Friday, November 14, 2014

jalan-jalan cari apa?

jalan ini. jalan aku.

ukhwah. brotherhood. sisterhood.
sama saja semuanya.
belum pernah aku tulis seperti ini di sini. kerana, pada aku ini bukan pakarnya aku. kerana pada aku, aku masih jahil. kerana pada aku, aku tak layak bicara tentang dakwah. tapi aku tercetus dengan beberapa perkara kebelakangan ini. juga aku tercetus dengan kembalinya Adam Warrenth kepada Islam setelah dia mengembara mencari cinta. Subhanallah MasyaAllah Astaghfirullah.

mereka yang mengenali aku, mereka tahu siapa aku 4tahun yang sudah.
dulu, aku fikir apabila aku bernekad untuk menutup aurat, semuanya akan baik-baik saja. rupa-rupanya tidak. ia bukan sekadar meletak kain di atas kepala dan berbaju lengan panjang. aku teruskan pencarian. dan sungguh. sungguh! sungguh Allah itu Ya Rahim. Dia amatlah sayangkan aku. takdir Allah, aku berusrah. aku rasa, yes this is it! i am complete. aku nak jadi baik dan bila usrah mestilah boleh jadi baik, kan? tapi rupanya, tidak. baik itu tak terhenti di situ. persoalan semakin menghujani aku. kejahilan aku makin terserlah. aku seperti si bodoh. ya, aku sememangnya si jahil. setiap kali aku mengenal seorang demi seorang yang berjuang di jalan dakwah, aku makin banyak persoalan. dan buat pertama kalinya, aku menjadi benar faham apa itu ukhwah fillah. setiap sentuhan, setiap pelukan, setiap pertemuan seakan punya kuasa bateri yang akan masuk dalam diri aku. masuk yang betul-betul, kau boleh rasa satu rasa yang menyerap dalam diri kau.

aku jadi tertanya, siapa mereka? kenapa mereka di sini(jalan dakwah)? apa yang mengikat mereka di jalan ini? kenapa mereka sangat murni? Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa. this is so weird. pelik. aneh. macamana mereka boleh sentuh hati kau hanya pada pertemuan pertama? macamana kau boleh menangis esak-esak mahu berpisah walau kau tak tahu pun dia asal dari mana? pelik. kan? magic? yes?
dan selepas itu aku makin bingung. aku makin mempersoal sendiri-sendiri. aku sukar nak terima hakikat yang itu, yang aku rasa itu, adalah ikhlas. aku mengambil sedikit masa untuk cerna yang begitu ramai rupanya mereka yang ikhlas. yes. only a heart can touch a heart. itu yang sering murobbi aku ungkapkan. and she is sooo true.
aku pernah katakan pada diri aku. aku cuma mahu usrah, aku bukan mahu jadi pendakwah.
errrr..tapi itu bukan pilihan kan?

aku tak tahu kalau orang lain ada segala persoalan yang aku pernah ada.
tentang mengapa, apa, siapa, kenapa????
aku cuma boleh katakan begini, bila kau mahu sesuatu yang kau tahu baik untuk diri kau, kau kena yakin yang Allah akan beri tapi mengikut jenisnya engkau.
perjalanan kita sama. halangan kita berbeza. kekuatan kita tak sama.
dan, kini aku menjadi faham tentang ukhwah, dakwah dan tarbiyah. aku. kau. mereka. kita satu menuju Dia Yang Satu. jalan ini memang tak mudah. tapi, jalan ini amatlah indah. aku jadi kenal tentang cinta. aku faham tentang juang. aku di sini. atas jalan ini. insyaAllah.

aku dapat sesuatu hari ini. bunyinya lebih kurang begini. nak jadi baik? taktahu macam mana? just do it. buat aja. make the move.

 trust me. you won't regret.

 jom jalan-jalan tingkatkan iman?

Tuesday, November 4, 2014

mana, mana?

selalu
bila aku di atas katil
dan mengantuk belum menjemput
dan malas bukak lampu dan ambil buku untuk dibaca
aku akan buka entry-entry lama blog aku sendiri.

dan ada ketikanya
tindakbalas aku seperti..huuh?? akukah?
aku semakin hilang frasa untuk melepas rasa
aku makin apa ya?
nampak?
aku tandus kata
aku statik
urgh!

baru-baru ini ada seseorang dari masa silamku berjaya menjejak aku
ok, bukan seorang.
ada beberapa orang.
dan aku seperti si bingung,
tertanya sendiri, mengapa mereka menjejak aku?
aku ini bukan siapa-siapa kan?
atau aku sudah lupa aku siapa?

engkau. Nurul.
kalau-kalau kau sudah lupa.
atau kau mahu cuba kenal dengan dia?

Saturday, November 1, 2014

menjadi celik

aku memang jenisnya yang gemar bermusafir
kata orang sekarang-sekarang, travel
tapi,
keadaan semasa menjadikan aku terlalu sibuk dengan entah apa urusan dunia sehingga aku sudah lupa erti sebenar musafir itu sendiri
aku ke sana ke mari hanya dengan urusan diri
dan kemanisan musafir itu sudah makin menipis.
dulu-dulu,
zaman aku belasan tahun
aku suka ke sana ke mari
dan jumpa orang begitu begini
di mana-mana boleh jumpa siapa-siapa dan berborak apa-apa dan mesra sahaja walau hanya berbalas senyum

aku sedang dalam gerabak keretapi menuju ke Perak,
aku terlepas ETS jam 9 dan kini dalam keretapi biasa.
ada hikmah yg Allah sedia untuk aku sebenarnya.
ada si buta yang bermusafir sendiri,
yang dari tadi mencuri perhatian aku.
dan benar kata orang, mereka buta mata tetapi celik hati.
tiap kali perhatian aku lama pada dia, dia akan menoleh seolah tahu aku yang tak ada kerja ni sedang bekerja memerhati gerak lakunya
aku tertanya,
ke mana agaknya destinasinya?
tak apakah dia bermusafir sendirian?
apa agaknya cerita hidup dia?

aku menjadi faham
dalam pada aku mempersoal pemimpin yang tidak turun melihat rakyat marhaen yang semput-semput menyambung hidup,
aku sendiri sebenarnya sudah lupa memandang, memusing kepala melihat keliling.
aku lupa memaham jerih perih turun naik bas, menaiki keretapi tambang murah.

aku tahu tak siapa faham apa dan apa
tak apa, aku faham.

aku belajar menjadi celik.
dan aku mahu terus belajar.

Tuesday, October 28, 2014

kafein

sudah jam 3pagi lapan belas minit


dan












aku belum tidur.

kalau dulu,
aku langsai 2peket kopi 3dalam1 pun aku boleh tidur dengan lena jam 1pagi.

kalau dulu,
aku pekena nes tarik kaw sebelum tidur pun aku tak perlu resah terbedik-bedik biji mata menunggu mengantuk.

kalau dulu,
aku memang tak tahu berkata tidak kepada kopi.
apa-apa saja. asalkan kopi.

dan masa ini. hari ini.
dan jam ini.
aku masih ternanti-nanti kuapku tiba lalu membawaku lena.

dan ini semua gara-gara
secawan kopi yang tidak kaw
yang aku teguk jam 9 tadi.

urgh.

Friday, September 26, 2014

segar

lama sungguh aku tak merasakan ini
perasaan segar bunga bersama angin halus
kalau ini rasanya cinta,
maka aku setuju mengatakan aku sedang angau
indahnya rasa cinta,
senyum dan hati kau kembang bunganya bagai raflesia
setiap sentuhan kau rasakan indah damai
setiap butir kata menyentuh terus ke dasar jiwa
aku mahukan cinta ini terus mekar
aku mohonkan cinta ini kan terus bercambah
aku mahu, aku mahu cinta ini segar

dakwah dan ukhwah ini benar-benar gah
aku tak mampu menidaknya lagi
ya, aku jatuh cinta!

Thursday, September 25, 2014

aku hamba

betapa, aku hamba
yang tidak ada daya
melainkan Dia berkata ya

betapa, aku ini hamba
yang mudah sungguh hanyut jiwa
yang pantas sungguh tercarik imannya

betapa aku, si hamba
bersuaralah selantangnya
berbajulah semewahnya
menulislah berketul-ketul naskah
tetap juga aku rebah
tetap juga aku lemah
tetap juga aku menggapai-gapai
mencari tempat aku berpaut
mencari-cari pelukan penenang jiwa
mencari-cari jawapan kepada setiap kekusutan

dan betapa aku
mudahnya terlupa
peringatanMu
'berpeganglah pada tali Allah'

Tuesday, June 17, 2014

resah

aku menjadi khuatir semenjak dua ini
tentang mati
tentang pengakhiran
tentang
capaikah aku Jannatul Firdausi?
yang mudah benar diucap diungkap oleh bibir.
semua pun mahu Syurga Firdaus

kan?

dan
bertambah lagi khuatirku
perjuangan aku ini baru di garisan mula
belum pun masuk langkah pertama rasanya
jauhh. jauhhhh sungguh perjalanan juang ini.
apa mahu aku jawab tentang umat yang derita sakit ini?
apa usaha aku?
mana keras juang aku?
mana? mana?

Ya Allah..aku takut.
benar benar takut.
takut menghadapMu.
takut menjawabMu.
takut mahu mempertahan diri.
sedang aku tahu.
aku tak akan boleh bohong walau aku berlidah lima.

aku resah dengan tugas juang ini
yang besar bukan calang
beratnya, tak terjangkau akal

Allah, beri aku peluang lagi
menjalankan jalan juang ini
untuk umat.
beri peluang aku merasa manisnya perjuangan demi umat ini.

husnudzon Nurul, husnudzon.

Sunday, May 11, 2014

mengenang

betapa
hidup ini indah sungguh
cantik sungguh sungguh
hingga tak ternampak
mana gambaran di hari perhitungan nanti

betapa
lazat sungguh hiburan
menggiurkan sungguh santapan
warna warni sungguh pakaian
hingga lupa pada nanti bagaimana pengakhiran

sungguh
aku lemah sungguh
tak terdaya mengawal iman yang nipis ini
yang sering saja tergolek atas bawah

teruskanlah
terus terus terus
walau rasa payah susah
walau rasa ragu gundah

Sunday, February 23, 2014

Aceh : Kerana, Damai Itu Indah-I

alhamdulillah dapat duduk di sayap pesawat, jadi aku ambil gambar sayap (klise kan?)


   

Bismillahirrohmaanirrohim

entah mana nak dimulakan ketuk jemari ini. kalau diikutkan hati, lebih banyak gambar yang mahu diletakkan di sini tapi cubaan pertama semalam tak berjaya. gambar yang telah disaring saja sudah jadi 84keping?? haha. jadi, aku mula bicara sedikit sedikit ya.

ok, baru perasan ada tarikh dan jam di setiap gambar, jadi tak payah lah aku sebut tarikh dan jam bagai ye.

tiba sahaja di lapangan terbang sultan iskandar muda, banda aceh kami disambut oleh local guide, pak ridwan yang cuma bahasakan diri dia iwan saja.
lepas sessi kenal-kenal di dalam bas, perjalanan kami diteruskan. airport rupanya tidak termasuk kawasan yang terkena tsunami. airport berada dalam kawasan aceh besar. aku rasa lebih kurang daerah diorang lah kan.dan kami menuju ke banda aceh.
 

dalam perjalanan kami ke banda aceh, kami singgah di kuburan massal siron. massal bermaksud ramai-ramai. okay lupa bagi tahu. aku ke acheh bersama emak dan besan emak.

hm. sebenarnya ni, masih mencari cari rentak mahu menulis apa, bagaimana, siapa. kepala masih berputar-putar nak mula tentang apa dan apa.

sebelum ke acheh, aku agak teruja sebab aku mahu sangat lihat tempat-tempat kejadian juga bertemu mata dengan orang-orang yang melalui pengalaman tsunami. tapi makin dekat hari, aku jadi macam entah ye. rasa macam, akan dapatkah feel semua tu bila aku sampai sana nanti? atau setakat aku kabarkan pada dunia yang aku sudah menjejak kaki di acheh? setakat aku mahu kabarkan yang aku nampak sendiri setinggi paras mana air hitam yang menerjah banda aceh 9tahun yang lepas? itu sahaja kah?
atau, aku sibuk mahu shopping saja? oh, yang ini mungkin tidak sebab aku errr bukan kaki shopping (dan tiada bajet jugak haha).

kemudiannya, sampai saja di sana aku putuskan untuk ikut sahaja. go with the flow kata orang putih.

alhamdulillah. kami direzekikan dengan tourist guide yang pada aku, berilmu. aku senang mendengar butir bicara yang keluar dari iwan. dia tidak hanya bercerita. dia tidak hanya memberitahu. dia tidak sekadar membawa kami.
dia selitkan hikmah. dia selitkan sedikit peringatan Allah pada kita. dia selitkan juga iktibar dari apa yang pernah berlaku sebelum tsunami. dan aku berasa senang bila dia mudah sekali mohon maaf setiap kali ada makcik-makcik yang bersuara komplen perkara kecil-kecil. dan disusuli dengan ayat ini,
'ya ialah makcik makcik, manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan' ikhlas. tulus. i can sense it.

nampak macam dalam flight tak? tapi tingkap besar kan? haha. ini bas. ye, BAS. five seater. ye, 5. lima. seat 3-2. masa masuk bas aku macam...what?? haha.

itu iwan. err tak ada pulak gambar yang elok sikit. ini ambil masa nak bergerak ke banda aceh. seat bas ni walaupun nampak sempit, sebenarnya selesa juga. bas tak penuh. so ada yang duduk sorang untuk 2seat, ada yang duduk berdua untuk 3seat.
so, here we go!!
bangunan di acheh tak dibenarkan melebihi menara ini, undang-undang selepas tsunami.

 orang di sini panggil Masjid Raya. nama penuhnya Masjid Raya Baiturrahman. kalau masih ingat, ini lah masjid yang ramaiiiii tumpang berlindung bila mana air hitam tsunami hanya melalui sekelilingnya. aku tak ingat samada masjid ini atau lagi satu, tapi ada 5 orang bukan Islam berbangsa Cina yang tumpang berlindung juga dan kini sudah memeluk Islam. alhamdulillah. alhamdulillah. subhanallah. kuasa Allah mendatangkan hidayah dengan apa cara sekali pun kan.

kami tiba di masjid raya lebih kurang jam 6 waktu di sana. lepas bergambar sana sini, semua bersiap sedia untuk menunggu maghrib. aku seronok betul tengok kawasan masjid yang sangat meriah waktu petang. hmm ada gaya-gaya railway station ipoh waktu malam sekarang ni. meriah dengan macam-macam acara. berkelah dengan keluarga. 'pancing' ikan di kolam depan masjid. kanak-kanak lari sana sini. pelancong juga berbagai jenis gayanya.
ok. toilet. wudhuk. iktikaf.
aku dan yang lain-lain mencari bilik air. untuk berwuduk juga. sampai sahaja di depan pintu bilik air, aku ditahan kerana pakai kasut sendiri. rupa-rupanya diorang sediakan terompah. jangan silap ya, bukan terompah yang sepah-sepah kat pintu bilik air dan kompang-kompang. terompahnya cantik, duduk dalam plastik. kakak tu berdiri pegang plastik berisi terompah yang banyakkk. bila ada yang mahu masuk dan tak ada terompah, dia keluarkan untuk dipakai.
masuk ke dalam masjid, aku kagum dengan betapa cantiknya ruangan dalaman masjid. alhamdulillah dapat saf ke-2. tahiyatul masjid. iktikaf. masuk sahaja maghrib, solat sunat dan jemaah maghrib. dan sambung dengan jama' isyak. tersentuh sungguh hati waktu maghrib. ramai sungguh orang yang solat di masjid. anak-anak kecil juga ramai dan sudah ditetapkan, 'anak-anak duduknya di saf belakang sana itu ya'. lebih kurang macam tu lah announcement sebelum mula solat. dan ada tukang aturnya.
usai solat isyak, aku lipat-lipat telekung dengan cepat sebab tak mahu nanti lambat ke bas. bila aku bangun dan toleh ke belakang, MASHALLAH aku betul betul terdiam dan sebak. belum pernah aku solat di masjid yang jemaah wanitanya sama ramai dengan jemaah lelaki. ramai. memang ramai betul. di belakang aku penuh. PENUH JEMAAH LAIN. kalau di mekah dan madinah tu lain kira lah kan?
ini betul-betul menginsafkan. aku nampak pelbagai rupa. tua, muda, remaja, semuanya. aku keluar dari masjid, benarlah. perkarangan masjid yang tadinya penuh orang, kini kosong.

cafe ni nampak cool betul. nampak je la tapi.
macam bendera perak? hehe.
cerita hari pertama memang tak ada apa-apa. sampai sana sahaja dah petang. ini gambar nak balik ke hotel selepas makan di restoren al-hidayah. err..gambar tak ada. masa tu lapar sangat agaknya. dan penat.
kata iwan, di sana night life dorang adalah ber'warung kopi'. serius. betul. bersepah-sepah warung kopi, kedai kupi, dan macam-macam lagi.

benar bukan? Damai Itu Indah.

kita sambung lagi nanti eh...

Tuesday, February 11, 2014

berhenti dan mula

kata sepupu aku, stop and start
kata dia, macam mana nak start kalau tak stop dulu
dan apa-apa saja yang kita nak buat, kena lah kita mulakan dulu kan

dan
all this while
there were so many 'stop and start' action yang aku dah buat
which is, rasa...penat??
tapi
aku berpegang balik kepada
ini, do not stop when you're tired, stop when you're done.

so apa?
sedang hidup. kene habiskan hidup la kan?
sedang bekerja. kena habiskan kerja.
sedang menjadi anak, teruskan menjadi anak.
sedang manjadi majikan. kena terus mendidik anak-anak buah.

nothing will be done.
so?
doing it right. with all your best you can.
with full of passion.

Allahuakbar. 
passion. mana kau?
dia hilang. mungkin lari kejap.
mungkin sembunyi.
mungkin aku yang sorok dia.

kesukaran-kesukaran ini selalu patahkan hati
tapi kalau kita masih memijak di bumi
kita masih ada peluang nak pulih kembali

kalau benar,
menghadapi dan melalui itu
semudah menghentak jejari di papan kunci

Thursday, January 23, 2014

oh oh oh ohhhhhhhhh

I can't believe this!!!
Dah lama tak menaip dengan emosi begini ye.
Ye, aku tahu tak ada siapa pun yang baca blog aku ni tapi apa ada hal. aku nak jugak tulis, taip tuptap tuptap.
ok ok...macam ni cerita dia. aku memang ada follow satu blog ni. since bila, tak ingat. tapi follow yang sampaikan teruja nak tunggu apa jadi kat diri dia. sebab dia betul betul buat blog tu macam diari hidup dia. dan aku follow bukan sebab apa pun, asalnya hanya kerana resepi butter prawn. ok cukup.

dannn nak dijadikan cerita , tadi aku teringat kat lady ni. since lamaaa tak Nampak update dia dan twitter dia pun macam tak ada apa-apa. tengok-tengok, dah private. try search kat twitter pulak, rupa-rupanya setahun yang lepas dah kecoh pasal dia ni. she is fake. fake. fake. fake.

ya.................PALSUUU!!

OH NOOO....aku tak sangka langsung yang aku boleh terjebak dekat blog saiko macam ni. tapi aku percaya, she really touched lots of heart dengan kisah hidup dia yang tragis tu. bila tengok-tengok balik, memang macam drama tv je kisah dia tapi sapa pulak nak heran pi check dia ni betul atau tak kan??

tapi bila aku google tadi, ramai rupanya yang buka entry pasal dia. tak apa lah dik, ahkak tak lah tulis tajuk nama adik. siapa pun anda, u really good in writing. kalau semua tu adalah cubaan menulis novel, aku percaya novel tu boleh laris nanti. lagi-lagi dengan watak anak angkat yang kelihatan sangat cute itu.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

ok menung.

bukan apa, aku teringat yang tahun lepas aku penah twit dia ni. aku tanya kabar dia since dia senyap sejak dia balik dari KK tu(katanya). dan dia reply. dan dia penah jugak rekomen RV cake kat aku yang aku order untuk anak sedara nak sunat dulu.

eh wait.

wait.

ha.


fuhhh....adakah si dia yang hantar kek kat aku tu sebenarnya DIA??????

hurm

hurm


hilang terus ngantuk aku ni bila baca cerita dia ni tadi.
err tapi kepala dah sakit mintak tidur.

ok. takyah fikir. I really hope yang dia ni wujud. tak kisah la macam mana pun. mungkin malu tunjuk wajah sebenar. takkan tak rindu nak blogging kan? aku yang tak ada sapa nak baca ni pun nak jugakkkkk update, ni kan pulak dia.

sista, I miss your writing. wherever you are now, I pray the best for you.

Tuesday, January 7, 2014

dua ribu empat belas

tahun lepas yakni beberapa hari yang lepas aku banyak berfikir,
apa yang telah aku lalui?
apa yang dah jadi?
mana mana mana?
apa apa apa?
siapa siapa siapa?

dan akhirnya aku putuskan
tak ada masa untuk aku reverse memori, korek korek perkara lepas
tak ada masa nak sekeh ketuk kepala, nak sesal tangis merana
kerana esok, esok yang lebih perlu aku fikir

aku terjaga
aku celik
aku mesti buka langkah
aku mesti ambil kisah
aku mesti jadi gagah
aku mesti, aku mesti, aku mesti
berat rupanya menolak semangat
perit rupanya mengepam kekuatan

dan itu semua sebenarnya guru
yang mengajar aku

hidup ini pentas
dan aku takkan pernah berhenti menjadi pemain layarnya
mainlah, belayarlah, berlarilah, merangkaklah, mendakilah
terbanglah setingginya
selamlah sedalamnya
kayuhlah selajunya

kerana semuanya,
cuma akan terhenti dengan izin Dia