Sunday, January 22, 2012

taman bunga larangan

Kawan aku kata(entah apasal la asyik kawan aku ja yang kata haha), orang dalam hati ada taman ni tak lapar. Kenyang je. Tapi, ikut mana pun semua orang kena makan right? Makan itu memberi tenaga. Dengan tenaga maka taman itu dapat dijaga sebaiknya.

Aku terfikir-fikir jugak,bunga larangan ni apa ye? Buah larangan aku tahu, ada di syurga. Agaknya mungkin bunga yang ada di dalam taman, tapi tak ada siapa diizinkan sentuh atau cuba-cuba nak dekat. Mungkin? Logik kah? Apakah jenisnya bunga yang macam tu? Mungkin sebab dia rasa dia bunga yang terbaik, so dia menjadi larangan kepada sesiapa? Atau, mungkin jugak sebenarnya dia tak mahu sesiapa tercedera kerana dia boleh menyebarkan racun kalau disentuh? Mulia sungguh si bunga larangan. Hehe.

Kenapa hendak difokuskan pada si bunga larangan? Dalam taman, ada banyak lagi tumbuhan lain. Kita cuma perlu explore lebih dari biasa supaya yang kita jumpa nanti bukan yang biasa-biasa. Cuma 'cikgu rumput' pernah pesan, jangan mencari kesempurnaan sebab kehendak kita tak pernah sempurna.


:: Jalan-jalan nak cari taman. ;p


Published with Blogger-droid v2.0.2

1 comment:

Anonymous said...

OMG. ko dah transformed. HAHAHAHA

andai aku bersuara merdu
dan bukan seorang tune deaf
pasti kan ku nyanyikan lagu
instead of this ;p