Sunday, March 8, 2015

Harapan

Pernah aku bilang pada sorang teman
Lama dulu, bertahun lamanya
Kata aku,
'Usah letak harapan, kelak kau akan kecewa. Kalau kau senyum dan kau harap akan dibalas dengan senyum tapi kau disambut dengan muncung, hati kau bengkak dan ikhlas senyum kau tadi turut terbang hilang'

Ini harinya,
Untuk aku melepaskan harapan
Pergilah kau terbang mencari hati yang baru
Bungakanlah hati yang lain
Kerana aku tidak cukup teguh
Untuk memegang harapan
Dan aku khuatir
Kalau ikhlas aku sudah hilang nilai nanti

Benar, harapan itu bisa membunuh impian
Walau sebenarnya harapan juga boleh membenihkan impian
Yang paling mendukakan
Apabila harapan yang mulanya benih, tiba-tiba berubah menjadi racun.

Turunlah hujan,
Aku mahu racun ini tawar dan mengalir pergi bersama hujan
Impian ini aku simpan dalam,
Dan akan aku keluarkan nanti.
Bersama dengan baja yang akan menyuburkan.