Thursday, January 26, 2012

mann

Tadi baru tahu.

Mann = kesedaran. Kalau subtitle tipu, aku tertipulah jawabnya.

Rasanya ramai kot yang terjiwang malam ni nengok cerita hindustan. Oh serius, kalau Mann memang aku takleh tolak. Dari sekolah, masa blaja, dan sekarang. Tengoklah berapa kali pun, memang bengkak mata! Ngehngeh.

Hm.

Tadi jugak. Aku ada sikit bual-bual dengan cousin aku yang nervous nak jadi menantu dan isteri orang. Entah macam mana, aku tersedar sendiri dari apa yang aku type kat dia. 'Sometimes we are too busy preparing for future until we forgot what we have in presence'. Lebih kurang begitulah gamaknya. Nak test-test cakap orang putih. Mungkin hakikatnya manusia begitu. Mengejar untuk perkara yang kita tak nampak pun bayangnya lagi. Dan dalam kita sibuk mengejar, apa yang ada ini mungkin tercicir, lari bertempiaran, diambil orang, menjadi lusuh, dan mungkin juga hilang terus! Bukanlah maksud aku 'jangan kejar impian', cuma aku cuba nak sampaikan 'present adalah precious', so janganlah diabaikan.

Aku bukan story pasal orang nak kawen saja, its general. Hm. Malas nak pikir contoh. Untuk orang yang nak berpikir, mereka faham.


Dan, aku sedar yang aku sangat mengantuk. Aku rindu CM. Wuhu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 25, 2012

matematik

Aku sangat cintakan matematik(walaupun banyak formula dah lupa hehe). Pasti. Tahap yang aku 'in love' dengan math ni sampai aku jadi seorang yang sangat disiplin hanya kerana math. Err, aku sangat 'lalang' ok tapi jadi seteguh Menara Kuala Lumpur hanya sebab math!

Last week aku borak dengan sorang customer merangkap member. Antara tajuknya adalah pasal aku yang macam lalang. Haha. Tapi ya, itu lah hakikatnya. Then aku cakap, thats why aku paling tak terer waktu kena buat sinopsis masa sekolah rendah yang tiap-tiap minggu tu kena baca buku dan tulis sinopsis! Aku tak pandai nak meringkaskan cerita. Pada aku..every single thing yang happened or yang ada dalam buku tu penting! Macam math, kalau tertinggal salah satu jalan keja alamatnye jawapan salah atau tak jumpa jawapan. Kan?

Best kan math? Ada formula, jalan kerja, dan jawapan tepat! But life cannot be like that lo. Allah je yang tau formula yang tepat!

Ok, mata dah terlelap berkali-kali dah ni.

Nanti-nanti nak story pasal Kos Melepas! Adios!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 24, 2012

leisure?

Aku selalu mendapat kritikan berbunyi begini,

"asyik seronok aja, cuba-cubalah menyimpan dan cari duit lagi.."

Simple tapi inilah ayat yang selalu bikin gua ketat kepala. Yes, gua tahu tak ada ke mana pun kalau gua nak penat-penat pikir semua. Cuma, pada detik dan ketika kritikan itu berlaku tu tetaplah juga kepala memberi respon spontan seperti 'menjadi ketat'! Entah tang mana yang orang asyik nampak gua tak serius. Entah macamana lagi untuk orang tak ingat aku ni kerja main-main? Terlalu santaikah? Atau mungkin silap aku bila dikatakan aku kerja 'suka-suka hati'. Ya, mungkin. Its my bad. Thank you.

Penatlah. I. Really. Truly. Am.


::Mungkin nak kena pakai heel ketak ketuk baru nampak serius eh? Ngehh.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 22, 2012

taman bunga larangan

Kawan aku kata(entah apasal la asyik kawan aku ja yang kata haha), orang dalam hati ada taman ni tak lapar. Kenyang je. Tapi, ikut mana pun semua orang kena makan right? Makan itu memberi tenaga. Dengan tenaga maka taman itu dapat dijaga sebaiknya.

Aku terfikir-fikir jugak,bunga larangan ni apa ye? Buah larangan aku tahu, ada di syurga. Agaknya mungkin bunga yang ada di dalam taman, tapi tak ada siapa diizinkan sentuh atau cuba-cuba nak dekat. Mungkin? Logik kah? Apakah jenisnya bunga yang macam tu? Mungkin sebab dia rasa dia bunga yang terbaik, so dia menjadi larangan kepada sesiapa? Atau, mungkin jugak sebenarnya dia tak mahu sesiapa tercedera kerana dia boleh menyebarkan racun kalau disentuh? Mulia sungguh si bunga larangan. Hehe.

Kenapa hendak difokuskan pada si bunga larangan? Dalam taman, ada banyak lagi tumbuhan lain. Kita cuma perlu explore lebih dari biasa supaya yang kita jumpa nanti bukan yang biasa-biasa. Cuma 'cikgu rumput' pernah pesan, jangan mencari kesempurnaan sebab kehendak kita tak pernah sempurna.


:: Jalan-jalan nak cari taman. ;p


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, January 21, 2012

antara tahu dan percaya

Susunan hidup kita ni sangat cantik. Semua perkara dan benda berlaku just in time. Tidak cepat atau lambat walau sesaat. Begitulah bukti kuasa Allah. Dan aku. Juga. Sama. Kadang-kadang, Allah datangkan masalah orang lain pada kita untuk kita melihat dengan lebih luas setiap inci perkara yang ada ketika kita terlepas pandang.

Aku tersedar sendiri waktu sessi bersembang dengan seorang kawan. Aku menyentuh tentang 'percaya'. Percaya dan tahu itu berbeza. TAHU bahawa kiamat itu pasti dan PERCAYA adalah sangat-sangat berbeza impaknya! Kerana, bila kita hanya sekadar tahu..kita hanya mengangguk tanpa mengaitkan sesuatu itu dengan perkara lain.

Ok, mungkin deep sangat. Aku cerita pasal aku. Hakikatnya manusia, umat Islam, akan berkata percaya pada Allah. Tapi kenapa masih menyebut-nyebut 'kalaulah dulu' atau 'menyesalnya aku'. It is not right darling. Segala apa yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuanNya. Ya, perbuatan kita akan effect diri kita in future but please do not regret on what has happened. Sebab perasaan kesal yang akan menghantui diri nanti cuma akan memakan diri.

Thats why aku cakap tadi, tahu dan percaya itu berbeza. Bila aku hanya tahu yang setelah duka akan datang suka, aku akan stress sebab tertunggu-tunggu. Tapi bila aku percaya, tanpa aku sedar aku kurang stress dan segala perkara lebih mudah terurus dengan izinNya.

Dan jangan lupa, Allah mewajibkan kita berusaha!


Take care then dear!


Published with Blogger-droid v2.0.2

kita yang mudah lupa

Tanpa kita sedar, simple words yang sepatutnya kita selalu-selalu bisik atau ucap atau pesan atau cukup sekadar sms ini sebenarnya memberi nilai kasih sayang yang besar.

Take care. Jaga diri. Apa kabar? Are you okay? Aku ada if you need me. Jangan lupa makan ubat ya? Bawak kereta elok-elok. Jangan balik lewat sangat. Rajin-rajin mengaji! Semoga mendapat bahagia dunia akhirat. Be strong. You can do it. Best of luck! Assalamualaikum. Nak makan apa hari ni? I love u, abang kakak adik. I am sorry. Jangan lupa solat!

Simple je kan kan? But big impact! Apa kata nanti try cakap kat orang yang paling last korang berkasar 'i am sorry' or 'saya minta maaf'?

Trust me, you won't regret!


Spread the love! Spread the love!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, January 19, 2012

yellow

kawan aku pernah pesan. kalau nak update blog, jangan baca blog orang lain. nanti apa yang kita tulis akan effect dari apa yang kita dah baca. betul. so true. sebab aku nak tulis pasal apa yang aku baca.
aku dah lama sangat tak membaca blog sambil santai-santai macam ni. selalunya kalau kat kedai memang semedang rushing sebab tengah keja kan, tak boleh nak layan perasaan sangat. beberapa entry sebelum ni sememangnya kedengaran aneh sebab aku dah lama tak update blog thru laptop, selalunya dari handphone. dan malam ni baru sempat tengok-tengok lagi blog-blog lain. aku baca dalam 2-3 macam tu je. sebab nak baca banyak.

ada satu blog ni. selalunya kalau aku rasa nak hilangkan serabut memang aku baca blog ni. memang tak panjang berjela entry dia tapi selalu buat aku ketawa, tak pun buat aku kerut kening haha. tapi tidak hari ini. the latest 2-3 entry dia, menggegarkan jiwa aku. dan berjaya menitiskan air mata aku. dia memang penulis yang baik. kerana setiap apa yang dia tuliskan selalu sampai ke hati aku. samada aku senyum, ketawa, dan kali ini menangis. semoga hidupnya sudah kembali stabil. mudah-mudahan.
membaca blog dia juga mengingatkan aku pada peristiwa beberapa minggu lepas.

hm. ni kisah beberapa minggu lepas. kisah tentang sahabat aku.

dia baru keguguran anak ke-2. usia kandungan less than 7weeks rasanya. but still, kehilangan anak jugak. perasaan itu tetap sama. dan aku dapat berita tu lewat 2hari, empunya diri yang sms aku direct.
aku taktahu kenapa, tapi setiap kali sahabat aku yang seorang ni dalam kesulitan, selalunya mesti aku ada kat luar perak. aku cuba beri kata semangat. tapi agaknya adat orang bersedih. perkara yang kecik jadi besar. emosi makin tak terkawal. aku nekad. MESTI jumpa! aku mesti bercakap secara berdepan dengan sahabat aku yang satu ini. aku tahu hatinya tak sekeras kata-katanya. aku taknak nanti dek kerana prasangka yang bukan-bukan, hubungan dengan suami jadi kacau.
so kami berjumpa. after months! aku cuba to be fair. aku tak letakkan diri aku di tempat dia, tidak juga di sebelah suami. tapi aku masih berkongsi rasa.
agak lama pertemuan kami. rasanya kedai tu dari penuh, dah jadi takde orang dan dah nak ramai balik. agak beremosi perbincangan kami. aku mahu dia tahu bahawa kita semua menanggung pelbagai rasa dengan cara berbeza. dan aku ingat ayat yang aku cakap pada dia,
"dear, ko ada aku ok. aku tak mintak cerita dalam kelambu ko, cukup setakat berkongsi apa yang ko rasa. selagi ko percaya aku, insyaAllah aku ada".
perkara simple as friendship nih, kalau betul gayanya..insyaAllah membawa ke syurga. aku mintak maaf dekat dia sebab aku lupa nak bertanya kabar sejak-sejak dia dah berdua apa lagi bertiga. aku pikir, dia dah cukup bahagia dan tak perlukan aku lagi.
alhamdulillah. salam peluk cium perpisahan kami diakhiri dengan senyuman.

dan aku teringat ada satu quote aku pernah terbaca.
'orang lelaki berkawan sampai lupa rumahtangga, orang perempuan berumahtangga sampai lupa kawan'
true? hehe. maybe yes, maybe not. DO NOT BE ONE OK!!


:: dinding bilik aku is yellow! ;p

parah

parah dah nih.
sebelum berdarah, baik patah balik.

yes. sure. confirm.


assalamualaikum!! ;p

begini

This is how it looks like! Kerja jgn tak kerja!


Ganbatte!


Published with Blogger-droid v2.0.2

bekerja

dah lama tak bawak keje balik rumah.
inilah bahananya bila bawak laptop bersama printer balik ke rumah, ya ke bilik!!
fuhh.

kanan aku sekarang ada kertas-kertas yang dah siap fotostat dan print bagai, termasuk document itu ini. belah kiri aku adalah printer bersama kertas yang udah diprint tadi.
hadapan aku ade deretan buku yang dah dibaca dan belum dibaca.
tapi tadi bila mengemas meja oldskool ni, memang aku dah tegur diri sendiri supaya BACA!! err haritu terjebak jugak beli novel Khadijah Hashim satu. hish!! stop buying books nurul!!!!

kat belakang aku, ada whiteboard yang entah taktahu nak gantung kat mana.
esok kerja. lusa kerja. weekend kerja.
hmm.
aku sangat sangat amat bangat memerlukan pembantu! tolongg!!
hidup aku sangat tidak terurus. aku kesian dengan kedai yang tak sempat diendahkan sepenuhnya. dan kerja-kerja lain yang aku sedang buat nih, sangat memberi aku satu feel yang bagus!

mungkin jugak aku kena pergi kaunseling.
tajuk : how to manage everything. hahaha..

ok done. merepek. buat kerja sambil bukak fb sambil jeling-jeling blog orang. wooo tiba-tiba ade bunyi meletup yang kuat kat luar. what happen???????????
accident atau orang menembak atau pokok tumbang??? na'uzubillah. terkejut jantung den.

okay. harap-harap, esok pagi dapat sambung kerja lagi.

thank you Allah for your love.

;D

Friday, January 13, 2012

ujian Allah

Dalam keadaan aku yang tidak berapa stabil 2 3 menjak ni, aku rasa sarat sungguh hidup harian aku. Ya, aku mengalami ting tong emosi lantas sistem dalaman tubuh badan pun tak berapa nak fungsi dengan baik. Cirit birit dan muntah-muntah datang menyerang dalam aku cuba untuk stabilkan diri. Kepala gelong a.k.a huyung hayang.

Isnin. Dapat berita abang sulung kemalangan motor. Pergelangan tangan patah. Fuh. Aku sendiri dah pernah rasa dislocated shoulder dulu-dulu, perit. Inikan pulak patah. Berbagai urusan kat perak tak mengizinkan aku dan mak untuk ke kl secepatnya. Ya, sekarang aku di subang jaya. Tadi tak sempat speed untuk sampai hospital sebelum pukul 10malam. Esok pagi aje pergi ke hospital. Dan tadi juga baru tahu yang tangan abang kena di'operate' lagi sebab bengkaknya tak surut-surut. Risau-risau kalau melibatkan saraf pulak.

Sedikit gusar.

Ya Allah, Kau permudahkanlah jalan-jalan kebaikan untuk kami dan tunjukkan kami jalan yang benar. Kawan-kawan, tolong ya doakan abang aku. Semoga abang kuat! Sayang abang!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 10, 2012

ready?

Whiteboard.

Marker pen.

Eraser.

Color papers.

Pasport? Hehe.

Go go power rangers!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 6, 2012

unstable

hate this.
serba serbi tidak stabil.
emosi, akal logik, susun atur hidup.

hadoi lah..

fuh fuhh...tarik nafassssss, dan lepas perlahan lahan.


:: i want to bake something!! uhh..