Wednesday, October 20, 2010

parkinson. parent. client.

semalam, sorang pelanggan lama dtg bertandang kat kedai.
bawak si kecik potong rambut. ya, si kecik yg dulu aku rase kecik je tapi rupanya dh nak masuk darjah satu. fuh..lame dh tak jumpa cstmr aku ni.

membuka satu kisah.
kisah pasal PJJ marriage. aku mmg dh sedia maklum yg dia n husband adelah PJJ couple since last 7yrs. dan dia cerita lah yg betapa sebagai isteri, kita kene byk bersabar dgn dugaan nih. dan faktor yg memainkan peranan penting adelah TRUST. kesabaran selama beberapa tahun nih berbaloi, si suami dpt transfer dekat sikit..dlm perak jugak. but still...nak berulang tuh mmg bikin semput. bayangkan lah tiap2 pagi n ptg kene tempuh journey yg sejam setengah.

dan dlm aku bersembang dgn dia, aku teringat kisah mak aku.
mak aku penah ckp, kalau bukan sbb memahami konsep sebenar perkahwinan dan asa agama yg kuat, mmg takde sape boleh bertahan dgn perkahwinan nih.
perkahwinan yg mak aku maksudkan adelah perkahwinan mak dan arwah apak.
dan pada usia aku yg nak ke-26 nih, aku berfikir secara matang. ya, bukan mudah..org yg kita cinta, yg waktu bercinta kita membayangkan akan kahwin-punya anak-idup dgn happy-boley holiday dgn anak2 sana sini...tiba2 selepas dpt anak ke-4(yakni; aku), start sakit. dan waktu dpt anak ke-5(bongsu)..arwah dh sakit pun. dan kalau dihitung, arwah apak mula sakit mase umur 38thn!

dan benar..dlm memori yg aku ade, seingat aku mase kecik..takde pun kenangan waktu arwah masih sihat. kalau ada pun, sikit sgt. dan mak aku selalu ckp, mak aku kesian kat adik aku sbb dia mmg tak rasa langsung apa2. dia membesar dgn keadaan apak yg sakit. sekolah rendah lagi dh kena jaga apak kat rumah. kawan2 pegi main kat luar sampai lewat petang, dia pukul 6 dh kena ada kat rumah.
tapi alhamdulillah..mase dia kecik, mase apak still keje kat estet. dia lah yg selalu kene heret dek apak ke sana ke sini naik jip..dan dia lah yg paling expose bab2 estet.dan dia lah budak yg umur 5thn tapi makan roti canai 2keping! haha what a memory!! dan mungkin sbb exposure tu semua, dia sorang jek anak mak apak aku yg melekat genetik pertanian. dan aku tau, apak sgt bangga bila adik aku blaja pertanian..dia boley bersembang dgn adik psl pokok n hal2 pertanian. (and sure aku tak lupa muka adik yg terkulat2 bila apak tanye certain2 terms kat dia yg dia hanya ingat waktu nak exam sahaje! kehkeh amek kaw!)

banyak kenangan indah sebenarnya.

dan aku jugak berfikir.

kalau lah
4thn lepas aku tak decided to quit my job dan balik kg, entah ape jadinya kat aku sekarang. mungkin terperuk-seorang-menyesal-tak-sudah. betul kan..tak ada bende yg kebetulan kat dunia ni. semua nih Allah yg atur. cuma tinggal lagi, kita nak ikut atau tidak aturan yg Allah dh sediakan utk kita. dan itu lah sifat manusia, selalu tak pasti dgn apa yg dirasa. masih lagi terjeling2 dgn bisik demi bisik syaitan yang kononnya suara hati.
ya, aku tak menyesal. tak ade ape yg hendak aku sesalkan. biarlah sebesar mana pun lambaian2 dari kl, setinggi mana pun nota-nota RM yg memanggil..keluarga masih teguh di ranking pertama. belum pernah aku menyesal sbb tak dpt ke panggung saban minggu (kdg2 jek mengeluh sbb tertinggal movie best2 hehe). tapi menyesal..mmg tidak. dan aku jugak syukur. Allah tentukan aku utk berada di sini; parit..mungkin ini lah suratannya. Dia mahu aku kenal diri aku. Dia mahu aku isikan masa2 yg kosong ini utk aku gunakan ke arah yg lebih baik. utk aku kenal..cari diri aku. untuk aku mengenal dan menerima realiti hidup di dunia nih. alhamdulillah.

dan aku jugak banyak berfikir
terlalu byk yg mak dah lalui. dan aku tak kata yg apak tak lalui apa2. aku sendiri taktau ape yg apak rasa. aku tak boleh berkongsi sakit parkinson tu. aku cuma boleh merasa sikit2 tempias emosi yg apak rasa.
dan aku ingat, sgt ingat.
beberapa minggu sebelum apak dijemput Illahi, apak pernah ckp kat aku;

'you should read this' sambil apak tunjuk buku warna biru yg aku present kat apak utk Father's Day thn nih. buku yg aku bagi in-advanced sbb dh beli awal. dan aku mmg tak sangka, genap sebulan aku beli buku tu..apak pun 'pergi'-seminggu sebelum Father's Day.
aku angguk sambil sengih2 kat apak.
'then u will know how i feel' yes, aku ingat ini lah kata2 apak mase tu.
'hehe..then not me only lah kan. include the brothers lah kan' aku ckp sambil gelak2 kat apak.
'ye laa...' apak ketawa skali. hehe. rindu apak.

mmg byk kekurangan yg terasa bila apak takda. dan kami semua kekok waktu awal2 dulu. kurang seri rasanya meja makan bila apak takda nak cerita itu ini. rasa ruang depan tv tu hambar bila apak takda nak komen2 psl cerita tv atau berita atau apa. dan channel sports dah tak berbukak sekarang ni. chongwei kalahkan lindan aritu pun aku tau dr berita, tak tgk live sbb aku pun taktau ade game. dan sedar2 je, sukan komanwel dah habis pun.

tapi aku tau. kekurangan yg Allah kurniakan ni, byk yg ingin Allah sampaikan pada aku sekeluarga. apak dah tak sakit lagi. mudah2an apak bahagia kat sana. berpuluh thn apak tanggung sakit parkinson. so skrg, apak dh dibebaskan kesakitan dunianya. aku mohon, mudah2an ape yg aku lakukan kat dunia ni takkan memberi seksaan utk apak kat sana. aku tau, ape saje yg aku buat akan dpt kat apak sbb aku belum kahwin. aku sentiasa mohon petunjuk utk aku jadi seorang yg taat dan solehah utk keluarga dan agama, insyaAllah.

dan tanpa jugak aku sedar, aku dgn mak makin rapat.
makin senang berbicara hati ke hati.
dan aku pun dh kurang gaduh dgn mak(ngeeeee). yelah bukan gaduh yg mcm dlm tv tuh..gaduh stendet anak pompuan dgn mak kan. abg2 aku pun dgn adik aku nan satu itu pun, makin terserlah kualiti2 nye. aku tau apak bangga dgn kami semua. dan mudah mudahan kami terpelihara pada pandangan Allah.

mak. alhamdulillah mak ok..mak makin kuat.
mak dan aku, byk berkongsi pendapat. dan sejak2 aku mengawal rasa sedih aku dgn membaca, byk hal2 yg aku dah tahu. byk hal yg aku makin jelas. yg plg penting, byk perkara yg buat aku sedar. aku syukur, Allah beri aku kekuatan dlm aku perbaiki diri aku. tidaklah mudah mana bila dh namanya perbaiki. baiki, maknanya rosak. so bende yg rosak, ko nak repair mmg lah kene sabar, kuat, teguh, berani.
mak ckp, kalau mak tak kuat bila hadapi ujian Allah dulu masa apak start sakit..tatau lah ape jadi. tapi kita org Islam..asas agama yg ada nih la yg tinggal utk mak. ape yg penting adelah nanti hasilnya kat sana; ya. dan mak ckp jugak. kalau apak pun tak kuat, tak trust mak..semua nih pun takkan bertahan. betul kan. kdg2 nampak kat mak jek. mak sabar, teguh. tapi di pihak apak pun sama sebenarnya. bukan mudah nak meletak kepercayaan yg bukan sedikit utk pasangan kita. nak cerita semua mmg tak terlarat nk type.


dan bila aku cerita serba sikit kat cstmr aku td psl mak dan arwah apak, dia angguk. dia pun sama, aku tahu. kdg2 manusia nih, kita cume kene berkongsi sedikit rasa kita. supaya kita istiqamah dgn apa yg kita buat. supaya kita takde nak jeling2 lagi pada 'bisikan itu'. =)

perkahwinan itu bukan setakat ijab dan qabul antara seorang laki laki dan perempuan. tapi banyak lagi yg kita kena fhm.
bersedia yg selalu ditanya sebelum berkahwin tu, bukan sekadar bersedia bangun pagi buat sarapan-atau bersedia nak menimang cahaya mata. tetapi bersedia utk percaya, utk berjuang supaya perkahwinan itu nanti berjuang mengejar syurga Allah.



tak salah kalau kita hargai mak ayah kita.
tak salah kalau kita sms 'happy birthday ayah!' atau 'mak apa khabar?'.
sbb ucapan yg ringkas itu lah yg buat diorang bahagia. bahagia bila tahu yg si anak ada ingatan kepada dia.
dan tak salah juga kalau kita sms 'sorry' bila kita baru lepas ckp talifon dan kita terr'tinggi' suara kat mak ayah. (yelah..kdg2 nk ckp sorry dgn mulut, berat sgt rasa nya)
tak salah juga, kalau sekali sekala usik mengusik sesama suami isteri walau dah ada anak 5-6org.
tidak juga menjadi salah, sang suami cuba2 main masak2 bersama anak2 utk kejutan buat si isteri.

apak. mak. perkahwinan. keluarga.




:: banyak sebenarnya cabang membaca nih. baca komik pun kira baca gak kan?? ngeee



;p

3 comments:

realisticjunky said...

ciss,sayu aku baca entry ko nih.aku berazam xnak kejam kat ko utk 1 minggu.jadi,klu nak emo,luah perasaan aku dgr je tanpa cantas haha

skang ni senang,bila aku ckp, dah tuhan kata mcm tu, ko faham terus,x le faham kosong je mcm setengah2 org hehe

nurulfive said...

yg statement 'dah tuhan kata mcm tu' tuh actually statement utk aku kah?? ngahahahaaahaa

realisticjunky said...

lar..ko yg lampi atau aku yg lampi ha? haha