Thursday, October 11, 2012

Hurt the love.

Dasarnya manusia ini, menikam hanya pada yang dia kenal. Kalau pun tidak tikam, mungkin hanya sekadar dihiris.

Pedih. Ngilu.

Manusia hanya akan melukakan mereka yang mereka cinta, kerana yang tidak dicinta tak akan terluka dek mereka yang bukan cinta mereka.
Semudah tu luka dan cinta?

Aku cinta kau, aku tusuk, kau luka, aku gembira?
Kau yang bukan cinta, aku tak ingin pun halakan pisau pada kau kerana kau tak akan terluka. Dan aku gembira.

Bila pisau di tangan, pandang dia yang kau cinta dan anggap saja dia bukan siapa-siapa. Kau akan gembira kerana dia bukan siapa-siapa, kau tak terluka dan dia tak cedera.

Persepsi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: