Saturday, June 30, 2012
mungkin ketidakseimbangan mental
2) meng'google' pulau pangkor. yang tidak lah jauh mana..tak lepas pun nak jama'. dan tadi siap dah call Puteri Bayu Pasir Bogak.
3) hmm..udah waktu untuk pulang.
4) Sekian.
ukur diri
Apa tanda ukurannya untuk katakan 'aku sudah dewasa'
Siapa pula yang menjadi tukang ukur? Aku? Dia? Awak? Engkau? Mereka?
Dan siapa pula yang layak mengatakan siapa yang layak?
Kalau hasil tidak seperti yang dijangka, belum dewasakah keputusan itu?
Sampai bila baru boleh menjadi dewasa? Matangkah si dewasa? Atau si matang itu belum cukup dewasa?
Aku seperti ingin kembali menjadi si belum baligh.
Tidak perlu memikir kesan selepas hasil. Tidak perlu mencari kata untuk menepis si kata bisa. Tidak perlu menggigil bila tangan berbuat dosa dunia. Tidak perlu berdiri setempat begini lagaknya seperti si tujuh belas pada pagi Isnin.
Penat mengapung begini.
Tangan kaki sudah hampir kejang. Kalau kejang agaknya ada yang datang menyelamat atau aku apung dihanyut ombak atau aku tenggelam ke dasar ya?
Friday, June 8, 2012
tudung
Ya, aku yakin semua yang sharing itu caring niatnya. Mungkin yang terlupa adalah loving. Siapa pun tak akan rasa 'loving' itu bila hanya sharing-sharing, dan yang terbaik adalah disindir lancang! Tidak ada yang terkesan. Yang terkesan hanyalah luka, pedih, sakit. Betul kata orang Melayu, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Cukup-cukuplah menjadi Melayu sejati. Cubalah menjadi yang berbakti. Kasih sayang itu bakti. Kalau mahu sharing, sharing lah dengan cinta di hati demi Dia.
Aku muak dengan quote ini, 'kenapa tak mahu bertudung? Tak takut dengan hukum Allah?'
What do we expect from 'them' when we ask this? Kita tahu jawapannya 'ya' atau 'takut', tapi betul-benarkah itu yang mereka rasa? Stop asking. Stop judging. Stop arguing. They just need love. They have to really understand that Allah's love exist, they just need to really understand THEN they will feel the sweet of Islam. Hidayah will come to they who seeking for it.
Ini masa lalu aku.
Ini rasa dulu aku.
Ini perit, parut silam aku.
Aku sekarang begini kerana cinta. Mereka. Semuanya. Ya, ada antara mereka yang aku maksudkan mesti tengah tersengih sekarang ini. Kerana cinta mereka yang tidak putus, kerana mata mereka yang tidak tajam ketika memandang aurat aku terdedah bebas. Walau aku tahu mata itu menyimpan harap, dan hati itu memanjat doa. Terima kasih. Allah kasihankan aku, Allah sayangkan aku. Lantas doa dan harap kalian menjadi hidayah untuk aku.
Terima kasih Allah.
Aku juga menyimpan harap. Supaya cinta aku sekuat cinta mereka. Supaya cinta aku juga boleh menjadi hidayah kepada mereka yang 'aku dulu'.
InsyaAllah.
Thursday, June 7, 2012
seni
Ada seorang pernah berkata pada aku satu masa dulu,
'kita menjadi orang seni atau memahami seni kerana kita ada masa lalu yang kita simpan pendam. Kerana kesakitan masa lalu yang menjadikan kita stronger berbanding yang lain lantas menjadikan kita lebih matang.'
Mungkin. Kerana setahu aku, orang seni boleh saja terima apa pun jenis kata-kata atau unsur seni kerana itu semua berpaksikan seni itu sendiri. Tak ada yang salah, bukan? Kita semua punya masa silam yang berbeza, rasa yang tidak sama, dan akal fikir yang kita sendiri punya.
Yang pasti, seni ini anugerah Tuhan. Tidak kira akal fikir kita tidak serupa, parut hati juga lain copaknya, kita sewajibnya ucapkan syukur pada Dia!