seminggu ni aku makin rasa bagus.
oh bukan 'macam bagus'. tapi bagus.
perasaan, bagus. kata-kata aku, bagus.
senyum aku, bagus. pendek kata, bagus bagus.
aku macam tak percaya yang aku alami huricane yang amat dahsyat sebelum ni.
perit rupanya bile Allah tarik nikmat 'bagus' ni.
dan yang menambahkan lagi rasa bagus aku adalah umur aku menginjak ke dua puluh lapan hari ini.
ya, today. 26 Disember.
dan ya, sama tarikh dengan tsunami.
(bertahun-tahun orang berkabung bila aku pulak gembira sendiri)
alhamdulillah. Allah kasi aku sampai umur 28.
aku harap berpanjangan sampai aku punya suami dan juga zuriat kelak.
amin. amin. amin.
dan pagi-pagi lagi aku dah dapat ucapan indah yang tidak aku jangka.
alhamdulillah. alhamdulillah.
dan hari ini juga, mengingatkan aku.
aku takkan pernah berseorang. itu pasti. dan aku yakin.
hari ini, aku mahu rasa bagus ini kekal dan bertambah baik lagi.
dan aku mula sedar, huricane yang jadi sebelum ini mungkin amaran.
amaran Dia untuk aku. terima kasih wahai Yang Maha Tahu.
dan aku dengan ini mahu siapa saja yang membaca yang aku tulis selama ini,
aku ucap terima kasih. walau siapa pun engkau, kamu, awak.
walau mungkin juga aku hanya ucap terima kasih pada diri sendiri je hahahaaha
terima kasih mereka yang buat aku bagus hari ni.
terima kasih juga mereka yang buat konsert melalui talifon hari ini.
terima kasih kepada yang memberi kata indah.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment