lately, aku berpengalaman yang agak luar biasa.
kenapa?
sebab pengalamannya mengenai perkara-perkara yang menjadikan aku 'down'.
negative kan?
yes, absolutely yes! aku agak down.
memang mostly orang akan kata 'asam garam meniaga', 'cabaran orang meniaga', 'macam tu lah hidup kita nih, lagi-lagi orang meniaga'.
takpe, untuk yang nak kata benda yang sama terima kasih banyak-banyak.
semua tuh aku dah set siap dalam kepala, dia akan keluar otomatik bila benda-benda tak diingini berlaku dalam hidup.
tak tak, aku bukan nak cerita pasal pengalaman tu.
aku cuma nak lepaskan apa yang aku rasa.
dan aku risau.
kalau-kalau apa yang aku rasa ni akan effect diri aku in future.
contoh?
satu.
aku rasa taknak dah dealing with people in business.
biar sorang. sakit sorang, senang pun sorang.
which is not good. aku akan kena jugak deal dengan orang lain kan.
lebih kurang dalam bahasa kamusnya, fobia. ke, trauma? ntah.
dua.
aku asyik pikir negatif pasal orang lain.
bersangka buruk, yang bukan-bukan.
yes, not good jugak.
bukan apa, tapi disebabkan aku percaya then aku kena 'makan' balik.
tiga.
aku kecewa dengan diri sendiri.
kecewa sebab aku terjerumus ke lembah beracun ni.
kecewa dengan sikap manusia.
kecewa dengan betapa wang menjadikan manusia bertindak kejam.
kecewa dengan kelemahan diri.
empat.
aku menjadi was-was.
was-was dengan wujudnya manusia yang ikhlas.
was-was dengan prinsip sendiri.
dulu aku begitu yakin, dunia ini mempunyai ramai manusia yang ikhlas.
kalau kita ikhlas, lantas orang yang ikhlas juga akan mendekat.
lima.
aku berfikir untuk aku menjadi kejam juga.
mereka kejam, kenapa tidak aku?
kalau kejam itu sudah menjadi keperluan, boleh lah aku.
enam.
aku menjadi marah dengan mudah.
aku benci bila marah.
amarah menjadikan aku sakit badan.
marah menjadikan aku bernafas pendek-pendek.
tujuh.
aku tak boleh nak fokus untuk menulis yang baik-baik.
tengok?? dan TUJUH yang negatif keluar begitu mudah bile jari mula menaip.
lapan.
tidur aku tidak nyenyak.
sembilan.
lagu apa yang boleh me'magnet'kan positif ya?
:: woho, banyaknya contoh! ;p
2 comments:
ok.kita tgh melalui fasa yg sama. aku sudah meletup kepada sebelah pihak dan sedang mengawal dari meletup kepada pihak satu lagi.padahal baru sahaja berazam utk mengawal sifat marah aku.gagal disitu. pengalaman ini mengajar aku utk PERCAYA PADA DIRI SENDIRI, TIDAK BERGANTUNG KPD ORG LAIN, PEGI MAMPUS ORG YG BUAT2 BAIK.
wah bagus2 aku penah melalui fasa nih dulu 2 thn lps kot....kuatkn semangat ok yakin dgn ape yg kite buat lepaskan ape yg terbuku yg kite rs perlu dan ade kebaikan utk kite so semua akan berjalan dgn lancar...pegi jahanam la diorg yg buat kite jd begitu dan hasil yg kite akan dpt adalah TERBAIK!!!!hasil'y sgt indah tau mcm aku diorg yg memanipulasi ayah aku akhir'y tewas dgn kehadiran aku....sgt syok....PERCAYALAH!!!persoalan kenape aku xkeje lain kenape keje ngan ayah aku sedangkan aku dpt keje lain....jwpn'y aku perlu berusaha menghapus'k kekejaman org lain pd ayah aku dan aku akan menjadi kejam utk meningkatkan potensi syarikat :)
Post a Comment