Wednesday, October 31, 2012

Apa macam?

hey Nurul, kau ada berani?
ada berani, baca ni!
buat pahala untuk arwah apak kau.
buat pahala untuk diri kau.
tokok tambah ilmu kau yang secubit tu.

ha, lepas ni kau jangan asyik nak bukak internet aja buat rujuk.
ni rujuk yang ada depan mata.
duduk, buka, baca!

kau jangan malas-malas nak baca buku tebal.
kau ni asyik baca komik, buku nipis, cerita pendek.
ini masanya kau sambut cabar ni.
udah-udah lah habuk yang jadi teman dia,
sekarang kau Nurul jadi teman dia.

jangan lupa basmallah!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 30, 2012

[ ]

resah apa ini
sempit apa yang menolak-nolak ini
pedih apa yang menggigit perasaan ini

jeruk rasa ini bakal menghakis perasaan
mungkin sudah sikit-sikit terhakis
jangan. aku perlu perasaan aku.
datanglah si peneutral
pulihkan jeruk rasa ini

take it easy. deep breath.

and be calm.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 25, 2012

Kadang gembira kadang duka

tokehnya Yash Raichand
bunga dan kumbangnya Rahul dan Anjali
hero Malayanya pula Rohan 'Laddu'

tokeh berajakan ego, status, kedudukan, nama, harta
isteri tokeh dididik dengan 'suami itu tuhan'
patuh, tunduk, seksa yang membisu
bunga dan kumbang, lari bawa hati apabila disuruh pergi
mujur ada Rohan

aku tahu yang aku suka filem ni tapi tak ingat kenapa. now i remember.
it is a very good movie for a family

we learn how to apology
we learn how to love our brother or sister
we learn how strong a mom's instinct
we learn how to respect people
we learn how to love everyone in the family

'kemarahan orang tua bermakna kasih sayang mereka'

ok. tido.

mata bengkak.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, October 22, 2012

Jiwa hamba

jangan kita berjiwa hamba,
kata seseorang di dalam kotak kaca.

hati aku berdetak
kerana sudah aku kata,
aku hanya hambanya Dia.
dan betapa kuatnya angin lintang mendatang untuk menjadikan aku, kita sebagai hamba.
jangan kita berjiwa hamba.
jangan! usah!

sudah masanya hati kita didengar,
akal kita diperah,
jiwa kita dipam-pam menjadi besar,
tangan dan kaki bergerak selari dengan hati
mari kita mari,
mari kita besarkan jiwa.

berjiwa hamba. jangan.
jangan. jangan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, October 16, 2012

nombor satu

hati membengkak
mulut tak terbukak
perasaan kelam kelabu
adakalanya biru
dikawal-kawal agar tidak memerah
yang mana nanti jadi tidak tentu arah

hati, sejuklah
hati, damailah
hati, surutlah bengkaknya

lemparkan sebal itu jauh
benamkan sesal itu ke dasar sungai keruh

jangan, jangan, jangan
jangan dicurah bara dengan minyak tanah
jangan menghiris parut yang pernah berdarah
jangan diturutkan bisik syaitan yang tak pernah menyerah


seorang kawan sering berkongsi rasa
senang sahaja membuat pahala
janganlah susah mendapatkan wang juta-juta
dengan dua mata memandang penuh rasa
Dia berikan pahala begitu saja


anugerah ini dari Dia
free-free saja
untuk senang nanti di sana
semoga ada nilainya di sisi Dia
tutupkan mata aku dari melihat yang cela
aku mahu lihat yang indah-indah saja

Sunday, October 14, 2012

Err

Jam pukul 2.40a.m.
Esok konon nak gerak ke kolumpo pagi.
Baju belum packing.
Buku nak baca belum pilih.
Tudung belum pilih nak match-match dengan baju.
Erggh.

Ni semua salah The Invasion tadi.

Er. Pukul 11.50a.m kira pagi kan?

;ppp

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 11, 2012

Hurt the love.

Dasarnya manusia ini, menikam hanya pada yang dia kenal. Kalau pun tidak tikam, mungkin hanya sekadar dihiris.

Pedih. Ngilu.

Manusia hanya akan melukakan mereka yang mereka cinta, kerana yang tidak dicinta tak akan terluka dek mereka yang bukan cinta mereka.
Semudah tu luka dan cinta?

Aku cinta kau, aku tusuk, kau luka, aku gembira?
Kau yang bukan cinta, aku tak ingin pun halakan pisau pada kau kerana kau tak akan terluka. Dan aku gembira.

Bila pisau di tangan, pandang dia yang kau cinta dan anggap saja dia bukan siapa-siapa. Kau akan gembira kerana dia bukan siapa-siapa, kau tak terluka dan dia tak cedera.

Persepsi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, October 5, 2012

Alhamdulillah. Say it.

Is it too easy? Yes and no.

Macam ni.
Kau baring atas katil, kipas elok-elok je pusingnya, lampu tutup, kat luar rumah sayup-sayup bunyi si malam. Entah unggas entah apa.

Dan kau masih terlentang.
Menikmati sepenuhnya bunyi malam. Nafas yang kau tarik, ada rasa yang menyusup.
Entah kerana malam, entah kerana sunyi.

Mahu dilepas atau dipegang?
Tak apa, esok masih ada malam.
InsyaAllah.

Say it.
Say it.

Say it.


Alhamdulillah.
Thank you Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6