Thursday, June 7, 2012

seni

Ada seorang pernah berkata pada aku satu masa dulu,

'kita menjadi orang seni atau memahami seni kerana kita ada masa lalu yang kita simpan pendam. Kerana kesakitan masa lalu yang menjadikan kita stronger berbanding yang lain lantas menjadikan kita lebih matang.'

Mungkin. Kerana setahu aku, orang seni boleh saja terima apa pun jenis kata-kata atau unsur seni kerana itu semua berpaksikan seni itu sendiri. Tak ada yang salah, bukan? Kita semua punya masa silam yang berbeza, rasa yang tidak sama, dan akal fikir yang kita sendiri punya.

Yang pasti, seni ini anugerah Tuhan. Tidak kira akal fikir kita tidak serupa, parut hati juga lain copaknya, kita sewajibnya ucapkan syukur pada Dia!


Published with Blogger-droid v2.0.2

2 comments:

nusk said...

wah seni kah aku?

nurulfive said...

kehkeh. ko tuh dah memang sahih!