Wednesday, October 12, 2011

Rebonding a.k.a Meluruskan Rambut

tujuan : mengisi masa lapang sebab boring, kat luar pulak hujan. mengelak diri sendiri dari tido di siang hari.

dah beberapa entry dok cerita pasai hal perasaan sana sini kan.

mari kita menambah-nambah ilmu rambut.

sebelum nih pernah cerita pasai Warna Rambut kan.
hari nih kita bukak cerita pasal rebonding pulak.


Macam Mana Rebonding Bertindak?
okeh. dalam setiap helaian rambut kita ni, ada unsur. ada carbon, hydrogen, nitrogen, sulfur, dan oxygen.
macam tak percaya kan dalam rambut yang sehalus ni ada semua tu. dah macam CSI dah ha.
so, unsur yang memegang rambut punya bentuk nama dia h-bond(hydrogen) dan s-bond(sulfur).
cerita ni lebih senang bila cerita dengan gambar. tapi takpe..rasanya boleh faham kalau aku explain betul-betul.
katakan rambut tuh kerinting, bentuk rambutnya macam S. h-bond dan s-bond nih akan duduk sepanjang S tuh untuk memegang rambut tu menjadi bentuk S.
untuk yang pernah buat rebonding, dorang tau yang ada 2 ubat kena letak. satu ubat busuk, satu lagi tak busuk.

so untuk 1st step, kita letak ubat no. 1. crystalizing cream. ubat nih memang busuk.
ada jugak brand yang dorang cuba buat wangi, letak lavendar bagai tapi rebonding nye tak cantik so aku tak suka.
bila dah letak ubat 1, ubat nih sifatnya alkali. lebih kurang pH11(tinggi kan??) dan sebab tu lah bila hairstylist buat kerja kena pakai sarung tangan. dulu-dulu aku pemalas tak pakai, then bile nak makan nasik jadi tak best sbb tangan bau ubat rebonding dan tangan aku terasa makin menipis. juga, cream nih tak boleh apply dari pangkal rambut kat kulit kepala. jarak dalam half inch.
bila ubat 1 tuh kena rambut, rambut akan bertindak. s-bond dan h-bond tuh akan break. pecah dan berterabur. sebab tu bila lepas cuci ubat 1, rambut yang dikeringkan tuh kembang dia lain macam. sebab rambut tu dah takda bentuk masa tu.

2nd step, iron. aku takleh ajar tutorial sebab susah. nak belajar kalu, mai masuk kelas.
bila bond-bond tuh dah break, rambut tuh di'iron' pulak. masa tu, semua bond tadi tu akan tersusun mengikut yang iron tu bentuk. iron selalunya dalam 220darjah. kalau brand yang elok, yang 180 pun dah boleh jalan.
step 1 dan 2 nih sangat penting, ini yang menjadikan rambut tu cantik atau tak rebonding. sectioning, cara apply cream, degree ambik rambut waktu iron..semua tuh benda-benda yang ade sepanjang proses buat rebonding ni.
itu lah yang kita panggil skill.

3rd step. ubat no. 2. a.k.a neutralizer. dah name pun neutral kan, sifatnye adelah acidic dalam pH4 kalau tak silap. tujuannya nak neutralkan balik rambut yang dah di'alkaline'kan tadi kan.
kalau tak letak neutralizer, rambut tuh memang tak kekal lah. boleh je balik ke bentuk asal.

done.

soalan lain?

Boleh Ke Bawak Sembahyang Ni?
boleh. ini mengikut kefahaman aku. ubat ni semua dah go through KKM(Kementerian Kesihatan Malaysia) so takde masalah barang-barang yang tidak dikehendaki dalam cream dia.

dan kalau berkenaan ubah-ubah semua, aku dah cerita dulu dalam bab warna rambut tu kan.
rambut nih tak berubah pun. rambut yang tumbuh nanti tetap rambut asal.
kalau yang jenis memang nak rambut senang diurus, memang buat 4bulan sekali, ade yang 6bulan dah touch up balik. depends lah kan.

ape lagi

ape lagi

ape lagi

ok

Kenapa Rambut Saya Kembang Lepas Buat Rebonding?
banyak sebab. over-process pun mungkin.
ade jugak customer yang degil..kita dah kata rambut dia rosak, kena treatment kasi elok then baru boleh buat tapi nakkkk jugak buat dan dan tuh. so bila dah buat dan kembang, dah frust pulak kan. kalau aku, memang aku tak buat kalau rambut rosak/poros. bukan apa, kita yang buat kerja nih akan jadi 5kali ganda berhati2 bila buat rambut-rambut yang dah rosak nih bila nak buat rebonding.
aku akan suggest je dia buat treatment dalam 2bulan lepas tuh baru test balik rambut dia kalau dah boleh buat rebonding.

Macam Mana Nak Tau Rambut Tu Rosak Teruk?
biasanya, bila kita tengok dan pegang kita dah boleh tau dah condition rambut tu.
tapi atas dasar profesional, kita ambik rambut dia dalam 4-5helai dan kita apply cream rebonding dan biarkan dalam 8-10minit. bila kita tarik, rambut tuh takde toing toing(elastic) dah. bila tarik, terus putus. rambut tu memang dah nipis betul. so memang tak boleh buat lah.
tapi..memang ada ubat yang khas untuk colored hair. untuk damage hair. tapi macam aku, aku tak simpan stok ubat ni sebab bukan selalu ade orang yang rambut masalah nak buat rebonding ni. kalau betul-betul nak buat, aku suruh appointment. then aku order barang, baru boleh on.

nasihat aku; kalau dah buat apa-apa chemical hairdo, janganlah lokek nak maintain rambut. paling-paling busuk pun belilah shampoo set yang khas untuk rambut tu. pakai conditioner. kalau rajin, pakai serum. untuk yg free hair, serum wajib. nak prevent dari split ends sebab selalu terdedah kepada matahari. prevent ye..bukan repair. ends kalau dah split memang takleh nak 'gam' dah. potong je jawabnya.
sebulan sekali buat treatment, kalau takde budget nak pegi salon then beli dan buat sendiri. bukan susah pun.
bukan apa, kalau dah buat chemical hairdo ni biasanya kita mesti lah nak touch up balik so nanti chemical tu letak lagi kat rambut..lagi bertambah-tambahlah teruknya rambut tu.

memang ada orang yang rajin buat chemical hairdo kat rambut dia tapi elokkk je rambut dia. tapi cuba tanya dia, macamana dia maintain? itu lah rahsia dorang yang rambut berkilau-kilau tu.
buat rambut 2-3ratus, ada yang 5-6ratus, ape lah sangat shampoo set dalam rm90 kan. ehe.

okeh, letih dah.

nanti aku story lagi pasal rambut kalau ada mood eh.


:: saya harap, segala info ini boleh menghilangkan keraguan mereka yang dah menyimpan angan-angan nak rebonding sejak 5-6tahun lepas lagi ye   ;p


:: bagus gak bila sekali sekala cerita macam ni, boleh memanaskan enjin kat kepala aku yang semakin menyejuk nih kehkeh..


* post ini dah berusia 4tahun dan masih ramai yang merujuk di sini. terima kasih yang amat sangat. semoga sedikit sebanyak ilmu yang saya kongsikan boleh beri manfaat pada pembaca dan pencari maklumat/ilmu.
tuan/puan/cik/encik boleh hubungi saya/kami secara terus di fb (selalu missed dengan comment2),
>>>>>>> Nurul Salon
 sekali lagi, saya ucapkan terima kasih daun keladi.

69 comments:

eimah said...

saya suka saya suka hahahahaha syok la belajo ilmu rambut kat kamu sangat menarik :p

Anonymous said...

ko nak tau tak, sebab ko, set penjagaan diri yg paling mahal aku ada adalah set penjagaan rambut. haha

nice entry!

Anonymous said...

Hi. Nak tanya. Yang ubat 1st tu yg busuk kan? Yg ubat 2nd tu, dpt x hilangkan bau busuk yg ubat 1st tu?

nurulfive said...

to anon,
maaf lambat reply. ye, ubat no 1 biasanya busuk. selalunya bila kita dah cuci dan letak ubat no. 2 (neutralizer), busuk yang pertama tu akan berkurang. nak kata takda 100% pun tak jugak..cuma bau dia tak lah kuat sangat.

iydaRyanT said...

best best i like... if dpt bg step by step wat 2 do lg best ngeee :D

Anonymous said...

Sy baru rebonding hari Khamis tengahari. buat dalam kul 12 n siap dlm kul 3.30. sy tak cuci rambut lepas tu sehingga lah pagi Sabtu. Tak sampai 2 hari pun dah cuci tak pe ke? adakah rambut akan kekal lurus dan cantik? atau perlu ke sy buat treatment semula?

nurulfive said...

iyda:
nak buat rebonding tak sama macam tutorial lain2 sebab ini melibatkan chemical yang merbahaya. kalau nak buat, memang kena masuk kelas. tapi rasanya knowledge ni boleh jadi panduan bila pegi buat rambut. setidak2nya boleh faham setiap proses tu kan. jangan eksperimen rambut sendiri ok!
anon:
kalau ikut prosedur, kena tunggu at least 48hours kalau nak wash dan sebagainya. tapi kalau lebih kurang 2hari rasanya ok. sebaiknya tunggu lepas 48jam. sebab tu salon selalu cakap tunggu 3hari..kalo tak jenuh juga nak kire 48jam kan. pasal treatment, lepas ni cukup sekadar maintain saja. buat sebulan sekali, kalau rajin 2minggu sekali. conditioner jangannnnnn missed!!! enjoy your new hair!! ;D

Anonymous said...

ape efek dy law ubat busuk tu kene kulit kpale?

nurulfive said...

Anon :
Ubat 1 memang tak boleh kena kulit kepala tapi ikut cemana pun akan terkena sikit. cuma kalau waktu apply ubat memang dia tepek kat kulit kepala, memang salah la. macam-macam effect boleh jadi. biasanya kulit jadi merah dan pedih. kemudian boleh jadi gugur teruk atau kelemumur bergantung pada masing-masing.

Unknown said...

Ubat yg brand magic pink tu halal x?

Aady said...

Admin boleh saya tahu brand apa yg selalu nya dijual di kedai2/salon?
kedua, admin tak jual ke product nie untuk dikongsi bersama. bukan apa ini memudahkan pelangan untuk mendapatkannya. TQ

Muka Bulat said...

hellooo Admin...
nak tanya ni., berpe lama nak tunggu ubat busuk yg first tu,
then baru boleh cuci ye?

nurulfive said...

Putera bongsu :
Saya tak sure ubat brand magic pink. Terrrrlaluuu banyak brand yang ada kat Malaysia ni. Cuma kalau harganya terlalu murah, kena jaga-jaga.
Aady:
Macam saya kata tadi, brand yang ada terlalu banyakkk. Tapi yang biasa saya guna adalah Shiseido, Zotos, K2, Wellsen. Brand yang dah establish macam Wella, Loreal, Redken, Schwarzkopf, tak ada masalah cuma masalah HARGA haha. Saya tak jual product, entry ini sekadar perkongsian ilmu. InsyaAllah ada rezeki mungkin boleh jadi supplier satu hari nanti.
Muka Bulat:
Ubat pertama biasanya dalam 15-30minit. Bergantung keadaan rambut. Macam yang saya pesan, ini sekadar perkongsian. Tak sesuai kalau nak buat sendiri tanpa belajar hand to hand.

Anonymous said...

Admin,nak tnye lor . Semalam sy ade buat rambut. .so, amoi tuh sarankan esok baru wash rambut. Tapi mslh skrg rmbt tuh mcm x menjadi.ade yg kerinting skit.bengkok bengkok.boleh ke kalau kita iron sendiri rambut sebelum cuci?atau tunggu dah cuci,baru iron ?then before balek,amoi tuh ade bg something ntok gune lepas cuci..dia ckp guna mcm conditioner tp jgn bagi kena kulit kepala.bole sy thu benda ape tuh n ape function dy .tQ.

Anonymous said...

nak tanya kalau nak luruskan rambut tapi taknak buat rebonding macam mana?

kuda ku lari said...

salamm .. nk iron tu kna cuci rambut yg letak cream tu dlu ka x pyah cuci..

Ash Maju Enterprise said...

sy jual pelbagai krim rebonding..berminat bleh la jenguk page fb sy :)
https://www.facebook.com/KrimLuruskanRambutBerina

Unknown said...

rambut saya rosak macam yg awak ckp. bila tarik terus putus. walaupun tak pakai ubat 1& 2 tu bertahun lamanya, kesan tu tetap ada. mcm dah total lost plak rambut ni. ada sekali sy buat, gugur habis rambut sbb terlampau byk sy letak & trlampau lama sy biarkan. sbb masa tu sy taktau cara nk guna. terikut kawan2 sy buat sendiri. smpi kulit kepala saya jd merah,gatal2, berkelemumur tahap kronik kalau nak banding sblum sy buat. dr tahun 2008 sampai lah 2015. last sy pakai 2009. jd soalan sy, treatment mcmana yg boleh nk elokkan balik rambut sy supaya jd asal balik? bila dh jd mcmni, sy rasa rambut sy yg asal lg baik dr trpksa menanggung rambut mcm dawai ni.

nurulfive said...

Anon (May 7)
rambut tak boleh di wash(shampoo) dalam masa sekurang kurangnya 48jam. sebab tu salon selalu sebut 3hari, susah nak sebut 48jam kan. dan kalau kata memang dah nampak rambut tak jadi, begitahu pada salon cepat. kalau within 3days, bukanlah salah customer selalunya tapi bergantung juga pada budi bicara mereka hehe.
dan, kalau iron sendiri pun takkan effect apa2 sebab rambut tu dah neutralize.

Anon May 16.
boleh. maksudnya nanti cuci akan balik ke bentuk asal. iron sahaja. tapi jangan lupa keringkan rambut 100% dulu. nanti berasap pulak kulit kepala hehe.

Kuda
ya, kena cuci dahulu dan make sure bersih 100%. tak boleh ada sisa cream tu pada kepala atau rambut. kemudian keringkan dan iron.

Hafriz.
awak ni berani sungguh eksperimen hehe.
memang akan ambil masa untuk pulih balik. macam yang awak kata dalam masa 6tahun rambut teruk macam tu juga. mungkin folikel rambut awak ada masalah bila awak letak cream terlalu banyak dan overprocessed.
cuba usahakan buat rawatan kulit kepala. memang akan berhabis duit dan ambil masa lama tapi insyaAllah berbaloi. rambut yang nipis petanda yang rambut tu rosak samada tak dapat vitamin atau ada apa-apa yang kita buat pada rambut tu.


*maaf, saya jarang buka blog jadi selalu lepas pandang comment-comment yang ada.

Anonymous said...

Saya baru lepas buat rebonding petang td. Bau krim yg pertama buat sy pening kepala. Suami pun takleh bau dia jd pening jugak.. Alahai konon nak bg lawa dpn hubby jadi lain plak. Huhu

Unknown said...

Huhuju

Unknown said...

Huhuju

nurulfive said...

Memang busuk tapi lepas pakai neutralizer dan pakai conditioner, bau tu akan kurang banyak. Kalau bau masih kuat, mungkin jenis ubat yang digunakan memang bau nya strong.

*selamat berambut baru ya 😄

nurulfive said...

Hehe

Unknown said...

salam. saya ada nak g salun rambut nih nak buat treatment n rebon pastu dia bagi dua jenis ubat . 1- brand nanosilk japan 2- brand loreal. saya nak tnya awak. brand nanosilk tu ok x . n bole bawak solat x ? tq

Anonymous said...

salam. sy nak rebonding rambut. tapi sy nak warnakan rambut dulu boleh ke? maksud sy mcm harini sy warnakan. lusa sy pegi rebonding rambut. ada effect pape ke? mohon penjelasan

Nurul Hzwanie said...

Treatment ape yg sesuai tuk rambut kering dan frizzy. Seblm ni sya pernah wat rebond, 3 thn brtrut2 then stop sbb pi study. Buzy smpi x trurus rmbut. Treatment jgn ckp lps hbis 1 botol (thn lps) x beli2 smpi la ni. Hehehe. Kembang setaman rambut.

Nurul Hzwanie said...

Treatment ape yg sesuai tuk rambut kering dan frizzy. Seblm ni sya pernah wat rebond, 3 thn brtrut2 then stop sbb pi study. Buzy smpi x trurus rmbut. Treatment jgn ckp lps hbis 1 botol (thn lps) x beli2 smpi la ni. Hehehe. Kembang setaman rambut.

Hannynz said...

Blh buat hair relaxer rebondg dgn nurul x, nk buat dengan amoi ratusan nye x mampu...

nurulfive said...

Kami takda buat relaxing sis. Tapi rebonding ada. Boleh insyaAllah. Sis whatsapp saya ya, 0122996649. Kami tengah ada promi raya ni 😍

nurulfive said...

Sis, maaf baru perasan comment ni huhuu. Treatment ada banyak jenis. Dan jugak tengok ada masalah utama rambut. So takleh nak kata lagi ada treatment yang sesuai.

nurulfive said...

Sis, maaf saya jarang buka blog lately.
Both of that boleh bawa solat. Saya tak familiar dengan kedua2 brand ni tapi biasanya ok je sis.
Result rebonding bukan semata2 depend pada ubat tapi juga pada stylist yg buat rambut kita ☺

nurulfive said...

Salam sis. Maaf lepas berbulan baru nak balas. Harap2nya membantu.
Okay..boleh tapi kena betul turutannya. Sis boleh buat rebonding dulu..then baru color.
Sebab kalau color dulu, risau nanti rambut tu jadi frizzy.

Anonymous said...

baru2 ne saya rebond rambut then org salon tu cuma bagi ubat pertama lepas tu dia cuci dan iron. ubat kedua dia tak letak. tpi dia bagi treatment suruh letak hari ketiga. bila saya cuci hari ketiga tu then letak treatment rmbut tak berapa nak lurus. rmabut ne tak lurus disebabkan org salon tu tak letak ubat kedua ke atau mcm mana? mcm rugi je buat rebond tak lurus

Anonymous said...

baru2 ne saya rebond rambut then org salon tu cuma bagi ubat pertama lepas tu dia cuci dan iron. ubat kedua dia tak letak. tpi dia bagi treatment suruh letak hari ketiga. bila saya cuci hari ketiga tu then letak treatment rmbut tak berapa nak lurus. rambut ne tak lurus disebabkan org salon tu tak letak ubat kedua ke atau mcm mana? mcm rugi je buat rebond tak lurus

Kiko said...

Sis, tahun lepas saya ada buat rebonding. Cantik la hasil dia. Tapi rambut saya nipis dan gugur. Gugur tu mungkin sbb saya bnyk sgt fikirkan mslh yg ada ni. Btw sis, saya nak rebond lagi sekali memandang kan rambut dah kembang balik. Agak2 sesuai tak saya rebond dgn keadaan rambut gugur mcm ni? Ke saya kena buat treatment dulu? Treatment apa yg sesuai untuk rambut gugur? Scalp treatment okay tak? Banyak pulak soalan. Haha

Unknown said...

Hai dear i nak tanya before ni i and friend kongsi beli loreal product for rebonding..for 4 person like 2 person buat ok rmbt mmg cantik stright yg kwn lagi 2 tu mybe rmbt jenis tebal and frizzy..like after rebond nmpk x berapa nak kemas coz rambut dia before rebond dia gunting layer sisik so mmg nmpk bila da rebond mcm putus2 plk rmbt tu.mmg normal yer rmbt jenis mcm tu after rebond?bole kongsi tip x dear?

Anonymous said...

Rambut senang gugur...sehari sikat mesti byk helai yg melekat...mcm mana nak handle?...rmbut dah nipis boleh nampak ketara botak...nak apply produk ke atau rujuk pada org saloon dly ttg rambut? N lg satu..contoh vitamin yg elok lebatkan rambut apa ye?

Mohd Izzuddin Bin Ismail ! said...

hye, nak tanya apa beza hair relaxing dan rebonding eh, ada tips tak untuk hair relaxing ni? cara nak buat and apa yang kena guna, help :( sbb dah terbeli wella cadang nak buat tapi mcm konpius plk cara nak buat hair relaxing

Unknown said...

Hye saya nak tnya klu produk berina ok tak?ade ape2 side effect tak?rmbut sy tak curly sngat just nk relaxing je

Unknown said...

Nak tanye, saya nak colour and rebonding. Boleh buat sekali gus ke ?

Unknown said...

Assalamualaikum , Sesiapa Yang Pernah Rebonding Rambut Untuk Lelaki Kat Saloon ? Berapa Ye Harga ? Sbb dah selalu buat sendiri tak sampai 2 minggu dah Kerinting Semula thanks

Unknown said...

Selepas 8 bulan boleh buat balik x ?maksud sya dah pernah rebond sekali . Selepas 8 bulan buat balik . tidak mendatangkan apa apa effect ke ?

Unknown said...

Rm100 ,okay jaa .

nurulfive said...

salam semua,
maaf saya baru balas semuanya.

*selepas 8bulan, ya boleh buat semula. inform hairstylist tu yang awak dah buat 8bulan lepas.

*daniel,rambut lelaki atau perempuan sama saja. rebonding sebaiknya buat di salon.

*babycandy, ya boleh buat serentak.

*faisal, saya belum pernah gunakan brand berina jadi saya tak boleh nak komen.

*izzudin, relaxing dan rebonding bezanya menggunakan iron dan tidak. produk juga sedikit berbeza. biasanya kalau untuk relaxing,gunakan jenis ubat yang lebih pekat.

*anonymous, rambut gugur memang biasa lepas rebonding. perlukan rawatan. boleh buat sendiri atau di salon. kalau masih teruk, sebaiknya rujuk ke klinik.

*suriya. boleh jadi banyak sebab. mungkin overprocessed atau mungkin juga tak cukup process. cuba maintain dengan rawatan rambut.

*cikmerah. biasanya lepas buat rebonding memang selalu skip buat rawatan kulit kepala, so bila dah teruk baru perasan. sis boleh cuba buat rawatan kulit kepala untuk rambut gugur. kalau tiada kesan, boleh cuba pendekkan rambut sedikit supaya rambut tak terlalu beban dan gugur. cuba maintain harian dengan scalp tonic.

*anonymous. saya masih belum faham sesetengah salon yang gunakan hanya satu jenis ubat. sebab kalau ikutkan memang untuk chemical reaction, perlukan kedua2 ubat. sefaham saya, memang disebabkan tak letak ubat ke2 tu.

nurulfive said...

salam. untuk mengelakkan saya balas terlalu lama, boleh terus hubungi saya di fb page di bawah ini ya.


https://www.facebook.com/nurulsalon.si/

Suzen Yna said...

Bole tidak pakai ubat no 2 tu pas cuci rmbut. Dlm keadaan basah la.

Suzen Yna said...

Bole tidak pakai ubat no 2 tu pas cuci rmbut. Dlm keadaan basah la.

Anonymous said...

nak tanya pasal krim ren'e..krim ni bgus tak?saya pakai yang busuk dan neutral..lps siap tu bau busuk hilg..tpi setiap kali air terkene rambut sikit je..bau busuk ubat tu datang balik..kuat plak tu..mcm tak hilg..kene tunggu 3 hri bru hilg ke..atau ubat ni salah ke..atau lain

Anonymous said...

nak tanya krim ren'e ni bagus ke?
saya ada guna haritu..pakai ubat 1 dngn 2.Tapi lepas dah siap basuh semua rebond,bau ubat 1 hilang tapi kejap je..tapi bile terkene air sikit je bau ubat 1 tu mcm ade balik..kuat plak tu..adakah saya kena elak kena air 3 hari atau buat apa2 untuk hilangkan bau ubat 1 ni..

Unknown said...

Nak tanya los cuci rambut tu boleh ke pki mnyk rambut

Anonymous said...

Salam sis. Sy nak tnya tahun lalu bln 11 sy ada rebond rmbut sy tapi rmbut sy rosak truk dan rmbut putus2 . Agak2 brapa lama ya tempoh kalau nak rebond balik sis?

Unknown said...

Treatment ape eh?

Anonymous said...

Hi, sorry mencelah. Boleh pakai hair tonic sis. Ada jual kat watsons.

Unknown said...

hi sy nk tnye. mase bilas rmbut tu nk kne pkai shampoo ke

Unknown said...

sis paling lama kene tunggu berapa bulan ...nak buat rebonding balik?

Unknown said...

Nk tnya..kalau pakai ubat pelurus rambut..lepastu wrna rambut jdi merah..adakah sah wuduk????

Maria said...

Salam sis. Ubat2 yg digunakan untuk rebonding ni kekal tak? Maksud saya, adakah ubat2 ni kekal di rambut dan menghalang air dari kena rambut bila kita berwuduk atau mandi hadas? Dalam erti kata lain, sah tak wuduk dan mandi wajib kita? Tkasih sis..

cikguzulaida said...

Sis, saya nak tnya. Khamis mggu lepws saya baru buat treatment relaxing dan kulit kepala sebab kelumumur dan rambut gugur yang agak teruk. Ni x sampai seminggu kelumumur dah naik semula. Bahkan mcm lebih teruk. Apa patut saya buat huhu.

Adams said...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

cyra az said...

1 paket 400g tu berapa kali bole buat eh

Unknown said...

Sy nk tanya la lepas buat rebonding n xsmpai 48jam kalu dh cuci rambut tu..apa akan jadi ye..

Unknown said...

Rambut saya nipis ...x pe ke kalau saya rebonding guna berina crim 1 tu?

Unknown said...

Salam kenapa rambut bertukar warna keperangan selepas rebonding? Rambut rosak ke atau cuma natural je.

Unknown said...

Saya ada rebonding ranbut tapi amoi tu asyik marah saya dan buat dengan kasar. Dan dia tak neutralkan semula rambut saya. Cuma bubuh krim yg first tu dan iron pastu suruh saya balik. Hm. Mcm mana nk tahu rambut saya dh rosak?

Anonymous said...

Salam, sy Ada buat rebonding rambut husband sy, rambut asal dia beralun, selepas sy buat rambut dia jadi kasar Dan rosak bergigi lebih2 lg dihujung rambut, sy pakai ubat yg sama pd rambut sy jadi elok je, jadi macam Mana ye Sy nak elok Kan semula rambut husband sy, supaya lembut Dan xkasar.... Please tolong sy....�������� Boleh ke sy buat sekli lg....

Anonymous said...

kalau x guna iron boleh ke bang

Anonymous said...

aa

Anonymous said...

selepas rebonding 3 hari..kemudian kita mandi wajib kerana keluar air mani..adakah air mandian kita tu masuk smpai ke rambut?adakah sah mandi wajib kita tu?

Tolong beri penjelasan..saya keliru..