Tuesday, July 3, 2012

hamba

Pada tahun 1998 aku pernah baca buku yang quote nya berbunyi lebih kurang begini. 'Kalah dengan amarah itu sama saja dengan menjadi hamba kepada perasaan. Selayaknya kita hanya menjadi hamba kepada tuhan, bukan perasaan.'

Mungkin bukan sama sebiji apa yang aku pernah baca dulu tapi maknanya sama.

Aku cuba-cuba ajar diri supaya tidak menjadi khadam kepada perasaan yang tiada nyawa. Akal aku yang sepatutnya mengawal rasa. Dan aku semakin benar menjiwa erti hamba. Aku tak mahu menjadi hamba selain hamba kepada Yang Satu. Titik. Noktah.

Mendidik jiwa hamba tidak mudah. Didik. Namanya pun didik. Perlu pupuk. Perlu didorong selalu-selalu. Lama-lama, jiwa itu terdidik. Benar bukan? Sama juga kita dididik makan nasi dari dulu. Bubur lembik menjadi nasi pejal.

Sadis cara mendidik sekarang yang dikomersilkan. Orang putih kata, pathetic. Menjadi hamba wang bukan apa yang aku impi. Apa lagi bila dipelawa-pelawa begitu. Sedih. Lebih sedih dari sedih.

Serendah itu kah nilai aku? Kami? Mereka? Dididik menjadi hamba begitu?

Ke mana pergi nilai didik 'usaha tangga kejayaan' yang dulu aku dididik dari kecil, yang disorak-sorak sedari umur darjah dulu?

Geli.

Sedih.

Sebak.

Sedih.


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments: