aku pikir, dengan membaca tanpa henti akan memenuhkan kepala aku yang aku rasa tidak banyak isinya.
tapi detik ini, waktu ini, sekarang ini, aku terpaksa mengaku yang aku salah. ya, sekali lagi.
mata aku penat. kepala aku pula sendat.
tak boleh nak merenggang-renggangkan kepala, kata orang perak..'sengkak'.
dan tanpa aku perlu tunggu lama, aku klik 'new post'.
juga, tanpa aku tahu apa yang mahu aku tuliskan.
tanpa aku tahu apa yang mahu aku kongsikan.
terkulat-kulat memikir.
banyak yang hendak aku baca lagi di sini.
tapi mata aku dah warning-warning tak bagi menambah lagi barisan tulisan untuk 'dia' proses ke minda.
dan minda jugak dah bagi sign yang 'dia' juga perlu masa senggang.
baik, baik, mata dan kepala sila lepak-lepak dulu.
huhh. betul punya ni.
betul punye sendat sampai tak boleh nak keluarkan apa-apa dari kepala.
baiklah..take your time.
:: now nak cari apa-apa yang tidak berbentuk barisan tulisan. CHAYOK!!
No comments:
Post a Comment