Saturday, November 1, 2014

menjadi celik

aku memang jenisnya yang gemar bermusafir
kata orang sekarang-sekarang, travel
tapi,
keadaan semasa menjadikan aku terlalu sibuk dengan entah apa urusan dunia sehingga aku sudah lupa erti sebenar musafir itu sendiri
aku ke sana ke mari hanya dengan urusan diri
dan kemanisan musafir itu sudah makin menipis.
dulu-dulu,
zaman aku belasan tahun
aku suka ke sana ke mari
dan jumpa orang begitu begini
di mana-mana boleh jumpa siapa-siapa dan berborak apa-apa dan mesra sahaja walau hanya berbalas senyum

aku sedang dalam gerabak keretapi menuju ke Perak,
aku terlepas ETS jam 9 dan kini dalam keretapi biasa.
ada hikmah yg Allah sedia untuk aku sebenarnya.
ada si buta yang bermusafir sendiri,
yang dari tadi mencuri perhatian aku.
dan benar kata orang, mereka buta mata tetapi celik hati.
tiap kali perhatian aku lama pada dia, dia akan menoleh seolah tahu aku yang tak ada kerja ni sedang bekerja memerhati gerak lakunya
aku tertanya,
ke mana agaknya destinasinya?
tak apakah dia bermusafir sendirian?
apa agaknya cerita hidup dia?

aku menjadi faham
dalam pada aku mempersoal pemimpin yang tidak turun melihat rakyat marhaen yang semput-semput menyambung hidup,
aku sendiri sebenarnya sudah lupa memandang, memusing kepala melihat keliling.
aku lupa memaham jerih perih turun naik bas, menaiki keretapi tambang murah.

aku tahu tak siapa faham apa dan apa
tak apa, aku faham.

aku belajar menjadi celik.
dan aku mahu terus belajar.

No comments: