Friday, December 30, 2011

awsome!

Baru sampai rumah setelah musafir ke kelantan dari isnin-jumaat.

Just nak cakap, i bought this!! Kat kelantan. Muahahahaha. Glass chess set! Awsome kan? Awsome gila woi!!

Next, nak main.

Lagi? Nak beli chess set yang kayu pulak dan yang size normal. Set ni kecik je. Fuh.


:: masa untuk polish karat-karat dalam kepala! Lalalalalalala


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

diamond

Aku nak bercerita pasal menghargai. Menghargai ni bukannya ko kena belanja orang tu seminggu sekali ke apa. Engkau angkat call or reply sms pun dah kira cukup. Apa susah sangatkah?

Betul. Aku tau yang kita tak sepatutnya mengharap apa-apa balasan atas setiap perbuatan kita pada orang. TAPIIII kalau kita TANYAAA orang dan tak ada respon langsung, tidakkah itu menimbulkan amarah? Aku jadi musykil..apa susahkah to be fair to others? Oh ye, fair and NICE.

Kalau lelaki, kita gelarkan player lah, playboy lah, kaki ayat lah, sweet talker lah. Then kalau perempuan sama perempuan? Adakah itu kategori kacang lupakah kulit? Eh bukan. Kawan aku kata, habis madu sepah dibuang. Ish kali ni aku tak boleh nak pikir baik dah. Apa teruk sangatkah kawan-kawan yang di'buang' ini?? Grrr.

Plz. Tolonglah. Pleasee. Siapa-siapa saja. Hargailah kawan-kawan anda. Keluarga confirmlah nombor 1. Hargai semua yang ada kat keliling anda. Tak rugi pun. Ape ke ngeri ke kalau semua orang suka kat kita? Hoho.


:: Treat others like diamond. Wuuu..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, December 21, 2011

baik punye.. (dafi's style)

Now i really really really feel it.

I really feel like a bisneswoman.

Itu saja. Sekian.

Alhamdulillah.


Kaitan gambar? Semangat berjuang!!! ;p


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 20, 2011

anak buangan

Aku dah lama pikir pasal hal ni. Pasal anak-anak kecil yang dibuang sewenang-wenang oleh orang tuanya. Betul, memang semua mengutuk keras perbuatan biadap mereka-mereka ini.

Ha, yang buat aku berpikir adalah.

Tidakkah si orang tua itu terpikir, nanti 'anak betul' dia bercinta dengan 'anak buangan' dia? Mungkin kemungkinan ini sangat kecil..aku cuma terpikir je.

Apa pulak jadi pada keturunan itu nanti ye kalau diorang kawen? Adakah mereka dikira keluarga kandung walau dari segi hukum dorang tetap bukan mahram?

Hm. Comel baby Adam Haris ni.


:: Mission Impossible best tak?  ;p


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 17, 2011

bercampur baur

Emosi aku masih melekat pada program Solehah Finale sekejap tadi. Betapa cekal diorang berjuang untuk menjadi pendakwah. Kalau mereka yang aku lihat berani sungguh, apalah aku ni. Sebesar kacang hijau agaknya.

Mudah mudahan ada yang mendapat manfaat dengan wujudnya aku di bumi Allah ini.

Semoga aku dapat menambah nilai baik dalam hidup orang lain, walaupun sekadar dengan haircut yang meningkatkan lagi rasa cinta semula seorang suami kepada isteri.


Fuh. Dalam pada aku tengah bergelut dengan perasaan budak-budak Solehah, aku ternampak sesuatu di fb.

Aku yakin sekarang semua orang dok share kat fb or blog. Kisah si Arif di Dublin. Astaghfirullah.

Aku hanya mampu melurut muka dan menggeleng kepala. Si Arif ni tahu apa yang dia buat ni salah. Dia jugak tahu yang story dia ni akan sampai ke Malaysia. Silap-silap hari bulan, mau masuk berita esok. Dan kalau masuk berita, nanti akan ada wakil dari mana-mana akan pegi ke Dublin untuk bawak dia semula ke pangkal jalan. Lepas tu? 'We are working on it.'


Familiar tak jalan cerita ni? Hehe. Pikir sendiri penah tengok dalam 'filem' apa.


Ok, lupakan pasal filem.

Si Arif.

Aku memang tak mampu nak buat apa-apa kepada dia. Cuma, mungkin aku atau kita boleh buat sesuatu untuk Arif-to-be. Faham tak maksud aku?

Ya, all those gays and lesbians. Aku tak mintak kita jadi macam Wan Nur Hazwani dalam Solehah. Cukup sekadar kita care mereka yang terdekat. Bukan menghukum atau kritik. Tapi tarik perlahan-lahan dengan kasih sayang.

Ya Allah, besarnya tanggungjawab kita sebenarnya.


Aku bukan mentarbiah siapa-siapa. Aku memberi ingat pada diri aku sendiri. Tentang tanggungjawab terhadap saudara dan sahabat.


Aku sekarang ni tak mampu nak bayangkan macam mana perasaan mak ayah dan keluarga si Arif ni.


Ya Allah, semoga keluarganya kuat dan tabah. Semoga Arif lembut hati dan sedia untuk kembali ke pangkal jalan. Kau tunjukkanlah jalan ya Allah.


:: tunjukkan aku jalan dan peluang ya Allah. Thank you Allah


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 16, 2011

Takaful and Me

oh yeah. oh yeah.

yes..yang sebetulnya, kebizian yang melanda aku kebelakangan nih adelah disebabkan proses meng'expand' bisnes. menambah sayap-sayap supaya boley terbang kuat sikit.

secara officialnya, aku sekarang sudah jadi Takaful Agent.
alhamdulillah..jalan jalan yang aku nampak, cerah.

bermula dengan saje nak jaga hati kakak sepupu yang ajak jadi agent dia, rupa-rupanya ini jalan untuk aku 'nampak' lebih jelas tentang takaful. kesedaran belum cukup menyeluruh untuk orang ramai. termasuk jugak aku..dulu.
dah nama pun takaful. kita kerjasama, bantu-membantu sesama Islam khasnya. insyaAllah.

moga jalan ini dipermudahkan.

oh ya. sebarang info tentang takaful, bolehlah hubungi aku ya kawan-kawan.
insyaAllah aku akan beri servis takaful yang terbaik.

:: takaful dan insurans itu beda ya.  ;D

Tuesday, December 13, 2011

Aku Cinta

orang kata, adat bercinta..macam ombak kat pantai.
ada masa tenang, ada masa buas semacam kan.
ada masa rasa bahagia bebenor, ada masa rasa fed-up habiss!

itu yang pasti.
tapi betul ke itu cinta?

tadi aku tak ada keje, so aku bukak entry entry lama aku.
baca cerita pasal rambut.
eheksss     <== gedikkssss    
muhauahuahauha

hm.
hati belah bahagi. penat sebenarnya.
aku cinta dengan apa yang aku buat.
belum ada lagi aku rasa cinta yang macam ni selepas matematik masa sekolah.
tapi sekarang, right now, saat ini, detik ini, hari ini, jam ini, aku rasa penat.
letih. rasanya aku tak ada sampai rasa menyampah. sedih mungkin.

semua perkataan negatif tuh akan terubat sikit bila aku mengadap muka customer aku.
tapi bila aku sorang diri dan berfikir dengan lebih dalam macam sekarang nih, baru aku berpijak di bumi yang nyata. hmm again.

tak boleh, perasaan tu aku tak boleh nak zahirkan dengan kata-kata.
ada satu perkataan tambahan. risau.


okeh, dah nak pukul 7. aku nak balik rumah.


:: doakan aku dapat cari benih yang elok untuk suburkan bunga-bunga cinta semula.

mengemaskini yang terkini

lama dah tak berblog thru laptop ini. ehe.
ceritanya banyak tapi bak kata orang, yang terkini itu sensasi kan.

people talk.
betul betul jadi fenomena. tak kiralah baik atau tidak kan. selagi menjadi perbualan dan omongan di sana sini, itu bermakna sesuatu topik tu berjaya menang carta lah.

OMBAK RINDU. kehkeh.
eh, semua blog cerita pasal filem ni kan? haha.

ok yes..aku belum tengok. mula-mula kecewa sebab tak dapat tengok dengan orang-orang yang dah berjanji-janji kononnya. aku pun sibuk masa tu. tapi still, aku dah dapat agak mesti takkan impact mana movie ni sebab Othman Ali yang buat. macam Anak Halal. ya, ceritanya best cuma details bab agama tuh dia agak kurang titikberatkan. itu apa yang aku boleh komen dari Anak Halal. macam aku kata, ceritanya best..cumanya ada CUMA.
sayanglah kan..talentnya besar tapi kurang detail.
lagi satu..aku jadi tak berapa nak excited nengok filem baru ni sebab Maya Karin berlakon. lidah dia tak cukup Melayu..tak kira lah apa cerita pun dia acting. kira macam spoil lah..sebab kadang tuh acting dah chantekkk tapi bila bukak mulutt..aduihhh.
ok dah..taknak cerita panjang. aku bukan buat review pun, saja nak komen-komen pasal fenomena ni. agak menyedihkan bila tengok filem Malaysia yang masih begini. yang mengejar kutipan juta-juta. aku bukan pembikin filem, tapi aku suka tonton filem. ya, filem Malaysia. aku tak segan silu pegi tonton filem Malaysia sebab aku berada di Malaysia. filem luar pun aku layan jugak. cuma masih, kepuasan menonton macam menonton filem Cinta..belum dapat lagi. dan sekarang, aku rasa teringin betul tengok Malaysia ada filem macam Laskar Pelangi.

takpe..takpe..aku tahu yang penggiat filem Malaysia sekarang ni pun tengah fikir-fikir jugak nak buat filem dakwah, mungkin belum dapat skrip yang cukup kuat.


:: take care??

Friday, December 2, 2011

Tahun Baru

Lokasi : Batu Pahat.

Tujuan : 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'.

Jam : 12.48am.

Motif Entry : mata dah merah mintak pejam, kepala dah berat mintak tido.

Sinopsis : its a good start..ow yeah.


Good night everybody.


Alhamdulillah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 30, 2011

Cinta Ini

Cinta ini memang ada sudah lama. Aku rasa sejak umur aku 10tahun. Aku tak sangka perkara yang akupikirkan hanya suka-suka ni rupanya menjadi cinta. Aku cintakan kata-kata. Penulisan, kalau diikutkan ayat kamusnya. Cuma aku ada masalah membahagikan setiap isi penceritaan tu dengan cantik. Sebab tu UPSR dapat B haha.
Ok. Aku bukan nak cerita pasal cita-cita atau hobi atau apa. Hari ni aku baru tahu. Editor satu majalah yang aku sangatttt suka sudah tukar! Dulu waktu dia mula-mula ambil alih, aku jugak teringat ingat pada editor yang lama. Tapi aku dah ok..aku dah 'in' dengan dia punya touch. Sedih. Kesibukan aku menyebabkan aku taktau yang October issue adalah yang terakhir. Aku kena bukak balik dan baca, kat salon! Beli, terus letak kat salon. Tak sempat baca.

Sedihnya.

Tadi aku menjejakkan kat ke building company magazine ni untuk ambik backdated issue, dalam hati berangan-angan tertembung dengan dia tapi tak pun. Rupa rupanyaaa....sob sob.

Patutlah bila aku tengok November issue yang keluar, serinya beda. Bukan malap..cuma beda. Takpa..aku percaya, semua benda baru perlukan masa. Aku percaya pasukan yang baru ini akan berusaha sebaiknya mempertahankan reputasi mereka. All the best guys!! Walaupun aku nih hanya tempias-tempias sahaja yang melihat setiap perubahan majalah ini selama 11tahun, tapi aku tahu u guys sangat bekerja keras.



Hmm


:: smile. Big one.

Saturday, November 26, 2011

Musafir dan Syukur

Sepatutnya aku tak jeling-jeling apatah lagik update blog aku nih memandangkan start esok sampai 6Dec aku sangat sibuk dengan berbagai bagai hal. Tapi takdir telah menentukan sebaliknya. Dan tempat yang selayaknya untuk aku kongsikan bersama adalah kat blog. Because of, bukan semua orang boleh menerima story aku nih dengan open. Yes aku faham..everyone have their own opinion and principe..mungkin.

Rasanya dah dekat dua tahun aku tak naik train dari batu gajah ke kl. Disebabkan selalunya jadi driver, so confirm tak naik kenderaan awam. Kelakar..sebab masa dalam train macam seriau hahhaha ngekk. Mengada sungguh laa. Ok done.
Sampai kl sentral, lari pegi toilet. On the way ke toilet, tertembung dengan oldfriend tapi dia tak cam aku dan dia pun tengah on the phone dan aku pun dah berubah wajah dan aku pun nak cepat ke toilet. Dah, biarkan. Asalkan aku dah nampak apa jadi dengan hidup dia sekarang kira alhamdulillah..nanti nanti ada masa aku cuba try laluan laluan yang dapat untuk contact dia, insyaAllah.
Dah nampak toilet..adoiii terpikir, macam mana dengan lagik DUA beg yang aku bawak! Hahaha. Gamble.
Ehem. "hello...boleh tak saya nak mintak tolong tengokkan beg saya"
Aku bersuara pada tiga orang amoi yang tengah tunggu train tepi toilet yang dekat kfc.
"oh ok ok..bolehh" sambil dorang senyum kat aku.
Zasss...masuk toilet, buat apa patut dan keluar kepada amoi amoi tu balik.
"thank you very much ye...." sambil aku lemparkan senyum palingggg maniisssss dan angkat beg beg aku.

Dipendekkan cerita, sepupu aku yang aku dah bagitau yang tren aku sampai pukul 10.30 rupanya belum gerak dari subang. Adohaiii..masakkklah menunggu. Takpe..henpon ade, buku cerita pun ade standby dalam beg. Kerusi luar kl sentral yang hadap marriot tu penuh. So berdiri kejap tepi pintubdalam. Mati kutu. Kedai semua dah gelap. Orang memang lah ramai. Kerusi penuh. Suddenly haa....kerusi luar tu kosong sederet!!! Cun! So aku ambik belah paling kanan, senang beg yang aku pegang tak kacau kaki orang. Tak sampai 10minit, ada sorang pakcik bertongkat mendekat. Aku khusyuk dengan sudoku. Pakcik tu hujung sana, aku hujung sini. Cheh, tak la jauh mana. Sederet tu boleh duduk 3orang je kalau tak silap aku la.
Tengah aku main game, pakcik tanya jam pukul berapa. Aku pun jawab. Then bermula episod cerpen kali ini.

Pakcik ni nama dia Haji Aris or mungkin Haris. Seorang berbangsa Cina yang memeluk Islam selepas 2tahun masuk tentera.
"my life is all for Islam".
Subhanallah..nak menitik air mata aku mendengar pakcik tu cakap macam tu. Dia mencari Islam start dia umur 16tahun, tingkatan 4. Selalu gaduh dengan abang dia sebab tak pegi sembahyang. And sampai sekarang family dia tak boleh terima dia. He is 64, going to 65 bila eh dia cakap tadi. Pada mata aku, dia kuat semangat. Dia tak takut pada dunia. Dia serahkan segalanya sebulat-bulatnya pada Allah Taala. Dia bakal buta. Penglihatan dia less than 10%!! Dan muka dia taknampak sedih pun. Dia tak ada buat cerita sedih pasal sakit mata dia, Rektoma ke apa ntah namanya. Sebab dia kata "kalau ikutkan saya memang akan buta tapi saya taknak fikirkan sangat. Itu kuasa Allah Taala."
Can you imagine? Dia cuma nampak bayang aku, memek muka aku senyum ke masam ke buat buat senyum ke memang dia tak nampak. And he cant travel waktu siang penglihatan dia lagi teruk. He came straight away from Alor Setar untuk ke hospital jumpa dengan specialist, alone! Dia tau naik bas mana ke mana then naik lrt turun ke mana kemudian berapa kena charge.
"pakcik kena tau semua, kalau naik teksi saja tak mampu. Takpa takpa..pakcik tak malu mengaku pakcik tak mampu."
Dan dia takda buat muka sedih ke apa. Dia cerita biasa je. Bersembang macam dah kenal. Bayangkanlah dia kena duduk kat kl sentral sampai subuh nanti, tido kat kerusi BESI panjang yang bertakuk takuk tu...dan sejuk! Dan dia dah buat semua tuh for all these 6years!
Aku bukan memuji dia sebab dia bangsa lain. Aku bukan memuji dia sebab dia yang aku kenal tak sampai satu jam. Aku cuma memuji betapa dia yakin dengan Allah. Betapa dia faham Islam. Banyak yang dia ceritakan kat aku. Pengalaman dia kat Xin Ang(kalau tak silap aku la nama tempat ni) selama 9bulan. Cerita nasi putih, telur mata, ikan masin, sayur = rm1.50 kat Alor Setar.

Banyak.

Hmm

Aku tak tahu. Mungkin Allah datangkan pakcik Aris supaya aku lebih bersyukur dengan hidup aku, supaya aku lebih yakin dengan Allah. Mungkin untuk aku hilangkan kerinduan aku pada arwah apak. Sebab berbual dengan pakcik Aris, aku seperti nampak ada apak di situ. Mungkin juga Allah nak duga tahap keyakinan aku dengan diri aku, dengan kata hati aku. Yang pasti, ini adalah antara satu chapter baru dalam diari aku. Buku aku. Sebelum buku baru dibuka.

Ya..aku tahu, jangan mudah benar berbual dengan stranger. Tapi aku juga percaya..di celahan ratusan orang yang berhati hitam, masih ada lagi insan yang mempunyai hati yang jernih. Jika benar pakcik Aris jernih hatinya, aku bersyukur sangat ya Allah sebab aku adalah yang Kau pilih untuk bertemu dengannya. Dan jika sebaliknya, Allah Maha Mengetahui.


Talifon berbunyi, sepupu dah sampai. Kalau nak ikutkan hati memang aku hendak sangat salam dan cium tangannya. He is so strong. Aku ucap serba sedikit dan beri salam pada pakcik Aris.
Semoga Allah permudahkan perjalanannya pergi dan pulang..lindungilah dia dengan rahmatMu ya Allah.



Aku ambil ini sebagai peringatan dari Allah. Mungkin teguran. Terima kasih ya Allah.



:: panjang umur, murah rezeki..insyaAllah sampai lah aku ke pondok di Sungai Tiang, Pendang, Kedah.

Thursday, November 24, 2011

Semua Yang Itu

Tangan itu

Mata itu

Sentuhan itu

Pandangan itu

Walau pandangan itu redup dan bisu, namun suaranya sampai ke hati aku.

Walau sentuhan dengan tangan kasar itu memeluk bahuku dengan kejap, halusnya aku terasa sampai ke pangkal tangkai hati.

Bahasanya mudah. Semudah 'thank you' tapi aku gembira betul.

Ketawanya benar.
Jenakanya menghibur.
Lembu kambing tepi jalan boleh jadi modal cerita.

Kita boleh melihat serentak, ketawa serentak pada benda yang sama!

Sentiasa menjadi peneman bicara sepanjang aku memandu.

You will talk for what-so-ever you see that you'd experienced before. The talk.

And we never know your pain.

Entah apa rasa sakit apak ya?


Oh God, i miss u apak!
Really meant it!

I miss ur joke.
I miss ur talk.
I miss ur sing.
I just miss u.



Ya Allah, tempatkan apak di tempat yang paling mulia di sisiMu.
Semoga apak lebih bahagia di sana.



:: Al-Fatihah untuk apak, Muhammad Ghazali b. Zainuddin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, November 20, 2011

Wanita dan Perut

Tajuk umum.
Tiada sempadan.
Mari borakkan.


Sila komen.



:: Penyakit takde keje kehkeh.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, November 14, 2011

cara memandu = true color?

Hm, aku penah dengar dan baca pasal hal yang satu ni. Betul kah?

Bukan aku tak setuju sebab aku suka gaduh-gaduh dengan kereta lain atas jalan, tapi aku rasa it is just an unfair statement.
Mungkin kita boleh labelkan that attitude sebagai 'another hidden character' ke kan? Kan elok sikit bunyinya. Takkan orang tu bawak kereta kelam kabut, tak tentu arah, and memegang title yang disegani, terus kita cop dia tu clumsy sedangkan she is very excellence dalam bidang dia.
Dan juga sometimes, memandu ni juga mengajar kita lebih banyakkkk bersabar. Ada je orang yang pemarah tapi bawak kereta cool je. See?
Aku selalu kena warning dengan mak sebab suka tak puas hati then cucuk-cucuk kereta lain. Tapi aku buat macam tu kalau dia yang cari pasal dulu eh. Hish. Aku cukup lah hangin kalau kereta besar, bawak kereta pun biadap. Biadap dan laju itu berbeza ye, sila peka.

Emosi masih turun naik sebab hal masa on the way balik keja malam tadi.
Grr.




:: AHR 7889, tolong goreskan kereta dia neh kalau nampak eh. Hish!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 10, 2011

mulut kecil

While waiting for opah at ipoh.

Tadi kat jalan Parit-Siputeh.

Si botak : nanti adik nak bukak kedai.
Aku: kedai sape? (Masa ni memang aku ingat dia akan kata kedai cik ooi).
Si botak: kedai adik lah.
Aku: (wahhhh...) iye? Nak bukak kedai apa dik?
Si botak: nak bukak kedai air bandung.
Aku: ha??? Ha yelahh...
Si botak: (meneruskan bebelan yang mungkin akan menjadi kenyataan).

Sekali sekala kita have a chit chat dengan budak sebesar ini memang menceriakan hati lantas membuat kita berfikir dengan lebih dalam.
Geli hati sungguh la bicara deme ni.



Takpelah dik..bukan selalu adik ikut cik ooi naik kereta jalan-jalan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, November 8, 2011

sisi lain

Aku sekarang sedang masuk ke sisi lain cerita hidup aku. Fasanya masih sama, cuma sisinya beda.

Sedikit gementar.

Alhamdulillah.

Good luck nurul!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, November 5, 2011

Berpijak di bumi nyata?

Aku pegi keja, ada customer. Baca novel. Pegi bayar hutang sana sini. Tadi buat creampuff. Main dengan budak debab 2orang kat rumah ni.
Isnin nanti ada gathering dengan kawan sekolah. Masih memikirkan menu ni.
Kepala jugak tengah dalam mood novel, berangankan Ustaz Hakim yang tak lasting dengan Nurul. Ada WHY di situ. Hm. Laila yang menderita tak henti-henti. Suria yang selalu konflik. Ngarut. Melayan kepala yang dalam mood nak tido ni.

Teringat yang aku sepatutnya call Puan June dari hari Isnin lagi. Esok Sabtuu! Uih.
Rasa macam terbang-terbang.

Ahad raya haji!!



Berpijaklah di bumi yang nyata, nurul!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, November 3, 2011

Magic

Hari ni sangat menarik. Rasa macam ada power luar biasa. I dont want to take this as a coincidence, tak fun la kan.

Lepas ke bank berurusan gitu gini, nak cari nasi ayam. Tapi mem besar suruh pegi makan kat satu tempat ni. Hampa. Sebab hasrat nak cari nasi ayam terbantut. Ok fine. Masuk parking, elok angkat muka tengok gerai tu..tadaa! Ayam bergantung-gantung. Kehkeh.
Even sebenarnya tak lah sedaapp sangat tapi itu nasi ayam ye!

On the way back dari Sitiawan, dah dekat pukul 5 rasanya. Sorang sebab mem naik keta lain yang ambik kat bengkel. Tiba-tiba terbayang cakoi yang dekat Carsem Medan Gopeng. Huih. Tapi memang takkan dapat lah sebab sepanjang jalan nak balik memang tak ada orang jual chakoi.
Sampai traffic light Institut Pertanian Titi Gantung, nampak ada budak meniaga kuih tepi jalan. Lampu hijau, elok je aku lalu kat situ budak tu tengah betulkan susun kuih..CAKOI!! Tak pikir panjang, masuk kiri ikut jalan kecik nak patah balik sambil ketawa sorang-sorang dan kagum betapa sayangnya Allah kat aku hari ni.

Its Magic!

MAGICCC weh!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 30, 2011

Islamic Book Fair

Menghabiskan 2jam kat KL Sentral.
Di atas ini hasilnya.
Hajat tidak kesampaian.
Bukan nak cerita yang buruk-buruk, cuma bak kata orang-orang lama 'indah khabar dari rupa'.
Berita yang dicanang-canang ber'percent-percent' diskaun hanya janji manis organizer.
Sepuluh percent untuk semua. Ada yang terpilih yang lima puluh percent. Disebabkan dah sampai sana pukul 4lebih, tak ada pilihan untuk patah balik ke bangi dan pegi sendiri ke office JS yang ada tiga puluh percent.
Bila sembang-sembang dengan adik yang jaga booth JS, dia bagitau organizer yang tetapkan.
Kecewa di situ.

Tak apa. Ini pengalaman.
Dah berangan-angan nak beli buku sambil bawak sampai tak nampak jalan, tak kesampaian.

Okeh. Going to Putrajaya!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 28, 2011

Untung Rugi

Satu yang best pasal keje aku sebagai hairstylist dan part time tukang solek nih, aku akan dapat 'berita gembira' lebih awal dari orang lain di kalangan kawan-kawan aku memandangkan deme nih mempercayai kerja tangan aku.
Dan lagi 2hari, aku akan menjadi tukang solek untuk sorang lagi kawan aku yang tau-tau aje nak menikah. Alhamdulillah.
Walaupun aku rasa macam nak hempuk-hempuk jek si bakal isteri nih sebab kejap nak tunang, kejap risik, tiba-tiba nikah haha.
Seronok. Sorang lagi kawan akan bergelar isteri. Another phase of life. Good luck fren!!

Menumpang orang ade iPad untuk update blog dan sambil-sambil sessi gossip jugak. Kehkeh.

Esok, KL Sentral!!!

Thursday, October 27, 2011

warna warni hidup

Duduk atas bangku tepi eskelator kat dalam Great Eastern Mall.
Orang yang lalu lalang depan muka aku ni memang tak terkira jumlahnya.
Dan kat depan aku ni jugak, ada orang-orang buat jualan untuk Halloween. So ada tengkorak pelbagai saiz jugak yang bergantung-gantung bersama-sama kain carik-carik. Ada jugak orang jual baju tido dan buku-buku MPH.
Disebabkan ini lunch hour, kebanyakan yang lalu depan aku bawak purse bersama kumpulan masing-masing sambil tergelak-gelak manja. Gosip mungkin. Ops.
Eskelator ni menuju ke food court.
Baru kejap ni ada wanita muda bertentang mata dengan aku dengan pandangan pelik. Haha.
Dari tadi, ada jugak group ibu-anak yang lalu lalang. Kat KL kan kebanyakan sekolah cuti seminggu.

Ok, mak dengan abang gua dah sampai.

Chalo.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 25, 2011

karenah

lately, aku berpengalaman yang agak luar biasa.
kenapa?
sebab pengalamannya mengenai perkara-perkara yang menjadikan aku 'down'.
negative kan?
yes, absolutely yes! aku agak down.
memang mostly orang akan kata 'asam garam meniaga', 'cabaran orang meniaga', 'macam tu lah hidup kita nih, lagi-lagi orang meniaga'.
takpe, untuk yang nak kata benda yang sama terima kasih banyak-banyak.
semua tuh aku dah set siap dalam kepala, dia akan keluar otomatik bila benda-benda tak diingini berlaku dalam hidup.
tak tak, aku bukan nak cerita pasal pengalaman tu.
aku cuma nak lepaskan apa yang aku rasa.
dan aku risau.
kalau-kalau apa yang aku rasa ni akan effect diri aku in future.

contoh?
satu.
aku rasa taknak dah dealing with people in business.
biar sorang. sakit sorang, senang pun sorang.
which is not good. aku akan kena jugak deal dengan orang lain kan.
lebih kurang dalam bahasa kamusnya, fobia. ke, trauma? ntah.
dua.
aku asyik pikir negatif pasal orang lain.
bersangka buruk, yang bukan-bukan.
yes, not good jugak.
bukan apa, tapi disebabkan aku percaya then aku kena 'makan' balik.
tiga.
aku kecewa dengan diri sendiri.
kecewa sebab aku terjerumus ke lembah beracun ni.
kecewa dengan sikap manusia.
kecewa dengan betapa wang menjadikan manusia bertindak kejam.
kecewa dengan kelemahan diri.
empat.
aku menjadi was-was.
was-was dengan wujudnya manusia yang ikhlas.
was-was dengan prinsip sendiri.
dulu aku begitu yakin, dunia ini mempunyai ramai manusia yang ikhlas.
kalau kita ikhlas, lantas orang yang ikhlas juga akan mendekat.
lima.
aku berfikir untuk aku menjadi kejam juga.
mereka kejam, kenapa tidak aku?
kalau kejam itu sudah menjadi keperluan, boleh lah aku.
enam.
aku menjadi marah dengan mudah.
aku benci bila marah.
amarah menjadikan aku sakit badan.
marah menjadikan aku bernafas pendek-pendek.
tujuh.
aku tak boleh nak fokus untuk menulis yang baik-baik.
tengok?? dan TUJUH yang negatif keluar begitu mudah bile jari mula menaip.
lapan.
tidur aku tidak nyenyak.


sembilan.
lagu apa yang boleh me'magnet'kan positif ya?


:: woho, banyaknya contoh! ;p

Thursday, October 20, 2011

Taste

Citarasa.
Ada yang suka nasi goreng, tapi ada yang prefer sizzling mee.
Ada yang suka teh tarik, ada pulak yang lebih berkenan orange juice.
Ada yang suka MyVi, ada yang lagi suka Saga.
Ni semua cerita pasal taste. Citarasa.

Potong rambut.
Ada yang pendek, takat tak boleh ikat dah kira pendek.
Ada yang selagi telinga dia kena rambut, itu belum pendek.
Ada yang suka bob style, ada yang suka short layer.
Ada yang bagi dia fringe tu seksi, ada yang rasa fringe tu buat gatal muka.
Ada yang rasa rebonding tu cool, ada yang rasa afro tu awsome.

Yes. Again. Its about taste.
Ada yang rasa hebat bila tampak gah, ada yang rasa segan.
Ada yang tak mahu tunjuk-tunjuk ilmu yang dia ada, ada yang lagi suka bila ilmunya dapat ditunjuk-tunjuk.
Ada yang bahagia dengan kekurangan, ada yang rasa kekurangan bila bahagia.


Ada yang suka sambal belacan, ada yang suka sambal tempoyak.
Ada yang suka creampuff, ada yang suka cekodok.
Ada yang suka bawak keta, ada yang prefer naik helikopter
Nguahaha..


Taste. Ada macam-macam maksud.
Dia tu taste kau tak??
;ppp
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 18, 2011

Happening

Luahan hati seorang customer hari ni buat aku berfikir panjang. Ya, luahan hatinya tentang kedai ini. Kedai aku. Juga kedai yang dicari-cari dia bila kepalanya serabut. Mungkin dah ramai yang berkata-kata kepa aku, cuma entah kenapa kali ini lebih terkesan di hati dan kepala.

Dia : nurul, taknak dah ke buat balik kedai ni macam dulu?
Aku : dulu?
Dia : yela..dulu dulu. Happening. Nak buat rambut siap kena Q.
Aku : (sambil sengih-sengih) iye lah kan, happening. Problem staf la, jue. Hm.
Dia : hm. Susah jugak kan.
Aku : hmm. Itu lah.
Dia : hm.
Aku : hm. Hmm.

Dan cerita itu tergantung hanya di situ. Aku consider yang dia sangat setia dengan aku sebagai hairstylist dia. Alhamdulillah, Nurul Salon masih bernafas hingga kini bersama dengan kesetiaan customer-customer yang macam jue.
Happening. Nurul Salon pernah happening. Sekarang? Hm.
Luahan dan harapan jue aku sandang dan pikul bersama mulai hari ini.

Terima kasih jue.

Terima kasih Allah kerana datangkan jue dan ketelusannya hari ini.

Aku? Nurul Salon?
Rasa nak dengar lagu Move Like Jagger by Maroon 5 feat Christina Aguilera.
Happening!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

melihat lihat

Benar kata orang, jauh berjalan luas pemandangan.
Islam juga menganjurkan kita melihat lihat bumi Allah yang bukan main luasnya.
Subhanallah.

'Pelarian' kali ini penuh makna
Makna yang cukup dalam
Dengan pelbagai kisah jiwa yang melanda aku beberapa waktu yang lepas
Lantas, pelarian ini memang on time

Bersyukur
Itu yang tepat.
Dengan melihat lihat, aku menjadi syukur.
Aku menjadi sedar kewujudan aku sungguh kerdil nilainya.

Syukurlah.
Semoga aku yang kerdil ini tidak meng'kerdil'kan hati dan jiwa aku.

Sejuk.


Oh Raju, here i come!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 14, 2011

Bidalan

Orang putih kata,
'The most interesting and precious moment in life is the journey itself, not the destination.'
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, October 12, 2011

Rebonding a.k.a Meluruskan Rambut

tujuan : mengisi masa lapang sebab boring, kat luar pulak hujan. mengelak diri sendiri dari tido di siang hari.

dah beberapa entry dok cerita pasai hal perasaan sana sini kan.

mari kita menambah-nambah ilmu rambut.

sebelum nih pernah cerita pasai Warna Rambut kan.
hari nih kita bukak cerita pasal rebonding pulak.


Macam Mana Rebonding Bertindak?
okeh. dalam setiap helaian rambut kita ni, ada unsur. ada carbon, hydrogen, nitrogen, sulfur, dan oxygen.
macam tak percaya kan dalam rambut yang sehalus ni ada semua tu. dah macam CSI dah ha.
so, unsur yang memegang rambut punya bentuk nama dia h-bond(hydrogen) dan s-bond(sulfur).
cerita ni lebih senang bila cerita dengan gambar. tapi takpe..rasanya boleh faham kalau aku explain betul-betul.
katakan rambut tuh kerinting, bentuk rambutnya macam S. h-bond dan s-bond nih akan duduk sepanjang S tuh untuk memegang rambut tu menjadi bentuk S.
untuk yang pernah buat rebonding, dorang tau yang ada 2 ubat kena letak. satu ubat busuk, satu lagi tak busuk.

so untuk 1st step, kita letak ubat no. 1. crystalizing cream. ubat nih memang busuk.
ada jugak brand yang dorang cuba buat wangi, letak lavendar bagai tapi rebonding nye tak cantik so aku tak suka.
bila dah letak ubat 1, ubat nih sifatnya alkali. lebih kurang pH11(tinggi kan??) dan sebab tu lah bila hairstylist buat kerja kena pakai sarung tangan. dulu-dulu aku pemalas tak pakai, then bile nak makan nasik jadi tak best sbb tangan bau ubat rebonding dan tangan aku terasa makin menipis. juga, cream nih tak boleh apply dari pangkal rambut kat kulit kepala. jarak dalam half inch.
bila ubat 1 tuh kena rambut, rambut akan bertindak. s-bond dan h-bond tuh akan break. pecah dan berterabur. sebab tu bila lepas cuci ubat 1, rambut yang dikeringkan tuh kembang dia lain macam. sebab rambut tu dah takda bentuk masa tu.

2nd step, iron. aku takleh ajar tutorial sebab susah. nak belajar kalu, mai masuk kelas.
bila bond-bond tuh dah break, rambut tuh di'iron' pulak. masa tu, semua bond tadi tu akan tersusun mengikut yang iron tu bentuk. iron selalunya dalam 220darjah. kalau brand yang elok, yang 180 pun dah boleh jalan.
step 1 dan 2 nih sangat penting, ini yang menjadikan rambut tu cantik atau tak rebonding. sectioning, cara apply cream, degree ambik rambut waktu iron..semua tuh benda-benda yang ade sepanjang proses buat rebonding ni.
itu lah yang kita panggil skill.

3rd step. ubat no. 2. a.k.a neutralizer. dah name pun neutral kan, sifatnye adelah acidic dalam pH4 kalau tak silap. tujuannya nak neutralkan balik rambut yang dah di'alkaline'kan tadi kan.
kalau tak letak neutralizer, rambut tuh memang tak kekal lah. boleh je balik ke bentuk asal.

done.

soalan lain?

Boleh Ke Bawak Sembahyang Ni?
boleh. ini mengikut kefahaman aku. ubat ni semua dah go through KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia) so takde masalah barang-barang yang tidak dikehendaki dalam cream dia.

dan kalau berkenaan ubah-ubah semua, aku dah cerita dulu dalam bab warna rambut tu kan.
rambut nih tak berubah pun. rambut yang tumbuh nanti tetap rambut asal.
kalau yang jenis memang nak rambut senang diurus, memang buat 4bulan sekali, ade yang 6bulan dah touch up balik. depends lah kan.

ape lagi

ape lagi

ape lagi

ok

Kenapa Rambut Saya Kembang Lepas Buat Rebonding?
banyak sebab. over-process pun mungkin.
ade jugak customer yang degil..kita dah kata rambut dia rosak, kena treatment kasi elok then baru boleh buat tapi nakkkk jugak buat dan dan tuh. so bila dah buat dan kembang, dah frust pulak kan. kalau aku, memang aku tak buat kalau rambut rosak/poros. bukan apa, kita yang buat kerja nih akan jadi 5kali ganda berhati2 bila buat rambut-rambut yang dah rosak nih bila nak buat rebonding.
aku akan suggest je dia buat treatment dalam 2bulan lepas tuh baru test balik rambut dia kalau dah boleh buat rebonding.

Macam Mana Nak Tau Rambut Tu Rosak Teruk?
biasanya, bila kita tengok dan pegang kita dah boleh tau dah condition rambut tu.
tapi atas dasar profesional, kita ambik rambut dia dalam 4-5helai dan kita apply cream rebonding dan biarkan dalam 8-10minit. bila kita tarik, rambut tuh takde toing toing(elastic) dah. bila tarik, terus putus. rambut tu memang dah nipis betul. so memang tak boleh buat lah.
tapi..memang ada ubat yang khas untuk colored hair. untuk damage hair. tapi macam aku, aku tak simpan stok ubat ni sebab bukan selalu ade orang yang rambut masalah nak buat rebonding ni. kalau betul-betul nak buat, aku suruh appointment. then aku order barang, baru boleh on.

nasihat aku; kalau dah buat apa-apa chemical hairdo, janganlah lokek nak maintain rambut. paling-paling busuk pun belilah shampoo set yang khas untuk rambut tu. pakai conditioner. kalau rajin, pakai serum. untuk yg free hair, serum wajib. nak prevent dari split ends sebab selalu terdedah kepada matahari. prevent ye..bukan repair. ends kalau dah split memang takleh nak 'gam' dah. potong je jawabnya.
sebulan sekali buat treatment, kalau takde budget nak pegi salon then beli dan buat sendiri. bukan susah pun.
bukan apa, kalau dah buat chemical hairdo ni biasanya kita mesti lah nak touch up balik so nanti chemical tu letak lagi kat rambut..lagi bertambah-tambahlah teruknya rambut tu.

memang ada orang yang rajin buat chemical hairdo kat rambut dia tapi elokkk je rambut dia. tapi cuba tanya dia, macamana dia maintain? itu lah rahsia dorang yang rambut berkilau-kilau tu.
buat rambut 2-3ratus, ada yang 5-6ratus, ape lah sangat shampoo set dalam rm90 kan. ehe.

okeh, letih dah.

nanti aku story lagi pasal rambut kalau ada mood eh.


:: saya harap, segala info ini boleh menghilangkan keraguan mereka yang dah menyimpan angan-angan nak rebonding sejak 5-6tahun lepas lagi ye   ;p


:: bagus gak bila sekali sekala cerita macam ni, boleh memanaskan enjin kat kepala aku yang semakin menyejuk nih kehkeh..


* post ini dah berusia 4tahun dan masih ramai yang merujuk di sini. terima kasih yang amat sangat. semoga sedikit sebanyak ilmu yang saya kongsikan boleh beri manfaat pada pembaca dan pencari maklumat/ilmu.
tuan/puan/cik/encik boleh hubungi saya/kami secara terus di fb (selalu missed dengan comment2),
>>>>>>> Nurul Salon
 sekali lagi, saya ucapkan terima kasih daun keladi.

polos dan angkuh

baru baru ini aku mendapat satu pengalaman
pengalaman tentang 2perkara  yang kelihatannya bagai langit dan bumi
polos dan angkuh

aku tahu memang ada segelintir insan yang memang polos
nerd? mungkin.
tapi otak aku sampai sekarang payah betul nak cerna satu benda ni
buat-buat polos. ohh!!!
selalunya aku memang dapat mengelak dengan jenis insan ini.
dan aku selalunya dapat mengecualikan diri aku daripada terjerumus dalam permainan 'polos' golongan ini.
dan yang paling aku........yep, geramm adelah aku tak sedar yang aku dah termasuk dalam itu lubang sehingga aku berbual-bual dengan mak aku dan.....tinggggg!!
macam orang yang baru bangun tido dari mimpi kena kejar dengan komunis.
sambil berfikir..sanggup dia???????
hebat hebat..memang hebat. brilliant!
itu adalah perkataan terbaik yang boleh aku tafsirkan.

bukan senang untuk buat-buat polos.
memerlukan bakat seni yang bukan calang-calang.
memerlukan skill yang bukan boleh dapat dalam sehari dua
memerlukan keberanian yang mungkin sama tingginya dengan Gunung Kinabalu
juga
memerlukan hati yang kejam, keras, kering, keji terhadap mangsa-mangsanya

sedih.

setelah aku fikir-fikirkan
setelah aku belek-belek
setelah puas aku study semua perkara
aku dah dapat satu kata putus

polos itu sebenarnya bukan polos
polos yang dipamerkan itu sebenarnya angkuh
angkuh yang sudah beraja dalam hatinya
angkuh yang sudah memakan semua rasa ihsannya
angkuh yang sudah menghidupkan 'hitler' dalam dirinya

pergilah engkau hidup dengan angkuhmu
pergilah berbangga dengan sombongmu
semoga angkuhmu masih boleh ditutupi dengan kepolosanmu

pergi sana, pergi!!

Thursday, October 6, 2011

maaf

Tak boleh tunggu esok utk type dpn laptop. Harap jari ni bertahan nak menaip.

Perkataan yg mudah mcm 'maaf' ni dgr je simple, tapi aku tau tak ramai yang mudah utk mohon 'rasa maaf' yg sebenar2nya.
Tipulah kalau kata langsung tak ada rasa bersalah terpalit dalam hati..cukup2lah menipu org lain, jgn jadi begitu pandai dgn menipu diri sendiri.

Aku ada beberapa org yg aku kenal yang sangat berat utk ungkapkan perkataan ni. Sampai sekarang aku tak nampak apa2 alasan yg munasabah untuk mereka payah bebenor nak ckp or taip maaf atau sorry.
Aku bukan berkata hanya kerana hendak sgt dgn that word. Ia hanya satu perkataan yg mewakili perasaan bersalah yg ada dalam diri kita, juga perbuatan kita yang mungkin telah banyak menyakitkan org lain.

Dulu, aku ada satu perangai.
Perangai ni lah. Tak reti nak mintak maaf. Tahu yg diri sndiri buat salah, tp takut kelihatan poyo kalau mintak maaf. Huh? Relevankah? Then. Aku dpt idea. Kad! Dulu2 kan ada jual kad rm1.50(rasanya la) yg tulis Sorry la, Thank You la, Hello la...kan? Itu lah caranya.
But mengikut umur aku yg mungkin makin sedikit matang, aku memaksa2 diri menyebut 'maaf' instead of 'sorry'. Alhamdulillah.
Nak mula the 1st move memang susah, but once you make a move then the second one will be much easier. Org tua2 pun ada kata, 'belum cuba belum tahu'.
Tapi kalau memberanikan diri pegi confront n confess, org2 tu maki habis2an n boikot? Hm ada lg satu kata2, 'berani buat berani tanggung'. Belajar2lah mengaku kesalahan diri dan berasa kesal. Buang apa sahaja calitan2 keruh yang ada dalam hati. Tak rugi mana pun.
Maaf yg aku tengah cite ni, adalah maaf yg ko buat then ko takkan ulang dah in future. Dalam erti kata lain, you feel so bad dgn apa yg ko dah buat. That is what we called MAAF.

Itu cerita pasal mintak maaf, ni cerita pasal memaafkan.
Org putih kata 'forgive but not forget'. Betul. Betul. Betulll.

Yg ni, payah nak cerita. Panjang.

Hm. Hm.

Kesimpulannya, maafkan saja. Walaupun orang tu taknak mintak maaf. Mana tahu dgn maaf yg kita beri, Allah sinarkan hati dia dgn hidayah. Itulah the best words yg boleh aku simpulkan. Percaya, bila kita mudahkan 'urusan' org lain nanti Allah akan mudahkan urusan kita. Jangan percaya pada aku, percaya pada janji Allah.
Huh, tibe2 makin sentimental plak.

Bila bersama kawan2 atau keluarga, kita melembutkan2 lidah mengungkap maaf dan terima kasih, then kita akan lebih menghargai each other. And we will understand more what 'love' means.


Terima kasih Allah kerana datangkan kepada aku, mereka2 yg sangat membahagiakan.

:: Hoh, berjaya menaip!! Haha

;p
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 3, 2011

men'terapi'

Indah betul rasanya isnin.

Kopi, mug yg ke-2 utk hari ni.

Minum, baca, dan tonton.
Kopi, Andrea Hirata, dan HBO.

:: Alhamdulillah... ;D

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 29, 2011

testing testing

Aku makin celik IT? Hahaha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 22, 2011

as simple as easy

kalau nak bercerita pasal hati dan perasaan nih mmg takkan habis
sbb 2perkare tuh memang melekat baik dengan jasad kita
noktah.

orang putih kata;
think easy, then things will easily be managed.
hm alhamdulillah.
ini lah lesson yang Tuhan nak bagi
tapi lambat benor 'tangkap'nye.

easy easy..


:: ohh ade lagu orang putih yang pangkal dia easy easy jugak kan.


yeah easy easy.

:: mood : easy.

Saturday, September 17, 2011

17September2011

tarikh nih ade beberapa perkara menarik di kuala lumpur dan selangor.
ergh.
kalau ikut hati, mmg aku takde nye tgh menaip kat laptop dalam kedai aku nih haa.

frust?? tak.

cuma kepala jek terawang2 nih.


:: menonton Raya Tak Jadi atau Smurf mungkin leh hilangkan pening lalat nih eh..hmm menarik menarik.

Friday, September 9, 2011

anak estet

semalam, tiba2 aku terrr bercerita dengan someone cite aku mase kecik2.
i mean, cerita perihal aku membesar.
pokok pangkalnye, aku adelah 'anak estet'
arwah apak dulu manager estet so aku membesar dikelilingi oleh pokok sawit.
tepi dan belakang umah aku mmg pokok sawit.

hidup sebagai budak estet nih menarik.
disebabkan aku nih sorang jek pompuan dalam adik beradik, so ape2 permainan mmg berkaitan dgn abg2 aku sbb aku tak pandai lagik buat geng masa tuh. depan umah aku ade padang bola, tiap2 petang abg aku n kwn2 main bola. so..aku pun ngikuttt aje le bile deme pegi padang. duduk bawah pokok ape tah..nengok jek deme ke sana sini ngejor bola.
tapiiii...bila bola yg disepak2 tuh masuk dalam parittt....ngeehhh, mase tuh lah aku pun same2 ngejor bola. terjun parit!! bukan 'ban' a.k.a tali air okeh...ini mmg parit. bila air banyak mmg best sbb leh berkubang. kehkeh..jangan salahkan aku ye, mereka yang mempengaruhi segala aktiviti sosial aku mase tuh.
oh yeah..itu lah permainan yg ade pun mase zaman tuh. taman permainan mmg takde lah kat kawasan umah aku tuh. habis2 hebat pun race beskal. aku tak 'in' dgn aktiviti tuh. adik aku yg suke race basikal..sampai ade sekali tuh deme race, salah sorang masuk dlm longkang simen! gile lah..berdarah2 budak tuh. kalau longkang tanah takpe lah kan. sampaikan bapak budak tuh sangkut basikal dia kat atap garaj..kena denda.

aku kalau bab basikal..lain sket hehe. pakat2 dgn geng(oh mase nih dah ade geng ye..dah skolah mase nih) then pakat pi masuk hutan sawit. kire mcm jungle trekking ah..cumanye hutan sawit. kitorang bawak air, letak dalam raga basikal..then redahh. main redah jek masuk hutan...pastu tembus jalan...jalannn je lagik...sampai lah tembus mane2 tempat yg kitorang tau. mase tuh dalam hati kembanggg jek sbb tak sesat. tapi bile pikir2..mmg takkan sesat lah pun..trek semua dah ade, laluan lori angkut sawit so follow aje lah hahaha.

aku mmg ade masalah dgn tanah. suke benor main tanah. entah mcmana aku dapat idea. aku main kat lopak air. estet kan tanah merah..so kat lopak2 tuh ade lah tanah liat. so aku dan konco2 duduk n main tanah liat buat mangkuk, piring, cawan. bila nampak kete nak lalu...lari ke tepi hahaha.kalau nasib baik, piring2 tuh takde lah hancur kena lenyek dgn tayar. memori!!!

membesar kat estet mmg best..sbb kelompoknya situ jek. semua org kenal semua org. mmg ko takleh nak buat perangai lah kan. kalau raya pun best. kumpul ramai2...jalannn lah berderet pegi beraya. siap dah tau mane rumah yg makcik garang, makcik baik, rumah lawa, rumah yg ade ranting kayu banyak2 gantung envelope raya. kalau line rumah aku..mmg best. 3rumah yg mmg kamceng!! 3sekawan..aku, maya, azimah. pudin(adik aku), eppy(adik maya), n shahril(adik azimah). hahaha best kan?? ngam ngamm jek geng kami. kalau weekend aku suke dok umah azimah..sbb mak dia sempoi habis. dr pagi sampai petang...mak aku mmg bising ah sbb dok umah org kan, tapi nak buat cemane..budak mane nak reti bahase.

okeh..nih dah panjang sangat.

seronok bila ingat life mase tuh. mmg totally different bila pindah duduk kg. hm.
takpe..duduk kg pun best jugak, belajor kejor catcibor kehkeh.


:: sesekali mengulang memori nih mmg seronok..betapa indah memori yg ade sebenarnye.

;D

Sunday, August 28, 2011

Alhamdulillah

28Ramadhan.
Sekarang berada di subang jaya. InsyaAllah hari ni jugak akan berangkat ke kampung di Johor. Malam tadi sessi melepas rindu bersama cousin berjalan dengan sangattt hebat ngeeehh..pukul 4.30pg jugak lah baru tido then tak sampai sejam dah sahur plak.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itu adalah word yang paling tepat untuk gambarkan segalanya kini.

Tahun nih jugak aku rasa betul kemanisan Ramadhan. Manis.

Huhuhuhu..Taktau nak menaip ape.

Salam Ramadhan yang hanya bersisa 2hari. Salam Syawal buat semuanya. Semoga Syawal ini kita merasa benarrr manisssnya.

Wednesday, August 17, 2011

hatred

perasaan ini benar.
ya Allah..bantulah aku.

aku dah cuba utk tidak membenci
aku sudah cuba utk tidak mencari cela
aku sudah cuba utk menerima celanya
aku sudah berusaha menghindar perasaan ini

ini sudah lebih dari benci
benci saja tidak cukup utk menggambarkan rasa aku
kebencian ini menyakitkan aku jauh di dalam
kebencian ini menjadikan nafas aku tidak teratur
kebencian ini tidak mampu diluahkan dengan jeritan di puncak bukit atau gunung

sifat negatif ini aku tahu tidak elok
bulan Ramadhan ini aku tahu sepatutnya memaafkan
bukan aku tidak memaafkan
bukan aku menyimpan dendam utk dipulang semula
aku hanya sekadar menanggung rasa benci
rasa benci yang benar
rasa benci yg tulen
rasa benci yang sering menitiskan air mata
benci yg boleh juga bercampur sayang

aku penat dengan rasa benci ini
Kau tunjukkan jalan ya Allah
untuk aku, dia, mereka.


:: jgn lupa IKLAN INI!!

rebut jangan tak rebut!!

okay guys. ini iklan yang baru je siap nih. sila lah kongsi2kan iklan ini dengan sesiapa yang memerlukan eh. kawasannye adelah area seri iskandar, bota, parit, batu gajah, dan yg berdekatan.
tempat belajar, di Seri Iskandar, Perak. maklumat lain, sila hubungi nombor tertera.

bukan senang nak dapat peluang nih..bayar rm28 je weh.

untuk makluman..ini adalah program latihan 1Malaysia dibawah kelolaan GiatMARA. sijil2 akan dikeluarkan oleh GiatMARA. tak rugi join sbb dapat skil dengan harga yang teramat sangat berpatutan. kalau ada adik2, sepupu sepapat, jiran2 yang tidak bekerja, atau surirumah amat2 digalakkan.
umur takde limit ye. even umur 40 pun boleh(ya..peserta sebelum ni mmg ada yang 40-an).
kalau di luar kawasan, boleh cuba hubungi juga. mana tahu kalau boleh diusahakan di kawasan anda ye.
insyaAllah ilmu ini kita kongsikan bersama.

tq anyway!!
;D

Sunday, August 14, 2011

tak ape ape.

13tahun lepas, bila opah meninggal aku sgt takut kalau2 kami sedara mara sepupu sepapat dah tak rapat lagik. dah tak berkumpul raya lagi, dah taknak bermesra sesama kami lagi. sebab opah yg selalunya berkeras nak anak cucu dia semua beraya kat rumah dia. bunyinya agak selfish tapi disebabkan itu lah kami semua rapat mcm adik beradik. rupa2nya sangkaan aku salah.
alhamdulillah kami masih berkumpul, bersama, bermesra.

sehingga tahun lepas pun masih baik2 aje. hingga kenduri ayeh kawen bulan 2 lepas pun semua ada. masa apak meninggal tahun lepas pun semuaaa balik termasuk abg onn yg kat dungun, t'ganu. alhamdulillah.

hm

bulan2 puasa nih..aku agak emo. entah lah.
agaknya kebiasaan yg sudah dibiasakan selama 26thn tiba2 nak kena tukar.
sedara ramai tak balik raya. family terbesar yg biasa balik raya pulak dengar2 nak raya kl je. mak pulak ajak raya pertama di johor. tipu kalau aku kata aku tak terasa apa2. sedih.
bukan aku taknak balik johor, sama aje sedara belah mak atau apak.
tapi disebabkan rumah aku nih rumah tua(rumah pusaka), aku sangat berharap sedara mara akan sibuk2 nak balik raya tahun nih mcm selalu. tiba2 semua jadi lain. sgt lain. susah nak terima semua ni. walau pun nampak mcm kecik punya hal tapi aku memang takleh tipu yg aku sedih.

mungkin apa yg aku risaukan 13thn yg lepas, sebenarnya terjadi bila apak yang takde. bila adik beradik lelaki sulung yg takde. bila dah takde org sakit kat kg yg nak dipikirkan utk balik menziarah.

atau mungkin aku yg berlebih2 pikir mcm nih.
aku taktahu nak bercerita kat mana. bercerita dgn emak sekarang tak sama mcm dulu.
nak bercerita dgn abg2..masing2 dah ada komitmen. tinggal lagi adik aku yg sorang dan cik lawyer yg selalu jadi mangsa emo aku.
apa yg aku tulis kali nih bukan nak letak kesalahan pada sesiapa. ini mmg ape yg hati aku rasa. ini adelah ape yg aku simpan sorang2.
tersisih. itu perkataan yg tepat utk aku lemparkan.

tak ape..bukan lah ape sgt setakat berkumpul sedara mara ye tak. ape lah sgt nak merapatkan silaturrahim yg terbina selama nih. bukan penting pun nak pastikan berjumpa semua di pagi aidilfitri. tak ape.
chill la nurul!!!!

Sunday, August 7, 2011

sana sini sinun

Day 8-Lapan hari yang sangat bermakna!!






Day 1
      


yes. ini lah kesibukan yang melanda aku kebelakangan ini.
Bengkel Dandanan Rambut.
Alhamdulillah. walaupun ini bukanlah bengkel pertama tapi sbb bersama mereka 8hari, menjadikan kami akrab.

kelas 4hari bakal menyusul the next weekend.
kepada kamu yg membaca, doakan aku.
doakan aku dapat mencurah ilmu sebanyak yg mampu utk agama dan bangsa.

;D

Friday, July 29, 2011

peluang impian yg bertukar menjadi perjuangan

peluang peluang yang hadir kebelakangan ini menghiburkan sedikit perasaan
peluang yang terbuka diumpamakan satu jambatan ke perjalanan yg baru
perjalanan yang selama ini terlipat baik dalam laci impian

perjalanan yg disangka akan bertambah mudah dr yg sebelumnya
dan rupa rupanya ianya adalah satu perjuangan
perjuangan yang baru
perjuangan yg bakal aku tempuh.

insyaAllah, aku mampu.

Tuesday, July 26, 2011

jauhkan sesal itu

aku tak tahu ini berlaku pada aku saja atau semua org atau sesetengah orang

ada detik dalam hidup, bukan sekali atau dua
tapi acapkali berlaku
di mana bezanya antara impian dan nafsu?
adakah adrenalin ini untuk impian atau nafsu?
aku tak tahu.

kalau aku kejar, mana tahu ini hanya nafsu dan aku sesal di hujungnya
andai aku biarkan pergi, mana tahu memang benar itu impian dan hujungnya ada sesal juga

ya, kita bukan Tuhan. bukan juga malaikat.

Sunday, July 24, 2011

berjalan mencari cari

hidup ini terlalu aneh
misteri
sukar dijangka
complicated.

aku  di dalam dunia aku
dunia aku yg kini di awang awangan
di dalam ketidakpastian
ditambah dengan kecelaruan jiwa dan rasa yg pelbagai
hendak dilontar tapi ke mana?
hendak disimpan tapi seperti membendung beban
mahu dijerit pekik keluar tapi tiada kederat peti suara
dan pasti, air mata bukan lagi pengubat rasa.

hati yg dirobek, perasaan yg bertobek-tobek
tidak ternampak penawarnya
kusut ini sukar sekali ditemukan perapi yg bagus

ini adalah perjalanannya barangkali
perjalanan mendapatkan penawar dan perapinya.
perjalanan untuk memaksa lalu mengajar diri mandiri.

bernafaslah dengan tenang.
nikmati kurniaan Tuhan yg lebih banyak terdampar sana ini.
sebutlah kalimah syukur wahai diri.
Alhamdulillah..ya, begitu..

Tuesday, July 5, 2011

mereka

mereka hanya tahu tengok tetapi tidak mahu melihat
mereka hanya tahu melontar suara tapi tak fikir hati yg merasa
mereka mencemuh dengan lisan tanpa ada terbit secebis ihsan
itu mereka yg bernama manusia

manusia yg dikatakan mudah lupa

Sunday, May 22, 2011

Kisah Warna Rambut

baru baru nih tiba2 ada status kat fb psl hal warna rambut. dan aku comment sumthing dan tiba2 ada yg melenting. aku dah cuba menulis dgn bahasa yg paling sopan tanpa ada cara2 nak ajak ke arah keburukan. ok done.

meh sini aku cite sket.

Bahan Dalam Warna
ok..aku bukan student blaja Chemistry. so aku tak lah tau details dia semua. yg pasti..semua itu dh ditapis oleh JAKIM dan mendapat cop halal.
kome tau ke tak mcmana cop halal tuh dapat?? susahhhhhh okkkkk.
aku penah join member aku pegi kursus kat SIRIM, berkenaan halal2 ni. subhanallah...dorang punye senarai panel dan organisasi yg buat segala test dan mcm2 tuh sgtttttt bykkkk dan ramai. dan diperakui ketelusannya. sbb tuh product yg dapat cop halal yg betul dr SIRIM dan JAKIM nih mahal sket dari yg takda cop halal..sbb proses tuh susah dan mencabar. even bottle or tube yg membungkus pun dipastikan halal.
masa tuh..aku mmg ada kesedaran yg tinggi mengenai menghargai cop HALAL. dan aku sangat marah dgn premis dan produk yg sesuka hatiiiiii letak cop halal kat pintu kedai dan produk.
tak puas hati jugak explaination? dah..suka hati nak caya ke tak.

okay yg tuh pasal bahan..means bahan2 tuh takda bende haram mcm lemak tuttt or air tuttt dan sebagainya. tapi mcm kat kedai aku..mcm2 org tanya. ada org kata, bukan pasal bahan tapi pasal tindak balas warna dengan rambut itu sendiri.
orang selalu pikir yg warna tuh coated the hair shaft. its a big NO!! kalau dikatakan permanent hair color, dia mmg meresap(bahasa mudahnya) dalam rambut. ianya tak menyalut tapi menyerap dalam batang rambut.

oh ya..mcm mana pulak boleh meresap ye? kenapa pulak demi-permanent or semi-permanent tak meresap ye?? kan ker semua tuh color jugak? proses pun sama kan??

Tindak Balas Warna dan Rambut
hair shaft, dia ada 3layer asas yakni kutikel, korteks dan medula.
bahagian yg menyimpan warna rambut kita ialah korteks. dalam korteks tuh terletaknya pigmen warna rambut kita. sbb tuh rambut kita nih semua lain2.
ada yg hitam betul, dark brown, medium brown, light brown and grey!
mostly org malaysia or asia nih dark brown dan medium brown.
so..bila color tuh menyentuh rambut(sebelum tuh make sure rambut dah shampoo without conditioner. shampoo bersifat alkali, conditioner bersifat acidic), lapisan kutikel akan terbukak.
kutikel nih rupa dia mcm sisik ikan(dalam iklan slalu tunjuk) dan mendedahkan bahagian cortex. so the color akan masuk cortex dan bertindak balas di situ..dan warna pun berubah. sbb warna yg kita letak bercampur dgn pigment color rambut asal kita.
same goes to bleaching lah kan. cuma, bleach nih dia buang pigmen color tuh. dia lunturkan rambut. sbb tuh bleach tuh makin lama, makin cerah bcoz of makin byk pigmen color yg dibuang. setakat nih, faham x?
ok. pasal semi dan demi permanent pulak. dua benda yg takde word permanent nih adelah bermaksud separuh dan suku(lebih kurang la). means after few times hair wash, dia akan habis. yg nih SAH SAH tak boleh. bcoz memang sah kat kotak tuh takde halal. kalau tak caya, pegi tgk sendiri kat wella. even kalau pegi kursus sana, mmg diorang akan ckp 'yg ini ho, u org Melayu tak boleh pakai bcoz tak halal'. see org bukan Islam pun dh bagitau. so bukan salah dorang suruh color, org yg gatal nak jugak pakai yg salah. ya..mmg ade jek yg pakai even dah tau. sbb? sbb warna dia chantekk. warna dia lebih shining, lebih lawa, berkilau2(sama je semua word kan).
so..tepuk dada, tanya diri sendiri. hehe.
okeh? cukup?

tak tak...tapi kenapa nak ubah ciptaan Allah? dah cantik2 warna rambut asal, napa nak tukar?

Mengubah
hmm yg pasal nih aku nak ckp panjang pun mcm sensitif. tapi aku cuma menulis berdasarkan pendapat peribadi dan logic sahaja ya.
mengubah ni isu besar.
memotong rambut dikira mengubah tak?
pakai produk kecantikan dan jaga kulit bagi lebih cantik, dikira mengubah tak?
dan yg nyata jelas. REBONDING dikira mengubah tak??
org melihat warna rambut sebagai satu alat yg besar kalau bab2 mengubah nih. diorang tak nampak rebonding, kerinting semua tuh.

kita tak mengubah pun..cuma menambah2 apa yg dah sedia ada cantik. mcm rebonding, bukan lah nanti lepas nih takleh buat pulak. tapi mcm aku ckp, tak mengubah pun. rambut yg asal..tetap sama. tetap berkerinting, tetap hitam. yg di buat hanya yg ada tuh jek lah. yg tumbuh tetap sama. aku harap, dapat faham apa yg cuba aku sampaikan ni.
tapi mcm yg selalu aku ckp dgn customer2 aku, kalau was was jangan buat. sbb apa benda pun kalau was was mmg tak boleh kan. kalau yakin dgn info yg dh dpt dan pasti ape yg nak dibuat, go on. aku bukan bercakap semua nih sbb nak semua org dtg kedai aku dan buat rambut. aku cuma nak org tahu perkara yang sepatutnya dorang tahu. aku taknak dorang salah faham. aku berkongsi apa yg aku belajar..apa yang aku tahu. ilmu yg aku ada tak byk, ini jek yg dpt aku kongsikan sedikit.

huhu panjang siott aku menaip.

aku tgh cuba2 jugak menambah2 lagi ilmu pasal rambut nih. doakan eh.

pendek kata, panjang cerita..apa saja yang kita buat, pokok pangkalnya pada diri kita.
beberapa tahun dulu aku penah 'bergaduh' dekat satu forum nih sembang pasal rebonding. dia ckp mcm2. bukan aku nak suruh semua org rebonding, aku cuma nak dia dan org lain tau perkara yg betul. mula2 dia kata mengubah, then aku explain.
pastu tak puas hati, dia kata salon tuh unisex bergaul bebas buka aurat pada bukan muhrim. aku bagitau, pegi lah salon yg untuk ladies..byk dh salon mcm tuh kan.
tak jugak puas hati, last last dia ckp org yg buat rebonding nih mesti bukak tudung lepas rmbt dh cantik. ohh?? mcm tuh?? so aku ckp lah, itu bukan salah rebonding. itu tuan punya rambut punye cerita. means org tuh pakai tudung tak ikhlas, nak nyorok rmbt tak cantik.
ya..mmg ada yg mcm tuh. thats why..semua tuh atas diri sendiri.
ini cerita benar. aku ade customer yg buat rebonding selepas dia pakai tudung. sbb dia kata, lebih mudah diurus bila bertudung. so salah?? semua kekecohan nih jadi sbb org2 yg membesarkan perkara2 kecik dan remeh tapi perkara2 besar taknak pulak ambik berat. sendirik mau ingat.


:: jgn tanya pasal rebonding punya proses..lagi panjang. nanti cite lain.

Thursday, May 19, 2011

buat saudara saudaraku

sebelum nih mudah jek mulut berkata tentang kasih sesama saudara, tidak kira saudara sedarah, sedaging, seagama, sedaerah, senegara, se se se mcm2 lagi. tapi aku langsung tak memahami erti mengasihi yg selalu disebut sebut tu. aku kira, cukup setakat aku 'care' pasal mereka dan aku sayangkan mereka.

akhir2 ni mungkin Allah nak tunjuk pada aku. nak tunjuk erti 'kasih' itu. nak tunjuk bahawa tanggungjawab hamba2Nya ini tidaklah setakat 'sayang'. terganggu jugak perasaan aku beberapa ketika sbb tak tahu ape yg boleh aku buat. aku bukan siapa2...aku hanya seorang saudara.

itu adalah kali pertama aku rasa kasih yang teramat sgt kepada saudara aku..aku takut bila abaikan solat, aku sedih yang teramat sangat bila dia seperti menjauh diri bila aku lontarkan teguran, aku jadi kucar kacir perasaan aku bila dia meremehkan agama. ketika itu aku benar faham, Allah dtgkan perasaan ini pada aku. aku tidak boleh melenting. aku tidak boleh memaksa saudara2 aku berubah kerana dulu aku juga 'jauh'. begini agaknya perasaan mereka2 yg dahulu melihat aku.
benar. ujian Allah dtg pada kita dlm pelbagai cara. Allah uji aku dgn perasaan ini, aku harus usaha mencari cara yang terbaik untuk aku sampaikan sedikit pesan ini. istiqamah. berat rupanya tapi aku mesti kuat.

saudara yang aku kasih,
aku sentiasa mendoakan engkau dilindungi Allah dari godaan syaitan, dipermudahkan jalan2 kebaikan untuk engkau, dikuatkan hati dan iman menjalani hidup yang mendatang. semoga engkau sabar. aku mahu engkau sabar. kata hati mesti ditapis dengan akal dan iman. pesan ini untuk aku juga yang tidak kebal.

kasih ini indah. sayang ini cantik. kasih sayang ini moga2 akan membawa kita ke syurga.


:: Nurkasih sudah di cinema....wawawaaaa =D

Saturday, April 23, 2011

thought

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala musibah yang pasti menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya” [Luqman 31: 17]

Sunday, April 17, 2011

floating

mcm boya boya
tapi boya tuh ade tali, censor ape tah.

yg nih mcm keluar dr terowong masa, tau2 jek floating
nak berenang tak larat
nak berenang tapi taktau tujuan
tapi taknak tenggelam ke dasar

penat bila terapung mcm ni

Thursday, April 14, 2011

'rela'

er


err




errr




tadi aku call 1-300-82-3838
hihiii





umah aku dah ada Astro Mustika





esok boleh tgk Maharaja Lawak kehkehh
[eh Zila Bakarin?]



:: Astro kena kasi job bykkk kat budak2 Maharaja Lawak sbb RAMAI yang terPAKSA amek Astro Mustika hishh

Wednesday, April 13, 2011

ruang

aku baru tersedar tentang satu perkara
tentang hakikat hidup
bila kita rasakan mahu 'ruang'
bila kita meronta2 menuntut ruang itu
dan kita menang ketika itu
ruang itu sudah menjadi milik kita.

tapi kita tak duga
sebenarnya 'ruang' itu langsung tak layak utk kita
org putih kata 'it doesnt belong to us'
tapi kita tamak
kononnya rasa itu 'hak' kita

dan Tuhan bagi warning
'jangan tamak, ini bukan milik engkau. nah..inilah rasa bila engkau mahukan sangat'
lebih kurang begitu agaknya kata2 Tuhan.

mungkin ada baiknya
mungkin untuk aku 'celik' terhadap perkara yang aku sorokkan sendiri
dan aku perlu ambil kira semua itu
serap dan analyse semuanya sebaik mungkin
insyaAllah.


:: patut lah ramai yang memuji Faezah Elai dalam CUN~she's sooooo good!!

;p

Wednesday, April 6, 2011

sedekah

memikir2 ape nak story tadi
tiba2 dtg sorang uncle kat pintu kedai aku mintak sedekah.

hmm

sedekah nih besar makna dia..dan banyak cabangnya kan.
bukan aku tak suka dgn peminta sedekah.
tapi kadang2 aku rasakan manusia sekarang nih menggunakan agama sebagai alat untuk mencari kesenangan diri.
hampir 4tahun dah aku kat sini.
lebih kurang jangka masa itu jugak aku 'kenal' uncle ni.
ayat pertama : 'assalamualaikum'
ayat kedua : 'muslim @ agama Islam'
ayat ketiga : 'bangsa Cina'
(pakai baju Melayu dan kopiah)

mcmana korang melihat?
mcmana aku melihat?

mula2 aku mmg kesian sbb beliau adalah golongan OKU.
tapi bila saban minggu dtg ke pintu kedai, aku dah mula ada rasa was was. aku dah mula ada fikiran yang tak patut. aku dah mula pikir mcm2.
so? apa makna nya?
dapat pulak lately aku ade jek tertengok kat tv psl org2 minta sedekah style urban. mungkin dulu famous pasal sindiket dan sebagainya.(sekarang pun masih ada jugak kan).
tapi kalau bukan sindiket sekalipun, ramai je org2 biasa yang mengambil kesempatan menggunakan agama terutamanya.

aku pernah sekali, masa tgh makan kat KFC Batu Gajah dan dtg seorang perempuan 50-an(rasanya) pakai tudung ikat depan(muallaf kata dia) dan dtg mintak rm4. dia kata nak buat tambang balik. mak aku ade jek tanya dia soalan tapi dia mcm elak2.
so sbb kitorang nak makan, bagi jek lah.
nak jadikan sbb, aku ade lagi ternampak dia kat rata2 Batu Gajah meminta2 kat org sekali pun org dlm kereta!

ini bukan cerita ikhlas atau mempersoalkan keikhlasan.
ini cerita pasal mempergunakan agama untuk kepentingan diri.

Islam tak mengajar kita meminta2 mcm tuh.
kedua2 kes yang aku cerita tadi tuh, pada mata aku mereka mampu bekerja.
mereka mampu menyara diri dgn jalan yg betul. kalau diorang jual tisu pun tak apa..pegi lah tunggu budak2 UiTM yang berpayung balik rumah jalan kaki yg berpeluh2 tuh, kompem dorang beli. tapi bila dtg mintak duit, dtg kedai minum mintak minum, hmm. dan bukan sekali. bukan 2kali. bukan 3kali juga.

lepas kejadian waktu aku keje kat Subang dulu pasal org buta, aku mmg agak berfikir bila aku nak 'memberi' pada peminta sedekah.
kalau mmg aku nak bagi, aku takkan fikir byk.
tapi kalau aku ade ragu2, was2..aku cuma cakap terima kasih.
aku doakan mereka diletakkan di bawah payung rahmat Nya.

:: teringat cerita tv3, brader urut kaki dan adik jual tisu..baru betul!

;D

Tuesday, April 5, 2011

aku nak mintak tolong

aku tak tau ade atau tak org baca blog aku nih.
kalau tgk follower ade 16, kalau semua baca mmg bernasib baik lah aku.
kalau 2 org jek yg baca, aku still nak jugak mintak tlg.

tolong iklankan ini kat blog korang atau sampai2kan mulut ke mulut.

WANTED : PELAPIS @ APPRENTICE.
REMAJA PEREMPUAN YANG MINAT DLM BIDANG HAIRDRESSED.
(17-25THN)
TAK KISAH BUDAK KAMPUNG ATAU BANDAR.
WILLING TO LEARN.
PR BAGUS (INI BONUS LAH KALAU ADA)
MAXIMUM : 3ORANG.
CONTACT : NURUL9@GMAIL.COM
FEE : TIADA.*



...........................................................................................

aku betul2 dah tak tau nak cari mana.
sekarang nih ramai yg hanya nak bekerja, so passion membuat kerja itu tiada.
kalau aku nak menyirap pun tak guna.
pernah ada yg pandai buat kerja dan faham apa yg aku deliver, tapi in the end masalah lain. masalah attitude pulak. hailohhh.

so, kalau korang ade kenal budak kampung yang ada minat nak belajar kemahiran rambut, aku mintak tolong sgt sampaikan pada dia yang dia ada peluang nak belajar.
(kalau budak bandar pun ok jugak..cuma selalunya yang bandar nih pegi belajar kat tempat yang berbayar. if they are willing utk belajar di kawasan tak berapa bandar mcm tempat aku nih, aku terima dgn terbuka)
jgn risau kalau dia risau nanti kena pakai seksi2 or kena buat rambut warna warni,
semua tuh takde dalam syllabus.

aku memang nak sgt org melayu dan Islam lebih ramai masuk bidang rambut.
ramai hairstylist melayu tapi lelaki dan kalau perempuan pun, keje dgn chinese dan di tempat yang terbuka.
org2 Malaysia sekarang dah ramai yg concern, they need a proper place for them utk buat rambut.
so please again, korang tlg post kat blog korang eh...dan sampaikan mulut ke mulut.

dan kalau mmg sesiapa yang post iklan aku nih kat blog korang, plz drop comment so that aku akan tau sape yg tolong aku iklankan.


segala jasa baik anda, saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.
(format surat rasmi nih hehe)



:: err...korang copy yg huruf besar je la eh. yg lelain tuh kome tulih le ikut paham kome.

;D

Saturday, April 2, 2011

sendat

ini serius
aku dah tak mampu nak tahan perasaan
ape pasal ntah aku mmg sgt tidak mampu nak melawan2 dgn hati
tak larat dah nak bercakap2 dgn perasaan
sudah tak lalu nak berfikir dgn cara berlawanan dgn realiti
sbb tuh aku hanya menulis di sini

sbb aku taknak menggunakan lidah melepaskan perasaan
aku tak mahu nanti aku sendiri jadi tak terkawal bila mulut bersuara
dulu mungkin ya.
dulu mungkin boleh aku kongsi2kan dgn makhluk bernyawa yg lain
berkongsi perasaan kata orang
sekarang tak lagi
sekarang aku sgt sedih yang sangat amat mendalam
aku tak tahu aku sedih dgn diri aku atau keadaan
aku tahu, saat ini aku hanya boleh bergantung harap pada Allah
aku tahu Dia tahu semuanya
aku tahu yang ada bersama aku sekarang hanya Dia

kenapa kecewa ini datang lagi?
kenapa rasa ini muncul semula?
kenapa aku perlu lalui ini lagi?
atau aku yang perasan sendiri?

aku tak mahu semua ini keluar dari mulut aku
aku tak mahu aku lepaskan semua ini keluar
lebih baik aku telan
telan sedalamnya
telan sampai ke dasar yang tak mungkin aku mampu muntahkan

Thursday, March 24, 2011

rapuh

Rapuh.
Ini adalah saat yg aku betul2 tidak tegap.
Mungkin juga untuk aku belajar dan mengajar diri aku tentang realiti hidup.
Tentang kepercayaan kepada Tuhan.
Tentang menjadi seorang anak.
Tentang mengenal 'tanggungjawab'.
Tentang mengenal dan memperbaiki diri aku.

Tuhan sayangkan aku. Itu pasti.
Sbb tu Dia mahu aku 'belajar' semua ini.
Ini ingatan buat aku. Supaya aku sentiasa meminta hanya pada Dia.

Syllabus subjek 'hidup' ini tidak mudah, apa lagi nak score cemerlang.


Allah, beri kekuatan kepada emak dan aku.
Sahabat dan saudara, doakan sama semoga emak kuat dan cepat sembuh.

Monday, March 21, 2011

aku mahu kongsi rasa ini

baru sekejap tadi aku tertengok astro oasis @ cenel 106.
asalnye sbb try bukak sana sini then nampak cite 'mata ke hati' tapi dh nak habis then bersambung terus 'selami jiwa-fadzilah kamsah'.
sbb belum nak tido, aku stay jek tgk.

artis jemputan, catriona ross.
story, bertudung.

hm.

hm..

bila aku dgr story catriona, aku betul2 dpt faham. the feeling. the touch inside. aku tau bukan semua org akan 'rasa' bile dia cerita mcmana titik tolak perubahan dia.
but truly, aku faham. subhanallah.

mereka yg melihat takkan tahu, diorang takkan faham selagi diorang tak rasa. dan aku tau, ramai org fikir tak penting pun nak ambik tau psl satu2 perubahan seseorang. dan sebenarnya salah. perlu. takyah segan. tanya je.
maksud aku, bukanlah tanya sbb menyibuk. cuma kalau ada persoalan yg tak berjawab, sila bertanya pada tuan badan. sila berkongsi rasa. kalau mmg taknak tau, yeah its fine.
sbb walaupun bila org tanya, 'kami' akan sebak atau menangis tapi berkongsi pengalaman itu lebih berharga dan lebih penting.

mungkin ramai yg taktau, 'kami' ada cabarannya. cabaran yg ada masanya benar2 mencabar hati dan jiwa. dan ada masanya aku terpaksa memaksa diri utk diam dan senyum berbanding melenting atau menangis. tak mudah menjadi sabar. aku tgh mendidik diri aku supaya lebih bersabar..insyaAllah.

now i know, ada org lain yg merasa juga apa yg aku rasa. alhamdulillah.


dan terima kasih jugak pada mereka yg tak penah berhenti mempercayai aku. terima kasih yang setinggi2nya..sedalam2nya. semoga Allah sentiasa merahmati kalian dunia dan akhirat.



:: ada kawan pernah ckp, 'hidayah takkan dtg sendiri, kita kena cari'. yes i am agree!!


;D

Sunday, March 20, 2011

cerita tentang kawan

first of all..
imah, tq for the recipe haha. tapi kompem bukan hari ni aku buat..sbb tidak mahu menggalakkan diri asyik memasak dan makann aje haha.

so arinih alang2 pembuka story nih utk imah, akan aku story psl imah.
(sbb byk sgt aku nak story sampai aku jadi blur dah ni)

imah a.k.a anak tokey afiat adelah kawan aku since aku form 1(dec1996).
hehe sgt detail eh sbb letak 1996.
she is married to a very lucky guy, halim. sorang anak, airis putri dan bakal dpt lagi sorang dlm masa terdekat(mungkinkah putra??) hehe. yezzaa imah tgh sarat!!
kalau nak ingat mmg klaka lah kan.
aku dgn imah, seingat aku mmg takde lah KAMCENGG amat waktu skolah. bukanlah stok yg ke hulu hilir sesama 24/7. tapi nak dijadikan cite mase f3, kitorang sekelas n aku dok sebelah dia. here the story begin(or began??).
tapi still lah..tak jugak kamceng sgt. adelah share2 sket story mory..paling koman dia tau lah aku admire kat sape mase tuh. tapi dia nih sgt best..dia sgt senang bergaul dgn orang ramai. sape je tak kenal dia kat skolah.. dan dia brutal jugak, so jgn cari pasal.

yang takleh lupa, aku penah teman imah blind date(opss)!! huhu. sgt fun mase tuh. mase lepas pmr, dan jugak lepas raya kalau tak silap aku. tang tuh mmg both of us takkan lupa sampai bila2..kalau sebut jek psl blind date tuh, dua2 kompem gelak besar. kenangan.

tup tap tup tap...aku dah keje.
imah pun dah serius dgn halim.
dan deme pun rajin dtg umah aku beraya(hehe).
dorang mmg pasangan yg complete each other..sgt bestt.
alhamdulillah..aku dpt jugak make up imah waktu nikah dan kedua belah majlis. dan paling best jugak sbb anniversary kawan aku yg sorang ini adelah same tarikh bday aku! haha. so bile sampai hari, masing2 dok wish masing2.
(ape ke hal aku menaip sambil tersengih2 ntah nih hahahaa)

oh yess..lagi satu yg paling penting.
jgn pandang dia anak tokey jek okeh...imah sgttt pandai masakkkk!!!!!
aku penah pegi main terjah jek umah dia, dia ade masak mee goreng. mak aihhhh..dan2 aku rasa nyesal dah makan siap2 sebelum singgah umah dia hahaha.
dan kalau pegi raya umah dia, aku akan tanya :
'mah...kuih yg mana yg ko beli?' hehe. sbb mmg dia tak beli. semua kuih buat..so kalau ade beli pun, kerepek or muruku dan seangkatan dgnnya.
aku sgt senang kalau pegi kuala atau lalu kuala then nak singgah tumpang solat atau lepak2 sbb umah dia sentiasaaaa terbuka utk kami2 ini(aku terutamanya yg slalu menempek).

apekah tibe2 berstory psl kawan? hehehe.




:: mah..aku taknak blaja buat mee goreng ko. kalau aku nak, aku suh ko masakkan eh hahaha

;pp


semoga Allah permudahkan sahabat aku nih waktu bersalin nanti dan dikurniakan cahaya mata yang bijak juga soleh~

Thursday, March 17, 2011

bikin aku bingung

fuh..aku sgt lega bile aku mengadap laptop dan betul betul menaip kat blog.
penangan blog nih dasyat jugak. bile kepala ketat, mulut nak bercakap berat, nak buat ape pun takde semangat..mmg yg ade dlm pale aku adelah blogging!!

before nih aku mcm nak lah slow down blogging sbb taknak asyik dok ngadap aje. but, now baru tahu. bila aku sgt amat lama tak berblog. semua bende terperap dan terperuk dlm diri aku.
berkepuk. masam.
dan ya, aku pun tak rasa org baca semua yg aku tulis.
biarkan, asalkan aku dpt menulis. menaip.
fuhh..serius bestt feeling nih!

okeh teruskan.

semalam aku alami hari yg pelik.
sgt pelik.
aku hidup seperti biasa..masuk bilik juga mcm biasa dlm pukul 1lebih.
prosedur tido pun bermula. pukul 3. pukul 3.30. pukul 4!!
ergh aku takleh tido!! ini bukan takleh tido sbb teringat kekasih lama atau nervous nak menikah atau sultan nak dtg umah ye. aku mmg takleh tido dan aku sgtt nak tido! aku kuar..bukak tv, dgn harapan akan tido kurang dr setengah jam. siap bawak comforter, bantal bagai. ya..sgtlah berhasil, aku layan movie sampai pukul 6.15!
aku pun masuk bilik n mandi (kan ker org kata elok mandi pagi kan? kehkeh)
then baru solat. aku kuar bilik dlm pukul 7, rumah sunyi. semua org dlm bilik memasing. mesin basuh dah ade bunyi, menunjukkan kakyam dah start duty. so aku pun bukak tv, bukak tingkap2 umah (rezeki masuk kann). aku pun ngadap tv9 sensorang. mak aku dok dlm bilik jek sbb semput. so pukul 8, masuk dapur. hehe tak pasal2 harinih aku buat sarapan.
disebabkan aku sgt boring dgn nasi goreng, roti bakar, telur hancur, atau roti telur..aku pun bukak peti ais tgk ape yg menarik utk di buat dgn ROTI sbb roti ade banyak n orgnye hanye 3 aje kat umah. so amek kobis, carrot, potong halus2 sket..tumis2 masak ala2 inti popia. letak telur. pastu bungkus dgn roti, celup telur. hoyeahh jadik lah bread spring roll!!!

lepas siap..makan dua suap, masuk bilik mak. urut2 sket sbb mak tak sihat.
then keluar bilik, breakfast. lepas bfast, mak masuk bilik sbb tak larat.
aku? dok dpn tv..nak cube kasi ngantuk. sbb kepala aku dah kasi isyarat nak tido tapi aku takleh tido!!! gile lah. dlm pukul 9 rasanya..aku amek bantal, pegi kat kerusi panjang depan..pasang kipas, zzzz. boleh plak eh terus tido sampai pukul 2.30!!

aku sgt harap malam nih tak jadi mcm smalam. sbb skang nih aku belum rasa ngantuk atau nak nguap. haihh..senang ler hendaknye tido malam nih. lagipun pagi esok byk benda nak buat.

aku takda rasa lesu langsung ye..fresh aje mcm biasa. klaka pun ada, tapi mcm pelik lah jugak kan. aku taktau lah org lain ade gak ke mcm nih. aku mcm nih kalau byk pikir aje lah, tapi belum lah sampai tak tido semalaman.

hehe banyak bebelan.


lepas gian.


:: tgh pk2 ape plak breakfast nak buat esok kalau jadi lagik kes nih kehkeh


;p

Friday, February 25, 2011

back to the track!

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]



:: alhamdulillah~terima kasih ya Allah!



;D

Thursday, February 24, 2011

huru hara yang tersembunyi

tak sangka huru hara nih dapat disembunyi
tak sangka juga persembunyian ini elok saja sendiri
huru hara yang hampir saja buat aku jadi hilang timbang diri
memang lah tak mudah
tapi rupa rupanya boleh aja diletak 'bawah kawal'

benteng diri aku makin tebal nampaknya
yang lebih buat aku senang, makin teguh.
walau kadang rasa hati bagai tak mampu aja menampung semua
kan org2 lama kata, bukan senang nak senang

this is a good start
this is just the beginning
this is a really really really good lesson to me!!


bergolak gelodak berkeladak...ergh!!!



:: tarik napassss.........istighfarr


;p

Wednesday, February 23, 2011

rasa indah ini

indah nye rasa bile dapat menatap mukasurat elektronik blog nih
dah mcm satu terapi pulak dah.
kepala yg kusut nih ade reda sikit.
ya...bersimpul2 kekusutan yg melanda
dan ianya kerana salah sendiri.
urghh.
pengajaran juga utk diri sendiri..

aku mohon benar ditunjukkan jalan keluar ya Allah~



:: sebenarnye nak update lain tapi tetbe bile online n bukak blog, ade rase berbunge2 dlm hati. ape ke hal nye tah haha.


;p

Tuesday, February 8, 2011

weeeeeeeeeeee~~

yeayyyy!!!!! dah jumpa!!!!!!
alhamdulillah~~~
happy habis bila staf sms bagitau yg sikat dah jumpa.
thanks to ruhinah dan imah ye~~hehe..insyaAllah akan aku ingat.


dan juga...ini juga hari2 bahagia melihat abgku bergelar suami org.
semoga berkekalan sampai syurga, dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah, dan menjalani kehidupan berumahtangga dgn penuh hikmah. amin~


(ya..aku dgn cousin adelah drebar kepada pasangan ini mase outdoor photoshoot. candid time!!)



:: ready utk kenduri sabtu ini....wuuu~~chaiyok!!!

;p

Tuesday, February 1, 2011

si sikat

bagi seorang hairstylist, sikat adelah aset yg sgt berharga
tak kira lah round brush, tail comb atau ape saje
semua sikat itu mempunyai fungsi masing2.
dan untuk pekerjaan sebagai pendandan rambut a.k.a hairstylist, kerja MENGGUNTING rambut yang commonly or daily adeee je org dtg, sikat menjadi bahan sama penting dgn gunting.
ergh

dah lame takde perasaan lost begini
dah lame tak rase perit mcm nih
dah lame tak rase haru biru mcm nih
cuci rambut org pun tak tenang
sambil blow rambut pun kepala tak fokus
hati tak tenang nih
gusar melanda
ke mana kau sikat..
bertahun dah ko dgn aku..
konfiden merudum lantaran menggunakan sikat lain
ya, bukan salah sikat kalau haircut tu tak cantik
tapi si hairstylist ini syg sgt pada si sikat.
bukan senang nak dapatkan si sikat
siap buat sistem barter dgn bekas rakan sekerja dulu
huhh

mcm tak logik kalau nangis hanya sbb sikat
tapi itu yg aku rasa sekarang
2hari lepas aku boleh lagi ingat missplace
tapi hari nih..takleh menidakkan perasaan yg tak tentu nih
aku tak tipu. ini benar. aku sedih.
sikat yg aku sayang..yg paling syg, entah ke mana perginya.



:: sape tau doa2 utk ketemu brg yg hilang?? plzzzzzz.....

:((

berkongsi mcm2 rasa

Assalamualaikum

hehe..kali ni ade pembuka bicara ye.
yess...sgt lama tak online, apetah lagi nak update blog ini. entah dah berape byk kali entah aku dok pk nak update itu ini...nak story itu ini. tapi seriously..mmg sgttt tak sempat.
been so busy with my brother's wedding. now mcm dah relax sket..keje2 aku(hehe) dah kurang, yg ade skang just hal2 rumah...itu adelah gotong royong beramai2. hal2 gedik2 mcm hantaran bagai, so far alhamdulillah dah 70% siap. yg balance nih tunggu brgnye nak diletak atas dulang n terus gubah(chewahh..udah terer dah gaya nye eh)
alhamdulillah...berjaye judak jari jemari yg keras nih membengkokkan bunga bungaan serta itu ini nye. so kire, kalau ade member kawen n nak mintak tlg buat hantaran tuh insyaAllah aku boleh tlg.

dalam pada bz buat bende2 persiapan nih..aku sampai lupa nak layan perasaan yang bakal menyaksikan 'abg bujangku' bakal bergelar suami!! huhu..rakan lepak meja petak tiap kali aku g kl. hehe..pasnih lepak meja makan umah dia jek lah yg boleh nye.
mesti lah aku happy..abg aku nak kawen weh.
bakal bergelar suami, ketua keluarga. semoga menjadi seorang pembimbing dan pengemudi yg sentiasa berlandaskan jalan Allah. wuuu touching nii..hishh.
mase awal2 aku dok sibukkan diri, sgtlah penatttt. ke sana sini bagai. sampaikan ade satu minggu tuh aku dgn mak aku mmg tak buat ape2 langsung sbb penat sgt. biar jek semua bende terbengkalai....huhu pastu baru sambung balik. but kire ok sbb kitorang pun prepare semua awal(awal lah jugak kire dlm 2bulan camtuh). ini pun aku tak join pegi jemput2 org semua...yg nih, mak aku, abg n kak ipar aku yg pegi. skang nih cousin ade yg dh balik..so dia lah yg teman mak aku sementelah anaknye mencari rezeki(ewahh).
tak tersangke siap buat flower girls lah ape. dah siap dah bakul bunga gubah sendiri. dan sgt gile dgn bunge ye skang..kehkeh.

actually baru lepas buat keje sket tadi, related to keje lah. then alang2 online nih...terus rasa nak write sumthing.
dan ya..mmg bende lain yg aku nak type, tapi keluar lain haha.


life~alhamdulillah.
berjalan dgn lancar. syukur aku diberi kesihatan yg baik di kala sana sini org batuk, demam dan sebagainya.
kerja..alhamdulillah, ade sikit kemajuan..ada sedikit anjakan ke depan.
semoga aku ditunjukkan jalan apa yang terbaik utk semuanya.
aku sendiri? alhamdulillah juga..takde lah kucar kacir sgt dlm kepala nih.
setiap perkara mendatang, aku cuba tapis dan nilai sebaiknya sebelum emosi yang mengawal diri. mane ade bende senang..asalkan kita usaha kan.

entah ape kabar kawan2 aku. kome ape kabo weh?

happy bila dpt tau imah bakal menimang cahaya mata yg kedua.
berkilau2 lah seri makcik nih hehe.
berapa hari yg lepas, aku pegi kenduri sahabat lama.
sahabat a.k.a adik yg sama2 belajar rambut dulu. sgttt rapat...so aku gagahkan diri driving pegi rawang balik hari. seronok jugak tgk adik aku yg happening tuh dah bergelar isteri. alhamdulillah. tahniah mira!

2011 nih rasa mcm lajuuu jek sbb dah masuk bulan 2 dah. aku belum pun biasa diri tulis 2011 kat resit. insyaAllah mudah mudahan tahun nih akan menambah rezeki aku, kamu, dan semuanya. semoga kita dilimpahi rahmat dan rezekiNya utk kita meningkatkan rasa syukur kita. amin.



oh ya...mari juga kawan2, kita doakan semoga dipermudahkan urusan sahabat, saudara kita di mesir. doakan semoga mereka sentiasa dilindungi Allah sepanjang mereka di sana, sementara mereka pulang ke tanah air.


:: kita semua doakan yg baik2 utk semua, tak kira di mana saja kita sekarang. ops, jgn lupa dtg majlis kahwin abg aku 12feb nanti eh.


;D