Pasal a lady that i called weirdo. She is!
Hm. Ok. Aku ni bukan jenis yang ramah-tamah-singgah-menyinggah sambil update sana sini pasal orang Pot atau Pet. Dan aku jugak tak rajin nak canang kat orang pasal Peon atau Jeot. Pendek ceritanya, aku malas. Tapi. Ada tapi. Tapi. Tapi selalunya cerita akan sampai jugak kat aku. Dalam pelbagai bentuk 'transport'. Termasuk cerita pasal THE LADY.
Aku tak faham betapa mudah manusia menabur janji dengan pujuk rayu dan kemudiannya jadi gelap mata hanya kerana wang. Dan yang pasti, janji pun terbang melayang.
Aku pernah patah hati sebab dia. Aku pernah remuk jiwa kerana kejamnya dia. Aku pernah cuba ubatkan hati yang luka teruk sebab dia! Aku pernah ingin doakan yang tidak elok untuk dia sebab doa orang teraniaya itu makbul bukan? Tapi tak sampai hati.
Dan. Hehh. Cerita dia masih aku dengar. Masih sampai pada aku. Aku cuma mampu geleng kepala. Benar kata orang-orang lama, buat jahat jangan sekali. Apa lagi berkali-kali. Rezeki yang dapat dengan keadaan yang menganiaya orang, akan jadi darah daging keturunan. Kesian lah pada anak-anak yang tak tahu apa-apa.
Aku masih percaya pada hati aku. Tak apa lah tak nampak gah. Tak apa lah dipandang rendah. Tak apa lah tak dikenal sana sini. Tak apa lah tak dipandang bila di khalayak. Tak apa lah tak cantik.
Asalkan aku tak buat orang sakit. Asalkan aku tak tabur janji tipu. Asalkan aku makan rezeki halal. Walaupun aku tahu aku tak sempurna, aku cuba insyaAllah.
Lady, aku harap kau berubah. Aku harap kau muhasabah dan insaf sebelum lebih ramai yang doakan yang tak elok untuk kau. Cukup cukuplah. Sudah. Cukup!
Tuesday, July 17, 2012
Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali?
Published with Blogger-droid v2.0.2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment