seminggu ini aku hilang punca
tok saudara yang rapat pulang ke rahmatullah
sakit badan tak boleh bangun
tergelincir bilik air
yang lebih sakit antara semua sakit,
mendengar dan melihat saudara di Palestin saban hari.
perit. sakit. pilu. marah.
aku malu dengan diri melihat cekal mereka
aku sayu melihat si dewasa berusaha melindung si cilik
dan runtuh jiwa raga melihat si kecil menjadi syahid!
dia syahid, mereka syahid
Allah, nikmatMu. hadiahMu.
dadaku sempit tiap mendapat berita dari sana
marahku meluap-luap.
nafas terasa kasar.
begini sekali agamaku dihina mereka.
begini sekali mereka hilangnya rasa mereka.
ini bukti nyata.
sampai bila-bila.
Allah dah warning dalam suratNya.
Allah, satukan hati-hati kami.
teguhkan iman kami.
kuatkan kami melawan mereka.
hilangkan sakitku ini.
aku mahu Israel hancur kerana cinta kami kepadaMu.
No comments:
Post a Comment