Thursday, May 19, 2011

buat saudara saudaraku

sebelum nih mudah jek mulut berkata tentang kasih sesama saudara, tidak kira saudara sedarah, sedaging, seagama, sedaerah, senegara, se se se mcm2 lagi. tapi aku langsung tak memahami erti mengasihi yg selalu disebut sebut tu. aku kira, cukup setakat aku 'care' pasal mereka dan aku sayangkan mereka.

akhir2 ni mungkin Allah nak tunjuk pada aku. nak tunjuk erti 'kasih' itu. nak tunjuk bahawa tanggungjawab hamba2Nya ini tidaklah setakat 'sayang'. terganggu jugak perasaan aku beberapa ketika sbb tak tahu ape yg boleh aku buat. aku bukan siapa2...aku hanya seorang saudara.

itu adalah kali pertama aku rasa kasih yang teramat sgt kepada saudara aku..aku takut bila abaikan solat, aku sedih yang teramat sangat bila dia seperti menjauh diri bila aku lontarkan teguran, aku jadi kucar kacir perasaan aku bila dia meremehkan agama. ketika itu aku benar faham, Allah dtgkan perasaan ini pada aku. aku tidak boleh melenting. aku tidak boleh memaksa saudara2 aku berubah kerana dulu aku juga 'jauh'. begini agaknya perasaan mereka2 yg dahulu melihat aku.
benar. ujian Allah dtg pada kita dlm pelbagai cara. Allah uji aku dgn perasaan ini, aku harus usaha mencari cara yang terbaik untuk aku sampaikan sedikit pesan ini. istiqamah. berat rupanya tapi aku mesti kuat.

saudara yang aku kasih,
aku sentiasa mendoakan engkau dilindungi Allah dari godaan syaitan, dipermudahkan jalan2 kebaikan untuk engkau, dikuatkan hati dan iman menjalani hidup yang mendatang. semoga engkau sabar. aku mahu engkau sabar. kata hati mesti ditapis dengan akal dan iman. pesan ini untuk aku juga yang tidak kebal.

kasih ini indah. sayang ini cantik. kasih sayang ini moga2 akan membawa kita ke syurga.


:: Nurkasih sudah di cinema....wawawaaaa =D

4 comments:

Anonymous said...

tulah. bila ada org sekeliling yg begitu, kita pula yg lebih2 rasa deritanya. haishhh.

aku sedang menghadapi masalah yg sama nih. dah mcm2 hint aku bagi. sehari jer berkesan. huwaaaa

nurulfive said...

huhu.
mcm ko penah ckp kat aku dulu..ade sesetengah perkara, kita kena doakan aje sbb semua tuh bukan kuasa kita dah. we did our part kan. ;D
tahan aje lah derita hati.

Anonymous said...

haha ko suka ingat apa yg aku cakap padahal aku sendiri selalu lupa ;p

nurulfive said...

err agak2 sape yg ingat ape aku ckp eh? ngauhauahuahauhaaaaa