Saturday, March 3, 2012

MADIDster. News News!!

Assalamualaikum sahabat sekalian.
dah seminggu tahan perasaan excited nih. tadi secara officialnya, dah diberi kebenaran untuk aku menghebahkan kepada seluruh dunia tentang cerita cinta ini! wahhhh...konon nak saspen.

ok gerls(aku yakin takde budak laki MADID yang baca blog aku ni)

sahabat kita bakal menjadi isteri orang. siapa? jeng jeng jengg....cer teka cer teka...hahahhaa
ok tak kelakar.
aku dah tahu hal ni seminggu tapi tak boleh nak hebahkan sebab belum dapat tarikh tepat pernikahannya. semua info adalah seperti di bawah.

Nama Sahabat : Fatin Hakimah Mohd Arshad.
Nama Bakal Suaminya : Imad Azmi Abdellatif Mousa (bukan Imad kita tu ye hehe)
 
Tentatif Majlis


Tarikh: 17 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat: Masjid Kg. Expo, Kamunting
Masa: 7:30pm-10:30pm

7:30pm - Solat Maghrib berjemaah
7:50pm - Tazkirah Maghrib 
8:40pm - Solat Isya' berjemaah
9:15pm - Majlis akad bermula
9:45pm - Jamuan makan




ape macam? jantung ade bergegar?? hahaha. jantung aku dah bergegar seminggu lepas. fuhh. sambil teman cousin aku ourdoor photoshoot sambil aku mengawal perasaan terkejut, happy, excited, semua lah. ada apa-apa soalan? ok..aku jawab dulu soalan-soalan yang tengah berlegar dalam kepala kome.

siapa Imad? kawan masa dia belajar, tapi hanya serius bila that guy dah sambung belajar kat Australia. oh lagi satu. dia orang Jordan. huhu sila speaking ye hehe.
kenapa nikah mengejut macam ni? nih jawapan fatin;
Just to let u know and understand the situation, Imad sekarang kerja sambilan d Gold Coast. Lepas ni dia akan pindah ke area Brisbane, dekat dengan Uni Fatin belajar nanti. Jadi untuk memudahkan proses dia nak mohon extension visa dan dapat kerja, kami perlu ada ikatan yang sah untuk Imad nyatakan alasan menetap di Australia menemani pasangan. Sebab tu buat akad dulu. 

now dah faham? aku pun faham juge hehe. aku bagitau siap-siap sebab nanti takde lah fatin nak jawab satu-satu kang kan. 
oh ok..ada lagi satu. Fatin dah dapat tempat untuk sambung phD dia. Australia. aku tak sure nama uni nye. bulan 7 insyaAllah berangkat ke sana. majlis perkahwinan fatin akan dibuat sebelum bulan 7, tarikh belum dapat. dan..aku actually tak dapat hadir majlis nikah fatin. sedih. lagi satu sangat sedih sebab tak dapat make up fatin on her big day. nak buat macam mana kan.

kenapa tarikh ni?
sebab itu sahaja tarikh yang abang fatin boleh balik ke Semenanjung sebab cuti sekolah (dia duduk Sabah). dan Imad pun dah nak balik semula ke Australia on 25Mac. Imad juga banyak urusan nak disetelkan di Aussie sebelum isterinya menetap sama-sama nanti ye dak. huhu.

kawan-kawan..jangan lupa yang 17Mac jugak Sanah punya majlis di Bandar Baharu, Kedah. so boleh sambung ke rumah fatin ye kome. please...kepada yang boleh hadir, ambik gambar sebanyak yang boleh ye.

aku bahagia!! fatin..semoga berbahagia sampai ke syurga! love you much!!


:: berita di fb akan menyusul kemudian. kira ni exclusive untuk yang baca blog aku la eh.

;D

7 comments:

wa said...

so sweet!! Alhamdulillah.. mudah2an selamat semua.. insyaAllah ade rezeki kami dtg, tgk dulu ok

Anonymous said...

wah,mmg bergegar bumbung madid. tahniah buat tuan punya diri. mmg teringin nk memeriahkan majlis. tp tengeh sarat ni xtau cukup kegagahan ke tak. apepun, barakallahulakum!!

ruhinah malas nak login leceh

nurulfive said...

wa n ruhinah...
oh yeah..amin amin mudah mudahan segalanya berjalan seperti yang dirancang insyaAllah. ruhinah...lame nyeee idak berjumpe kamuuu

annaroziana said...

wah hebat jdoh kamu fatin...bleh buat novel ni......tahniah...smoga bahgia dunia akhirat......tringin nk tgok kamu kwin fatin......miss u....

mar said...

aku dah nampak point penting dlm entry ni ---> lepas ni bercuti ke negara kangaroo le kita ngehehe

nurulfive said...

muahahaha dah beberapa orang bercerita vacation ke sana weehuuuu....lalalallaa...
nak nak nak!!
fatin bz yer....jenguk blog aku pun tak sempat...sob sob

Anonymous said...

jeles aku ngn org keje jd bos ni. bebila masa boleh bercuti ke seberang laut.
wah otak penulis ko ye ana. novel dh bejaya terjual nanti jgn lupa kasik royalty ke watak utamanya. aku masih dok menunggu royalti dr cikgu adib ni