Tuesday, April 24, 2012

minum petang?

Hehe.

Bersama?

Artis ipoh berbaju hitam putih.

Lalalalala..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, April 18, 2012

kalah?

Mengalah bukan bermakna kalah

Kalah juga bukan menunjuk kita lemah

Tapi ada ketika dalam hidup, kelihatan kalah dan lemah lebih baik

Sounds malas kan?


La illaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzhalimin.


:)


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, April 12, 2012

mata penat, kepala sendat

aku pikir, dengan membaca tanpa henti akan memenuhkan kepala aku yang aku rasa tidak banyak isinya.
tapi detik ini, waktu ini, sekarang ini, aku terpaksa mengaku yang aku salah. ya, sekali lagi.
mata aku penat. kepala aku pula sendat.
tak boleh nak merenggang-renggangkan kepala, kata orang perak..'sengkak'.
dan tanpa aku perlu tunggu lama, aku klik 'new post'.
juga, tanpa aku tahu apa yang mahu aku tuliskan.
tanpa aku tahu apa yang mahu aku kongsikan.
terkulat-kulat memikir.

banyak yang hendak aku baca lagi di sini.
tapi mata aku dah warning-warning tak bagi menambah lagi barisan tulisan untuk 'dia' proses ke minda.
dan minda jugak dah bagi sign yang 'dia' juga perlu masa senggang.
baik, baik, mata dan kepala sila lepak-lepak dulu.

huhh. betul punya ni.
betul punye sendat sampai tak boleh nak keluarkan apa-apa dari kepala.
baiklah..take your time.

:: now nak cari apa-apa yang tidak berbentuk barisan tulisan. CHAYOK!!

Friday, April 6, 2012

sama saja di mana-mana

tadi pukul 11a.m aku tersangkut depan tv.
channel yang ada depan mata aku adalah tv al-hijrah.
ada talkshow arab berbentuk dialog. 

membuatkan aku berfikir panjang. tentang berbagai persoalan. walau ceritanya hanya tentang satu tajuk.
subhanallah.

seorang sister bercakap tentang pengalaman.
betapa Allah sahaja yang berhak ke atas dia, kita.
dan kita seringkali gagal untul taat perintahNya.
dan kita seringkali juga konon mempertahankan benda yang dah tentu-tentu salah.
ibarat, kita berperang dengan perintah Allah.
ya, itu yang paling tepat katanya.
patutkah?
patutkah kita berperang dengan perintahNya?
kita ini siapa.
siapa kita ini?
siapa kita yang mahu berperang dengan perintah Allah??
siapa kita, HAMBA yang mahu berperang dengan perintah TUANNYA?
layakkah kita?
dan juga kata sister itu lagi,
di penghujungnya nanti,
setelah berperang,
akhirnya,
kita kibarkan bendera putih.
ya, kita surrender!
kita tak mampu!
kita kalah!!

dah tentu-tentu Allah itu pemilik kita,
di mana logik akalnya untuk kita menentang Allah?

okay, sister itu bagi lagi contoh.
kita ada pembantu rumah,
kita tuan, dia kuli.
kalau dia tak buat kerja macam yang kita suruh,
kalau bilik tak kemas macam yang kita nak,
kalau baju tak bersih dicuci,
kalau dapur tak susun elok,
apa reaksi kita?
marah! hukum! potong gaji!
silap-silap hari bulan tak bagi makan!
betul? ya, mungkin bukan semua.
tapi kita marah, kan?
mulut kita cot cet itu ini kan?
darah kita mendidih kan?
tapi kita lupa, kita tak memiliki pun dia yakni pembantu rumah tu.
kita hanya mengupah untuk perkhidmatan dia.

nampak tak sekarang?
ya, aku sangat nampak.
menitik air mata aku bila dengar segala yang sister tu lepaskan.

Allah tak pernah buang aku,
Allah tak pernah hukum aku seteruk apa dosa-dosa aku dulu,
Allah malah bagi aku peluang,
Allah membuka jalan untuk aku,
Allah hadiahkan aku hidayah yang manis sungguh!
Alhamdulillah.

aku pernah menjadi tentera di medan perang itu,
aku pernah konon mempertahankan benda yang karut!
aku pernah penat berperang,
aku pernah buat-buat ok tapi dalam hati aku dah berbisik suruh surrender,
aku pernah menidakkan perintah Allah!

dan aku mohon, semoga aku terus istiqamah.

'wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. mereka itulah orang-orang fasik.' al-Hasyr : 18 & 19.

:: tajuk dialog : hijab. negara arab juga ada masalah ni rupanya, dan dibincangkan dengan serius publicly.

Thursday, April 5, 2012

tertanya-tanya

Apakah pandangan orang luar bila disebut pendandan rambut atau hairstylist atau bekerja di hair salon?

Ke mana belia-belia yang sudah ditaja ribu-ribu oleh kerajaan dan macam-macam lagi agensi untuk belajar rambut ini menghilang?

Adakah yang akan belajar rambut ni hanya budak-budak tercicir, lemah akademik, tak suka matematik??

Work with passion, relevan lagi kan sekarang?


Fuh, rasa macam nak hire budak diploma je keja hair salon ni.

;p


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, April 4, 2012

makan sedapp

Masa nak pergi keja siang tadi, aku malas nak singgah petrol pump sebab lampu isyarat tengah hijau.

Balik keja, walaupun dah dekat-dekat pukul 10 aku kena jugak singgah sebab asyik keluar aje warning kuning gambar pam minyak kat tepi meter minyak. Fine, kena U-turn pun tak ape. Sampai je kat BHP, ada suasana pelik. Sunyi. Semua pump 95 ada plastik gantung. Apekah? Takpe, blagak cool. Nak pegi kaunter, tertera dengan indah RON 95 HABIS! Pergh. Memang takda turning-turning back dah sebab warning menyala-nyala dah 10km haha. Dalam rela yang terpaksa, '95 habis ye? Hm, 20'. Hahaha memang cukup-cukup makan je la kereta aku.

Start enjin, masuk gear, jalan, terus ke lampu isyarat Bota Kanan, U-turn. Oh ho, dah lama rupanya kereta aku tak makan sedap.


:: adakah benar instinct aku kata minyak naik lagi? Sebab, kalau betul-betul habis kenapa nak ikat bagai pam tu eh? Jeng jeng.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, April 2, 2012

apa lah sangat dunia ni

Seminggu aku seperti tidak berpijak di tanah. Sambil mencari apa yang hilang. Sambil berfikir kenapa tarikan graviti seakan melemah. Dan setiap kali aku menghentak dengan kuat supaya terasa kerasnya tanah, semakin aku mengapung di udara.

Sabtu yang penuh hikmah. Mungkin juga Allah sengaja memberi masa untuk aku merasa sebagaimana ada di angkasa. Graviti seakan makin pulih bila henfon berbunyi selepas Zohor. Jantung berdetak kencang, hati tak putus-putus memanjat syukur. Kaki mula merasa tanah. Usai Maghrib, bersaksikan Masjid Bota Kanan aku makin stabil memijak. Dan masih lagi jelas pesanan Ustaz Zahazan, 'apalah sangat dunia yang kita hidup tak sampai 100tahun dengan 1hari di sisi Allah nanti. Kalau 100tahun pun, di sana nanti hanya 2.4jam! Tak ada apa kesusahan yang kita dapat ni. Sebab, masuk sahaja ke syurga, kita lupa langsung semua susah yang kita pernah dapat di dunia! Kerana syurga itu terlalu indah!'

MasyaAllah, indah! Subhanallah. Allahuakbar!

Terima kasih Allah kerana datangkan Ustaz Zahazan yang sangat humble untuk membetulkan semula graviti aku yang kacau bilau. And again, apalah sangat dunia ni ya. Seharian aku cuba membetulkan letak pijak, dan melihat trek untuk aku berjalan, jogging dan berlari insyaAllah.

Terima kasih ya Allah. Dua anugerah hebat yang aku terima dalam satu hari. Alhamdulillah.


:: Semoga Allah panjangkan umur ilmuwan-ilmuwan yang true ini. They are the diamonds for muslims! Aminn.


Published with Blogger-droid v2.0.2