Dalam keadaan aku yang tidak berapa stabil 2 3 menjak ni, aku rasa sarat sungguh hidup harian aku. Ya, aku mengalami ting tong emosi lantas sistem dalaman tubuh badan pun tak berapa nak fungsi dengan baik. Cirit birit dan muntah-muntah datang menyerang dalam aku cuba untuk stabilkan diri. Kepala gelong a.k.a huyung hayang.
Isnin. Dapat berita abang sulung kemalangan motor. Pergelangan tangan patah. Fuh. Aku sendiri dah pernah rasa dislocated shoulder dulu-dulu, perit. Inikan pulak patah. Berbagai urusan kat perak tak mengizinkan aku dan mak untuk ke kl secepatnya. Ya, sekarang aku di subang jaya. Tadi tak sempat speed untuk sampai hospital sebelum pukul 10malam. Esok pagi aje pergi ke hospital. Dan tadi juga baru tahu yang tangan abang kena di'operate' lagi sebab bengkaknya tak surut-surut. Risau-risau kalau melibatkan saraf pulak.
Sedikit gusar.
Ya Allah, Kau permudahkanlah jalan-jalan kebaikan untuk kami dan tunjukkan kami jalan yang benar. Kawan-kawan, tolong ya doakan abang aku. Semoga abang kuat! Sayang abang!
Friday, January 13, 2012
ujian Allah
Published with Blogger-droid v2.0.2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kak ooi bawa bersabar..... kadang-kadang ujian Allah datang bertimpa-timpa. tapi pasti ada hikmahnya kan? sabar tau?
Post a Comment