Seminggu aku seperti tidak berpijak di tanah. Sambil mencari apa yang hilang. Sambil berfikir kenapa tarikan graviti seakan melemah. Dan setiap kali aku menghentak dengan kuat supaya terasa kerasnya tanah, semakin aku mengapung di udara.
Sabtu yang penuh hikmah. Mungkin juga Allah sengaja memberi masa untuk aku merasa sebagaimana ada di angkasa. Graviti seakan makin pulih bila henfon berbunyi selepas Zohor. Jantung berdetak kencang, hati tak putus-putus memanjat syukur. Kaki mula merasa tanah. Usai Maghrib, bersaksikan Masjid Bota Kanan aku makin stabil memijak. Dan masih lagi jelas pesanan Ustaz Zahazan, 'apalah sangat dunia yang kita hidup tak sampai 100tahun dengan 1hari di sisi Allah nanti. Kalau 100tahun pun, di sana nanti hanya 2.4jam! Tak ada apa kesusahan yang kita dapat ni. Sebab, masuk sahaja ke syurga, kita lupa langsung semua susah yang kita pernah dapat di dunia! Kerana syurga itu terlalu indah!'
MasyaAllah, indah! Subhanallah. Allahuakbar!
Terima kasih Allah kerana datangkan Ustaz Zahazan yang sangat humble untuk membetulkan semula graviti aku yang kacau bilau. And again, apalah sangat dunia ni ya. Seharian aku cuba membetulkan letak pijak, dan melihat trek untuk aku berjalan, jogging dan berlari insyaAllah.
Terima kasih ya Allah. Dua anugerah hebat yang aku terima dalam satu hari. Alhamdulillah.
:: Semoga Allah panjangkan umur ilmuwan-ilmuwan yang true ini. They are the diamonds for muslims! Aminn.
No comments:
Post a Comment