Tuesday, February 28, 2012

pelbagai bagai

1. Happy for maksu, she's married!

2. KM434-435 arah utara dari kuala lumpur, theres something catch my eyes! Alhamdulillah. Its a good reminder for us.

3. Hari ni dapat snap super cool sunset walau hanya di atas jalanan.

4. I just cant chase the time. It flies so fast. Help me Allah, make everything easier for me.

5. Tolong. Tolong. Please. Doakan pakcik aku, Cik Majid cepat sembuh. Doakan ye please.

6. Hlovate kata, to live well or live hell. I choose. Rooftop Rant.

7. Penyakit tiap kali lepas baca any Hlovate's story dah datang. Hm. Hm. Nak menikah. Muahahaha.

8. Belum terlambat menambah target untuk 2012, serius mencari suami! InsyaAllah. Amin.


;D


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, February 20, 2012

sampah malam ini

Hati aku mungkin retak sikit

Tapi telinga aku mendengar dengan jelas

Lantas tersimpan baik dalam memori ini

Sampah pertama untuk tahun ini


Aku pernah nekad untuk tak mahu benarkan kau sampah untuk ada dalam kenangan aku

Tapi belum sampai tengah tahun, dah ada sampah pertama

Dan aku masih benci kerana engkau adalah yang aku benci yang aku panggil sampah

Seharusnya aku belajar untuk jadi recycle machine

Supaya kau sampah, boleh aku putar menjadi sesuatu yang berguna

Dan aku masih punya iman

Aku tahu Allah datangkan kau sebagai sampah aku untuk aku fikirkan di mana baiknya sampah


Aku marah

Sebab sampah ini buat semak dalam hidup aku

Aku tak mahu menangis lagi


Nyah lah sampah!!


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, February 14, 2012

parut

parut selalunya dapat daripada luka
mungkin jugak bukan luka, tapi sekadar calar
dan calar yang berkesan dapat meninggalkan parut
tahniah untuk pembuat calar

untuk menutup parut, mungkin boleh diletak foundation atau concealer
tapi masih, tidak dapat menipu diri sendiri yang empunya parut

mungkin ada yang malu dengan parut
ada juga yang tak kisah langsung parut yang terdedah
dan adakah dua situasi ini boleh menjadi kayu ukur hati mereka?

sebenarnya, cantik sungguh ciptaan Allah.
ya, parut ini juga ciptaan Dia.
kerana dia memberi ingatan kepada kita yang tak mampu kita buang-buang
bila terpandang parut, kita akan mula beringat akan 'warning' Allah

kata buku, La Tahzan
kata orang, Jangan Bersedih
kata aku, Alhamdulillah.

Tuesday, February 7, 2012

hijrah??

dari jumaat malam, aku kat bangi. rumah abg ajid. bukan saja-saja. ada urusannya.
nak jadikan cerita, kali ni agak fun.
mak cuba pegi surau setiap waktu. dan she seems so happy sebab boleh pegi surau jalan kaki aje.

tadi, abang ajid dan kak ipar buat lawak.
'ooi, adakah Nurul Salon akan berpindah ke Bangi?'
aku, pelik. apekah?
'mak dah seronok pegi surau tiap waktu nih'
ngehhhhhhh.

dan aku mula teringat dulu-dulu aku pernah cakap-cakap dengan diri sendiri.
kalau aku tak happy dengan tempat yang aku berada sekarang, aku ingat nak hijrah. mungkinkah berlaku?
mungkin. bila? wallahu'alam. aku mohon yang terbaik sahaja dariNya.

lokasi Bandar Baru Bangi nih memang menyentap perasaan! ;p

Saturday, February 4, 2012

di sini

Aku di sini

Bersama mereka yang ramai


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, February 3, 2012

nama dia manusia

nama dia manusia,
haus perhatian
juga dari manusia
dan manusia juga tahu
yang mereka tak patut begitu
ya, aku manusia.

hakikatnya manusia yang punya rasa
kecewa bila tidak mendapat pandang mata
dan mencuba lagi mendapat puja
apa ada pada nama, kata mereka
tidakkah puja itu membawa duka?

dan kerana itu manusia butuh tenang
sebab tenang buat manusia  terkenang-kenang
tentang silam, juga yang mendatang
dan ingatkan kembali pada Yang Maha Penyayang

Wednesday, February 1, 2012

on the way nak stres.

aku tengah confuse, taktau nak stres ke tidak.
dari tengahari tadi aku takleh bukak fb. ok lah, aku takda hal sebab boley bukak blog dan baca-baca. then aku pulak busy sebab ada customer. so lagilah ok, tak lah rasa pelik sangat.

kejap tadi ni, aku try lagik bukak fb and still. kawan aku kata, dia ok. so mungkin problem line.
ok lah..aku abaikan fb. aku nak menyambung kerja-kerja yang tertangguh kat dalam email. gmail. tak boleh bukak!!!!!!!!! apekahhhh????!!
aku try 'new post' kat blogger.com nih, boleh pulak. boleh ke problem line nih pilih-pilih nak mem'problem'kan ape dan ape?? aku nak bengang dekat celcom, tapi tadi aku tumpang wifi kedai kawan aku pun sama jugak. dan aku saspen, takkan problem laptop?? huihh tolonggggg lahhh jangannnnnn!!

lagii..dari semalam line henpon aku macam chipsmore. maxis. sekarang ada tanda 'x' kat bar line aku ni. henpon aku takde line!! ................................. aku tak nak pikir, tak nak, tak nak!

ok ok..aku baru perasan aku boleh tengok Gemersik Kalbu, postpone kalau nak stres-stres ni.

kurang atau lebih bijaknya?

Okeh. Nampak tak apa yang aku nak tunjuk dalam gambar ni? Gambar pokok yang ditumbangkan! Yang terbaring belah kanan bawah tu. Daun-daunnya dah start kering.

Apa kaitan? Okeh, sebagai pemandu harian laluan Bota-Seri Iskandar, pastinya aku dah hafal setiap lubang, selekoh, jalan tak rata, DAN tempat speed trap! Dan untuk pengetahuan anda, tempat berteduh brader berkamera canggih sudah ditumbangkan oleh entah siapa.

This is not the first time ye. Sebelum ni dah dua tempat yang juga dimusnahkan oleh si entahsiapa ni.

Aku tak faham, apa sebab yang dia rajin mencantas pokok-pokok tu. Yang aku palinggg kagum, dia siap boleh matikan pokok sawit! Serius aku taktahu macam mana dia buat. Kesian tuan punya sawit. Ok, mungkin dia bengang sebab kena saman tiap-tiap bulan. Tapiiii apekehal yang dibuatnya semua tu. Bukan ke lebih mudah bila kita dah tahu sarangnya? Kita akan ready. Sekarang???

Fuh, aku kena perati elok-elok di manakah sarang yang baru. Haih marah!


:: Err tadi pegi hospital dengan mak. Dan ambik ubat kat farmasi. Dan hati berkembang harum dan riang. Seharum Versace Bright Crystal..

;p


Published with Blogger-droid v2.0.2