hakikat manusia yang berubah ni ada masanya pelik.
ya, pelik.
ada ketikanya aku selak-selak halaman lama hidup aku.
aku baca setiap huruf yang aku zahirkan. dan ada masanya juga aku senyum. dan senyum itu seolah-olah aku membaca kisah hidup orang lain. sedangkan 'orang lain' itu adalah aku. aku yang dahulu.
hebat rupanya macam mana hidup dan masa ini mengubah manusia.
aku cuba untuk kenal diri aku yang ini. yang kini.
yang sedang menaip ini.
dan mata aku berputar sekeliling. mencari perkataan yang sesuai. yang tepat.
tiada......tiada.
aku tak kenal lagi diri aku.
aku tak kenal lagi siapa yang aku bawa ini.
aku tak tahu siapa aku ini.
.
.
.
dan aku juga berhenti menaip. kerana aku tak tahu aku ni siapa sekarang.
aku cuba cari tapi tak jumpa. ini kah aku?
mana aku? mana? mana?
No comments:
Post a Comment