Monday, August 31, 2009

Merdekanya Roh dari Jasadnya


assalamualaikum w.b.t


30 Ogos mungkin akan jadi ingatan aku sampai bila2.


dua pupu aku yg rapat dgn aku meninggal dunia malam tadi lebih kurang jam 10mlm. accident. arwah Jamil.


aku cuba utk tidak sebak bila tiap kali aku cube ingat pada arwah tapi aku tak mampu. 2 3 menjak ni kami akrab...dgn adik aku lg la rapat. stengah jam sbelom kejadian adik aku ade jumpe dia. entah la..kdg2 kita cuma perlu redha. aku cuba.


malam tadi dlm pukul 10.30 dapat call dr makpah..dia sampai kan berita.
aku bersiap dan solat isyak then teros pegi tmpt accident.
ambulans dah takde..jenazah bawak naik trak polis.
aku, mak n abg midi follow ke hospital.
jam 2pg setel post-mortem dan urusan di hospital, bawak jenazah balik ke rumah.
kami stay di rumah arwah..baca yassin.
kol 3pg baru balik umah...mandi. solat sunat utk tenangkan hati aku.
mgkn dlm 3.30 aku tertido.
5.15pg bangun sahur..tak tido sampai subuh. lepas solat baca yassin. sebak. mase ni aku tak mampu tahan dah...cuba nk tido pon tak dpt. aku baring je meleleh air mata. tiba2 adik aku tepuk2 belakang aku...dan aku menangis sekuat hati.
kol 8 lebey baru dpt lelap..kol 9 bangun, amek harna n pegi ziarah umah arwah. pilu betul rasa hati mase tuh...lg2 bile tgk ucu dan wan chu. dlm kol 11.30 jenazah dibawa untuk dikebumikan.

arwah seorang yg bersikap riuh rendah..kdg2 mcm makcik2. it always make me smile.
suke membantu org laen. baik hati.

kepada kwn2..aku mohon..sedekahkan al-fatihah dan surah yassin kepada arwah Jamil. semoga dia ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.

harapan aku
moga kita mendapat iktibar dr pemergian arwah.
dan semoga kita akan lebih menghargai org2 yg kita sayang.

gmbr arwah yg aku dpt dr myspace..gmbr di kedai aku.


terima kasih.

::sory lah bahase aku agak tunggang langgang. emosi stil goyang.

4 comments:

nusk said...

kematian itu pasti..tiada yang dapat menghalang...

Anonymous said...

tidak tercepat dan tidak pula lambat walau sesaat.
cry as u may.

nurulfive said...

thanx guyz.

agak terganggu lg emosi but better.

orang biasa said...

die g di bulan Ramadhan yg mulia... orang kate elok... kite tak tau lagi bile.. Aku ingat lagi arwah ustz Musa penah kate mase perhimpunan die nak meninggal sama seperti nabi.. meninggal pada tarikh dilahirkan.. memang betul die dapat pada tarikh tu sama tarikh keputraan Sultan Perak....