Ya, aku yakin semua yang sharing itu caring niatnya. Mungkin yang terlupa adalah loving. Siapa pun tak akan rasa 'loving' itu bila hanya sharing-sharing, dan yang terbaik adalah disindir lancang! Tidak ada yang terkesan. Yang terkesan hanyalah luka, pedih, sakit. Betul kata orang Melayu, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Cukup-cukuplah menjadi Melayu sejati. Cubalah menjadi yang berbakti. Kasih sayang itu bakti. Kalau mahu sharing, sharing lah dengan cinta di hati demi Dia.
Aku muak dengan quote ini, 'kenapa tak mahu bertudung? Tak takut dengan hukum Allah?'
What do we expect from 'them' when we ask this? Kita tahu jawapannya 'ya' atau 'takut', tapi betul-benarkah itu yang mereka rasa? Stop asking. Stop judging. Stop arguing. They just need love. They have to really understand that Allah's love exist, they just need to really understand THEN they will feel the sweet of Islam. Hidayah will come to they who seeking for it.
Ini masa lalu aku.
Ini rasa dulu aku.
Ini perit, parut silam aku.
Aku sekarang begini kerana cinta. Mereka. Semuanya. Ya, ada antara mereka yang aku maksudkan mesti tengah tersengih sekarang ini. Kerana cinta mereka yang tidak putus, kerana mata mereka yang tidak tajam ketika memandang aurat aku terdedah bebas. Walau aku tahu mata itu menyimpan harap, dan hati itu memanjat doa. Terima kasih. Allah kasihankan aku, Allah sayangkan aku. Lantas doa dan harap kalian menjadi hidayah untuk aku.
Terima kasih Allah.
Aku juga menyimpan harap. Supaya cinta aku sekuat cinta mereka. Supaya cinta aku juga boleh menjadi hidayah kepada mereka yang 'aku dulu'.
InsyaAllah.
Published with Blogger-droid v2.0.2
No comments:
Post a Comment