ya..mmg letih.
tapi bahagia. ngeee..

empat hari berada di bumi kelantan
benar benar aku rasa gembira
mmg aku tak ada ape2 bayangan psl kelantan
sbb yg aku tgk di tv, semuanya susahhh
ibaratnya mcm kelantan tuh negeri mundur yg takde pembangunan
dan kali terakhir aku ke kelantan adelah pada tahun 1996 atau 1995
mmg tak ingat.
masuk je kota bahru, aku dok toleh kiri kanan
seronok tgk signboard ade 2versi tulisan
cantik!
bangunan dia..pun cantik.
bank islam kat kelantan cantik
maybank kat kelantan cantik
yg dlm pembinaan skang, bazaar tok guru..pun nampak cantik!!
apa sahaja building yg ade di kelantan, mesti ada ukiran2 ciri keislaman
sape kate kelantan tak maju????

aku seronok tgk budak2 muda meniaga kat wakaf che' yeh
aku seronok tgk kaum2 wanita berniaga di wakaf che' yeh
aku seronok tgk anak2 diorang tlg meniaga kat wakaf che' yeh
bukan kat wakaf che yeh aje
kat gerai2 tepi jalan pun sama.
aku tgk dari mak, makcik, kakak sama2 keje
dan dari segi makanan nye..aku rase tak susah lah nak masuk
sbb kat mana2 pun dh biasa makan nasi kerabu
goreng2 dia pun sodap
cuma aku tak sempat pegi rantau panjang dgn pasar siti khatijah
sbb masa packed sgt..byk program2 lain.
insyaAllah nanti2 boleh lagi melihat2.

org kalau pegi kelantan mesti cerita shopping
tapi entah kenapa bila aku nak balik
aku tak rindu shopping sgt pun
aku mungkin akan rindu kat tgk building dia
signboard dia
billboard dia
kat mana2 ade aje org berniaga
dan kat ceruk mana pun ade aje org pegi
dan yg paling aku bangga
rumah2 yg besar tak masuk akal tuh semua org Melayu Islam

tetapiiiii
ade satu yg aku kurang sanggup
perjalanan nya amatlahhhh mencabar
baik pergi, mahupun balik
pergi kami ikut gerik, balik ikut cameron.
fuhhhh.
mmg mesti menjadi pemandu yg sabar
kalau ikutkan sgt hati, risau2 padah yg menunggu
patutlah ramai org kelantan bising bila nak buat highway
skang aku dh paham ehe

pegi kelantan kalau tak bawak duit byk pun takpe
bawak duit makan, minyak, then membeli2 dlm rm300 pun cukup dh cukup
setakat beli souvenir utk family dan kawan
dan jalan2lah sepuasnye, dan juga makan ngeee

kepala masih melayang2 teringat billboard2 kat kelantan
love it!!


:: nun wau ro wau lam, sin alif lam wau nun

;p

Tuesday, November 16, 2010

menjadi wanita

jumaat lepas sepupu aku kawen(lelaki)

takde istilah sepupu rapat atau tak sbb kitorang sepupu2 nih mmg giler punye rapat, org tgk mcm adik beradik dah.
dia umur atas aku setahun, yakni 27.

so lepas dia selamat nikah kat masjid lepas solat asar, kitorang balik umah dia.
lepak2..borak2..tgk hantaran mane yg tak setel lagik.
dan aku duduk di kalangan makcik2 sbb sepupu ramai tak balik sbb nak balik waktu kenduri belah kitorang.
disebabkan ade brg yg tak cukup..aku pun keluar dgn sepupu aku nih yakni suami org. hehe.
keluar aje lah..beli brg bagai(takde bagai mana pun..takat selotape dgn tudung haha)
gile rancak borak.
pastu nak isi minyak.
aku duduk di sebelah pemandu.
bila nak isi minyak, kompem lah pemandu yg turun.

mase aku sorang2 dlm kete, aku berpikir.
'hm..mcm ni perasaan menjadi wanita rupanya'
perasaan duduk jek dlm kete, org pegi isi minyak dan bayar minyak.
(oh ya..aku dh biasa jadi drebar, kalau tak jadi drebar pun aku akan turun utk isi minyak or bayar minyak bile time isi minyak)
so mase tu aku ade satu feeling.
berat tanggungan seorang lelaki.
menanggung wanita. dan diri dia juga.
tapi wanita. hanya menanggung diri sendiri.
si suami hanya utk di jaga, bukan ditanggung.
ini hanya ayat mudah lah.
kalau nak dipanjangkan lagik, hm..biar lah paham sendiri aja eh.

kalau di tempat wanita..seronok lah sbb semua suami buat.
semudah isi minyak, semudah isi angin tayar.
sbb tuh dah ditentukan tugas2 wanita sebagai isteri
yg paling mustahak, menjaga aib suami.
nampak mudah, tapi susah sebenarnye.
kdg2..niat nak bercerita, tapi rupanya kita terbukak aib suami.
ini lah yg kita katakan ilmu2 rumahtangga eh.

errr makin byk story, makin menakutkan ye.
peringatan utk aku nih.

ape yg aku rasa, jgn bosan mencari ilmu Nya.
sebagai isteri, boleh share dgn suami.
walaupun dah bersatu dgn suami, still ada ruang utk improve.
dan mcm aku dan seangkatan, nak yg baik..belajar lah supaya jadi baik.


:: ayam masak merah done!


;p

here we go

esok raya haji a.k.a raya qurban.

hari ni aku tak keje. masak.
ya..masak dan aku bukanlah pasangan yg serasi tapi perempuan dan masak kan ke sinonim kan so ape ade hal. rasa tu belakang cite..yg penting, menyumbang tenaga dan akan singkatkan masa proses kerja2 org lain masak kat dapur. ape lah sgt kalau takat goreng ayam, potong2 tu kan.
tapi kalau tanya aku masak lomak, rendang...err air tgn ibu kan ker lebih enak kehkeh.

seminggu aku tak bukak blog. kepala dh jadi biul.
sbb penat. sbb letih. smalam nyaris demam.
org parit kata 'dedor', org putih kata 'the door' haha.
tapi alhamdulillah lepas dh telan air masak byk2..berjaya lah menstabilkan suhu badan.

dlm seminggu, dh mcm2 bende dlm pale nih aku nk update kat blog. tapi now bila aku dok depan nih, aku dh lupe.
ini warm up nama dia.

ini minggu pertama kebizian aku.
every weekend aku ade keje kawen atau pun pegi menghantar org kawen.
this weekend hantar pegi kelantan. hehe yeaaahh kelantannnn. last pegi kelantan sekolah rendah. hoho.
dan minggu2 seterusnya pun aku bakal ke sana dan ke mari kecuali 1st week of december.
now baru 1st week aku dh rasa mcm melepek dah..huih kene amik minuman bertenaga nih.


ok. aku still blur.

cerita psl diri sendiri yg tak menarik pun.


bye.


:: mari pegi buat ayam masak merah. hoyeah!!

Friday, November 5, 2010

jadilah kuat

"Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan." (Riwayat Muslim)


:: teringat sorang kawan, dia banyak baca hadis. aku tgh menambah2 bacaan. ngee..



;D

a g a i n

yes.

kesimpulan yg pasti dan jelas.

CDM Bank Islam dan aku mmg bukan satu pasangan yg cocok.

mungkin aku akan isytihar perang.


hishhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


:: jgn lah block aku...........


;(

Wednesday, November 3, 2010

begitu benarkah sedih itu?

aku benci dgn kesedihan
aku benci dgn kedukaan

aku benci dgn org yg tenggelam dgn sedih dan duka
ape lagi bila sedih dan duka itu melibatkan luka
luka yg tak pernah sembuh
luka yg tak mahu jadi parut
darahnya tak henti2

kalau org sedih atau duka, aku suruh baca La Tahzan
kalau org meratapi kelukaan, aku suruh baca ayat suci Allah

dan akan buat aku lebih benci
bila semua itu berpunca dgn manusia berlainan jantina
tidak kira lah perempuan atau lelaki
sbb aku yakin, ada saja lelaki yg 'frust habis' sbb perempuan

tak patut rasanya aku bila aku benci mereka
sbb itu hal perasaan. itu hal dalaman.
tidak aku faham apa rasa mereka selagi belum aku ada di situ
tapi rasa hilang itu, serasa aku, sama sahaja
tidak kira siapa yg kita hilang.

ya, aku benci mereka sbb aku pernah begitu
tenggelam dan hanyut.
aku berfikir, itu lah 'hilang' yang tidak tertanggung dek aku

dan tuhan itu adil. Dia Maha Adil.
Dia mahu aku tahu apa itu 'hilang'
Dia mahu aku fhm apa erti 'pergi'
Dia mahu aku kenal hati aku, jiwa aku, juga iman.
dlm sekelip mata, aku tidak berbapa lagi.
bapa aku diambil semula oleh tuhan.
bapa aku cuma dipinjamkan utk aku selama 25thn setengah.
pagi pertama aku bangun tidur tanpa bapa,
aku benar kenal bagaimana perasaan 'tak mahu hidup'
aku merasa berat jiwa yg tertanggung
aku pernah berperasaan bagaimana tak mahu 'menerima dunia'
mujur tuhan masih ingatkan aku tentang iman
iman aku yg senipis ini. betapa kecil ketika itu aku rasa.
itu benar benar yang aku tahu 'hilang'.

itu kisah aku.

ini kisah dia.
aku tidak kenal dia.
mungkin baru mahu mengenal2
entah mcmana boleh aku ter'kenal' dia.
ya, aku sekadar kenal dia dari tulisannya.
dan kian hari aku kenal dia, makin aku tertanya2.
apa begitu parahkah 'sakit' yang pernah dia rasa?
yang sakit itu..'lukanya', 'parutnya' atau 'hilangnya'?
aku bukanlah org yg mahu menyelam hati org yg tidak aku kenal
tapi kala aku membaca dia bercerita dgn hati, aku tercuit
dan setiap kali itu aku terdetik 'bagaimana agaknya sakit dia ni?'

ya. benar. aku mmg tidak kenal.
aku mmg tidak tahu apa yg dia lalui.
aku juga tak layak utk menilai dia hanya dari tulisan dia
aku juga tak patut kata yg aku benci dia
dan ya, rasa ingin tahu itu ada.
tapi hanya setakat di situ, tidak melebih2.

kalau dpt aku sampaikan pada dia.
tuhan tak jadikan hari ini kalau utk kita memandang semalam.
org putih kata, past is past. and learn.
jgn sampai nanti kita lupa apa jadi hari ini sbb asyik mengingat semalam.
dan Allah itu sebenarnya syg pada kita
sbb itu dia dtgkan semua ujian ini
bukan semua org merasa hilang, sakit, perit ini
nanti kita dah imun dgn 'sakit' ini, kita jadi lebih kuat
'let go' yg selalu kita ucapkan, hanya kita yg tahu
jgn hanya sebutkan saja, ajar lah hati itu
hati itu boleh diajar.
ajar dia utk melepaskan.
saat kita mengingat semalam,
lantas kita tersenyum dan bukan menangis lagi
ya, itu baru benar melepaskan.
semoga engkau kuat.
bukan kuat menahan atau menanggung
tetapi kuat melontar, melangkah lantas berlari.


:: aku senyum. org putih juga kata; what doesnt kill u, will make u stronger.


;D

Tuesday, November 2, 2010

kekeliruan perasaan

aku penah baca dan jugak dengar tentang satu 'tipikal situasi'.
quote nya lebih kurang bunyi mcm ni;


kalau semua benda yg ade kat keliling kita tak betul, it is not about the surrounding yang tak betul..it could be kita yg something wrong.


lebih kurang mcm tu lah bunyi quote dia.
aku mmg tak lah elok sgt, dan aku sedar itu.
dan aku juga mengalu2kan segala teguran dan tunjuk ajar dr sapa2 pun.

aku jugak mengajar diri aku utk terima ape sahaja bentuk 'kekurangan' yg ada sekeliling aku. tak kira lah dari segi 'kekurangan' budi bahasa, toleransi, etika kerja, etika melayan pelanggan, etika melayan kaum keluarga dan sebagainya.
tapi ade satu benda yg ade pada aku, dan ada pada semua org juga.
yang mana, ada masa2nya aku takleh nak 'ajar' atau kawal lagi.
itu yg aku panggil perasaan.


aku taktau ape yg aku sedang alami skang nih adelah bersabar atau menahan amarah.



:: ya..mmg susah nak confess kat diri sendiri yg diri sendiri byk kene dibetulkan. tapi ape ade hal, habis kuat pun malu a.k.a segan dgn diri sendiri dan tuhan je. dan yg paling best, setan mmg menangissss ahhh.


;p

Wednesday, October 27, 2010

hanya pantulan emosi

sebenarnya perasaan ini enak. enak amat.
ini perasaannya apabila satu perkara yg dulu aku rasakan mustahil, menjadi nyata.
dan lebih enak, bila aku merasa dahulu sebelum ia menjelma di nyata. hehe.
hati dan aku masih menjadi partner yg baik! good job!!


*****************

hari ini tanggal 27Oct2010.
tanggal ini, setahun yg lepas, masih bersama2 makan kek.
tahun ini, makanan di sana lebih enak pastinya.

happy birthday apak!

al-fatihah.



:: lagu Mantera Beradu sgt puitis! belum lagi paham 100%. sape phm?


;D

Tuesday, October 26, 2010

dlm hati ade angin sepoi2

kdg2 best jugak layan perasaan nih.
best jugak feeling2, touching2, instinct2.
konon la.
lepas tu layan pulak cd Agnes Monica.
mmg sgt mantap!!
ha lepas tu sampai kedai, online
bukak pulak fb...haaaaa!!!
baru kaw taww!!(nih feeling budak remaja punya spelling ni)
amekk!!
lalu, sengih jek lah yg boleh.
dan tak lupa, ucap Alhamdulillah.

Allah sgt baik. terima kasih Allah.


:: yg silam tu bukan semuanye kita kene kambus habis.


;p

mood : Ma Yan

ada satu perkara yg sepatutnya aku dh buat dan setel tapi aku tak buat lagi mahupun sepatah perkataan. so esok aku wajib buat.
malam nih aku kasi chan kat diri aku nk baca 'MaYan' dulu kehkeh.

payah sungguh lah kalau dtg sakit malas nih. haihh.


:: nenong nenongg...



;p

Saturday, October 23, 2010

mata panas, hati beku

aku tak sepatutnya berada di 'new post' kat www.blogger.com ini
aku sepatutnya dh tido.
aku sepatutnya menenangkan diri.
aku sepatutnya biarkan mata aku ini sejuk.
aku sepatutnya rehatkan kepala aku
aku sepatutnya dh tutup lampu bilik dan lena.
aku sepatutnya takyah peningkan kepala.

entah apa yg kacau perasaan
entah apa yg membilaukan jiwa
dan aku jugak kelu
dek kekusutan yg sedang berserabut ini
dek diri sendiri yg tidaklah kuat mana ini

apa saja yg ade dlm kepala dan hati aku
aku simpan saja
bukan mahu menjadi poyo-polos-mengada
cuma itu yg terbaik utk aku buat sekarang
meluahkan, melepaskan, menyuarakan
hm bukanlah jalan terbaik
payah sebenarnya bila bertarung dgn perasaan sendiri ni
aku tau ini bukan saja2 utk dtg pada aku
aku tau ada yg boleh aku lakukan
atau mungkin sekadar peringatan utk aku?
atau mungkin dugaan?
dugaan utk aku menjaga hati aku supaya tidak membezakan sorang dgn sorang yg lain?
hm
mungkin.

benar, aku pohon
aku pohon Allah tunjukkan aku jalan
aku pohon aku masih teguh
aku pohon aku terus diberi kekuatan
aku pohon hanya padaMu ya Allah.



:: terlalu byk cinta yg kudamba (siti is on the list!!)


;)

Thursday, October 21, 2010

berdua dan si 'ketiga'

semalam aku ade sessi bual2 dgn kawan aku.
bual2 kat ym aje lah.
then dia cite satu story kat aku, sekaligus tanye pandangan aku sebagai kawan yg dah lama kenal dia.

bekerja di tempat baru, kawan pun baru2, so amek masa nak join2 dgn org lain. nak jadi kan sebab, ade sorang hamba Allah nih aje yg slalu keluar makan tghari dgn dia. dan most of the time; berdua. dan. dia lelaki. dan. dia seorang suami yg berumur awal 30an.
ntah cemana..aku laju jek ckp 'jgn lah weh. ko bujang, dia suami org.'
dan aku tau dia paham. dan sbb dia paham lah dia tanye pendapat kawan kan. sbb dia tau ape yg dia buat tu tak betul. dia sendiri tak rasa selesa. ini mukadimah je. bukan lah entry nih aku nak storyyyy psl member aku nih jek.

aku penah dgr satu ayat yg common org2 bercakap;
'ala weh..kawan2 aje lah. bukan ade ape2. takkan lah aku nak buat mcm tu kat bini dia'
yes. mmg kita takkan buat.
dan pada awalnya..lelaki tu pun takkan lah ade niat nak men'curang' sama isteri kan.
tapi ade satu lagik yg takde nak pk mcm tuh. itu lah yg ke'tiga' itu. yg ketiga itu dah berjanji, dah ikrar sejak kena buang dari syurga dulu. yg dia akan buat apa saja utk musnahkan keturunan Adam. dan the best part is, kita selalu lupa pada yg ketiga nih.
kita rasa iman kita cukup kuat. kita rasa jiwa kita cukup mantap.
sedangkan Adam dan Hawa pun terpengaruh bila makan buah khuldi dulu.
okeh..aku tak cukup pandai sebenarnya kalau nak bukak cerita sirah nabi.

kalau tanya aku.
kita bukan taktau semua tuh. cuma kita kena lah pandai2 sendiri, mcmana nak mencegah sebelum berlaku. takkan lah nak guna ayat 'eh ntah2 takde pun jadi mcm tuh, so buat ape nak cegah.'
hehe kita tau ke masa depan? tak kan. so?
takkan tak reti lagi nak pikir.
ape lah sgt hilang sorang kawan yg ade risiko 'masalah hati perasaan' berbanding ko teruskan tapi hati ko tak senang, dan yg 'ketiga' itu menari girang.
bukan lah hilang terus.
boleh jek kawan. kawan biasa.
kawan yg angkat2 tgn bile tertembung dan tanye2 kabar.
kawan yg sekali sekala pegi makan sama2 ramai2.

sbb bagi aku
dah nama nya perempuan dan laki laki
tak ada istilah 'teman tapi mesra'
teman adelah teman
mesra adelah ehemm
so tiada in between.
sbb dulu, adelah dlm 8-10thn lepas
aku sgt percaya
dua jantina yg berbeza ini boleh jadi teman tapi mesra, aku sgt yakin.
tapi aku mmg salah. salah sgt. semuanya kerja yang 'ketiga' itu. baik cepat atau lambat, hati salah sorang mesti akan terpesong..mula mahukan yg lebih, mula ada rasa yg bukan2.
so? =)

aku penah dgr radio beberapa thn lepas
seorang ibu, call radio.
tajuk story aritu adelah psl 'kawan baik lain jantina'(rasanya la)
akak nih story. dia ditinggal oleh sang suami yg lebih rela memilih 'bestfren' berbanding si isteri dan 4org anak(kalau tak silap). so? hum.
yes, mungkin lah ade bende2 'dlm kelambu' yg kita taktau.
but still, mengaitkan org yg ketiga(ini org ok.)
sbb tuh pada aku, cuba2 lah kita mengelak menjadi org ketiga gara2 si 'ketiga' itu.


perihal kawan aku tuh.
mujur dia pun dah rasa tak selesa, walau mungkin si kawannya itu tak ade ape2 perasaan pun. tapi mujurlah dia pun ambil langkah 'mencegah' berbanding 'mengubati'.

aku tak kata aku cukup hebat atau baik.
ini cuma ape yg aku rasa, pandangan peribadi aku. dan jugak suara2 yg berkata2 dlm kepala otak aku bila aku pk psl hal2 mcm nih.

'ala..cool la weh. chill!!'
err...dan yes, aku tak 'cool'.
benda mcm nih takkan menonjolkan bahagian 'cool' aku.


:: so aku 'hot' ke?? nguahauhauaahauha!!

;p

Wednesday, October 20, 2010

parkinson. parent. client.

semalam, sorang pelanggan lama dtg bertandang kat kedai.
bawak si kecik potong rambut. ya, si kecik yg dulu aku rase kecik je tapi rupanya dh nak masuk darjah satu. fuh..lame dh tak jumpa cstmr aku ni.

membuka satu kisah.
kisah pasal PJJ marriage. aku mmg dh sedia maklum yg dia n husband adelah PJJ couple since last 7yrs. dan dia cerita lah yg betapa sebagai isteri, kita kene byk bersabar dgn dugaan nih. dan faktor yg memainkan peranan penting adelah TRUST. kesabaran selama beberapa tahun nih berbaloi, si suami dpt transfer dekat sikit..dlm perak jugak. but still...nak berulang tuh mmg bikin semput. bayangkan lah tiap2 pagi n ptg kene tempuh journey yg sejam setengah.

dan dlm aku bersembang dgn dia, aku teringat kisah mak aku.
mak aku penah ckp, kalau bukan sbb memahami konsep sebenar perkahwinan dan asa agama yg kuat, mmg takde sape boleh bertahan dgn perkahwinan nih.
perkahwinan yg mak aku maksudkan adelah perkahwinan mak dan arwah apak.
dan pada usia aku yg nak ke-26 nih, aku berfikir secara matang. ya, bukan mudah..org yg kita cinta, yg waktu bercinta kita membayangkan akan kahwin-punya anak-idup dgn happy-boley holiday dgn anak2 sana sini...tiba2 selepas dpt anak ke-4(yakni; aku), start sakit. dan waktu dpt anak ke-5(bongsu)..arwah dh sakit pun. dan kalau dihitung, arwah apak mula sakit mase umur 38thn!

dan benar..dlm memori yg aku ade, seingat aku mase kecik..takde pun kenangan waktu arwah masih sihat. kalau ada pun, sikit sgt. dan mak aku selalu ckp, mak aku kesian kat adik aku sbb dia mmg tak rasa langsung apa2. dia membesar dgn keadaan apak yg sakit. sekolah rendah lagi dh kena jaga apak kat rumah. kawan2 pegi main kat luar sampai lewat petang, dia pukul 6 dh kena ada kat rumah.
tapi alhamdulillah..mase dia kecik, mase apak still keje kat estet. dia lah yg selalu kene heret dek apak ke sana ke sini naik jip..dan dia lah yg paling expose bab2 estet.dan dia lah budak yg umur 5thn tapi makan roti canai 2keping! haha what a memory!! dan mungkin sbb exposure tu semua, dia sorang jek anak mak apak aku yg melekat genetik pertanian. dan aku tau, apak sgt bangga bila adik aku blaja pertanian..dia boley bersembang dgn adik psl pokok n hal2 pertanian. (and sure aku tak lupa muka adik yg terkulat2 bila apak tanye certain2 terms kat dia yg dia hanya ingat waktu nak exam sahaje! kehkeh amek kaw!)

banyak kenangan indah sebenarnya.

dan aku jugak berfikir.

kalau lah
4thn lepas aku tak decided to quit my job dan balik kg, entah ape jadinya kat aku sekarang. mungkin terperuk-seorang-menyesal-tak-sudah. betul kan..tak ada bende yg kebetulan kat dunia ni. semua nih Allah yg atur. cuma tinggal lagi, kita nak ikut atau tidak aturan yg Allah dh sediakan utk kita. dan itu lah sifat manusia, selalu tak pasti dgn apa yg dirasa. masih lagi terjeling2 dgn bisik demi bisik syaitan yang kononnya suara hati.
ya, aku tak menyesal. tak ade ape yg hendak aku sesalkan. biarlah sebesar mana pun lambaian2 dari kl, setinggi mana pun nota-nota RM yg memanggil..keluarga masih teguh di ranking pertama. belum pernah aku menyesal sbb tak dpt ke panggung saban minggu (kdg2 jek mengeluh sbb tertinggal movie best2 hehe). tapi menyesal..mmg tidak. dan aku jugak syukur. Allah tentukan aku utk berada di sini; parit..mungkin ini lah suratannya. Dia mahu aku kenal diri aku. Dia mahu aku isikan masa2 yg kosong ini utk aku gunakan ke arah yg lebih baik. utk aku kenal..cari diri aku. untuk aku mengenal dan menerima realiti hidup di dunia nih. alhamdulillah.

dan aku jugak banyak berfikir
terlalu byk yg mak dah lalui. dan aku tak kata yg apak tak lalui apa2. aku sendiri taktau ape yg apak rasa. aku tak boleh berkongsi sakit parkinson tu. aku cuma boleh merasa sikit2 tempias emosi yg apak rasa.
dan aku ingat, sgt ingat.
beberapa minggu sebelum apak dijemput Illahi, apak pernah ckp kat aku;

'you should read this' sambil apak tunjuk buku warna biru yg aku present kat apak utk Father's Day thn nih. buku yg aku bagi in-advanced sbb dh beli awal. dan aku mmg tak sangka, genap sebulan aku beli buku tu..apak pun 'pergi'-seminggu sebelum Father's Day.
aku angguk sambil sengih2 kat apak.
'then u will know how i feel' yes, aku ingat ini lah kata2 apak mase tu.
'hehe..then not me only lah kan. include the brothers lah kan' aku ckp sambil gelak2 kat apak.
'ye laa...' apak ketawa skali. hehe. rindu apak.

mmg byk kekurangan yg terasa bila apak takda. dan kami semua kekok waktu awal2 dulu. kurang seri rasanya meja makan bila apak takda nak cerita itu ini. rasa ruang depan tv tu hambar bila apak takda nak komen2 psl cerita tv atau berita atau apa. dan channel sports dah tak berbukak sekarang ni. chongwei kalahkan lindan aritu pun aku tau dr berita, tak tgk live sbb aku pun taktau ade game. dan sedar2 je, sukan komanwel dah habis pun.

tapi aku tau. kekurangan yg Allah kurniakan ni, byk yg ingin Allah sampaikan pada aku sekeluarga. apak dah tak sakit lagi. mudah2an apak bahagia kat sana. berpuluh thn apak tanggung sakit parkinson. so skrg, apak dh dibebaskan kesakitan dunianya. aku mohon, mudah2an ape yg aku lakukan kat dunia ni takkan memberi seksaan utk apak kat sana. aku tau, ape saje yg aku buat akan dpt kat apak sbb aku belum kahwin. aku sentiasa mohon petunjuk utk aku jadi seorang yg taat dan solehah utk keluarga dan agama, insyaAllah.

dan tanpa jugak aku sedar, aku dgn mak makin rapat.
makin senang berbicara hati ke hati.
dan aku pun dh kurang gaduh dgn mak(ngeeeee). yelah bukan gaduh yg mcm dlm tv tuh..gaduh stendet anak pompuan dgn mak kan. abg2 aku pun dgn adik aku nan satu itu pun, makin terserlah kualiti2 nye. aku tau apak bangga dgn kami semua. dan mudah mudahan kami terpelihara pada pandangan Allah.

mak. alhamdulillah mak ok..mak makin kuat.
mak dan aku, byk berkongsi pendapat. dan sejak2 aku mengawal rasa sedih aku dgn membaca, byk hal2 yg aku dah tahu. byk hal yg aku makin jelas. yg plg penting, byk perkara yg buat aku sedar. aku syukur, Allah beri aku kekuatan dlm aku perbaiki diri aku. tidaklah mudah mana bila dh namanya perbaiki. baiki, maknanya rosak. so bende yg rosak, ko nak repair mmg lah kene sabar, kuat, teguh, berani.
mak ckp, kalau mak tak kuat bila hadapi ujian Allah dulu masa apak start sakit..tatau lah ape jadi. tapi kita org Islam..asas agama yg ada nih la yg tinggal utk mak. ape yg penting adelah nanti hasilnya kat sana; ya. dan mak ckp jugak. kalau apak pun tak kuat, tak trust mak..semua nih pun takkan bertahan. betul kan. kdg2 nampak kat mak jek. mak sabar, teguh. tapi di pihak apak pun sama sebenarnya. bukan mudah nak meletak kepercayaan yg bukan sedikit utk pasangan kita. nak cerita semua mmg tak terlarat nk type.


dan bila aku cerita serba sikit kat cstmr aku td psl mak dan arwah apak, dia angguk. dia pun sama, aku tahu. kdg2 manusia nih, kita cume kene berkongsi sedikit rasa kita. supaya kita istiqamah dgn apa yg kita buat. supaya kita takde nak jeling2 lagi pada 'bisikan itu'. =)

perkahwinan itu bukan setakat ijab dan qabul antara seorang laki laki dan perempuan. tapi banyak lagi yg kita kena fhm.
bersedia yg selalu ditanya sebelum berkahwin tu, bukan sekadar bersedia bangun pagi buat sarapan-atau bersedia nak menimang cahaya mata. tetapi bersedia utk percaya, utk berjuang supaya perkahwinan itu nanti berjuang mengejar syurga Allah.



tak salah kalau kita hargai mak ayah kita.
tak salah kalau kita sms 'happy birthday ayah!' atau 'mak apa khabar?'.
sbb ucapan yg ringkas itu lah yg buat diorang bahagia. bahagia bila tahu yg si anak ada ingatan kepada dia.
dan tak salah juga kalau kita sms 'sorry' bila kita baru lepas ckp talifon dan kita terr'tinggi' suara kat mak ayah. (yelah..kdg2 nk ckp sorry dgn mulut, berat sgt rasa nya)
tak salah juga, kalau sekali sekala usik mengusik sesama suami isteri walau dah ada anak 5-6org.
tidak juga menjadi salah, sang suami cuba2 main masak2 bersama anak2 utk kejutan buat si isteri.

apak. mak. perkahwinan. keluarga.




:: banyak sebenarnya cabang membaca nih. baca komik pun kira baca gak kan?? ngeee



;p

Monday, October 18, 2010

story of a hairstylist

satu pasangan suami isteri melangkah masuk ke kedai aku
aku menyambut dgn senyum
ape lagi kalau bukan nak potong rambut

si isteri duduk kat station
aku pun tgk rambut dia
discuss punya discuss
ok deal..dh dpt nak buat ape.
sbb mmg jenis yg pegi salon 2thn sekali
panjang gilaaa ok

1st stage; wash : done
2nd stage; cut : done
3rd stage; blow : hehe nih yg nak cite nih
aku suke blowcurl kalau rambut yg panjang2 nih
slalunya bila masuk bab blow, mmg sang suami akan duduk diam2 kat waiting area..dh tak dok sebelah isteri dah
so agak2 dh half aku blow, suami selak langsir
agaknye pk ape bikin lame benor
tapi ternampak rambut sang isteri half, dh lain
then kejap2 selak langsir lagi
selak lagi-pandang lagi
dan seperti biasa; pandang lamaa
yes pandangan itu.


pandangan itu yg aku tunggu
pandangan itu yg selalunya buat hilang penat keje hari2
pandangan itu yg bikin aku syg sama kerja aku
pandangan; cantik isteri aku nih~

ok..bukan maksud aku, isteri dia tak cantik
maksud aku, kita boleh kelihatan lebih cantik dgn different haircut yg betul.
dan jugak
yg sering aku sebut2 kat customer2 aku
'bertudung pun kene jugak cantik2..'
sbb aku nak buang mindset 'benda dlm tudung, ape ade hal'
tapi jgn terkejut
ade customer aku
yg aku sendiri kagum cara dia menjaga rambut dia
dan dia sendiri bahagia sbb kelihatan cantik di rumah

hehe..tak penah rasenye cite psl keje

pendek cerita
tak kira lah bertudung atau tidak
rambut mesti bersih dan buat kita rasa cantik
err jgn lah letak baby oil kat rambut ye
baby oil utk baby, bkn utk rambut
butakan mata utk beli hair serum yg berbaloi utk rambut, yg harumannya buat kita nyenyak bila tido


err takleh type panjang lagi..kang aku membebel psl cara syampu, cara pakai conditoner, treatment, bla bla bla...

ops lupe
4th stage; finishing : ngeeee
sang suami berdiri sebelah aku
pandang cermin
dlm cermin ada aku, sang isteri, sang suami
sang suami kebiasaannya senyum-pandang isteri-angguk2(ape meaning eh?)
sang isteri a.k.a the customer slalunye sengih2 happy(sbb slalunye kalau org yg simpannn rambut mmg ade masalah nak potong rambut melebihi 3inci. kdg2 ade yg mintak seinci jek. err dan aku slalunye suggest dorang potong lebih 6inci kehkeh).
dan selesai aku letak serum n bukak cutting cape n towel
sang isteri pun telek2 depan cermin dan bersiap bertudung kembali


dan sang suami ke kaunter
aku? yes bukak bil.


dan begitu lah cerita seorang pendandan rambut.



:: rmbt paling panjang adelah paras lutut rasanya penah aku cantas. fuhhh..

oh ya..dan aku masih mencari pekerjaaaaaaaa!!!!!!!!


;p

Sunday, October 17, 2010

tentang dua jantina yg berbeza

benar atau tidak??


1. bila perempuan diberi harapan, dia akan kecewa habis bila harapan tuh sebenarnya hanyelah gurauan bodoh.
2. perempuan selalu bertindakbalas 'keras' or harsh kepada org yg penah buat dia kecewa.
3. perempuan nih senang je nak bertindakbalas seperti yg sepatutnya, tapi bila dgn the 'right person' lah.
4. perempuan sanggup jadi mcm lelaki dlm lagu 'kekasih yg tak dianggap' by kertas??? (scary weh)
5. lelaki akan lebih usaha keras kepada perempuan yg suka 'reject' dia, but in the end bila dh succeed dia taknak pun perempuan tu.
6. lelaki buat2 suci, tapi sebenarnye dia hanyalah sorok 'diri dia'.
7. perempuan bukan nak 'fahrin ahmad' or 'alif aziz' or 'rosham nor' or 'remy ishak' (cukup lah 3karaktor nih nak kasi cth kan). perempuan cuma nak 'lelaki yg utk dia'. yang boleh 'menjadi diri sendiri' dan membawa keluarga sama2 masuk syurga.

8. perempuan suka kecewa tanpa sebab.

9. lelaki suke kasi perempuan kecewa tanpa sbb jugak.

10. perempuan adelah manusia yg serius.
11. ape benar? kuiz ni aku jumpe dlm kepale aku.




:: mahu marah. ini benar2 amarah.


:|

Saturday, October 16, 2010

penyakit apa taktau

entah ape sindrom
bila bawak kete, rase nak post entry kat blog
bila tgh takleh online, membuak2 bende dlm kepala nk ditaip

dan arinih..start kuar umah pukul 10pg
sampai pukul 9mlm, ade kat laman umah
mcm2 bende nk letak kat blog

tapi skang
dan 2jam 27minit aku online
kepale jem
sendat
ketat
nenong


oh ada lagu baru pulak tgh layan ni..since 3minit lepas
kekasih yg tak dianggap by kertas


:: sedih betul lagu ni..ade ke kes mcm ni? ishh


;p

ingat ni!



Allah Answers your prayers in 3 ways:
He says YES and gives it to you
He says NO and gives you better
He says WAIT and gives you the bestin His own time




:: belajar2 lah bersabar..ehe..


;p

Thursday, October 14, 2010

mitos berkata kata

sape yg mula cipta



'jgn tunjuk pelangi dgn jari telunjuk, nanti jari/tgn kudung'



???????????



i am 26 ok!! twenty six!!! dua puluh enam!!!


:: grrrr......

Wednesday, October 13, 2010

fenomena

mcm jadi trend, semua org sembang psl Maher Zain.

dari yg baik-merdu-insaf..sampailah ke topik konsert-pompuan-terkinja2-memalukan-dansebagainya. hehh ape aje lah eh.

so jom cite pasal Maher Zain.

pada aku, MZ ni tak salah pun. dia suka nyanyi...dia nyanyi lagu2 yg dia suka dan dia rasa boleh bagi sesuatu kepada org lain. mungkin juga dia berkongsi rasa. mana kita nak tau kan. aku ni pun tulis blog..kongsi rasa. nk tulis lagu? hahaha takpe lah..aku masih lagi sudi nak download lagu atau kdg2 kalau ade duit lebih, beli album. kehkeh.

dan kisah si MZ ni lagi..bukan lah salah dia rasanya bila dia buat konsert berbayar. sbb menyanyi itu adelah kerja dia. kerja dlm ertikata KARIER a.k.a CAREER. so? nak ker aku potong rambut org dengan free2 je?? memang tak ahh!! kecuali aku kata aku nak buat 'haircut amal RM5'(eh at least nak lepas duit minyak okeh). dan MZ tak kata pun dia buat konsert amal.
dlm erti kata lain lagi...dia pandai cari duit. dia pandai bila dia decided to be here, in Malaysia.

alhamdulillah..at least lagu2 dia boleh lah buat org2 lain bukak bijik mata dan hati hendaknya. ade je lagu2 lain yg best..tp ibaratnye MZ nih dtg at the right time and place lah bak kate omputih. dan harga tiket dia tuh...tak lah kategori mahal aku rasa. kalau org2 yg dh biasa pegi konsert, mesti deme tau dan tak bising pun kan. tiket tuh bukan setakat sekeping kertas yg ko boleh amek autograf Maher Zain nih jek.
sekeping kertas tuh bermaksud sewa dewan, duit musician, duit makan krew2, duit transport, duit lampu2 liplap, duit bayar si MZ nih menyanyi, duit organizer(ok..diorang nih bisnes ok, so mesti la nak untung).
so..nak banyak bunyi lagi??

haha bunyinya seperti aku backing si MZ nih eh. eh im talking about reality ok. menyanyi adelah kerja dia..so tak salah lah dia mencari rezeki keliling dunia sambil menunjukkan yg Islam itu indah.

perihal konsert plak. hmm.
hehe malas cite..itu sendiri mau ingat. tegur menegur tuh kan ker disuruh dlm Islam. so why not 'serap je ape saje teguran org'(nih aku copy kata2 kawan aku. tang 'serap' yg buat aku ingat tuh kehkeh)..
aku tgk konsert siti nurhaliza pun aku jerit2 tapi bukan tahap jerit mcm nak histeria tu lah. takat jerit bila dia lambai2 sambil tanye kabar n bile org lain pun jerit. dan, itu lah konsert kan? ehe.
selebihnya..tak mampu dh nak g tgk konsert. teringin tu stendet ah, tapi kalau dh tak mampu apo nk dikato.

pade aku mcm nih la..Islam itu indah.
lagi indah kalau kita lebih mendalami dan memahami dan praktik.
dan ya..aku bukan lah ahli ilmuan yg bijak pandai. tapi tak salah kalau kita mencari yg indah utk menjadi yg bijak. hehe.


:: nih lah jadi bile nak update blog sambil layan cd Maher Zain hehe


;p

Tuesday, October 12, 2010

kebenaran yg hodoh

ade ke kebenaran yg cun?

ade kot eh.


opss..kebenaran dlm konteks ini adelah bermaksud 'perkara yg benar'. bukanlah bermaksud 'keizinan'.

ini hal tgk movie lah nih. The Ugly Truth.
hehe stendet lah..aku kan tipikal. so mmg aku suke lah ending hero dpt heroin. dah name nye cerita..dorang kene lah kasik org happy bile tgk movie dorang kan. kecuali lahhh cite tuh based on true story ke..so aku leh accept kalau bukan happy ending.

tapi yg benar2 nye..mmg yg benar itu hodoh. bukanlah hodoh sebenarnye, cuma kita..aku..suke yg cantik2. kalau beli kasut, nak yg cantik2..selesa jatuh no 2. kalau beli handbag pun sama. baju pun mcm tuh jugak. ya..mmg ade jek bende hodoh yg boley kite terima dlm hidup, dan itu lah yg benar. kasut yg tahan lama itu hodoh..so accept jek lah. org yg betul2 syg kita tuh hodoh..jgn pk byk, amek jek..drpd ko nak yg chantek tapi ko merana 24/7. so hodoh nih sebenarnye universal lah kire kan.

dan sebenarnye..kita sebagai manusia yg dikurniakan akal yg hebat dan waras ini boley berfikir. kalaupun kisah lama kita hodoh, kita masih punya pilihan utk men'cantik'kan masa depan kita; iaitu dgn buat sesuatu pada hari ini. mane ade perkara yg berubah esok tanpa kita berbuat apa2 hari ni kan? contoh. semalam bilik aku bersepah. harini aku buat bodoh. esok, jadi lagik bersepah. oh yes..ade berubah, tapi worst. kehkeh. so aku kene lah kemas harini, so esok pale aku tak serabut...mata aku nyamann je tgk.
ini kire simple example lah kan.

ape sahaje yg ade kat atas muka bumi ini..takde yg perfect.
yg perfect itu hanya satu..Dia Yang Satu.
jgnlah kita kate mahukan hidup yg perfect..sbb perfect itu takkan wujud. bila saja ko rasa dah perfect..then ko akan jumpa lagik kecacatan. dan bila ko jumpa lompong itu, ade 2 perkara jek yg bakal terjadi. ko stress sbb ko tak perfect atau ko perbaiki lagi utk jadi lagi perfect. tapi still..perfect itu tiada. dan jgn lah kita..ko..dan aku juga..jemu utk cuba menjadi perfect. bumi Allah nih luas yg amat..Malaysia pun tak habis lagik jelajah. perak nih pun aku tak abis explore lagik. so..aku kene perfectkan diri aku utk jadi org parit yg perfect?? kehkeh.


jgn takut jadi hodoh. tapi jgn menangis sbb cantik.

semalam, hari ni, dan esok. jgn takut berubah.



yg pasti syurga itu perfect! ada anak2 muda yg tetap muda dgn bidadari bermata indah!!


:: pride & greed are hidden stones over which many people stumble.
(dont be one ok!)


;p

Wednesday, October 6, 2010

haish

satu yg pasti
satu yg aku rindui
ianya pasti
dan ntah bile aku nak buat lagi

yeah..aku rindu nak mandi laut.

nak mandi laut.

nak berendam.
nak swimming.


noktah.

Sunday, October 3, 2010

peraduan cerpen yg dh ade ending ;p

.............. dan sempurna lah bilik itu dgn adanya meja tulis itu.

ya..bilik aku dah ada meja! nak sebut meja study, aku nak study ape ye tak.
but yes..aku takleh kalau tak ada meja. biarlah sekadar meja hiasan sekalipun. asalkan ada meja. at least dgn pandangan ada meja dlm bilik..aku ada jiwa utk menyuruh aku bukak buku utk dibaca. tak kiralah buku ape skalipun. (komik pun buku kan? ngee)

dan yg lebih memberi great feeling adalah. ini adelah meja lama. meja kayu yg ada 2laci(tak main laci roda2 ok, ini laci yg pelapik dia kayu jugak..bila tarik keluar-masuk mmg bunyi oldskool). dan permukaan meja ini bercalar balar, bekas2 dh digunakan sejak tok dulu? oh tak sure tok atau onyang. rasanya tok punya meja lagiiiiiii besar. sikit lagi nak sama besar meja makan. dan sure lah aku tak ambik meja tuh utk bilik ni..kalau tak, errr ntah mane lah rupe bilik aku nih.

yes aku suke view dari meja aku nih. sbb mengadap tingkap.
walaupun aku taklah nampak ombak menghempas pantai,
atau pemandangan bukit bukau,
atau klcc,
atau puncak genting,
atau jambatan pulau pinang,
atau terusan anak sungai yg berbatu kecik.
yg ada hanyalah; laman rumah, jalan raya dan tanah seberang jalan yg ada pokok doyan dan pokok getah dan semak samun.
ya, at least aku yg dulu tahu kalau ade sape2 dtg rumah kehkeh.


tapi trust me lah..mmg great bile duduk depan laptop-layan fb-blog-pandang ke luar tingkap.


pergh! ade style? stylo habis!!



:: mar, mau try satu?? hahaha


;p

Friday, October 1, 2010

bicara ilmu

aku menonton dua bicara ilmu hari ni.

satu; al-hidayah.

kalau nak kawen, terutamanya yg anak2 muda ni..kene ingat 3 kunci utama.
1. kunci rumah. kalau tak ada kunci..mcm mana nak masuk rumah.
2. kunci kereta. paling tidak pun kunci motor. naik bas? bukanlah tak boleh naik bas, tapi kalau boleh sediakanlah kenderaan utk keluarga..ye tak ye pun nak zuhud atau romantik. ;D
3. kunci pejabat. mesti lah nak kene ada kunci pejabat. kalau tak, mana nak dtg pendapatan?


simbolik tak??? simple tapi makan dalam. lupa2kan lah chenta2 yg ngarut. kunci yg 3 nih make sure dulu ada.

dua; al-kuliyyah.

tajuk:bisikan iblis(rasanya bisikan..tapi belakang dia mmg iblis)

kalau sesusah mana pun kita, jgn mudah putus asa..Allah nak menambah pahala kita. kalau kita susah pun, pandanglah yg lebih susah.
kalau kita berkereta, pandang org naik motor,
kalau kita naik motor, pandang org naik basikal,
kalau kita naik basikal, pandang org yg jalan kaki,
kalau kita jalan kaki, pandang org yg tak ada kaki.
kita kena selalu bersyukur. jgn kalah dgn bisikan iblis.
iblis mmg tak suka kalau kita redha dan bersyukur.

masyarakat sekarang yg menjadikan bunuh diri sebagai penyelesaian masalah itu tidak benar.
di akhirat nanti, masalah mereka menjadi lebih teruk dan dahsyat.
mereka2 yg bunuh diri ini duduknya kat neraka jahannam.
so kalau dia bunuh diri dgn tikam pisau, dia akan sentiasa tikam diri dia sampai hancur. dan akan berulang2 selama2nya.
begitu jugak kalau dia gantung diri atau terjun bangunan. dia akan buat benda yg sama di neraka jahannam nanti..sampai bila2 mcm tu jugak.
na'uzubillah.


itu sebahagian yg penting yg aku ingat dan paham dan perlu aku share.
ya..aku mmg tak terer bab2 nak ingat sebijik2 ape yg ustaz tuh ckp. tapi lebih kurang mcm tuh lah isi kandungan bicara nya tadi.
ilmu2 yg bermanfaat.

so?

ade sorang kawan ckp kat aku

'ape ade hal kalau duduk oversea? it is just about plg kuat pun 24hrs journey then jumpa la'

so?
aku berpikir gak ape yg dia ckp.
yelah. betul jugak.
kalau ko duduk kampung sebelah pun, tapi tak menjenguk mak bapak kat kg sebelah, talipon pun tidak..ape ke halnye kan.

so dia betul?

aku : bukan psl tu..its about takleh nak balik tiap2 minggu makan mak masak dan kalau boleh pun nak balik tiap minggu, duit kene lah melimpah ruah. itu aje. tapi bagus lah kalau pegi tempat org..Islam pun menggalakkan kita melihat2 tempat org.

dia : ok.

so?

ok. ya, aku tak ada mslh pun kalau duduk jauh sbb aku bukan jenis yg menangis tiap2 malam nak duduk bwh ketiak mak.
tapi kalau jauh mana pun aku duduk, aku mmg suka balik rumah.
itu mmg betul 100%.
aku suka rumah aku.
yelah, sape yg tak suka balik rumah.
yes..aku tau ade org yg tak suka balik rumah.
lantakkan dia.
tapi itu bukan aku.
aku adelah org yg suka balik rumah.
walaupun aku duduk umah takat tgk astro 411 atau mungkin tv1 je.

waktu keje kat subang dulu.
habis keje pukul 9, tot tet tot tet pukul 10 gerak dr sana
dlm pukul 12 sampai gopeng.
lalu jek pekan gopeng-simpang pulai-bt gjh
aku sudah senyum-lebar



:: ya, aku mmg pure kg. parit ok!!


;p

Thursday, September 30, 2010

tunjukkan aku

muzik dari jiwa
lagu dari hati
cerita sepurnama
canda dan menangis

belum kuselami
caturan terjadi
lelah dipukul badai
apa mungkin terlerai

soalan tersendu
balas hampa bisu
tuhan tunjuk sesuatu
apa dia yg satu itu
tunjukkan aku
tunjukkan aku

apa bisa kucinta kamu sepertimana
aku dicinta kamu
aku dijaga kamu
atau kamu terlalu indah buat diriku
bidadari diriku
aku pun tak menahu

tunjukkan aku by boneca.

pehh gile lah weh takleh stop nk dgr hari2!
dulu setahun yg lepas mmg dh gile lagu nih..skang jadi gile balik.

tgk jek lah betapa deep lagu dia.
tapi band nih ala2 jek kan. yelah..belum lagi aku dgr kat radio(or ade kuar kat radio yg aku taktau cenel dia). takpe lah.
aku ok jek..as long as lagu dia ngam dgn jiwa dan telinga aku.
dan boley dilayan pada pukul 10.26pm mahupun a.m sensorang.

tunjukkan aku. tunjukkan aku..


:: tadi aku g mubaruk ipoh. pehh dasyat renovate! boley celen mph dah! serius boley jadi tempat lepak lepas2 ni. oh ya..dan banyak buku kisah2 nabi kanak2. ngee



;p

Wednesday, September 29, 2010

the quote~

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

warna warni hidup dek mereka.













:: pictures of my life. the colours thru the days. alhamdulillah.



;p

sharing some good things! read!

Keadilan dan Kepedulian | iluvislam.com + discover the beauty of islam




;D

lost then found

if u love someone/something, let it go.
if it comes back to u, it is truly meant to be with you.



familiar the quote??

ini quote yg sgt glamor waktu aku skolah dulu. semua org nak..semua org beralah bila ade org ke3 dlm hubungan..semua org rase bangga bila berjaya let go. tapi jgn kata lah sedih mcm apa.
ya..aku pandangan aku beda. aku melihat quote itu hanya dari sudut berhubungan berlainan jantina, zaman dulu panggil kapel.

tapi aku? aku lebih kepada gila mencari sahabat, mencari bestfriend. dpt? alhamdulillah..now i know what bestfriend is. takyah lah mencari..ianya ada kalau hati kita tulus. yg dicari2 dan dipuja2 dan dijaga2 itu, entah mana duduknya sekarang. habis jek sekolah, aku dh ada pandangan berbeza lagi psl quote nih. its about friends, things, mcm2 lagi.

dan sampai satu umur lagik..aku jadi mcm org zaman skolah aku dulu. cari jodoh bak kata wali band. yelah..means hubungan berlainan jantina. kalau ko 'teman tapi mesra' dgn org tuh, then lost and found..there u are!(mase ni dg berangan bakal bahagia) haha. tapi? ya, ada tapi nya. setiap kali yg lost itu menjadi found..aku sedar, berbaloi sebenarnya lost itu. sbb? sbb bila found, aku sedar 'dia/ia' dulu itu tidaklah berbaloi2 yg mcm dlm iklan tuh. ya, tidak sama sekali. sia2 sungguh tenggelam dlm perasaan, bergelumang dgn entah mcm2 'ideloji' itu ini berkaitan mainan jiwa dan perasaan.
org putih kata, nonsense! alhamdulillah.

dan semalam. fahaman aku juga berubah lagi. kali ini lebih berat.
byk rupanya yg tak aku dalami sebelum nih.
mungkin aku tahu..tp aku taknak, menolak utk memahami betul2 ape yg aku penah tahu itu.

now?
masuk bengkel, repair ape yg patut. insyaAllah.


nampak tak, kepala aku sorang pun boley ade sampai 5fahaman?
hanya dari sebaris(ya aku type jadi 2baris) ayat.



:: takleh stop dgr boneca!


;p

Tuesday, September 28, 2010

pendakian

I seek, I seek, I seek, I find
I find another hill to climb



aku suke lagu nih. banyak kali dgr pun takda hal.
tgh2 mlm mcm nih dgr lagi lah best.
then ini antara part dia. great.

betul. true.

bila kita mencari, dan mencari
jawapannya akan jadi
jumpa,jumpa, dan jumpa lagi
....another hill.

cuma..pastikan kita keep climbing
and do not give up. right?

oh berkata mmg mudah
bagilah peluang kepada sesiapa saja,
kalau peluang itu hanya utk ckp begini begitu,
sape saje akan rembat begitu saje

ingatkanlah diri, tegurlah diri sendiri,
to keep climbing the hill
so that we will find another hill
dan jgn lupa juga..tiap kali mendaki itu,
tiap ape juga cabaran, simpan sebagai panduan utk bukit yg lain.
mane tau nanti segala ape yg disimpan tuh
boleh pulak buat utk bawak naik mountain pulak.
insyaAllah. mudah mudahan.



:: listening to tunjukkan aku by boneca~great song!

;D

kedai buku is running inside me!

ini pasti. confirm.

bila dtg tika bosan aku. aku menjengah tetingkap 'ym chat'.
dan tiap kali dtg tetingkap menjengah berkata 'hi. asl' or 'salam. katne?'
akan ada respon dari aku.
lantas bila dtg pula pertanyaan berbunyi 'keje ape?' or 'keje pe?' or 'working as what?'
lantas..jwpn kegemaran akan menjengah juga..'jage kedai buku' or 'keje sendiri..kedai buku kecik2' or 'tlg kawan kat kedai buku dia'.
yes..kenapa kedai buku eh??

dlm tak sedar...dah lamaaa aku guna skrip nih. maaflah kepada yg menjadi mangsa. bukan mangsa pun..aku bukan buat ape2 kat diorang pun. dan mmg takde lagik yg melekat menjadi 'teman', atau 'kawan', mahupun 'sahabat' di kalangan mereka ini.
aku cuma nak elakkan kepala dorang berpikir yg bukan2 bila jawapan itu aku jawab dgn jawapan benar yakni; 'hairstylist' or 'keje sendiri..salon rambut'.

sbb?? aku tak gorgeous pun. aku tak hot pun...spicy apetah lagi. hm.

yes..ade jek yg terlepas yg aku bgtau jugak aku sapa. tapi mcm tuh jek lah. still..mereka expecting me 'the gorgeous hairstylist ever' or 'hot the panas hairstylist' or 'the vava vogue' or plg busuk pun 'the up-to-date dress-up hairstylist'. hu??

di mana.
yang ada.
hanya.
'the really2 ordinary-26y'o-girl-muslim-with-ordinary-life'
oh ya..tambah lagik
'and-really-love-hairdressing-and-hair-so-much'
but still
'she is just an ordinary person ever'
do not expect anything.

eh bukan nak cite psl tuh sebenarnye

aku nak cite psl kedai buku.
setelah sekian lama menjadi tokey kedai buku di alam impian semata, aku berpikir kalau2 ianya boley direalisasikan menjadi nyata. mungkinkah kawan2?? seronok melihat buku2..menelek buku2..bau buku baru..bace buku. ya..mungkin boley mula dgn komik saje kan?? sambil ditambah sikit sikit buku ilmiah. oh ye..kat kaunter tuh ade jual gule2, lollipop, smarties. ade jugak chewing gum.

nampak sgt influence by kedai-komik-di-jj-ipoh kehkeh.

tapi serius..aku serius ni..hm..ok nanti aku try tgk mcmana.

(aku rasa mesti dh lebih 44org yg aku ckp career 'dlm mimpi' aku tuh) ngeee..



:: mar;ok tak design baru? jelas? (baru teringat contact lense ko tak cukup power hehe)


;p

maafkan saja

ada sesuatu yg aku pasti

memaafkan adelah perkara yg mudah dan jugak sgt susah utk dilakukan setiap manusia. dan persoalannya; kenapa?

mase aku pegi kursus prs zaman skolah dulu, dia kata..soalan 'kenapa' tak boley ditanya kepada org yg mengadu masalah pd kita. tapi bab nih mmg aku kene sebut kenapa jugak.

yes..kenapa susah nak memaafkan?

dan tahukah anda...andai anda tidak memaafkan org, ilmu sangatttttttt susah mau masuk dlm kepala mau pun hati. dan bila anda berumur 26thn..anda akan tertanya2 'kenapa aku tatau bende nih sedangkan waktu skolah dulu sah2 ade blaja'. hm..itu yg agaknye dikatakan benak hati?? entah.

ok berbalik pada topik asal...kenapa?

kenapa susah memaafkan?
kenapa ramai suke kasi jwpn 'aku bukan nabi' bila org kata 'nabi pun ampunkan ummat'?
kenapa sanggup simpan berpuluh thn? ade yg sampai bawak ke mati?

sbb bile pk2 balik pun..walau ape pun jadi, sebesar mane pun krisis yg penah jadi antara mereka..past is past. bukan boley patah balik pun..pilihan yg ada hanyalah memaafkan. dua2 dpt pahala. kalau taknak maafkan..sorang tak tenang, sorang hati hitam. uihh hitam tuu.
dan kalau pun org yg tak dimaafkan tatau pun dia ada buat salah, tak ker letih si polan nih sbb dok simpan dlm hati yg dia taknak maafkan org tuh? dah la org tuh tatau pun dia dh terbuat salah kan? so? maafkan aje lah. yang paling layak utk mengadili semua nih hanyalah Yang Maha Adil. Dia aje yg lebih tahu semuanya.

dan..sebenarnya, bila kita memaafkan org itu dgn sepenuh jiwa. dan buang segala dendam yg tersimpan, segala perkara jadi mudah. segala benda nampak indah. sikit je silapnya, sbb dendam a.k.a tidak memaafkan.
entah kenapa perlu ada 'aku tak boleh lupa..sampai rasa mcm berdendam'. setan berjaya. buang yg hitam, ambik yg jernih dan putih. kalau ada yg tak elok, jadikan panduan di masa depan utk membina landasan hidup. ya.

sbb bukan apa..jgn nanti sampai satu masa, jenuh kita nak mencari org tuh di 'sana' esok utk kita pulak mintak maaf. janganlah rosakkan hati.
takda apa ruginya kalau memaafkan.



ingatan ini utk kita. ya..aku juga.
jadilah org yg mudah memaafkan. insyaAllah.





:: julia roberts belakon!! nak kuar dh movie nih!! jom??

;p

Monday, September 27, 2010

hujung thn dah rupanya

today status : duduk rumah
reason : pegi ayer tawar to do some stuffs
now : at home sambil blogging?? kehkeh
activitiy[ies] : so far buat cucur bawang ikan bilis. mungkin takkan ade plural haha.
status : done. kejap lagik baru g dapur balik utk makan


aku rase betul lah kan (mesti ada yg akan kata 'mmg lah betulllllllll')...setan kene ikat waktu ramadhan. aku punye aktiviti membaca makin susut sejak2 syawal nih. dan ilmu2 yg ade dlm pale aku pun mcm makin2 pudar sikit demi sikit. dlm erti kata lain..aku kene remind myself lah.
(aku takleh salahkan setan sbb itu keje dia..so mmg salah aku sbb alpa) ngeee..

harinih aku menambah bahan bacaan. tajuk bahan bacaan aku adelah mengenai 'membaca'. so bile aku bace tajuk tuh jek pun aku dh mcm kene lempang sedasss sbb aku mmg perasan aku malas membaca sedangkan bende yg ditunggu utk dibace tuh tgh Q baekkk punyaaa. insyaAllah.

dan juga..harini aku setel call org yg lameeee dah aku nak call psl sumthing related to bisnes. alhamdulillah dh call. so aku tgh pk bile pulak aku nak g ipoh utk merealisasikan perkara2 berkenaan. dlm mase terdekat nih mmg eloklah sgt aku rase sbb tgh fresh lagik kepala aku dgn hal2 yg aku nak kene buat.

juga..aku masih mencari pekerja. yes...tolonglah kawan2 kalau ade kenal budak2 yg pernah amek course rambut, mintaklah keje dgn aku. aku taknak dah budak 'zero knowledge'. bukan under estimate atau double stendet ke ape...tp mmg ade lah kekurangan2 bile amek budak zero knowledge nih. entah lah...kalau kene budaknye, mmg lah ok sgt amek budak zero nih. tgk lah mcmana. tp ape2 pun..1st choice aku adelah budak2 freshies yg amek dandanan rambut a.k.a hairdressed. so plz...kalau ade terdengar ke ape, sila kasik phone number aku or bisnes kad aku ye sahabat2 yg dihormati.

aku juga sedang membayangkan kehidupan aku utk bulan 11 dan 12 nanti. sbb..raye aji cousin kawen kat kelantan, the next week dia kawen belah batu gajah(kene keje), sehari lepas tuh pun sama, seminggu lepas tuh takde job, seminggu kemudian ade 2org cousin kawen kat jhr(cnfrm balik 3-4hari lebih awal), the next week gyah nikah n majlis, seminggu kemudian jumaat ade nikah kat kg nih(keje), then terus desupppp g melaka utk make up gyah sabtu(bawah pedang wehhhh), seminggu lepas tuh asiah nikah n majlis. wahhhhhhhhh...lazattttttttttt!!!!
aku kene standby buat body massage dgn reflexology awal2 ye hahaha. juga memastikan akaun bank ada 4angka sbb nak sopping di kelantan hahahahaha. (eh aku bukan kaki sopping..dan berada di kelantan adelah perkara pada thn 1994!!) gile lame!! so? mestilah bestt!!
dalam keseronokan aku melihat jadual aku yg begituuuu........bagaimanakah dengan kedai aku???????? siapakah yg bakal berada di kedai sementara aku ke timur dan selatan dan barat dan utara?? haiyaa. insyaAllah...ade lah nanti tuh kan. buat ape nak risau bende yg belum tentu dtg.

so?? yess nak pegi makan cucur.

doakan aku dipermudahkan dlm setiap urusan dan mendapat redhaNya. amin.



:: oh ya..satu lagik, weekend yg mana utk ke cameron?? hmm kehkehe



;p

Saturday, September 25, 2010

enjoy the pics!!

okeh ini adelah novel yg aku tgh bace skang nih. the 3rd novel of the month! gile!!
haha. now tgh bace the 3rd story of the book lah.
hoho marilah membaca!!
oh yes..sila lah beli..cerita dalam nih semua best!!



sape paham???
hahahahhahaha..
dah dua kali aku lalu sini...1st time tak sempat snap, then last few days aku lalu lagik so aku amek ah.
location : ade laaaa.......... hahahahaa



yang ni plak?? hmm
tudung with 'seluar mandi' and kepit baik punye dgn org sebelah.
hmm..just take it as a lesson utk kita.


:: fikir2kan dan selamat beramal......

biku2 jalan

there is a moment in your life

u dont get wut u want
u dont get wut u think u deserved
and u just dont know what to feel
or what to expect

or maybe u cannot expect anything from others
or maybe this is what u deserved

and whatever it is
be thankful
everything happens for reason[s]

org putih kata
go with the flow
and always remember who u are


insyaAllah.
permudahkan segalanya ya Allah.

Friday, September 24, 2010

kawenlah anda bila serunya tiba

hidup bukan setakat membesar-sekolah-belajar-keje-KAWEN

sambung lagi kawen-anak-besarkan anak-dpt cucu


is that all???

ya..aku adalah tipikal manusia yg suke happy ending kalau tgk cerita, atau bace cerita, atau bace novel, dan seangkatan dgnnya. sbb tu aku suke komik kot..sbb komik mmg penuh dgn hidup di atas awan. best kan? dan aku tak suka cerita melayu yg ending dia, heroin mati. mati?? senangnye? atau lagi satu yang palingggg aku menyampah....ending dia MIMPIIIII!!!!!
ape motid buat movie tapi end up nye hanyelah mimpi?? boley buat mimpi...tapi buatlah movie yg kartun2 yg best...hmm menarik.

okeh..sebenarnye aku nak cerita psl lain. bukan psl movie. bukan psl komik.

utk umur aku skang dan keadaan semasa kini..kisah kahwin sgt lah tiptop kelas satu! sampaikan ade yg buatkan tuan badan stress memikirkan hal yg takleh dipikir nih. bukan sbb ape..sbb diri sendiri taklah desperate nak kawen tapi keadaan keliling a.k.a sedara mara a.k.a kawan2 yg tak rapat(sbb yg rapat mesti tau kisah hidup kita, so dia takkan push2) tak kira jauh atau dekat, bau bacang atau bau quinin. hm. then dari ape yg aku perhatikan...dr ape yg aku bace, dan aku dgr, dan aku lihat. hidup bukan lah hanya semata utk kawen. hidup bukanlah hanya hendak mencari suami atau iseri. sbb dah tentu2 perkara yg baik akan sampai juga pada kita bila kita usahakan ye tak? usaha tak semestinya pegi masuk ruangan cari jodoh atau lantik ejen mencari jodoh..usaha meningkatkan lagi kualiti diri supaya nanti yg bakal memimpin itu juga seorang yg berkualiti sebagai ketua keluarga.
ade betul? yes!!

yes..thn nih ada DUA org sepupu aku nak kawen. eh bukan...ade EMPAT!! dua belah mak, dua belah apak. dan dari 4 tuh...2 dari nye adelah muda dari aku. kehkeh. thn depan abg aku kawen..bulan februari insyaAllah. aku penah ckp..kalau katakan aku terrrrkenal dengan sesiapa yg mahu dgn aku dan mahu memimpin aku dan mahu dan mahu...aku nak langsung skali dgn abg aku sbb jimat!! tapi bila melihat angka bulan 2...kehkehekhe mimpi lah weh! dan kalau benar dan benar...dan insyaAllah menjadi...sepupu tersayang aku yakni juga bestpren ever after aku si watie juga mau menamatkan status bujangnya thn depan...wuihhh. mau petak pale aku..sbb nanti takde dah ahli2 meja petak di kala aku pegi ke kl. haiyoh.


ape pun perancangannya...jika perkara itu baik dan lillahita'ala...insyaAllah. dan jgn risau..aku takkan jahat sgt tak kasi korang2 yg rapat dgn aku kawen kalau dh namanya jodoh korang. yg penting, jgn lupe kat aku bile nak pilih baju pengantin!


:: ini lah jadi kalau bace novel JS nih. dan juga hlovate. mule lah mood kawen dtg membuak2.

Wednesday, September 22, 2010

rabu bukan isnin okehhhh

ape ke hal fesbuk nih menspoilkan mood aku nih? aku cube bertahan utk tidak hilang sabar di hari rabu begini...sbb slalunye org tension hari isnin...tapi ini rabu okkkk!!!
aku nak reply comment satuuuuu jek lagik nih...tadi dh berjaya reply beberapa. tetibe satu yg penting nih takleh plakk. dan satu lagik msg kat inbox yg agak penting!!
nak cube bernafas nih...fuh fuhh fuhhh.
eh serius menyakitkan hati ye. dh la kat luar hujan lebat. hati sudah panas nih.

tolonggglah celcom...broadband kaw mcm ubat gegatt!!!!! takat hujan sikit mcm nih...3g ade 3bar tapi takleh load fb???????????????? errrrrrrrrrgggggghhhhhhhhhhh tolong sabarrr ye diri sendri.


nanti aku post lain. takleh running pale aku nk type ape dh nih.

Tuesday, September 7, 2010

tahukah anda?

kalau minum berdiri, rahim boley jatuh.
; thats why lah org2 tua dulu2 cukup pantang kalau minum berdiri eh. haiyoo. dan dlm Islam pun suruh kita minum sambil duduk
: dan aku kini..tiap kali letak gelas kat bibir, berenti 2saat then baru trik kerusi kehkeh.

aku tak suka Bank Islam Seri Iskandar
; bukan aku tak suka psl ape, tapi aku mmg fobia dgn CDM dia. cash deposit machine dia sgttttt menyeramkannn!! dulu aku trauma dgn mesin telan duit tuh sampai aku tak g bank berbulan2. bayar semua pakai cash. kalau nak bank in, sanggup panjat tangga masuk kat kaunter. biarlah org kata aku nih tradisi ke ape. dan tadi..niat murni aku utk mengembalikan keyakinan terhadap CDM tak berhasil. dgn semangat berkobar2 nak masukkan duit, skali duit kene pulang sbb kedut2(haa ni lagik satuu...duit tuh kerasssssssss ok, cuma kedut yg sgttttttt sikit tapi takleh gak lepassss). asalnye half jek yg lepas..eh tak sampai half pon. then aku try sekali...kene pulang balik, 2kali, kene lagik...kali ke-3 aku dh nekad, berapa yg boley aje lah. then tibe2. transaksi anda dibatalkan!! wooo...dulu bila keluar bende tuh, dgn duit2 aku pun dibatalkan dlm mesin tuh. berdebar siottttt. mujur dapat balik semua. dan usaha aku utk mengembalikan keyakinan aku telah punah ranahhhhhh. mendaki tangga lah jugak aku ke atas.
(mar: aku suke Bank Islam Taiping...sekali masuk jek terus) ;p
: so, aku rasa..mmg aku disarankan utk mendaki tangga curam Bank Islam nih lah. pasnih2 pun aku rasa aku naik tangga jek lah walaupun rm50henget jek eh.

sepanjang jalan dr bota kanan-siputeh, ade 2-3speedtrap(minimum yg aku tau)
; hohoho jalan ini kaya dgn speedtrap. adekah sbb org2 perak tengah nih kaya raya? oh tidak, sbb org2 prk tgh dah tau port2 brader polis pegang camera so mmg awal2 dh angkat pedal minyak sehingga turun ke 80km/j(walaupun sebenarnye limit 90km/j). janganlah rasa malu2 utk bawak slow di jalan ini kerana apelah sgt kalah race dgn kete myvi budak uitm berbanding kene bayar saman rm300.
: nak tau kat mana, pm aku!

pekan parit jammed waktu raya
; dulu waktu skolah, cikgu aku tanya aku dok mana. aku kata lah parit. then dia pun ckp...ooo parit, ghost town. ghost town ko ckpp cikgu??? aku blur ye..sbb walaupun parit tuh mcm tuh, tapi dia sentiasa subur hingga kini. oh cikgu tu ckp cmtu sbb dia kate, pukul 8mlm dh sunyi sepi haha. stendet ah weh...mcm ade jek mapley nak lepak...mcm ade jek tempat snooker...mcm ade pulak kopitiam hehe. insyaAllah coming soon. naikkan martabat parit! hoyeah!
okeh..ko tau, kalau raya..kalau ade hati nak pegi bt gajah or ipoh, jgnlah ikut jalan dekat yakni lalu pekan parit.....sbb jem dia nunnnnn sampai kg raja!!(experienced) ini semua adalah bahasa2 yg org tau jek yg phm kat mana duduk letaknye ini semua. sila lah ikut bota kalau nak ke ipoh..walaupun jauh dan penuh dgn polis2 saman, tapi tidaklah ko akan terlepas bas kalau nak berkejar ke medan gopeng.
eh bukan pekan parit jek...jalan depan umah aku pun dh start ade byk kete, dan mmg gaya2nye itu semua kete2 org yg balik kg setahun 2-3kali nih. kehkeh.
: cikgu, parit mmg ghost town tapi parit ade pekan senayan! ;p

dalam masa lagi 2hari, laman umah penuh dgn kete!
; hoyeah...thn nih akan kira kete lagik bape yg ade kat laman umah! hahaha..itu lah koje aku dgn poden a.k.a adikku bile raye. arinih baru cousin aku dgn suami n anak2 yg balik so tmbh satu kete...esok tak sure berapa kete lagik tambah. hoho. dan jugak membilang juga berapa ahli keluarga yg ada dah thn nih! oh yes..kdg2 org takut dtg raye sbb nampak kete byk, tp yg sebenarnye orgnye takde sbb dh sumbat dlm kete2 lain pegi beraya. sian aku tunggu org. hehe. eh jemput lah dtg!!
: pendek cite..raye lg bape hari, bilik aku mcm tongkang pecah sbb smalam gatal nak kemas(konon)...skaliiiiiii baju2 belum berlipat, baru susun2 jek.


oh lagi satu..raya2 nih, marilah kita bermaaf-maafan.
; buang yg keruh ambik yg jernih. tak guna kalau nak bermusuh mahupun berdendam sesama muslim..susah nanti nak cari kat padang mahsyar. ;D
: Salam Aidilfitri semuanya. Maaf dipinta kepada semua sepanjang masa kenal2 kita nih. insyaAllah kita menjadi insan yg lebih baik menjelang Syawal ini!

nampak umah nih...singgah lah eh. kasi salam dulu pape hal pun.

peace no war!!


see u around 10days from now?? kehkeh

Sunday, September 5, 2010

cerita gigi


motif gambar sebenarnya nak tunjuk rambut baru dia. baru potong and blow tadi. dan fringe anak dara(dulu2 fringe dia mesti aku buat tegak..now tak main tegak2 k, mesti mau selak2 style haha). tapi satu lagik fokus adelah gigi! ya..sarah dah takde 2gigi depan!


rasanya aku penah cite psl budak kecik nih. ini adelah anak jiran kedai aku nih..merangkap bestfren aku sbb dr aku bukak kedai nih sampai skang jd customer aku. kire since umur dia 4thn!! wallamakk...cam tak caye jek.

disebabkan dialog aku dgn sarah tadi pasal gigi(dia merungut doctor dia tak best haha), so aku teringat kisah2 aku dan gigi.
dulu kecik2..aku g cabut gigi dekat klinik gigi ngo. sape org ayer tawar mesti tau..glamer klinik nih! skang klinik nih dh besarr. zaman nak cabut gigi susu dulu, sgt seronok ye kalau nak g cabut gigi. hoho sgt pelik bile org ramai takut klinik. aku dulu menggedik2 bile dgr nak g klinik gigi..sbb suke jumpe doctor, nanti dpt belon dgn cekelat(gula2 aku panggey cekelat okeh). tapi kalau ikot logik, mmg bukan dpt makan pun cekelat tuh..yelah budak2 ye tak.

dan aku jugak bile besar2 nih baru tau psl campak-gigi-atas-bumbung-umah. hu??? eh serius eh aku mmg tak penah dgr sampai umo aku belasan thn. dan aku taktau ape jadik kat gigi aku dulu. kalau campak gigi atas bumbung, gigi leh jadi cantik eh? sbb gigi aku tunggang langgang sket haha.

dan setakat nih..semua geraham bongsu yg tumbuh, semua tak tumbuh betul. salah satu dh kene cabut walaupun geraham tuh baru jek keluar. sbb? sbb dia tumbuh senget..so tiap kali aku menggerakkan rahang, mesti tergigit pipi belah dalam. sakit ok! dan penat asyik nak kembungkan pipi sebelah. at last, doc kasi 2options ; 1. cabut. 2. tunggu sampai dia tumbuh elok dan tegak sendiri. haiyoo...kompem lah aku cabut. ngeri weh waktu dia cabut tuh. ko bayangkan gigi yg sgtttttt kuat tapi dipaksa cabut. bunyi akar yg kene paksa cabut tuh ngeri ye. then aku gelak bile dh cabut sbb pelik tempat geraham tuh lompong..geli2.kehkeh


seingat aku..plg kurang,3thn dah aku tak g klinik gigi...eh 2thn kot. haiyakk. tiap kali gigi sakit sbb lubang, baru teringat nak g klinik tapi aku tau klinik akan suh balik sbb takleh buat waktu gigi tgh sakit. tapi stendet ah kan..bile dah tak sakit, lupe lah terus haha.

pas raya nak buat gigi tak? tgk ah kalo sakit hehe.

Thursday, September 2, 2010

mari berbangga

perasaan tika ini : lega sbb dpt ketemu 6mata sama teman2 kencan2 haku. walopon hanya duduk dlm opis bertemankan meja dan buku2 bil(hehe) dan kemudian disambung ke parking lot. hoho walau tak puas tapi sgt gembira. thanks weh!


****************************************

aku akan bangga BILA

'bisnes bersama' aku berjaya sama2 dgn kawan2 dan cousins dan berkaitan darah dan daging
satu masa dulu aku selalu ckp yg bisnes share2 nih tak payah..nonsense..buang masa..bahaya..and mcm2 lagik. yes kalau share mmg selalu bermasalah. tapi kalau buat sama2..aku rasa takda hal. insyaAllah berjaya. dan itu lah doa aku utk bisnes yg bakal mendatang nih. ya Allah..mudah2an segalanya berjaya terlaksana!!

civic hybrid jadi milik aku
rasenye dah nak sampai due date dah civic hybrid aku nih. skang nih dh bulan 9, ade lagik 3bulan nak abis 2010. fuhh.

ramai lagik anak2 melayu dan Islam pandai buat rambut
ramai yg ckp, tak ramai org melayu pandai potong rambut. actually mmg ramaiiiiiiiiiiiiii. cuma ramai yg cuma jadik staf jek. dan jugak ramai yg lelaki. dan perempuan ramai benti keje nih sbb kawen n beranak pinak. hm sedih ah. meh lah teruskan delegasi(eh betul ke ayat??haha).
pendek cite..marilah meramai2kan lagik pekerja2 bidang ini. buanglah tagline 'hairstylist mesti vogue2'.


hoho ade TIGA aje ke bende yg leh buat aku bangga??? hahaha tak sebenarnye. banyakkk weh tapi tak reti nak type mcmana.

okeh..nak sambung tgk tv. esok siang sambung.

status: popia mini dollah mmg sedap!! kehkeh burkk alhamdulillah...


;p

Wednesday, September 1, 2010

statement

ada pepatah berkata
'jgn percaya ckp org'

ada jugak radio kata
'fakta atau auta'

org putih pun ckp
'dont judge a book by its cover'

kisah yg aku nak cakap nih adelah psl bende nih lah
psl statement2 kurang sihat yg semakin menular dlm budaya masyarakat kini (aku tau bukan melayu jek...bangsa lain pun sama)

antara nya
gelap itu seram, seram itu hantu, hantu itu takut
panjat itu tinggi, tinggi itu jatuh
lari itu bahaya, bahaya itu tergolek
fizik itu susah, nanti exam tak pass, jgn amek fizik
sejarah tuh tak penting utk masuk U, tak terer pun takpe
org melayu mmg tak terer matematik, math susahhh
kalau result teruk, berenti jek blaja
cikgu garang itu poyo, jgn feberet dia
takyah belajar pandai2, asalkan ada degree dan ada keje sudahh

kes 1
gelap itu seram, seram itu hantu, hantu itu takut
instead of ko ckp mcm tuh kat budak2..dan menanam rasa takut kepada gelap, baiklah ko ckp 'gelap tuh nanti tak nampak jalan...pasanglah lampu dulu'. atau pun ckp jek lah 'takyah duduk dlm gelap tu, bukan nampak ape pun'
senang kan?? sama jugak dgn fakta kelip2(ade panggil kunang2) tuh kalau ada masa tido, masuk ikut ibu jari kaki, nanti jadi hantu...mangkaikkk!! bende2 nih tak elok...sbb efek sampai besar okeh!! jenuh nak gain confidence balik wehh.

kes 2
panjat itu tinggi, tinggi itu jatuh
boleh tak ckp aje kat budak kecik tuh 'elok2...jatuh nanti sakit.'
budak2 bukan tak paham...cume teringin jek nak tau rasa sakit tuh.

kes 3
lari itu bahaya, bahaya itu tergolek
haa yg nih sama lah dgn kes no 2

kes 4
fizik itu susah, nanti exam tak pass, jgn amek fizik
haaa yg nih mmg femes!! budak umo 16 mane phm fizik tu susah ke tak...nape budak 16thn nak ckp kat budak 16thn yg fizik tuh susah???? tau ke budak yg ckp fizik tu susah tu?? penah ke dia belajar? same ke otak dua2 budak nih? kalau susah nauu...nape ade jek subjek tuh diajar utk spm? eh tlg jgn buat statement nih kat sape2 okeh.

kes 5
sejarah tuh tak penting utk masuk U, tak terer pun takpe
ini lagik satu! ini lah jadik bila masuk skolah menengah, pening dgn subjek sejarah then ade plak kata2 hikmat kasik kat budak yg pening nih. dan kerana pening...dia pon follow jek kata2 hikmat tuh. lalu...setelah 9thn selepas spm dan 11thn selepas pmr, si budak pening nih tambah pening bile tak paham ape2 org bercerita pasal sejarah.
salah sape? salah cikgu lah sbb tak pandai ajar(??)
sendirik mau ingat aaa....

kes 6
org melayu mmg tak terer matematik, math susahhh
laghoo!! org parit panggil lagho ok! takde mane deeee org melayu tak pandai matematik. otak semua sama jek. jgn nak rosakkan minda kanak2 okeh. nak seribu daya. boley start dgn tambah2 nombor plet kete depan..sape cpt, dpt 20sen.
(tapi make sure lah org yg suruh tuh terer men'congak' dulu eh)

kes 7
kalau result teruk, berenti jek blaja
ayat yg betul adelah; kalau result teruk, muhasabah diri dan perbaiki diri. lantas...usaha semaksima mungkin. berhenti mengambil jalan mudah. kurangkan beli top up hp dan jangan nak merapan turun kl tiap2 weekend. cukup2lah sewa kete nak pegi berkelah atau pegi kuantan. pegi temerloh pun jangan...duduk jek dalam bilik, cari kawan2 yg pandai n berguru dgn deme.
(eh?? sape nih??????)

kes 8
cikgu garang itu poyo, jgn feberet dia
yg nih mmg seriusss....jangannnn percaya. kdg2..cikgu yg tak penah senyum tuh lah yg lebih memberi impak kat diri sampai tua bangka nih. cikgu yg tak penah senyum dan yg penah baling buku engkau keluar kelas tuh lah yg betul2 memberi ilmu. cikgu yg penah tunjuk penumbuk depan muka engkau nih lah yg boley sembang2 ketawa dgn engkau skang.
(sayangi cikgu garang)

kes 9
takyah belajar pandai2, asalkan ada degree dan ada keje sudahh
ya, aku takda degree. tapi aku ade keje. yg sebenarnye bukanlah salah utk jadi org spm mcm aku atau org diploma mcm org2 lain. cuma...ilmu itu infiniti, carilah kemana2.
kalau ade org ckp dia nak jadik doktor...suruh dia jadik doktor pakar
kalau dia ckp nak jadik profesor...suruh dia belajar sepenuh hati sampai phd bagai
kalau dia ckp dia nak belajar sampai phd dan impian dia nak duk umah jaga anak dan suami dan mendidik anak2...pun ok(asalkan dia leh bayar utang2 blaja dia)
impian itu milik masing2...
so biarlah aku ber'impian' nak ada swimming pool sendiri ok!


fakta atau auta
*sebenarnya aku nih yg mudah terpengaruh
:: fakta!!

peace!!


;p

dicuit rasa hati

tipu kalau aku kata tak rindu
tipu kalau aku kata aku dh let go
tipu kalau aku kata aku selesa dgn 'hidup baru' ini
tipu kalau aku kata hati aku tak terusik

ooi rindu apak.

bila driving, mesti rasa apak ada kat sebelah
bila dgr lagu beatles kuar kat radio, rase pelik kalau nyanyi sorang2
bila kuar dgn mak, dok pk nak makan mana..taktau nak mintak suggest sapa
bila sibuk nak raya nih, pelik sbb tak pegi beli sama2 baju apak
bila follow kete besar yg slow atas jalan, taktau nak joke dgn sapa

ya, ooi tahu apak bahagia sekarang
ooi tahu apak dh tak sakit sekarang
ooi tahu apak dah tak derita

hari ni mase driving pegi keje
ntah cemana, hati tercuit
agaknya sepanjang ramadhan ni
cuba taknak pk byk
cuba taknak ngenang2 sgt
tapi ooi control, ooi senyum je


hm
ooi tahu, ooi ok
ade kawan ckp,
mcmana sekalipun, apak tetap di hati
sampai bila2.

terima kasih apak.



al-Fatihah buat apak.

Tuesday, August 31, 2010

Kemerdekaan dan merdeka.

hari ni Hari Kemerdekaan Malaysia

kelmarin aku tgk cite Hati Malaya 1957

dan bile tgk cite tuh, aku terasa amat jahil tentang sejarah negara. no wonder cikgu sejarah mase skolah dulu sgt menyampah tgk muka aku.
(tapi alhamdulillah cikgu sejarah spm dh jadi customer aku skang ;p)
kesian kat abg aku sbb asyik2 kene tanye dgn aku psl watak2 dlm movie tuh. sedih aku tgk cite tuh..tak heran lah kenapa org2 lama lebih menghargai erti merdeka. dan kenape aku tak hargai? sbb aku taktau derita dulu2 mcmana. (aku a.k.a kita) hehe.
semalam ade jugak terasa nak cari balik cerita psl sejarah negara..tapi bile mengenangkan tulisan yg banyak, haihhhh.
aku try cari lah kalau ade blog2 indie yg cite psl sejarah negara (ada??? sile bgtau aku)

bukan aku tak patriotik. aku semangat bile aku tgk cite Shumi nih. tapi cikgu zaman aku dulu kurang menarik minat. gile ape suruh hapal semua cite tuh. suruh hapal lain cite...nih kalau masuk kelas dok pas kertas suruh buat latihan. mujurlah teman sebelah meja aku baik hati..tiap kali kene buat latihan, mesti dia yg bukak buku telaah sendiri dan kemudian pas jek kertas dia kat aku utk aku copy(kehkeh). tq pied!!
itu penyebab aku dpt sejarah C PMR.

SPM. cikgu masuk suruh hapal suku kata.
'faktor bla bla bla (serius aku tak ingat soklan nih)....' aku pun bangun lah kene jwb soklan.
'jerai' org sebelah bisik.
aku dgn konfiden...senyum 'jerai'
sekali cikgu menyambung lagi..'ape yg jerai? hurai!!'
terburaiiii perut rasa!!!!!! gile ape nak bisik cerita habis???
selamatlah aku berdiri dikala semua elok2 duduk kat kerusi kayu.
hasil: SPM sejarah d7. tahniah sbb lulus jugak.
(eh sape ingat soklan yg jawapan dia Gunung Jerai, Sejarah SPM???)

now.
penat nak paham cite2 sejarah.
komunis.
bintang 3.
british.
natrah.
gunung jerai.

ok done. aku ade mase setahun nak bace cerita semua PM Malaysia.


***************************************

hari ni satu lagik decision aku dh buat.

aku rasa hari ni pun boleh jadi hari merdeka aku. thn depan genap setahun.

aku betul2 nih.

mari merdeka ramai2!

***************************************

harinih genap setahun.
pemergian arwah Jamil. adik saudara.
semoga engkau bahagia di sana Mil.

Al-Fatihah..

Thursday, August 26, 2010

jgn imagine imagine

ini sgt tak best

bila satu hari sebelumnya dh imagine..nak g treatment, nak amek popia mini, nak ber cit cet, nak berjalan2 melihat2, nak reflexology.

dan hari ini

terbaring sahaja. urgh!
gara2 tekak yg sakit berjangkit ke hidung dan menghasilkan cecair.
ditambah lagi dgn sengal2 sebadan.



dan di sini lah jua aku. seperti hari2 biasa. di depan laptop.

Saturday, August 21, 2010

perihal ramadhan

ramadhan bulan mulia : ya, kita semua tau tuh. dan semua dok ckp cmtu bila masuk jek ramadhan kan.
tapi camne pulak halnye bile situation mcm nih;

ramadhan ke-10 : eh baju2 raya belum beli, kang tak melaramlah jawabnye.
: langsir umah belum tukar..kang jiran tau aku pakai langsir lama.
: anak2 aku belum beli baju baru..kene shopping nih
: thn nih baju yg dh tempah ade 3, belum lagik amek kat tailor nih.

motif?
ya. bukankah sudah tenggelam kemuliaan ramadhan itu sendirik dek kerana rakus mengejar syawal. kalau guna bahasa bulan Islam nih, lembut rasanya bahasa aku nih.
sepatutnya, ramadhan nih kita mengejar2 buat amal ibadah sbb setan2 kene ikat so godaan tuh kuranglah sbb takde setan nak hasut kan.
mungkin bukan salah setan pun sebelum nih yg tergoda2. nafsu yg sembilan itu yg payah dikawal dek akal yang satu itu. (thinking). hm.

2thn lepas
bermula kisah aku yg tak berbaju raya baru. kerana lupe nak beli n tempah. name nak cari beli pun takde..a.k.a malas.
so? pakai je baju yg ade...agak2 baju yg jarang pakai tuh, aku blasah jek.
begitu jugak yg terjadik thn lepas..oh tapi thn lepas sbb aku yg hantar kat makcik tuh lambat hehe..tapi sampai skang aku tak ingat mane pegi kain tuh haha.
thn nih? tibe2 mcm best pulak takde nak sebok2 melaram baju baru. dan bile dh 2thn aku takde perasaan yg compare2 baju, aku rase aku ok dan selesa mcm nih.

uhh tadi pagi aku terpandang kasut sendiri..(selama ni kasut aku terus sarung, takde nak pandang2 tenung2 nih)..lalu bermonolog sendiri;
name nak beli KASUT RAYA, mmg tak lah! tapi nak pakai crocs gedabak ni kah pegi beraya? fuhh. mlm nih misi korek rak kasut. rase mcm ade sepasang kasut 'wanita' yg tak sampai 5kali aku pakai. mudah2an masih dikategori boleh dipakai dan enak dipandang kehkeh.

eh jap jap..
berbalik cite pasal baju.
tapi bulan lepas dah pegi umah makcik tuh ukur badan..kainnye rase mcm dh kasi.
oh thn nih ade baju baru? hahaha.


rase mcm ade lagik 3pasang belum jahit..gara2 kain2 cotton yg dijual dek makyong yg rm100=3pasang. haihh...


:: sebenarnye tak salah excited nak raya tuh..tp jgnlah sampai kita lupa yg kita di bulan ramadhan, lebih enak dan lazat bila diganda2kan amal yg selama ini tak banyak mana pun kita buat; begitu juga aku.

Friday, August 20, 2010

langit dan pijak

kalau pandang atas
nampak langit
cantik
awan ade bentuk2
rasa mcm nak tangkap simpan dlm kocek
tak mungkin

bila pandang bawah
ade pasir tanah rumput batu
tak seindah langit
tapi boleh disentuh
dan di situ lah tempatnya aku memijak

kalau memijak itu semudah burung yg terbang
kalau memijak itu semudah malam berganti siang
kalau memijak itu seindah bulan penuh
kalau memijak itu secantik bintang yg ditabur
ya, yg memijak itu manusia - aku
tidaklah mungkin menjadik burung mahupun bulan

aku memijak
ada masa menghenyak
ada masanya menghentak2
ada juga dijadi tempat baring letak

keras tempat pijak ini
sesekali mahu berenang pula
moga tidak lemas

Wednesday, August 18, 2010

kisah poden dan kuih apom

sape poden? atau mungkin..ape poden tuh? benda kah? org kah? hehe

ini poden


kehekh ilmiah dan suci gilar gamba. ini gamba aku yg amek mase tgh tunggu org studio tuh set up tempat dia..so aku testing2 mane patut. ok done.

poden adelah satu2nye adik aku..bukan takat adik laki, tapi adik aku.
so no choice lah kan..ini aje adik yg aku ade.

eh eh..bukan aku tak suke weh, aku syg gila k adik aku nih.

okeh

kuih apom? apekah itu kuih apom?

apom adelah sejenis kuih apam kaler putih atau pink atau ijau pun ade kdg2. tapi lebih original kaler putih lah kan..apam manis yg lapik dia daun pisang.
makan dgn nyor a.k.a kelapa. eh lazat ok!!

(gamba nanti aku letak..bile dh beli nanti eh)

alkisah adik aku nih sgtttt lah tradisional orgnye kalau bab2 makan.
dia sgt suke kuih2 lama mcm kuih apom nih, sagu(eh bukan sagu yg moden mcm skang nih ye..ini sagu kaler merah yg salut kelapa tuh) hehehe tradisi tak adik ku?

adekah kelihatan ke'tradisi'an nya di kala memandang wajahnya itu? tidak kan? kehkehekh. tapi ok ah kan...idak le kang kalo nak kuih, nak makan puding caramel jek pulak. lagik jenuh weh.

poden boley makan kuih apom tuh 2bijik sorang...kalau lebih pun boley aku rase.
(kuih tuh biasenye dipotong2..biase potong 6)
puasa nih aku blm lagik makan apom...sbb aku layan cmtu2 jek lah, yg gemor benor adelah beliau. kalau hari2 biasa..tempat yg kompem ada adelah lembah(kuale kangsor) dan parit(a.k.a paris). tempat laen aku tak pasti...mesti lah ade kan tapi aku tatau ler kat mane.

yes..yg mengingatkan aku kat poden dan apom adelah sbb sebentar siang tadik adikku menge'post' kat fb yg dia dh mencari segala ceruk bazar kat shah alam tapi tiada ketemu si apom...so kene balik kg kerana si apom.

tapi aku musykil..kerana apom kah?

tak tak..aku tau dia rindu kat aku sebenarnye.
(kakak dia ade sorang je ok? wajib lah rindu!)


;p

:: byk lagik kisah poden dan tradisi nih tapi takpe lah...simpan2 dulu. tunggu dia jadik blogger nanti baru bongkar habis kehkeh.

Tuesday, August 17, 2010

hantu bulan tujuh

semalam ade supplier dtg kedai

mcm biasa..kutip utang haha..

dia nih ok gak ah sbb org muda n boley sembang n bahasa melayu dia pun antara yg terbaiklah kalo nak banding dgn supplier2 yg lain huhu.
so mcm biase sembang psl bisnes loh..ape ke lagik. sbbnye brader nih pun ade salon gak cume dia lebih kepada jual brg.

dia : apa mcm? bisnes ada baik ka?
aku : biasa lah...puasa awal2 nih slow sikit, semua org baru mau start puasa maa
dia : ya lah...kita org cina, bulan 7 ada hantu keluar...so bisnes mmg jadi slow. kena ikut pantang.
aku : haiyoo...ya ka? saya baru tahu la kalau psl hantu bulan 7.

eh serius eh...dasat gak rupenye eh org2 cine punye pantang larang.
patut lah...hari tuh ade satu hari tu aku nak g kedai ubat cina, semua tutup!! semua ye!! diulangi...semua!!
aku punye lah hairan binti pelik sbb mane penah kedai tuh tutup kecuali raya cina.
aku cari kedai ubat lain pun tutup gak..mak aiii.
iye la kot gamaknye ade lah pantang larang tak pun upacara tak pun mase tuh mmg hari yg hantu tuh keluar. hihihi...
adekah antu cina tuh mcm yg cite tv tuh??

baju merah ke baju putih?? hehehe