Wednesday, October 27, 2010

hanya pantulan emosi

sebenarnya perasaan ini enak. enak amat.
ini perasaannya apabila satu perkara yg dulu aku rasakan mustahil, menjadi nyata.
dan lebih enak, bila aku merasa dahulu sebelum ia menjelma di nyata. hehe.
hati dan aku masih menjadi partner yg baik! good job!!


*****************

hari ini tanggal 27Oct2010.
tanggal ini, setahun yg lepas, masih bersama2 makan kek.
tahun ini, makanan di sana lebih enak pastinya.

happy birthday apak!

al-fatihah.



:: lagu Mantera Beradu sgt puitis! belum lagi paham 100%. sape phm?


;D

Tuesday, October 26, 2010

dlm hati ade angin sepoi2

kdg2 best jugak layan perasaan nih.
best jugak feeling2, touching2, instinct2.
konon la.
lepas tu layan pulak cd Agnes Monica.
mmg sgt mantap!!
ha lepas tu sampai kedai, online
bukak pulak fb...haaaaa!!!
baru kaw taww!!(nih feeling budak remaja punya spelling ni)
amekk!!
lalu, sengih jek lah yg boleh.
dan tak lupa, ucap Alhamdulillah.

Allah sgt baik. terima kasih Allah.


:: yg silam tu bukan semuanye kita kene kambus habis.


;p

mood : Ma Yan

ada satu perkara yg sepatutnya aku dh buat dan setel tapi aku tak buat lagi mahupun sepatah perkataan. so esok aku wajib buat.
malam nih aku kasi chan kat diri aku nk baca 'MaYan' dulu kehkeh.

payah sungguh lah kalau dtg sakit malas nih. haihh.


:: nenong nenongg...



;p

Saturday, October 23, 2010

mata panas, hati beku

aku tak sepatutnya berada di 'new post' kat www.blogger.com ini
aku sepatutnya dh tido.
aku sepatutnya menenangkan diri.
aku sepatutnya biarkan mata aku ini sejuk.
aku sepatutnya rehatkan kepala aku
aku sepatutnya dh tutup lampu bilik dan lena.
aku sepatutnya takyah peningkan kepala.

entah apa yg kacau perasaan
entah apa yg membilaukan jiwa
dan aku jugak kelu
dek kekusutan yg sedang berserabut ini
dek diri sendiri yg tidaklah kuat mana ini

apa saja yg ade dlm kepala dan hati aku
aku simpan saja
bukan mahu menjadi poyo-polos-mengada
cuma itu yg terbaik utk aku buat sekarang
meluahkan, melepaskan, menyuarakan
hm bukanlah jalan terbaik
payah sebenarnya bila bertarung dgn perasaan sendiri ni
aku tau ini bukan saja2 utk dtg pada aku
aku tau ada yg boleh aku lakukan
atau mungkin sekadar peringatan utk aku?
atau mungkin dugaan?
dugaan utk aku menjaga hati aku supaya tidak membezakan sorang dgn sorang yg lain?
hm
mungkin.

benar, aku pohon
aku pohon Allah tunjukkan aku jalan
aku pohon aku masih teguh
aku pohon aku terus diberi kekuatan
aku pohon hanya padaMu ya Allah.



:: terlalu byk cinta yg kudamba (siti is on the list!!)


;)

Thursday, October 21, 2010

berdua dan si 'ketiga'

semalam aku ade sessi bual2 dgn kawan aku.
bual2 kat ym aje lah.
then dia cite satu story kat aku, sekaligus tanye pandangan aku sebagai kawan yg dah lama kenal dia.

bekerja di tempat baru, kawan pun baru2, so amek masa nak join2 dgn org lain. nak jadi kan sebab, ade sorang hamba Allah nih aje yg slalu keluar makan tghari dgn dia. dan most of the time; berdua. dan. dia lelaki. dan. dia seorang suami yg berumur awal 30an.
ntah cemana..aku laju jek ckp 'jgn lah weh. ko bujang, dia suami org.'
dan aku tau dia paham. dan sbb dia paham lah dia tanye pendapat kawan kan. sbb dia tau ape yg dia buat tu tak betul. dia sendiri tak rasa selesa. ini mukadimah je. bukan lah entry nih aku nak storyyyy psl member aku nih jek.

aku penah dgr satu ayat yg common org2 bercakap;
'ala weh..kawan2 aje lah. bukan ade ape2. takkan lah aku nak buat mcm tu kat bini dia'
yes. mmg kita takkan buat.
dan pada awalnya..lelaki tu pun takkan lah ade niat nak men'curang' sama isteri kan.
tapi ade satu lagik yg takde nak pk mcm tuh. itu lah yg ke'tiga' itu. yg ketiga itu dah berjanji, dah ikrar sejak kena buang dari syurga dulu. yg dia akan buat apa saja utk musnahkan keturunan Adam. dan the best part is, kita selalu lupa pada yg ketiga nih.
kita rasa iman kita cukup kuat. kita rasa jiwa kita cukup mantap.
sedangkan Adam dan Hawa pun terpengaruh bila makan buah khuldi dulu.
okeh..aku tak cukup pandai sebenarnya kalau nak bukak cerita sirah nabi.

kalau tanya aku.
kita bukan taktau semua tuh. cuma kita kena lah pandai2 sendiri, mcmana nak mencegah sebelum berlaku. takkan lah nak guna ayat 'eh ntah2 takde pun jadi mcm tuh, so buat ape nak cegah.'
hehe kita tau ke masa depan? tak kan. so?
takkan tak reti lagi nak pikir.
ape lah sgt hilang sorang kawan yg ade risiko 'masalah hati perasaan' berbanding ko teruskan tapi hati ko tak senang, dan yg 'ketiga' itu menari girang.
bukan lah hilang terus.
boleh jek kawan. kawan biasa.
kawan yg angkat2 tgn bile tertembung dan tanye2 kabar.
kawan yg sekali sekala pegi makan sama2 ramai2.

sbb bagi aku
dah nama nya perempuan dan laki laki
tak ada istilah 'teman tapi mesra'
teman adelah teman
mesra adelah ehemm
so tiada in between.
sbb dulu, adelah dlm 8-10thn lepas
aku sgt percaya
dua jantina yg berbeza ini boleh jadi teman tapi mesra, aku sgt yakin.
tapi aku mmg salah. salah sgt. semuanya kerja yang 'ketiga' itu. baik cepat atau lambat, hati salah sorang mesti akan terpesong..mula mahukan yg lebih, mula ada rasa yg bukan2.
so? =)

aku penah dgr radio beberapa thn lepas
seorang ibu, call radio.
tajuk story aritu adelah psl 'kawan baik lain jantina'(rasanya la)
akak nih story. dia ditinggal oleh sang suami yg lebih rela memilih 'bestfren' berbanding si isteri dan 4org anak(kalau tak silap). so? hum.
yes, mungkin lah ade bende2 'dlm kelambu' yg kita taktau.
but still, mengaitkan org yg ketiga(ini org ok.)
sbb tuh pada aku, cuba2 lah kita mengelak menjadi org ketiga gara2 si 'ketiga' itu.


perihal kawan aku tuh.
mujur dia pun dah rasa tak selesa, walau mungkin si kawannya itu tak ade ape2 perasaan pun. tapi mujurlah dia pun ambil langkah 'mencegah' berbanding 'mengubati'.

aku tak kata aku cukup hebat atau baik.
ini cuma ape yg aku rasa, pandangan peribadi aku. dan jugak suara2 yg berkata2 dlm kepala otak aku bila aku pk psl hal2 mcm nih.

'ala..cool la weh. chill!!'
err...dan yes, aku tak 'cool'.
benda mcm nih takkan menonjolkan bahagian 'cool' aku.


:: so aku 'hot' ke?? nguahauhauaahauha!!

;p

Wednesday, October 20, 2010

parkinson. parent. client.

semalam, sorang pelanggan lama dtg bertandang kat kedai.
bawak si kecik potong rambut. ya, si kecik yg dulu aku rase kecik je tapi rupanya dh nak masuk darjah satu. fuh..lame dh tak jumpa cstmr aku ni.

membuka satu kisah.
kisah pasal PJJ marriage. aku mmg dh sedia maklum yg dia n husband adelah PJJ couple since last 7yrs. dan dia cerita lah yg betapa sebagai isteri, kita kene byk bersabar dgn dugaan nih. dan faktor yg memainkan peranan penting adelah TRUST. kesabaran selama beberapa tahun nih berbaloi, si suami dpt transfer dekat sikit..dlm perak jugak. but still...nak berulang tuh mmg bikin semput. bayangkan lah tiap2 pagi n ptg kene tempuh journey yg sejam setengah.

dan dlm aku bersembang dgn dia, aku teringat kisah mak aku.
mak aku penah ckp, kalau bukan sbb memahami konsep sebenar perkahwinan dan asa agama yg kuat, mmg takde sape boleh bertahan dgn perkahwinan nih.
perkahwinan yg mak aku maksudkan adelah perkahwinan mak dan arwah apak.
dan pada usia aku yg nak ke-26 nih, aku berfikir secara matang. ya, bukan mudah..org yg kita cinta, yg waktu bercinta kita membayangkan akan kahwin-punya anak-idup dgn happy-boley holiday dgn anak2 sana sini...tiba2 selepas dpt anak ke-4(yakni; aku), start sakit. dan waktu dpt anak ke-5(bongsu)..arwah dh sakit pun. dan kalau dihitung, arwah apak mula sakit mase umur 38thn!

dan benar..dlm memori yg aku ade, seingat aku mase kecik..takde pun kenangan waktu arwah masih sihat. kalau ada pun, sikit sgt. dan mak aku selalu ckp, mak aku kesian kat adik aku sbb dia mmg tak rasa langsung apa2. dia membesar dgn keadaan apak yg sakit. sekolah rendah lagi dh kena jaga apak kat rumah. kawan2 pegi main kat luar sampai lewat petang, dia pukul 6 dh kena ada kat rumah.
tapi alhamdulillah..mase dia kecik, mase apak still keje kat estet. dia lah yg selalu kene heret dek apak ke sana ke sini naik jip..dan dia lah yg paling expose bab2 estet.dan dia lah budak yg umur 5thn tapi makan roti canai 2keping! haha what a memory!! dan mungkin sbb exposure tu semua, dia sorang jek anak mak apak aku yg melekat genetik pertanian. dan aku tau, apak sgt bangga bila adik aku blaja pertanian..dia boley bersembang dgn adik psl pokok n hal2 pertanian. (and sure aku tak lupa muka adik yg terkulat2 bila apak tanye certain2 terms kat dia yg dia hanya ingat waktu nak exam sahaje! kehkeh amek kaw!)

banyak kenangan indah sebenarnya.

dan aku jugak berfikir.

kalau lah
4thn lepas aku tak decided to quit my job dan balik kg, entah ape jadinya kat aku sekarang. mungkin terperuk-seorang-menyesal-tak-sudah. betul kan..tak ada bende yg kebetulan kat dunia ni. semua nih Allah yg atur. cuma tinggal lagi, kita nak ikut atau tidak aturan yg Allah dh sediakan utk kita. dan itu lah sifat manusia, selalu tak pasti dgn apa yg dirasa. masih lagi terjeling2 dgn bisik demi bisik syaitan yang kononnya suara hati.
ya, aku tak menyesal. tak ade ape yg hendak aku sesalkan. biarlah sebesar mana pun lambaian2 dari kl, setinggi mana pun nota-nota RM yg memanggil..keluarga masih teguh di ranking pertama. belum pernah aku menyesal sbb tak dpt ke panggung saban minggu (kdg2 jek mengeluh sbb tertinggal movie best2 hehe). tapi menyesal..mmg tidak. dan aku jugak syukur. Allah tentukan aku utk berada di sini; parit..mungkin ini lah suratannya. Dia mahu aku kenal diri aku. Dia mahu aku isikan masa2 yg kosong ini utk aku gunakan ke arah yg lebih baik. utk aku kenal..cari diri aku. untuk aku mengenal dan menerima realiti hidup di dunia nih. alhamdulillah.

dan aku jugak banyak berfikir
terlalu byk yg mak dah lalui. dan aku tak kata yg apak tak lalui apa2. aku sendiri taktau ape yg apak rasa. aku tak boleh berkongsi sakit parkinson tu. aku cuma boleh merasa sikit2 tempias emosi yg apak rasa.
dan aku ingat, sgt ingat.
beberapa minggu sebelum apak dijemput Illahi, apak pernah ckp kat aku;

'you should read this' sambil apak tunjuk buku warna biru yg aku present kat apak utk Father's Day thn nih. buku yg aku bagi in-advanced sbb dh beli awal. dan aku mmg tak sangka, genap sebulan aku beli buku tu..apak pun 'pergi'-seminggu sebelum Father's Day.
aku angguk sambil sengih2 kat apak.
'then u will know how i feel' yes, aku ingat ini lah kata2 apak mase tu.
'hehe..then not me only lah kan. include the brothers lah kan' aku ckp sambil gelak2 kat apak.
'ye laa...' apak ketawa skali. hehe. rindu apak.

mmg byk kekurangan yg terasa bila apak takda. dan kami semua kekok waktu awal2 dulu. kurang seri rasanya meja makan bila apak takda nak cerita itu ini. rasa ruang depan tv tu hambar bila apak takda nak komen2 psl cerita tv atau berita atau apa. dan channel sports dah tak berbukak sekarang ni. chongwei kalahkan lindan aritu pun aku tau dr berita, tak tgk live sbb aku pun taktau ade game. dan sedar2 je, sukan komanwel dah habis pun.

tapi aku tau. kekurangan yg Allah kurniakan ni, byk yg ingin Allah sampaikan pada aku sekeluarga. apak dah tak sakit lagi. mudah2an apak bahagia kat sana. berpuluh thn apak tanggung sakit parkinson. so skrg, apak dh dibebaskan kesakitan dunianya. aku mohon, mudah2an ape yg aku lakukan kat dunia ni takkan memberi seksaan utk apak kat sana. aku tau, ape saje yg aku buat akan dpt kat apak sbb aku belum kahwin. aku sentiasa mohon petunjuk utk aku jadi seorang yg taat dan solehah utk keluarga dan agama, insyaAllah.

dan tanpa jugak aku sedar, aku dgn mak makin rapat.
makin senang berbicara hati ke hati.
dan aku pun dh kurang gaduh dgn mak(ngeeeee). yelah bukan gaduh yg mcm dlm tv tuh..gaduh stendet anak pompuan dgn mak kan. abg2 aku pun dgn adik aku nan satu itu pun, makin terserlah kualiti2 nye. aku tau apak bangga dgn kami semua. dan mudah mudahan kami terpelihara pada pandangan Allah.

mak. alhamdulillah mak ok..mak makin kuat.
mak dan aku, byk berkongsi pendapat. dan sejak2 aku mengawal rasa sedih aku dgn membaca, byk hal2 yg aku dah tahu. byk hal yg aku makin jelas. yg plg penting, byk perkara yg buat aku sedar. aku syukur, Allah beri aku kekuatan dlm aku perbaiki diri aku. tidaklah mudah mana bila dh namanya perbaiki. baiki, maknanya rosak. so bende yg rosak, ko nak repair mmg lah kene sabar, kuat, teguh, berani.
mak ckp, kalau mak tak kuat bila hadapi ujian Allah dulu masa apak start sakit..tatau lah ape jadi. tapi kita org Islam..asas agama yg ada nih la yg tinggal utk mak. ape yg penting adelah nanti hasilnya kat sana; ya. dan mak ckp jugak. kalau apak pun tak kuat, tak trust mak..semua nih pun takkan bertahan. betul kan. kdg2 nampak kat mak jek. mak sabar, teguh. tapi di pihak apak pun sama sebenarnya. bukan mudah nak meletak kepercayaan yg bukan sedikit utk pasangan kita. nak cerita semua mmg tak terlarat nk type.


dan bila aku cerita serba sikit kat cstmr aku td psl mak dan arwah apak, dia angguk. dia pun sama, aku tahu. kdg2 manusia nih, kita cume kene berkongsi sedikit rasa kita. supaya kita istiqamah dgn apa yg kita buat. supaya kita takde nak jeling2 lagi pada 'bisikan itu'. =)

perkahwinan itu bukan setakat ijab dan qabul antara seorang laki laki dan perempuan. tapi banyak lagi yg kita kena fhm.
bersedia yg selalu ditanya sebelum berkahwin tu, bukan sekadar bersedia bangun pagi buat sarapan-atau bersedia nak menimang cahaya mata. tetapi bersedia utk percaya, utk berjuang supaya perkahwinan itu nanti berjuang mengejar syurga Allah.



tak salah kalau kita hargai mak ayah kita.
tak salah kalau kita sms 'happy birthday ayah!' atau 'mak apa khabar?'.
sbb ucapan yg ringkas itu lah yg buat diorang bahagia. bahagia bila tahu yg si anak ada ingatan kepada dia.
dan tak salah juga kalau kita sms 'sorry' bila kita baru lepas ckp talifon dan kita terr'tinggi' suara kat mak ayah. (yelah..kdg2 nk ckp sorry dgn mulut, berat sgt rasa nya)
tak salah juga, kalau sekali sekala usik mengusik sesama suami isteri walau dah ada anak 5-6org.
tidak juga menjadi salah, sang suami cuba2 main masak2 bersama anak2 utk kejutan buat si isteri.

apak. mak. perkahwinan. keluarga.




:: banyak sebenarnya cabang membaca nih. baca komik pun kira baca gak kan?? ngeee



;p

Monday, October 18, 2010

story of a hairstylist

satu pasangan suami isteri melangkah masuk ke kedai aku
aku menyambut dgn senyum
ape lagi kalau bukan nak potong rambut

si isteri duduk kat station
aku pun tgk rambut dia
discuss punya discuss
ok deal..dh dpt nak buat ape.
sbb mmg jenis yg pegi salon 2thn sekali
panjang gilaaa ok

1st stage; wash : done
2nd stage; cut : done
3rd stage; blow : hehe nih yg nak cite nih
aku suke blowcurl kalau rambut yg panjang2 nih
slalunya bila masuk bab blow, mmg sang suami akan duduk diam2 kat waiting area..dh tak dok sebelah isteri dah
so agak2 dh half aku blow, suami selak langsir
agaknye pk ape bikin lame benor
tapi ternampak rambut sang isteri half, dh lain
then kejap2 selak langsir lagi
selak lagi-pandang lagi
dan seperti biasa; pandang lamaa
yes pandangan itu.


pandangan itu yg aku tunggu
pandangan itu yg selalunya buat hilang penat keje hari2
pandangan itu yg bikin aku syg sama kerja aku
pandangan; cantik isteri aku nih~

ok..bukan maksud aku, isteri dia tak cantik
maksud aku, kita boleh kelihatan lebih cantik dgn different haircut yg betul.
dan jugak
yg sering aku sebut2 kat customer2 aku
'bertudung pun kene jugak cantik2..'
sbb aku nak buang mindset 'benda dlm tudung, ape ade hal'
tapi jgn terkejut
ade customer aku
yg aku sendiri kagum cara dia menjaga rambut dia
dan dia sendiri bahagia sbb kelihatan cantik di rumah

hehe..tak penah rasenye cite psl keje

pendek cerita
tak kira lah bertudung atau tidak
rambut mesti bersih dan buat kita rasa cantik
err jgn lah letak baby oil kat rambut ye
baby oil utk baby, bkn utk rambut
butakan mata utk beli hair serum yg berbaloi utk rambut, yg harumannya buat kita nyenyak bila tido


err takleh type panjang lagi..kang aku membebel psl cara syampu, cara pakai conditoner, treatment, bla bla bla...

ops lupe
4th stage; finishing : ngeeee
sang suami berdiri sebelah aku
pandang cermin
dlm cermin ada aku, sang isteri, sang suami
sang suami kebiasaannya senyum-pandang isteri-angguk2(ape meaning eh?)
sang isteri a.k.a the customer slalunye sengih2 happy(sbb slalunye kalau org yg simpannn rambut mmg ade masalah nak potong rambut melebihi 3inci. kdg2 ade yg mintak seinci jek. err dan aku slalunye suggest dorang potong lebih 6inci kehkeh).
dan selesai aku letak serum n bukak cutting cape n towel
sang isteri pun telek2 depan cermin dan bersiap bertudung kembali


dan sang suami ke kaunter
aku? yes bukak bil.


dan begitu lah cerita seorang pendandan rambut.



:: rmbt paling panjang adelah paras lutut rasanya penah aku cantas. fuhhh..

oh ya..dan aku masih mencari pekerjaaaaaaaa!!!!!!!!


;p

Sunday, October 17, 2010

tentang dua jantina yg berbeza

benar atau tidak??


1. bila perempuan diberi harapan, dia akan kecewa habis bila harapan tuh sebenarnya hanyelah gurauan bodoh.
2. perempuan selalu bertindakbalas 'keras' or harsh kepada org yg penah buat dia kecewa.
3. perempuan nih senang je nak bertindakbalas seperti yg sepatutnya, tapi bila dgn the 'right person' lah.
4. perempuan sanggup jadi mcm lelaki dlm lagu 'kekasih yg tak dianggap' by kertas??? (scary weh)
5. lelaki akan lebih usaha keras kepada perempuan yg suka 'reject' dia, but in the end bila dh succeed dia taknak pun perempuan tu.
6. lelaki buat2 suci, tapi sebenarnye dia hanyalah sorok 'diri dia'.
7. perempuan bukan nak 'fahrin ahmad' or 'alif aziz' or 'rosham nor' or 'remy ishak' (cukup lah 3karaktor nih nak kasi cth kan). perempuan cuma nak 'lelaki yg utk dia'. yang boleh 'menjadi diri sendiri' dan membawa keluarga sama2 masuk syurga.

8. perempuan suka kecewa tanpa sebab.

9. lelaki suke kasi perempuan kecewa tanpa sbb jugak.

10. perempuan adelah manusia yg serius.
11. ape benar? kuiz ni aku jumpe dlm kepale aku.




:: mahu marah. ini benar2 amarah.


:|

Saturday, October 16, 2010

penyakit apa taktau

entah ape sindrom
bila bawak kete, rase nak post entry kat blog
bila tgh takleh online, membuak2 bende dlm kepala nk ditaip

dan arinih..start kuar umah pukul 10pg
sampai pukul 9mlm, ade kat laman umah
mcm2 bende nk letak kat blog

tapi skang
dan 2jam 27minit aku online
kepale jem
sendat
ketat
nenong


oh ada lagu baru pulak tgh layan ni..since 3minit lepas
kekasih yg tak dianggap by kertas


:: sedih betul lagu ni..ade ke kes mcm ni? ishh


;p