Tuesday, March 27, 2012
rasa malu
sehari = 6slot. padat habis. kena mengunyah dengan pantas. kena menulis dengan pantas. kena mendengar dan mencatit dengan laju. dan dalam masa yang sama, tekak aku jadi semakin haus. alhamdulillah.
aku pasti, orang lain yang sama-sama ada kat sana dapat perasaan yang berbeza-beza. aku juga. tak boleh tipu lah kalau kata semua yang kita dapat sepanjang konvensyen berlangsung adalah tentang betapa indahnya Islam, cantiknya wanita, dan perkara-perkara kebaikan. yes, semua orang pun tahu kan.
tapi yang paling aku terkesan adalah satu. satu ini. yang aku jarang-jarang dengar. kalau aku pernah dengar pun, tak cukup terkesan. dan disebabkan sehari ada enam slot, dan tanpa henti berkata tentang perkara ini menjadikan aku sangat terkesan. dan slot terakhir bersama Sis Amie Solehah, Irma Hasmie, Puan Farazila, Nora, dan Ust. Firus(Ustazah Pilihan) jugak bagi impact yang besar pada aku. penutup yang sangatttttt cantik.
aku malu kalau nak gelar diri da'ie. aku segan nak kata aku berdakwah. walau deep inside aku memang selalu berharap setiap perkara baik yang aku dapat dan aku share, akan orang lain rasa sama seperti yang aku rasa. cuma aku sentiasa rasa gusar setiap kali nak sampaikan kebaikan kepada orang lain.dan sekarang, setiap kali aku ada perasaan yang sama; segan atau malu atau tak berani, aku akan teringat peringatan yang dah aku sedut dan serap selama 2hari. aku mohon sangat semoga Allah tetapkan diri aku serta ingatan aku untuk aku ingat peringatan nih sampai aku mati. perkara yang SATU yang aku katakan adalah MALU.
simple sungguh bunyinya. malu. jangan silap eh, malu itu bukan hanya tersipu-sipu senyum sumbing. salah. malu itu takut untuk melalukan apa yang Allah larang. kalau aku malu, aku takkan buat yang Allah larang kerana juga aku sedar akibatnya lantas timbulkan rasa takut.
aku kenal diri aku sekarang dan dulu. dan aku malu. malu yang selalunya hanya pada dasarnya sahaja. dan aku lupa untuk serapkan malu aku ini jauh ke dalam. aku lupa untuk merasa malu yang sebenar-benarnya pada Allah. aku selalu katakan aku bukan stok-stok lembut-lembut malu-malu. betapa tidak malunya aku menafikan sifat malu yang sepatutnya ada pada setiap muslim. apatah lagi aku, wanita? ya, wanita.
aku selalu berfikir-fikir, kenapa dunia sekarang makin dahsyat. kenapa aku dulu begitu? kenapa Islam diambil separuh-separuh? kenapa kalau perkataan dakwah disebut, orang hanya bayangkan serban dan wanita berpurdah? dan yang sering sangat aku bualkan dengan mak aku, kenapa orang sekarang makin selfish?? dan sekarang aku begitu yakin pasti. ya, 100% pasti. kerana, manusia sudah hilang rasa malunya. kerana manusia tidak yakin Allah Maha Melihat, dan betapa malunya bila Allah melihat semua ini. Astaghfirullah. Subhanallah.
aku berkata untuk diri aku. kerana aku juga sangat nipis rasa malunya. kerana aku lupa apa yang perlu aku jawab di hadapan Allah. kalaulah nanti aku ditanya 'tidak malukah kamu ketika kamu membiarkan Islam dipandang rendah oleh orang Islam sendiri? tidak malukah kamu bila kamu mengaku Islam dan kamu tidak berjuang habis-habisan untuk mencantikkan Islam?'. apa aku nak jawab? apa kita nak jawab?
itu baru certa pasal malu. hanya pasal MALU je.
aku sendiri teringat, bila aku tengok-tengok dan ingat semula semua perkara. malu itu aku buang. konon mahu jadi wanita-masa-kini. salah rupanya aku. salah lagi. dan lagi. dan aku malu. aku malu bila diingat aku sengaja atau tak sengaja menyakitkan hati orang lain. aku boleh buat-buat macam tak sengaja, tapi Allah tahu. apa aku nak jawab? aku mesti mintak maaf. mungkin malu hanya sekejap di depan muka, setidaknya aku tidak susah mencari di padang mahsyar. mudah-mudahan.
ok. last week. hm. ini peringatan Allah untuk aku barangkali. kerana asyik berkata tentang syurga dan lupa tentang neraka. aku jerang air panas untuk dibuat mandi. menggelegak, tutup. aku tuangkan dalam bekas lain supaya senang nak bawak ke toilet. dan Allah datangkan peringatan. air panas terpercik sikit ke tangan. sikit sangat. sikit yang sebesar semut je rasanya. air yang betul-betul menggelegak. Allahuakbar. pedih. dan entah macam mana aku terus teringat neraka. aku terbayang macam mana nanti API neraka menjilat tubuh aku. aku taknak. betul, aku tak nak. walau sikit. aku tak mahu. aku jugak teringat satu kisah alim ulama. nama memang aku tak ingat, dan zaman bila pun aku tak ingat. yang mana seorang hamba Allah ni sentiasa membawa mancis(@lighter, aku tak ingat) dan beliau selalu letakkan api di jarinya supaya mengingatkan dia tentang azab neraka. tak ada sapa pun memilih untuk ke neraka kan? na'uzubillah.
betul, susah sebenarnya nak ajar diri buat benda yang elok. aku tak tipu, memang susah. tapi please lah ingat jugak, kesusahan tu Allah akan balas. bila? jangan persoalkan sebab itu janji Allah. dan aku yakin, bila aku letakkan rasa malu aku pada Allah untuk berhadap dengan segala kesusahan tu, aku mesti mampu. kita mesti mampu. pleaseee...aku rayu, kina pindahkan rasa malu sesama manusia tu pada Allah. aku sedang usaha. jom kita usaha!
secara umum, aku mohon ampun dan maaf kalau ada yang pernah hatinya aku guris. kalau ada yang pernah menyampah dengan laku aku. kalau ada yang pernah menangis kerana lidah aku. aku mohon maaf yang benar- benar maaf. dan kalau ada yang mahu aku mohon maafnya secara personal, tolong bagitahu aku. tolong. please. dan ini email aku nurul9@gmail.com
sebenarnya, lama dah aku pikir untuk aku share macam-macam benda elok kat sini. dan tiap kali tu aku rasa malu. malu dan takut kalau orang kata aku melebih-lebih. konon aku kata, ramai lagi blogger lain yang benar benar dakwah di blog diorang. konon aku kata, nanti diorang kata aku poyo. konon nanti orang pertikaikan aku yang tipis ilmu. tapi aku mohon doa pada Allah, supaya tetapkan iman aku sepanjang aku menulis entry ni. aku mohon jugak Allah tetapkan hati aku yang rasa malu kalau aku tak share dan ingatkan kawan-kawan aku. Alhamdulillah selesai entry ni.
:: 'kenapa nak malu dengan orang, dengan masyarakat, tuuu...besar lagi malu dengan Allah!!' Ustazah Firus. thank you so much ustazah yang sempoi!! ;D
Sunday, March 25, 2012
umur
Fenomena ni buat aku rasa tidak muda. Sebab aku tidak lagi ada rasa nak bergambar-gambar macam mereka yang ramai tu. Err, mungkin jugak sebab aku tak ada geng? Entah. Even semalam pun aku tak snap apa-apa, ada la sekeping gambar stage yang aku simpan dalam henpon.
Dan pengalaman semalam membuktikan juga yang aku tidak lagi muda, kerana berada di kelompok student U yang lebih excited bila tengok selebriti. Yes, that was me jugak dulu. Hehe. So sebenarnya it is just a process to blend with people kan. Dan doakan mereka benar haus ilmu dan di penghujung hari ni merasa lenjun dek ilmu yang ditimba. Amin.
Ok, this is another day for me! All the best nurul!
Wednesday, March 21, 2012
getar
getar, gigil, gementar?
dan tadi, ketika memandu aku benar sedar
aku benar kembali berpijak di tanah
aku terimbas memori 2minggu lepas
aku sedar betapa aku lupa menghirau perihal hati
dan bila semalam seseorang menulis tentang ini, jantung aku menjadi pantas degupnya
aku rindu apak
masa yang hampir 2tahun, terasa baru semalam
sembang-sembang apak, terasa terdengar di telinga
menyanyi sama-sama mengikut radio, terasa harmoninya di dalam kereta
meja makan meriahnya tidak lagi sama meriah seperti dulu
perjalanan ke Kuala Lumpur terasa seperti ke Johor Baharu
lucu yang dulu berkongsi sama, kini hanya pada aku.
dua minggu lepas,
aku bertemu dengan seseorang yang apak senang benar dengan karakternya
biar hanya sekejap berkenal, apak selalu sebut-sebut tentang dia
dan aku sendiri merasa senang dengan gadis itu
walau si gadis itu hanyalah sahabat kepada sepupu aku
dan pertemuan 2minggu lepas melenturkan sedikit hati aku
bila cerita-cerita lama dibuka
bila si gadis berkata 'takpe la kak..dia berada di tempat yang lebih baik'
dan entah macam mana dengan lancar, aku berkongsi saat aku bergelut dengan perasaan sendiri dua tahun lepas
saat aku berperang dengan hati yang tidak hilang-hilang sedihnya
saat aku mencari-cari makna redha
saat aku sedar benar yang apak hanya dipinjamkan oleh Allah untuk kami
juga tanpa sedar suara aku bergetar, air liur terasa pahit
dan si gadis menitis air matanya
dan seperti yang aku pernah kata pada aku,
aku mesti kuat demi semua
aku mesti kuat demi memastikan kami sekeluarga akan bertemu di Jannah
dunia ini medan perang
aku, kita mesti berjuang.
semua itu mengajar
Allah tidak henti mengajar
biarpun syllabus baru ini terasa pijar
namun di situlah cantiknya memori yang bakal terlakar
semoga aku sentiasa kuat untuk belajar
ilmu dunia Allah yang pantasnya tidak terkejar
aku masih memegang kata-kata kekuatan ini
'what doesnt kill you will make you stronger'
getar ini bukan gentar.
amin. amin. Ya Rabb. al-Fatihah.
janji
Hati yang tenang dan gembira memang tidak boleh dibeli.
Begitu juga perasaan aku kini.
Ini perasaan damai.
Semua yang sebelum ini, ujian. Ujian mengukur kekuatan kesabaran dan kepercayaan.
Janji Allah itu benar. Setiap doa aku didengari.
Terima kasih ya Allah!
Saturday, March 10, 2012
bulan yang tidak penuh
Nampak itu? Itu bulan yang tidak lagi penuh diapit oleh 2 awan yang bergerak.
Perasaan aku masih belum berubah dari semalam.
Menghadap laut china selatan, berteman bunyi ombak dan hembus angin yang bernyanyi di telinga.
Subhanallah..ini semua nikmatMu.
Dan jiwa aku yang letih ini seakan sembuh bila aku pandang ke atas.
Hadiah dari Allah, supaya aku selalu ingat Dia.
Walau aku mengembara beratus batu.
Aku takkan terlepas dari nikmatNya.
Alhamdulillah. Thank you Allah.
:: Merenung dia, si bulan. Dari balkoni Rumah Rehat di Kemaman.
Wednesday, March 7, 2012
cermin
Pada asasnya untuk melihat diri sendiri
Tapi apa yang dilihat bergantung pada mata yang mahu melihat
Cermin bukan hanya kaca
Kertas juga boleh menjadi cermin
Dan cermin kertas ini lebih jelas apa yang terlihat
Kepada yang mahu melihat.
Dan bukan saja-saja ia dapat dilihat.
once upon a time
When i was a teenager,
That always get so down,
And feeling lonely,
Then i cursed the world that so unfair to me
When i just cant pretend to be nice to everyone
Then i always hold to this say,
'Go to the mirror n look at yourself.'
And
I hate her.
The girl i saw inside the mirror.
I asked myself
To Smile.
As simple as SMILE.
Sunday, March 4, 2012
nikmat sementara
seorang sahabat yang duduk di sebelah bersuara
sambil bermain-main dengan tag-tag yang aku gantung kat back mirror,
'hmm. weh, ko tak sayang ke tinggalkan semua ni?'
aku pandang dia dan tag-tag yang aku tak heran pun akan luntur di makan panas kereta.
aku senyum, sambil teringat kenangan lama,
'tak.'
aku jawab pendek. ringkas. padat. noktah.
aku tahu, bukan mudah melepaskan perkara yang kita suka
tapi. tapinya juga tetap ada.
tapi macam yang aku dan kita tahu, yang kita suka tak semestinya yang terbaik untuk kita
true. so true.
dan untuk meletakkan noktah pada satu benda yang hati kita masih ada sedikit padanya, sukar.
dan ada tapinya juga.
tapi, aku kena teruskan. kerana aku yang meletakkan noktah.
kerana aku sudah meletak janji pada diri aku.
kerana aku takut nanti kalau-kalau Allah terlalu marah dan aku hilang arah.
kerana aku tahu yang aku manusia biasa, yang tidak tahu apa ceritanya esok.
dan dek kerana 'kerana' itu semua, aku buka langkah pertama yang menjadikan aku hari ini.
sekarang.
aku melihat semua 'kenangan aku' dan aku senyum juga.
senyum sedih. senyum pahit. senyum sakit.
benar, ada baiknya kadang-kadang kita jenguk-jenguk atau jeling-jeling pada kenangan.
setidaknya kita belajar menjadi seorang yang bersyukur.
setidaknya kita cuba berusaha menjadi seorang pemberi.
doa. mohon. tanpa henti.
untuk tidak hanya dapat yang sementara.
insyaAllah. amin.
Saturday, March 3, 2012
MADIDster. News News!!
dah seminggu tahan perasaan excited nih. tadi secara officialnya, dah diberi kebenaran untuk aku menghebahkan kepada seluruh dunia tentang cerita cinta ini! wahhhh...konon nak saspen.
ok gerls(aku yakin takde budak laki MADID yang baca blog aku ni)
sahabat kita bakal menjadi isteri orang. siapa? jeng jeng jengg....cer teka cer teka...hahahhaa
ok tak kelakar.
aku dah tahu hal ni seminggu tapi tak boleh nak hebahkan sebab belum dapat tarikh tepat pernikahannya. semua info adalah seperti di bawah.
Nama Sahabat : Fatin Hakimah Mohd Arshad.
Nama Bakal Suaminya : Imad Azmi Abdellatif Mousa (bukan Imad kita tu ye hehe)
Tentatif Majlis
Tempat: Masjid Kg. Expo, Kamunting
Masa: 7:30pm-10:30pm
7:30pm - Solat Maghrib berjemaah
7:50pm - Tazkirah Maghrib
8:40pm - Solat Isya' berjemaah
9:15pm - Majlis akad bermula
9:45pm - Jamuan makan
Thursday, March 1, 2012
Azura 2012 vs Ombak Rindu
Watched Azura kat Astro First.
Ombak Rindu pun sama, layan kat tv jugak.
Great!! Azura sangat best. Lain lah dari filem cinta tempatan yang pernah ada. Kalau nak banding dengan OR, memang aku lebih suka Azura. At least ada unsur humor. Idok le nanges sepanjang masa.
Neelofa ni smart jugak acting dia. Shahz a.k.a Shahrizal pun not bad, dapat-dapat tang kena tinggal dek Azura. Fuh. Okeh yang paling aku salute dalam ini cerita adalah watak si Wanda, which is aku tak tahu pun dia ni siapa. You did superb lah lady!
Apekehal tiba-tiba review filem. Aku cuma pelik kenapa filem ni tak laku. Pelakon semuaaa best. Mungkin awal sangat dorang promote sana sini, so orang dah boring tunggu. Mungkin.
Orang lain mungkin tak suka, tapi aku suka. Nak tengok ulang-ulang 2hari ni ngehngeh.
:: Version ni langsung tak ada kaitan dengan Azura Ogy ye..sila clearkan kepala anda. Selamat menonton di hari minggu!
Lalala..