Wednesday, November 28, 2012

Aku bukan

aku bukan Aisyah
aku bukan Siti Khadijah
aku bukan Maryam
aku bukan Siti Hajar
aku bukan Asiyah, isterinya Firaun
aku bukan Rabaatul Adawiyah
aku bukan Fatimah

lantas,
aku juga tidak sekuat mereka
dinding hati aku tipis bak buih
jiwa aku juga tidak kental mana
cuma yang aku terus mampu harap
aku mampu bertahan dengan hati buih dan jiwa rapuh ini
aku harap iman aku mampu mengapung buih
aku harap iman ini juga mampu menahan jiwa rapuh ini mereput
sikit sahaja.

tolonglah. bertahanlah.

tolong. aku rayu untuk kau tahan semuanya.
tolong ya.
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: