Thursday, July 26, 2012

Maryam?

Ok. Aku tau sekarang sana sini cerita pasal #savemaryam. Dan aku jugak tau cerita ni pasal Islam dan situasinya di Indonesia. Dan takat tu je aku tau.

Persoalannya. Apa ceritanya ni? Laptop rosak dah berminggu-minggu. Takat sekali sekala bukak fb kat henpon ni bukan boleh dapat info banyak dan tepat.

Err, what the story weh? Siapa maryam?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Kafarah

4hari deret tak kerja a.k.a tutup kedai. Budak-budak kecik kat rumah ni pelik kenapa Cik Ooi dia tak keja, dan jugak tensen sebab tak boleh tengok Ceria kalau aku yang pegang remote muahaha. Hari ni yang paling lama perap dalam bilik sebab kepala gelong. Bangun untuk sahur, subuh, tido balik, bangun mandi, tido semula. Err harap-harap puasa aku diterima tadi.

Hidung dan tekak masih menyimpan lendir yang melekat. Yang mana bikin kepala berdesing bila asyik hembus-paksa buang. Aku buat kesimpulan. Mungkin ini kafarah. Hm. Yes, i'm not an angel. Semoga ujian ini makes me stronger and better. InsyaAllah. I'm still learning.

Ehe. Tadi berjaya buat satu batch cookies yang bakal menghiasi kaunter Nurul Salon. Hehe.

Chayo'!!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, July 22, 2012

I am living my life

Aku pernah terbaca somewhere, pasal orang yang hidup di alam cyber ni not living their own really life. Dalam bahasa lain, they are the attention seekers. Ye, bukan semua. Cumanya, RAMAI lah jugak dalam pada tak semua tu.

Sometimes. No. Most of the times, aku ada rasa nak buat style 'jari-telunjuk-jolok-tekak' bila diorang ni trying so hard to get attention. Kesian. Tak. Menjengkelkan.

Sedih pun ada. Sebab mereka ini have to struggle to tell people that they are exist. Hm.

Lantaklah.

Aku tak perlu nak sakit hati. Don't Nurul, don't! Push them away!


Ahlan-wa-sahlan ya Ramadhan!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, July 17, 2012

Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali?

Pasal a lady that i called weirdo. She is!

Hm. Ok. Aku ni bukan jenis yang ramah-tamah-singgah-menyinggah sambil update sana sini pasal orang Pot atau Pet. Dan aku jugak tak rajin nak canang kat orang pasal Peon atau Jeot. Pendek ceritanya, aku malas. Tapi. Ada tapi. Tapi. Tapi selalunya cerita akan sampai jugak kat aku. Dalam pelbagai bentuk 'transport'. Termasuk cerita pasal THE LADY.

Aku tak faham betapa mudah manusia menabur janji dengan pujuk rayu dan kemudiannya jadi gelap mata hanya kerana wang. Dan yang pasti, janji pun terbang melayang.

Aku pernah patah hati sebab dia. Aku pernah remuk jiwa kerana kejamnya dia. Aku pernah cuba ubatkan hati yang luka teruk sebab dia! Aku pernah ingin doakan yang tidak elok untuk dia sebab doa orang teraniaya itu makbul bukan? Tapi tak sampai hati.

Dan. Hehh. Cerita dia masih aku dengar. Masih sampai pada aku. Aku cuma mampu geleng kepala. Benar kata orang-orang lama, buat jahat jangan sekali. Apa lagi berkali-kali. Rezeki yang dapat dengan keadaan yang menganiaya orang, akan jadi darah daging keturunan. Kesian lah pada anak-anak yang tak tahu apa-apa.

Aku masih percaya pada hati aku. Tak apa lah tak nampak gah. Tak apa lah dipandang rendah. Tak apa lah tak dikenal sana sini. Tak apa lah tak dipandang bila di khalayak. Tak apa lah tak cantik.

Asalkan aku tak buat orang sakit. Asalkan aku tak tabur janji tipu. Asalkan aku makan rezeki halal. Walaupun aku tahu aku tak sempurna, aku cuba insyaAllah.

Lady, aku harap kau berubah. Aku harap kau muhasabah dan insaf sebelum lebih ramai yang doakan yang tak elok untuk kau. Cukup cukuplah. Sudah. Cukup!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, July 3, 2012

hamba

Pada tahun 1998 aku pernah baca buku yang quote nya berbunyi lebih kurang begini. 'Kalah dengan amarah itu sama saja dengan menjadi hamba kepada perasaan. Selayaknya kita hanya menjadi hamba kepada tuhan, bukan perasaan.'

Mungkin bukan sama sebiji apa yang aku pernah baca dulu tapi maknanya sama.

Aku cuba-cuba ajar diri supaya tidak menjadi khadam kepada perasaan yang tiada nyawa. Akal aku yang sepatutnya mengawal rasa. Dan aku semakin benar menjiwa erti hamba. Aku tak mahu menjadi hamba selain hamba kepada Yang Satu. Titik. Noktah.

Mendidik jiwa hamba tidak mudah. Didik. Namanya pun didik. Perlu pupuk. Perlu didorong selalu-selalu. Lama-lama, jiwa itu terdidik. Benar bukan? Sama juga kita dididik makan nasi dari dulu. Bubur lembik menjadi nasi pejal.

Sadis cara mendidik sekarang yang dikomersilkan. Orang putih kata, pathetic. Menjadi hamba wang bukan apa yang aku impi. Apa lagi bila dipelawa-pelawa begitu. Sedih. Lebih sedih dari sedih.

Serendah itu kah nilai aku? Kami? Mereka? Dididik menjadi hamba begitu?

Ke mana pergi nilai didik 'usaha tangga kejayaan' yang dulu aku dididik dari kecil, yang disorak-sorak sedari umur darjah dulu?

Geli.

Sedih.

Sebak.

Sedih.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, July 2, 2012

ajaib

Aneh

Pelik

Tak percaya

Rasa ini beda dari sebelumnya

Beda betul betul

Tak tipu. Aku tak tipu.

Sebelumnya, aku ingin hempuk dengan penukul besi diri sendiri

Hendak keluar dari planet bumi

Hendak menjerit kepada dunia!

Semua itu dah tiada. Kini.

Langsung tiada.

Hebat penangan surat cinta.

Surat cinta yang mudah betul aku lupa bila leka.

Surat cinta indah yang tak pernah buat aku kecewa.

Maafkan aku. Aku mudah betul beralasan. Maaf.

Terima kasih kerana surat cinta ini sentiasa menyembuhkan aku. Surat ke-67. Ajaib.

Terima kasih, ya Rabb.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, July 1, 2012

jerut

Akal terjerut

Nafas tersangkut

Suara dibawa angin hanyut

Telinga pedih tak tersanggup

Aku terkurung dalam selimut


Published with Blogger-droid v2.0.2