jalan ini. jalan aku.
ukhwah. brotherhood. sisterhood.
sama saja semuanya.
belum pernah aku tulis seperti ini di sini. kerana, pada aku ini bukan pakarnya aku. kerana pada aku, aku masih jahil. kerana pada aku, aku tak layak bicara tentang dakwah. tapi aku tercetus dengan beberapa perkara kebelakangan ini. juga aku tercetus dengan kembalinya Adam Warrenth kepada Islam setelah dia mengembara mencari cinta. Subhanallah MasyaAllah Astaghfirullah.
mereka yang mengenali aku, mereka tahu siapa aku 4tahun yang sudah.
dulu, aku fikir apabila aku bernekad untuk menutup aurat, semuanya akan baik-baik saja. rupa-rupanya tidak. ia bukan sekadar meletak kain di atas kepala dan berbaju lengan panjang.
aku teruskan pencarian. dan sungguh. sungguh! sungguh Allah itu Ya Rahim. Dia amatlah sayangkan aku. takdir Allah, aku berusrah. aku rasa, yes this is it! i am complete. aku nak jadi baik dan bila usrah mestilah boleh jadi baik, kan? tapi rupanya, tidak. baik itu tak terhenti di situ. persoalan semakin menghujani aku. kejahilan aku makin terserlah. aku seperti si bodoh. ya, aku sememangnya si jahil. setiap kali aku mengenal seorang demi seorang yang berjuang di jalan dakwah, aku makin banyak persoalan. dan buat pertama kalinya, aku menjadi benar faham apa itu ukhwah fillah. setiap sentuhan, setiap pelukan, setiap pertemuan seakan punya kuasa bateri yang akan masuk dalam diri aku. masuk yang betul-betul, kau boleh rasa satu rasa yang menyerap dalam diri kau.
aku jadi tertanya, siapa mereka? kenapa mereka di sini(jalan dakwah)? apa yang mengikat mereka di jalan ini? kenapa mereka sangat murni? Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa. this is so weird. pelik. aneh.
macamana mereka boleh sentuh hati kau hanya pada pertemuan pertama? macamana kau boleh menangis esak-esak mahu berpisah walau kau tak tahu pun dia asal dari mana? pelik. kan? magic? yes?
dan selepas itu aku makin bingung. aku makin mempersoal sendiri-sendiri. aku sukar nak terima hakikat yang itu, yang aku rasa itu, adalah ikhlas. aku mengambil sedikit masa untuk cerna yang begitu ramai rupanya mereka yang ikhlas. yes. only a heart can touch a heart. itu yang sering murobbi aku ungkapkan. and she is sooo true.
aku pernah katakan pada diri aku. aku cuma mahu usrah, aku bukan mahu jadi pendakwah.
errrr..tapi itu bukan pilihan kan?
aku tak tahu kalau orang lain ada segala persoalan yang aku pernah ada.
tentang mengapa, apa, siapa, kenapa????
aku cuma boleh katakan begini, bila kau mahu sesuatu yang kau tahu baik untuk diri kau, kau kena yakin yang Allah akan beri tapi mengikut jenisnya engkau.
perjalanan kita sama. halangan kita berbeza. kekuatan kita tak sama.
dan, kini aku menjadi faham tentang ukhwah, dakwah dan tarbiyah. aku. kau. mereka. kita satu menuju Dia Yang Satu. jalan ini memang tak mudah. tapi, jalan ini amatlah indah. aku jadi kenal tentang cinta. aku faham tentang juang. aku di sini. atas jalan ini. insyaAllah.
aku dapat sesuatu hari ini. bunyinya lebih kurang begini. nak jadi baik? taktahu macam mana? just do it. buat aja. make the move.
trust me. you won't regret.
jom jalan-jalan tingkatkan iman?
No comments:
Post a Comment