Wednesday, November 28, 2012

Aku bukan

aku bukan Aisyah
aku bukan Siti Khadijah
aku bukan Maryam
aku bukan Siti Hajar
aku bukan Asiyah, isterinya Firaun
aku bukan Rabaatul Adawiyah
aku bukan Fatimah

lantas,
aku juga tidak sekuat mereka
dinding hati aku tipis bak buih
jiwa aku juga tidak kental mana
cuma yang aku terus mampu harap
aku mampu bertahan dengan hati buih dan jiwa rapuh ini
aku harap iman aku mampu mengapung buih
aku harap iman ini juga mampu menahan jiwa rapuh ini mereput
sikit sahaja.

tolonglah. bertahanlah.

tolong. aku rayu untuk kau tahan semuanya.
tolong ya.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, November 26, 2012

bernafas

nafas pendek-pendek
jantung perlahan atau dada sempit?
atau angin yang menghimpit?

nafas pendek-pendek
sesak rasa jiwa atau asid menerjah dada?
atau amaran nyawa?

nafas pendek-pendek
bernafaslah walau apa
alhamdulillah lah bila-bila masa

Thursday, November 22, 2012

Lantunan skuasy

hakikat skuasy ini pedih sebenarnya.
kau beri coklat kau dapat coklat
kau beri garam, kau dapat garam
kau beri gula, kau dapat gula

bukan kerana KAU itu aku, tapi KAU itu DIA
lantas aku yang mendapat cuka ini memberi cuka juga.
toksid.
menjadi peneutral itu tak mudah.
diam!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kalau

kalau benar duit punca manusia jadi biadap, hapuskan duit.
kalau benar darjat buat manusia hilang hormat, mansuhkan darjat.
kalau benar lidah puncanya hati pecah berderai, bekukan lidah.
kalau benar tangan boleh menyembuh duka, datangkan tangan.
kalau benar mata mampu zahirkan kasih, hadirkan dia.
kalau benar bisu boleh memulih rasa, tetaplah kau bisu di sini.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, November 21, 2012

Sakit

seminggu ini aku hilang punca
tok saudara yang rapat pulang ke rahmatullah
sakit badan tak boleh bangun
tergelincir bilik air
yang lebih sakit antara semua sakit,
mendengar dan melihat saudara di Palestin saban hari.

perit. sakit. pilu. marah.
aku malu dengan diri melihat cekal mereka
aku sayu melihat si dewasa berusaha melindung si cilik
dan runtuh jiwa raga melihat si kecil menjadi syahid!
dia syahid, mereka syahid
Allah, nikmatMu. hadiahMu.
dadaku sempit tiap mendapat berita dari sana
marahku meluap-luap.
nafas terasa kasar.
begini sekali agamaku dihina mereka.
begini sekali mereka hilangnya rasa mereka.
ini bukti nyata.
sampai bila-bila.
Allah dah warning dalam suratNya.

Allah, satukan hati-hati kami.
teguhkan iman kami.
kuatkan kami melawan mereka.
hilangkan sakitku ini.
aku mahu Israel hancur kerana cinta kami kepadaMu.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 20, 2012

Goku?

'eh adikk, kan cik ooi dah kata kita tak boleh tumbuk-tumbuk orang. kita boleh tumbuk angin je.'
'tapi goku tu boleh tumbuk orang.'
'goku? err. goku kan kartun'
'eh, adik kan kartun juge. nanti adik nak lawan dengan goku!' adoii!
'tapi nanti adik takda awan terbang, macam mana adik nak lawan. adik bukan kartun, adik kan manusia. kita semua manusia kan?'
diam. fikir. 'hm oklah, adik tumbuk angin ni hiyakkkk'
hahaha hadoilah.

explain Nurul..explain.
jangan marah-marah hokeh.
you can do it.
and you just did. congrat congrat.
;p

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, November 18, 2012

joke?

aku rasa dah tiba masanya orang Melayu atau Malaysia atau siapa sahaja berhenti menjadi manusia yang suka make joke untuk perkara yang memalukan orang lain. langsung tak kelakar. apa lagi kalau yang buat 'joke' itu kononnya adalah idola budak-budak yang copy-paste apa yang dia lihat dan dengar.
hidup ini bukan sekadar ketawakan orang lain sahaja. come on la. berhentilah asyik nak buat lawak-tak-kelakar yang menyedihkan. anda akan kelihatan sangat menyedihkan. percayalah.

aku tak rasa that such thing macam 'eh, dah taubat ke?'
or 'relax-relax sudah..bukan mati esok'(sambil ketawa ramai-ramai)
or 'eh eh..rajinnya, esok entah la ni'
or 'sekarang pakai bangku, esok-esok entah pakai kerusi roda' huhhh????
ok..now dah ketara pulak tengah cerita pasal apa.

banyak lagi. aku bukan cakap pasal 'public figure' ini saja. aku maksudkan umum. even aku dan kawan-kawan. aku dan keluarga. aku dan masyarakat. semuanya. because aku juga pernah melalui stage itu. stage anyam-ketupat-ketawa. dan aku tak rasa itu joke lagi dah. mungkin faktor umur. atau mungkin aku makin fikir tentang perasaan orang lain. mungkin juga aku sedar yang 'what you give you get back'.

sedihlah. semua benda nak buat lawak. azan pun nak buat lawak? pakai kopiah tu lawak ke? jalan huyung hayang mabuk tu kelakar? bapak berlagak cool bila anak balik mabuk-mabuk itu cool???
hellooooo....that such things dah tak patut untuk dikomersilkan dah. stop. berhenti. tukar.
kanak-kanak yang membesar ni dok menonton dan absorb semua yang dilihat. esok-esok mereka jadi dewasa. esok-esok mereka yang menjaga kita. esok-esok mereka yang bakal mendoakan kita. 'mereka' yang bagaimana kita mahukan? mereka yang macam mereka tonton kah?

dan, perkara yang tak patut juga dibuat lawak adalah penyakit.
alzheimer. sawan. sindrom down. parkinson. tempang. penagih. HIV. macam-macam lagi.
tahu ke tidak yang sakit semua tu ada penghidapnya?
tahu ke tidak penghidapnya tu ada keluarga nya?
tahu ke tidak apa yang mereka semua lalui bila ada ahli keluarga yang sakit macam tu?
they did not! sebab kalau mereka tahu, they won't make joke untuk semua tu.
tolonglah. dah tiba masanya kita sebagai bangsa Melayu yang mengaku Islam ni naik taraf. naik taraf pemikiran. naik taraf perasaan. naik taraf empati. naik taraf membawa nama Islam.
aku sedang cuba menaik taraf. sebab aku pun sedar aku siapa.
aku sedar aku juga banyak lompongnya.

aku sedang didik diri aku untuk lebih berfikir positif pasal orang lain.
beri kata membina instead of menghina.
hulurkan tangan bila orang lain jatuh.
beri semangat bila dia lemah.
bantu bila nampak dia perlu.
sediakan telinga bila mereka mahu didengar.
'rapatkan saf'. kita bina semula semangat itu.

insyaAllah. yok kita!!

Saturday, November 17, 2012

Aku dan mereka

aku duduk seorang
atas katil dalam bilik
berkipas, berbilik air
aku berumah, berdapur, berruang tamu lengkap
aku berbaju, berseluar, berkain
aku berselendang warna warni
aku berkasut dan bersandal
aku bekerja berdingin hawa
aku berkuasa pilih makan apa saja
aku bertalifon, aku berinternet
aku senang berketawa ria
aku tenang berseorang di bilik goyang kaki baca buku
aku bergoyang kepala pilih-pilih lagu apa

aku ada kotak kaca, dalamnya ada cerita-cerita
aku berhenti tenang
aku nampak mereka derita

mereka tiada apa aku ada
mereka tidak tenang diteman kipas
mereka tidak boleh pilih lagu apa-apa
mereka tidak ada masa untuk dibuang sambil goyang kaki
mereka sedia saja dengan bunyi peluru dan senjata
mereka di Gaza, aku di Malaysia
aku menitik air mata, mereka menitik darah menyabung nyawa
mereka jelas dan faham apa yang dipertahan
kita?

kita hantar senjata kita
kita bagitahu yang 'jangan kau hina Islam' pada si durjana
aku rasa ini penghinaan yang nyata
darah tertumpah kala kita masih gembira bertahun baru.
kita lawan. kita lawan.
hantar SENJATA.
hantar ramai-ramai.
doa. doa. doa. DOA.
DOA. DOA. DOA. DOA. DOA.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, November 13, 2012

pemangkin

detak detak mula ada dalam hidup
dung dang dig dug deng dang
alhamdulillah

kaki dah boleh mula hentak-hentak sambil duduk
kepala dah boleh angguk angguk
dah boleh buat gaya drummer
dah boleh sebut 'wooohoooo!' sambil geleng geleng kepala

masih juga cari rentak
tapi keadaannya seperti lancar

patutlah jantung kita ni macam durian detaknya
kalau lurus aja memang bermakna sudah mati
kalau tidak mati nadi, mungkin mati hati


Hujan, bernyanyilah terus!



Monday, November 12, 2012

roda roda roda

satu kenyataan yang mungkin indah, mungkin buruk
tentang ini, tentang hidup
orang sibuk kata 'hidup ni macam roda'

sedar atau tidak yang roda tu ada juga yang dah kena tampal?
dan ada juga yang kena paku yang angin dah keluar sikit-sikit?

tahu ke tak yang roda tu boleh gelong?
macam mana agaknya tengah giliran bahagian roda yang buruk?
yang buruk akan jadi semula? begitu?

aku benci kenyataan roda
kerana aku benci bila sisi buruk itu datang
bila nak pergi? bila?


roda, pusinglah dengan lebih kuat dan laju
tinggalkan si buruk
pergi, pergi!!

Monday, November 5, 2012

go straight, no belok-belok

aku kerap tanya pada diri, mana dianya aku yang dulu?
aku terkadang pelik sendiri, melihat diri yang tidak sama lagi.

aku terfikir jugak lagi, aku kini yang sebenarnya aku atau aku dulu yang sebenarnya aku?
atau,
aku yang tak sanggup terima kenyataan hidup yang sentiasa tidak sama.
tidak akan sama.

mungkin jugak perasaan aku sekarang ini pun akan berubah sekejap lagi.
atau,
mungkin aku jugak yang memilih untuk memberatkan fikiran dan perasaan sendiri.

tak apa.
tak mengapa.
semua akan baik-baik aja.

jangan susah-susah fikir yang tak ada hujungnya.
kau Nurul, berjalan saja. jangan berhenti.
berdoa juga, semua perjalanan kau nanti indah-indah aja.