Tuesday, August 31, 2010

Kemerdekaan dan merdeka.

hari ni Hari Kemerdekaan Malaysia

kelmarin aku tgk cite Hati Malaya 1957

dan bile tgk cite tuh, aku terasa amat jahil tentang sejarah negara. no wonder cikgu sejarah mase skolah dulu sgt menyampah tgk muka aku.
(tapi alhamdulillah cikgu sejarah spm dh jadi customer aku skang ;p)
kesian kat abg aku sbb asyik2 kene tanye dgn aku psl watak2 dlm movie tuh. sedih aku tgk cite tuh..tak heran lah kenapa org2 lama lebih menghargai erti merdeka. dan kenape aku tak hargai? sbb aku taktau derita dulu2 mcmana. (aku a.k.a kita) hehe.
semalam ade jugak terasa nak cari balik cerita psl sejarah negara..tapi bile mengenangkan tulisan yg banyak, haihhhh.
aku try cari lah kalau ade blog2 indie yg cite psl sejarah negara (ada??? sile bgtau aku)

bukan aku tak patriotik. aku semangat bile aku tgk cite Shumi nih. tapi cikgu zaman aku dulu kurang menarik minat. gile ape suruh hapal semua cite tuh. suruh hapal lain cite...nih kalau masuk kelas dok pas kertas suruh buat latihan. mujurlah teman sebelah meja aku baik hati..tiap kali kene buat latihan, mesti dia yg bukak buku telaah sendiri dan kemudian pas jek kertas dia kat aku utk aku copy(kehkeh). tq pied!!
itu penyebab aku dpt sejarah C PMR.

SPM. cikgu masuk suruh hapal suku kata.
'faktor bla bla bla (serius aku tak ingat soklan nih)....' aku pun bangun lah kene jwb soklan.
'jerai' org sebelah bisik.
aku dgn konfiden...senyum 'jerai'
sekali cikgu menyambung lagi..'ape yg jerai? hurai!!'
terburaiiii perut rasa!!!!!! gile ape nak bisik cerita habis???
selamatlah aku berdiri dikala semua elok2 duduk kat kerusi kayu.
hasil: SPM sejarah d7. tahniah sbb lulus jugak.
(eh sape ingat soklan yg jawapan dia Gunung Jerai, Sejarah SPM???)

now.
penat nak paham cite2 sejarah.
komunis.
bintang 3.
british.
natrah.
gunung jerai.

ok done. aku ade mase setahun nak bace cerita semua PM Malaysia.


***************************************

hari ni satu lagik decision aku dh buat.

aku rasa hari ni pun boleh jadi hari merdeka aku. thn depan genap setahun.

aku betul2 nih.

mari merdeka ramai2!

***************************************

harinih genap setahun.
pemergian arwah Jamil. adik saudara.
semoga engkau bahagia di sana Mil.

Al-Fatihah..

Thursday, August 26, 2010

jgn imagine imagine

ini sgt tak best

bila satu hari sebelumnya dh imagine..nak g treatment, nak amek popia mini, nak ber cit cet, nak berjalan2 melihat2, nak reflexology.

dan hari ini

terbaring sahaja. urgh!
gara2 tekak yg sakit berjangkit ke hidung dan menghasilkan cecair.
ditambah lagi dgn sengal2 sebadan.



dan di sini lah jua aku. seperti hari2 biasa. di depan laptop.

Saturday, August 21, 2010

perihal ramadhan

ramadhan bulan mulia : ya, kita semua tau tuh. dan semua dok ckp cmtu bila masuk jek ramadhan kan.
tapi camne pulak halnye bile situation mcm nih;

ramadhan ke-10 : eh baju2 raya belum beli, kang tak melaramlah jawabnye.
: langsir umah belum tukar..kang jiran tau aku pakai langsir lama.
: anak2 aku belum beli baju baru..kene shopping nih
: thn nih baju yg dh tempah ade 3, belum lagik amek kat tailor nih.

motif?
ya. bukankah sudah tenggelam kemuliaan ramadhan itu sendirik dek kerana rakus mengejar syawal. kalau guna bahasa bulan Islam nih, lembut rasanya bahasa aku nih.
sepatutnya, ramadhan nih kita mengejar2 buat amal ibadah sbb setan2 kene ikat so godaan tuh kuranglah sbb takde setan nak hasut kan.
mungkin bukan salah setan pun sebelum nih yg tergoda2. nafsu yg sembilan itu yg payah dikawal dek akal yang satu itu. (thinking). hm.

2thn lepas
bermula kisah aku yg tak berbaju raya baru. kerana lupe nak beli n tempah. name nak cari beli pun takde..a.k.a malas.
so? pakai je baju yg ade...agak2 baju yg jarang pakai tuh, aku blasah jek.
begitu jugak yg terjadik thn lepas..oh tapi thn lepas sbb aku yg hantar kat makcik tuh lambat hehe..tapi sampai skang aku tak ingat mane pegi kain tuh haha.
thn nih? tibe2 mcm best pulak takde nak sebok2 melaram baju baru. dan bile dh 2thn aku takde perasaan yg compare2 baju, aku rase aku ok dan selesa mcm nih.

uhh tadi pagi aku terpandang kasut sendiri..(selama ni kasut aku terus sarung, takde nak pandang2 tenung2 nih)..lalu bermonolog sendiri;
name nak beli KASUT RAYA, mmg tak lah! tapi nak pakai crocs gedabak ni kah pegi beraya? fuhh. mlm nih misi korek rak kasut. rase mcm ade sepasang kasut 'wanita' yg tak sampai 5kali aku pakai. mudah2an masih dikategori boleh dipakai dan enak dipandang kehkeh.

eh jap jap..
berbalik cite pasal baju.
tapi bulan lepas dah pegi umah makcik tuh ukur badan..kainnye rase mcm dh kasi.
oh thn nih ade baju baru? hahaha.


rase mcm ade lagik 3pasang belum jahit..gara2 kain2 cotton yg dijual dek makyong yg rm100=3pasang. haihh...


:: sebenarnye tak salah excited nak raya tuh..tp jgnlah sampai kita lupa yg kita di bulan ramadhan, lebih enak dan lazat bila diganda2kan amal yg selama ini tak banyak mana pun kita buat; begitu juga aku.

Friday, August 20, 2010

langit dan pijak

kalau pandang atas
nampak langit
cantik
awan ade bentuk2
rasa mcm nak tangkap simpan dlm kocek
tak mungkin

bila pandang bawah
ade pasir tanah rumput batu
tak seindah langit
tapi boleh disentuh
dan di situ lah tempatnya aku memijak

kalau memijak itu semudah burung yg terbang
kalau memijak itu semudah malam berganti siang
kalau memijak itu seindah bulan penuh
kalau memijak itu secantik bintang yg ditabur
ya, yg memijak itu manusia - aku
tidaklah mungkin menjadik burung mahupun bulan

aku memijak
ada masa menghenyak
ada masanya menghentak2
ada juga dijadi tempat baring letak

keras tempat pijak ini
sesekali mahu berenang pula
moga tidak lemas

Wednesday, August 18, 2010

kisah poden dan kuih apom

sape poden? atau mungkin..ape poden tuh? benda kah? org kah? hehe

ini poden


kehekh ilmiah dan suci gilar gamba. ini gamba aku yg amek mase tgh tunggu org studio tuh set up tempat dia..so aku testing2 mane patut. ok done.

poden adelah satu2nye adik aku..bukan takat adik laki, tapi adik aku.
so no choice lah kan..ini aje adik yg aku ade.

eh eh..bukan aku tak suke weh, aku syg gila k adik aku nih.

okeh

kuih apom? apekah itu kuih apom?

apom adelah sejenis kuih apam kaler putih atau pink atau ijau pun ade kdg2. tapi lebih original kaler putih lah kan..apam manis yg lapik dia daun pisang.
makan dgn nyor a.k.a kelapa. eh lazat ok!!

(gamba nanti aku letak..bile dh beli nanti eh)

alkisah adik aku nih sgtttt lah tradisional orgnye kalau bab2 makan.
dia sgt suke kuih2 lama mcm kuih apom nih, sagu(eh bukan sagu yg moden mcm skang nih ye..ini sagu kaler merah yg salut kelapa tuh) hehehe tradisi tak adik ku?

adekah kelihatan ke'tradisi'an nya di kala memandang wajahnya itu? tidak kan? kehkehekh. tapi ok ah kan...idak le kang kalo nak kuih, nak makan puding caramel jek pulak. lagik jenuh weh.

poden boley makan kuih apom tuh 2bijik sorang...kalau lebih pun boley aku rase.
(kuih tuh biasenye dipotong2..biase potong 6)
puasa nih aku blm lagik makan apom...sbb aku layan cmtu2 jek lah, yg gemor benor adelah beliau. kalau hari2 biasa..tempat yg kompem ada adelah lembah(kuale kangsor) dan parit(a.k.a paris). tempat laen aku tak pasti...mesti lah ade kan tapi aku tatau ler kat mane.

yes..yg mengingatkan aku kat poden dan apom adelah sbb sebentar siang tadik adikku menge'post' kat fb yg dia dh mencari segala ceruk bazar kat shah alam tapi tiada ketemu si apom...so kene balik kg kerana si apom.

tapi aku musykil..kerana apom kah?

tak tak..aku tau dia rindu kat aku sebenarnye.
(kakak dia ade sorang je ok? wajib lah rindu!)


;p

:: byk lagik kisah poden dan tradisi nih tapi takpe lah...simpan2 dulu. tunggu dia jadik blogger nanti baru bongkar habis kehkeh.

Tuesday, August 17, 2010

hantu bulan tujuh

semalam ade supplier dtg kedai

mcm biasa..kutip utang haha..

dia nih ok gak ah sbb org muda n boley sembang n bahasa melayu dia pun antara yg terbaiklah kalo nak banding dgn supplier2 yg lain huhu.
so mcm biase sembang psl bisnes loh..ape ke lagik. sbbnye brader nih pun ade salon gak cume dia lebih kepada jual brg.

dia : apa mcm? bisnes ada baik ka?
aku : biasa lah...puasa awal2 nih slow sikit, semua org baru mau start puasa maa
dia : ya lah...kita org cina, bulan 7 ada hantu keluar...so bisnes mmg jadi slow. kena ikut pantang.
aku : haiyoo...ya ka? saya baru tahu la kalau psl hantu bulan 7.

eh serius eh...dasat gak rupenye eh org2 cine punye pantang larang.
patut lah...hari tuh ade satu hari tu aku nak g kedai ubat cina, semua tutup!! semua ye!! diulangi...semua!!
aku punye lah hairan binti pelik sbb mane penah kedai tuh tutup kecuali raya cina.
aku cari kedai ubat lain pun tutup gak..mak aiii.
iye la kot gamaknye ade lah pantang larang tak pun upacara tak pun mase tuh mmg hari yg hantu tuh keluar. hihihi...
adekah antu cina tuh mcm yg cite tv tuh??

baju merah ke baju putih?? hehehe

Monday, August 16, 2010

mendidik hati

Latar belakang Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana


- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ... ... kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Kepada anak-anak ibu;

" Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)


**************************

something but true;

:: ini 1st time aku bace nih (before nih dgr org cerita jek)

:: entah nape deep inside aku tersentuh betul.

:: bukan mudah nak mendapat hati seteguh itu.

:: insyaAllah menjadi 'pandu' utk aku.


renung2kan dan selamat beramal~

Sunday, August 15, 2010

monolog rasa

serasanya

sudah lama tidak ketemu
tidak berkencan sama teman2 gegirl'ku'
kangen sudah

rasanya

aku perlu lebih banyakkan masa buat teman2 gegirl
dan bertukar2 isi pikiran
dan mengisi ruang2 kosong yg ade di kepala

dan pasti

kamis nanti mau ngajakin teman gegirl iftar


teman gegirl : maukah??

Wednesday, August 11, 2010

AD RE NA LIN

memang ku superhero
tapi jangan pula tak tahu
ku juga punya kelemahanku
kelemahanku itu kamu


ntah ngape aku dok ingat lagu nihhhh jek.
agaknye penangan sbb dok dgr hari2 sambil menyapu kedai nih haha

best ah lagu2 dia. serius best. tak sia2 beli.
walaupun aku beli, then perap lamaaaaaaa......
sampai dh dpt the best album pun aku tak dengor2 lagik hahahah


wahai anda semua...belilah ADRENALIN ye. faizal tahir!!
agak2 ko tgh lemah gemalai...mmg sgtttt terpancut2 adrenalin ko.

:: mar : aku taknak kasik ko pinjam sbb nanti ko burn lagik. sile beli original haha.

::motif entry? tiada. hanya menaip ape yg ade di minda.


;p biglove!!

urat murat

pg tadi

tengah rileks2 depan tv

sambil main2 dgn 2budak kecik

tetibe bahu saket. mcm urat salah. belah kanan
aku pun try lah pusing2 tgn bagai..biasenye kalau spontan mcm tuh, akan ok balik.
but TIDAK!!

sampai sekarang!


urghh perit woi!!!! mcm sakit salah tido.
tapi bukan kene waktu bangun tido pun.

haihhh!!

Saturday, August 7, 2010

jgn kalah

banyak berfikir
tentang banyak hal
juga tentang watak dan perwatakan
ragam dan juga laku
makhluk yg digelar manusia

ade yg kata
'bodohlah engkau bila engkau yg pecah kepala sbb perangai dia'
patutnya dibiarkan aje ke?
tapi bila bende ade depan mata
hati engkau mcm dicarik2
dada engkau yg kembang kuncup
masih dibiarkan?
hm betul lah kan
sabar

aku tidaklah sempurna
juga punya cela di mana2
apatah lagik silap dan salah
aku cuma harapkan
semoga
aku di sini teguh dan tegap
berdiri dan maju
utk aku dan keluarga

aku mohon Allah bantu aku utk tidak kalah dgn amarah