Sunday, February 23, 2014

Aceh : Kerana, Damai Itu Indah-I

alhamdulillah dapat duduk di sayap pesawat, jadi aku ambil gambar sayap (klise kan?)


   

Bismillahirrohmaanirrohim

entah mana nak dimulakan ketuk jemari ini. kalau diikutkan hati, lebih banyak gambar yang mahu diletakkan di sini tapi cubaan pertama semalam tak berjaya. gambar yang telah disaring saja sudah jadi 84keping?? haha. jadi, aku mula bicara sedikit sedikit ya.

ok, baru perasan ada tarikh dan jam di setiap gambar, jadi tak payah lah aku sebut tarikh dan jam bagai ye.

tiba sahaja di lapangan terbang sultan iskandar muda, banda aceh kami disambut oleh local guide, pak ridwan yang cuma bahasakan diri dia iwan saja.
lepas sessi kenal-kenal di dalam bas, perjalanan kami diteruskan. airport rupanya tidak termasuk kawasan yang terkena tsunami. airport berada dalam kawasan aceh besar. aku rasa lebih kurang daerah diorang lah kan.dan kami menuju ke banda aceh.
 

dalam perjalanan kami ke banda aceh, kami singgah di kuburan massal siron. massal bermaksud ramai-ramai. okay lupa bagi tahu. aku ke acheh bersama emak dan besan emak.

hm. sebenarnya ni, masih mencari cari rentak mahu menulis apa, bagaimana, siapa. kepala masih berputar-putar nak mula tentang apa dan apa.

sebelum ke acheh, aku agak teruja sebab aku mahu sangat lihat tempat-tempat kejadian juga bertemu mata dengan orang-orang yang melalui pengalaman tsunami. tapi makin dekat hari, aku jadi macam entah ye. rasa macam, akan dapatkah feel semua tu bila aku sampai sana nanti? atau setakat aku kabarkan pada dunia yang aku sudah menjejak kaki di acheh? setakat aku mahu kabarkan yang aku nampak sendiri setinggi paras mana air hitam yang menerjah banda aceh 9tahun yang lepas? itu sahaja kah?
atau, aku sibuk mahu shopping saja? oh, yang ini mungkin tidak sebab aku errr bukan kaki shopping (dan tiada bajet jugak haha).

kemudiannya, sampai saja di sana aku putuskan untuk ikut sahaja. go with the flow kata orang putih.

alhamdulillah. kami direzekikan dengan tourist guide yang pada aku, berilmu. aku senang mendengar butir bicara yang keluar dari iwan. dia tidak hanya bercerita. dia tidak hanya memberitahu. dia tidak sekadar membawa kami.
dia selitkan hikmah. dia selitkan sedikit peringatan Allah pada kita. dia selitkan juga iktibar dari apa yang pernah berlaku sebelum tsunami. dan aku berasa senang bila dia mudah sekali mohon maaf setiap kali ada makcik-makcik yang bersuara komplen perkara kecil-kecil. dan disusuli dengan ayat ini,
'ya ialah makcik makcik, manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan' ikhlas. tulus. i can sense it.

nampak macam dalam flight tak? tapi tingkap besar kan? haha. ini bas. ye, BAS. five seater. ye, 5. lima. seat 3-2. masa masuk bas aku macam...what?? haha.

itu iwan. err tak ada pulak gambar yang elok sikit. ini ambil masa nak bergerak ke banda aceh. seat bas ni walaupun nampak sempit, sebenarnya selesa juga. bas tak penuh. so ada yang duduk sorang untuk 2seat, ada yang duduk berdua untuk 3seat.
so, here we go!!
bangunan di acheh tak dibenarkan melebihi menara ini, undang-undang selepas tsunami.

 orang di sini panggil Masjid Raya. nama penuhnya Masjid Raya Baiturrahman. kalau masih ingat, ini lah masjid yang ramaiiiii tumpang berlindung bila mana air hitam tsunami hanya melalui sekelilingnya. aku tak ingat samada masjid ini atau lagi satu, tapi ada 5 orang bukan Islam berbangsa Cina yang tumpang berlindung juga dan kini sudah memeluk Islam. alhamdulillah. alhamdulillah. subhanallah. kuasa Allah mendatangkan hidayah dengan apa cara sekali pun kan.

kami tiba di masjid raya lebih kurang jam 6 waktu di sana. lepas bergambar sana sini, semua bersiap sedia untuk menunggu maghrib. aku seronok betul tengok kawasan masjid yang sangat meriah waktu petang. hmm ada gaya-gaya railway station ipoh waktu malam sekarang ni. meriah dengan macam-macam acara. berkelah dengan keluarga. 'pancing' ikan di kolam depan masjid. kanak-kanak lari sana sini. pelancong juga berbagai jenis gayanya.
ok. toilet. wudhuk. iktikaf.
aku dan yang lain-lain mencari bilik air. untuk berwuduk juga. sampai sahaja di depan pintu bilik air, aku ditahan kerana pakai kasut sendiri. rupa-rupanya diorang sediakan terompah. jangan silap ya, bukan terompah yang sepah-sepah kat pintu bilik air dan kompang-kompang. terompahnya cantik, duduk dalam plastik. kakak tu berdiri pegang plastik berisi terompah yang banyakkk. bila ada yang mahu masuk dan tak ada terompah, dia keluarkan untuk dipakai.
masuk ke dalam masjid, aku kagum dengan betapa cantiknya ruangan dalaman masjid. alhamdulillah dapat saf ke-2. tahiyatul masjid. iktikaf. masuk sahaja maghrib, solat sunat dan jemaah maghrib. dan sambung dengan jama' isyak. tersentuh sungguh hati waktu maghrib. ramai sungguh orang yang solat di masjid. anak-anak kecil juga ramai dan sudah ditetapkan, 'anak-anak duduknya di saf belakang sana itu ya'. lebih kurang macam tu lah announcement sebelum mula solat. dan ada tukang aturnya.
usai solat isyak, aku lipat-lipat telekung dengan cepat sebab tak mahu nanti lambat ke bas. bila aku bangun dan toleh ke belakang, MASHALLAH aku betul betul terdiam dan sebak. belum pernah aku solat di masjid yang jemaah wanitanya sama ramai dengan jemaah lelaki. ramai. memang ramai betul. di belakang aku penuh. PENUH JEMAAH LAIN. kalau di mekah dan madinah tu lain kira lah kan?
ini betul-betul menginsafkan. aku nampak pelbagai rupa. tua, muda, remaja, semuanya. aku keluar dari masjid, benarlah. perkarangan masjid yang tadinya penuh orang, kini kosong.

cafe ni nampak cool betul. nampak je la tapi.
macam bendera perak? hehe.
cerita hari pertama memang tak ada apa-apa. sampai sana sahaja dah petang. ini gambar nak balik ke hotel selepas makan di restoren al-hidayah. err..gambar tak ada. masa tu lapar sangat agaknya. dan penat.
kata iwan, di sana night life dorang adalah ber'warung kopi'. serius. betul. bersepah-sepah warung kopi, kedai kupi, dan macam-macam lagi.

benar bukan? Damai Itu Indah.

kita sambung lagi nanti eh...

No comments: