Susunan hidup kita ni sangat cantik. Semua perkara dan benda berlaku just in time. Tidak cepat atau lambat walau sesaat. Begitulah bukti kuasa Allah. Dan aku. Juga. Sama. Kadang-kadang, Allah datangkan masalah orang lain pada kita untuk kita melihat dengan lebih luas setiap inci perkara yang ada ketika kita terlepas pandang.
Aku tersedar sendiri waktu sessi bersembang dengan seorang kawan. Aku menyentuh tentang 'percaya'. Percaya dan tahu itu berbeza. TAHU bahawa kiamat itu pasti dan PERCAYA adalah sangat-sangat berbeza impaknya! Kerana, bila kita hanya sekadar tahu..kita hanya mengangguk tanpa mengaitkan sesuatu itu dengan perkara lain.
Ok, mungkin deep sangat. Aku cerita pasal aku. Hakikatnya manusia, umat Islam, akan berkata percaya pada Allah. Tapi kenapa masih menyebut-nyebut 'kalaulah dulu' atau 'menyesalnya aku'. It is not right darling. Segala apa yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuanNya. Ya, perbuatan kita akan effect diri kita in future but please do not regret on what has happened. Sebab perasaan kesal yang akan menghantui diri nanti cuma akan memakan diri.
Thats why aku cakap tadi, tahu dan percaya itu berbeza. Bila aku hanya tahu yang setelah duka akan datang suka, aku akan stress sebab tertunggu-tunggu. Tapi bila aku percaya, tanpa aku sedar aku kurang stress dan segala perkara lebih mudah terurus dengan izinNya.
Dan jangan lupa, Allah mewajibkan kita berusaha!
Take care then dear!
No comments:
Post a Comment