Sunday, November 18, 2012

joke?

aku rasa dah tiba masanya orang Melayu atau Malaysia atau siapa sahaja berhenti menjadi manusia yang suka make joke untuk perkara yang memalukan orang lain. langsung tak kelakar. apa lagi kalau yang buat 'joke' itu kononnya adalah idola budak-budak yang copy-paste apa yang dia lihat dan dengar.
hidup ini bukan sekadar ketawakan orang lain sahaja. come on la. berhentilah asyik nak buat lawak-tak-kelakar yang menyedihkan. anda akan kelihatan sangat menyedihkan. percayalah.

aku tak rasa that such thing macam 'eh, dah taubat ke?'
or 'relax-relax sudah..bukan mati esok'(sambil ketawa ramai-ramai)
or 'eh eh..rajinnya, esok entah la ni'
or 'sekarang pakai bangku, esok-esok entah pakai kerusi roda' huhhh????
ok..now dah ketara pulak tengah cerita pasal apa.

banyak lagi. aku bukan cakap pasal 'public figure' ini saja. aku maksudkan umum. even aku dan kawan-kawan. aku dan keluarga. aku dan masyarakat. semuanya. because aku juga pernah melalui stage itu. stage anyam-ketupat-ketawa. dan aku tak rasa itu joke lagi dah. mungkin faktor umur. atau mungkin aku makin fikir tentang perasaan orang lain. mungkin juga aku sedar yang 'what you give you get back'.

sedihlah. semua benda nak buat lawak. azan pun nak buat lawak? pakai kopiah tu lawak ke? jalan huyung hayang mabuk tu kelakar? bapak berlagak cool bila anak balik mabuk-mabuk itu cool???
hellooooo....that such things dah tak patut untuk dikomersilkan dah. stop. berhenti. tukar.
kanak-kanak yang membesar ni dok menonton dan absorb semua yang dilihat. esok-esok mereka jadi dewasa. esok-esok mereka yang menjaga kita. esok-esok mereka yang bakal mendoakan kita. 'mereka' yang bagaimana kita mahukan? mereka yang macam mereka tonton kah?

dan, perkara yang tak patut juga dibuat lawak adalah penyakit.
alzheimer. sawan. sindrom down. parkinson. tempang. penagih. HIV. macam-macam lagi.
tahu ke tidak yang sakit semua tu ada penghidapnya?
tahu ke tidak penghidapnya tu ada keluarga nya?
tahu ke tidak apa yang mereka semua lalui bila ada ahli keluarga yang sakit macam tu?
they did not! sebab kalau mereka tahu, they won't make joke untuk semua tu.
tolonglah. dah tiba masanya kita sebagai bangsa Melayu yang mengaku Islam ni naik taraf. naik taraf pemikiran. naik taraf perasaan. naik taraf empati. naik taraf membawa nama Islam.
aku sedang cuba menaik taraf. sebab aku pun sedar aku siapa.
aku sedar aku juga banyak lompongnya.

aku sedang didik diri aku untuk lebih berfikir positif pasal orang lain.
beri kata membina instead of menghina.
hulurkan tangan bila orang lain jatuh.
beri semangat bila dia lemah.
bantu bila nampak dia perlu.
sediakan telinga bila mereka mahu didengar.
'rapatkan saf'. kita bina semula semangat itu.

insyaAllah. yok kita!!

No comments: