Thursday, January 19, 2012

yellow

kawan aku pernah pesan. kalau nak update blog, jangan baca blog orang lain. nanti apa yang kita tulis akan effect dari apa yang kita dah baca. betul. so true. sebab aku nak tulis pasal apa yang aku baca.
aku dah lama sangat tak membaca blog sambil santai-santai macam ni. selalunya kalau kat kedai memang semedang rushing sebab tengah keja kan, tak boleh nak layan perasaan sangat. beberapa entry sebelum ni sememangnya kedengaran aneh sebab aku dah lama tak update blog thru laptop, selalunya dari handphone. dan malam ni baru sempat tengok-tengok lagi blog-blog lain. aku baca dalam 2-3 macam tu je. sebab nak baca banyak.

ada satu blog ni. selalunya kalau aku rasa nak hilangkan serabut memang aku baca blog ni. memang tak panjang berjela entry dia tapi selalu buat aku ketawa, tak pun buat aku kerut kening haha. tapi tidak hari ini. the latest 2-3 entry dia, menggegarkan jiwa aku. dan berjaya menitiskan air mata aku. dia memang penulis yang baik. kerana setiap apa yang dia tuliskan selalu sampai ke hati aku. samada aku senyum, ketawa, dan kali ini menangis. semoga hidupnya sudah kembali stabil. mudah-mudahan.
membaca blog dia juga mengingatkan aku pada peristiwa beberapa minggu lepas.

hm. ni kisah beberapa minggu lepas. kisah tentang sahabat aku.

dia baru keguguran anak ke-2. usia kandungan less than 7weeks rasanya. but still, kehilangan anak jugak. perasaan itu tetap sama. dan aku dapat berita tu lewat 2hari, empunya diri yang sms aku direct.
aku taktahu kenapa, tapi setiap kali sahabat aku yang seorang ni dalam kesulitan, selalunya mesti aku ada kat luar perak. aku cuba beri kata semangat. tapi agaknya adat orang bersedih. perkara yang kecik jadi besar. emosi makin tak terkawal. aku nekad. MESTI jumpa! aku mesti bercakap secara berdepan dengan sahabat aku yang satu ini. aku tahu hatinya tak sekeras kata-katanya. aku taknak nanti dek kerana prasangka yang bukan-bukan, hubungan dengan suami jadi kacau.
so kami berjumpa. after months! aku cuba to be fair. aku tak letakkan diri aku di tempat dia, tidak juga di sebelah suami. tapi aku masih berkongsi rasa.
agak lama pertemuan kami. rasanya kedai tu dari penuh, dah jadi takde orang dan dah nak ramai balik. agak beremosi perbincangan kami. aku mahu dia tahu bahawa kita semua menanggung pelbagai rasa dengan cara berbeza. dan aku ingat ayat yang aku cakap pada dia,
"dear, ko ada aku ok. aku tak mintak cerita dalam kelambu ko, cukup setakat berkongsi apa yang ko rasa. selagi ko percaya aku, insyaAllah aku ada".
perkara simple as friendship nih, kalau betul gayanya..insyaAllah membawa ke syurga. aku mintak maaf dekat dia sebab aku lupa nak bertanya kabar sejak-sejak dia dah berdua apa lagi bertiga. aku pikir, dia dah cukup bahagia dan tak perlukan aku lagi.
alhamdulillah. salam peluk cium perpisahan kami diakhiri dengan senyuman.

dan aku teringat ada satu quote aku pernah terbaca.
'orang lelaki berkawan sampai lupa rumahtangga, orang perempuan berumahtangga sampai lupa kawan'
true? hehe. maybe yes, maybe not. DO NOT BE ONE OK!!


:: dinding bilik aku is yellow! ;p

1 comment:

eimah said...

wah....baravo dear...be a good listener....wah btoi ke rs'y btoi kot :p....pape pun aku tetap ingat kawan tp dh kawan suami n keluarga adalah keutamaan hehehehehehe