Tuesday, February 14, 2012

parut

parut selalunya dapat daripada luka
mungkin jugak bukan luka, tapi sekadar calar
dan calar yang berkesan dapat meninggalkan parut
tahniah untuk pembuat calar

untuk menutup parut, mungkin boleh diletak foundation atau concealer
tapi masih, tidak dapat menipu diri sendiri yang empunya parut

mungkin ada yang malu dengan parut
ada juga yang tak kisah langsung parut yang terdedah
dan adakah dua situasi ini boleh menjadi kayu ukur hati mereka?

sebenarnya, cantik sungguh ciptaan Allah.
ya, parut ini juga ciptaan Dia.
kerana dia memberi ingatan kepada kita yang tak mampu kita buang-buang
bila terpandang parut, kita akan mula beringat akan 'warning' Allah

kata buku, La Tahzan
kata orang, Jangan Bersedih
kata aku, Alhamdulillah.

1 comment:

Rin said...

tu la.. aku pun ada parut baru lepas kena chicken pox.parut tu elok aje terletak kat bawah mata.dari jauh nampak macam taik lalat. So, parut baru tu buat aku perasaan macam neelofa laa.hahaha!