Wednesday, November 24, 2010

perkahwinan itu bukan rasa gula aje.

menerima sms yg bukan kali pertama dari teman rapat yg belum sampai setahun menjadi isteri adelah satu perkara yg bukanlah enak.
saban kali aku terima sms dari dia tentang betapa stress, tertekan, makan hati dan mcm2 lagi. aku cuba beri kata2 positif sbb aku taknak kawan aku nih buat perkara2 yg entah hapa2. maklum lah org tgh bawak budak nih..org2 kata, emo terlebih. so aku cuba yg terbaik supaya aku tak mengeruhkan lagi keadaan. mmg sampai bila pun aku takkan phm situasi dia sbb aku taktau ape itu rasanya 'perkahwinan'. dan aku pun tak jugak tahu mcmana pulak belah si suami.

sebelum nih aku selalu reply sms dia, aku suruh dia sejukkan hati, bersabar, istighfar, kukuhkan tembok hati dan ntah mcm2 lagi lah...ape saje asalkan bukan aku suruh dia blah dari umah dia. tapi sms dia pagi tadi..ringkas. singkat. tapi aku dpt bayangkan betapa dia menahan beban hati. mmg kalau boleh aku nak ada kat sebelah dia bila2 masa dia nak..yg mana mmg takkan boleh utk aku buat. dan aku balas juga ringkas. 'ko mesti kuat. aku syg ko!'
aku betul2 harap dia tau yg deep inside mmg aku sgt mahu ingin dia menjadi kuat. demi diri dia. demi anak yg dlm proses dibentuk dlm rahim. demi perkahwinan itu.

mungkin ini juga pengajaran utk aku, pelajaran utk aku menjadi seorang sahabat dan teman. juga menjadi panduan utk aku kelak. panduan dlm aku meneliti hidup. panduan dlm aku menyusuri titi kehidupan. insyaAllah.

bukan semudah ABC utk aku bersembang gebang psl perkahwinan.
setakat melihat, mendengar, membaca..itu bukanlah apa2 pengalaman utk aku. aku hanya memandang dari luar. aku hanya penonton. aku hanya rasa yg tempiasnya sahaja. paling kuat pun aku hanya boleh berkongsi air mata, bersedu-sedan bersama. dan ya, aku mmg bahagia bila lihat sisi hidup bahagia mereka. mungkin aku ini tidak berapa diingat bila sisi bahagia itu yg sdg 'on air'. tapi itu lumrah. dan tidak aku kecik hati sikit pun. sbb hubungan itu adalah hubungan yg diredhai Allah. kalau yg couple2 selalu lupa kawan..ya, mmg selalu aku sentap hehe.

apa agaknya rasanya 'perkahwinan' tuh eh?
kehkeh dh mcm soalan SPM. ngekk.



:: aku bahagia juga melihat mereka yg menyambung meneruskan hidup
(eh bestnye senyum camnih!!!! hoho)


;p

Monday, November 22, 2010

jangan putus harap

org kata,
kadang kadang
sinar itu dtg bila harapan kita sudah hampir habis
dah jadi kabus pun
mujur angin yg dtg tuh tak sapu habis kabus yg ada

tapi
itu lah yg kita katakan takdir
takkan ke mana
walaupun hanya tinggal kabus
walaupun sudah tenggelam ke dasar sungai
mana mungkin kita tahu nanti ianya bakal dtg semula
mungkin timbul semula dan..dan..apa aja boleh jadi kan?

ini minggu ke-2 episod jadi superwoman
ya..mmg letih.
tapi bahagia. ngeee..

empat hari berada di bumi kelantan
benar benar aku rasa gembira
mmg aku tak ada ape2 bayangan psl kelantan
sbb yg aku tgk di tv, semuanya susahhh
ibaratnya mcm kelantan tuh negeri mundur yg takde pembangunan
dan kali terakhir aku ke kelantan adelah pada tahun 1996 atau 1995
mmg tak ingat.
masuk je kota bahru, aku dok toleh kiri kanan
seronok tgk signboard ade 2versi tulisan
cantik!
bangunan dia..pun cantik.
bank islam kat kelantan cantik
maybank kat kelantan cantik
yg dlm pembinaan skang, bazaar tok guru..pun nampak cantik!!
apa sahaja building yg ade di kelantan, mesti ada ukiran2 ciri keislaman
sape kate kelantan tak maju????

aku seronok tgk budak2 muda meniaga kat wakaf che' yeh
aku seronok tgk kaum2 wanita berniaga di wakaf che' yeh
aku seronok tgk anak2 diorang tlg meniaga kat wakaf che' yeh
bukan kat wakaf che yeh aje
kat gerai2 tepi jalan pun sama.
aku tgk dari mak, makcik, kakak sama2 keje
dan dari segi makanan nye..aku rase tak susah lah nak masuk
sbb kat mana2 pun dh biasa makan nasi kerabu
goreng2 dia pun sodap
cuma aku tak sempat pegi rantau panjang dgn pasar siti khatijah
sbb masa packed sgt..byk program2 lain.
insyaAllah nanti2 boleh lagi melihat2.

org kalau pegi kelantan mesti cerita shopping
tapi entah kenapa bila aku nak balik
aku tak rindu shopping sgt pun
aku mungkin akan rindu kat tgk building dia
signboard dia
billboard dia
kat mana2 ade aje org berniaga
dan kat ceruk mana pun ade aje org pegi
dan yg paling aku bangga
rumah2 yg besar tak masuk akal tuh semua org Melayu Islam

tetapiiiii
ade satu yg aku kurang sanggup
perjalanan nya amatlahhhh mencabar
baik pergi, mahupun balik
pergi kami ikut gerik, balik ikut cameron.
fuhhhh.
mmg mesti menjadi pemandu yg sabar
kalau ikutkan sgt hati, risau2 padah yg menunggu
patutlah ramai org kelantan bising bila nak buat highway
skang aku dh paham ehe

pegi kelantan kalau tak bawak duit byk pun takpe
bawak duit makan, minyak, then membeli2 dlm rm300 pun cukup dh cukup
setakat beli souvenir utk family dan kawan
dan jalan2lah sepuasnye, dan juga makan ngeee

kepala masih melayang2 teringat billboard2 kat kelantan
love it!!


:: nun wau ro wau lam, sin alif lam wau nun

;p

Tuesday, November 16, 2010

menjadi wanita

jumaat lepas sepupu aku kawen(lelaki)

takde istilah sepupu rapat atau tak sbb kitorang sepupu2 nih mmg giler punye rapat, org tgk mcm adik beradik dah.
dia umur atas aku setahun, yakni 27.

so lepas dia selamat nikah kat masjid lepas solat asar, kitorang balik umah dia.
lepak2..borak2..tgk hantaran mane yg tak setel lagik.
dan aku duduk di kalangan makcik2 sbb sepupu ramai tak balik sbb nak balik waktu kenduri belah kitorang.
disebabkan ade brg yg tak cukup..aku pun keluar dgn sepupu aku nih yakni suami org. hehe.
keluar aje lah..beli brg bagai(takde bagai mana pun..takat selotape dgn tudung haha)
gile rancak borak.
pastu nak isi minyak.
aku duduk di sebelah pemandu.
bila nak isi minyak, kompem lah pemandu yg turun.

mase aku sorang2 dlm kete, aku berpikir.
'hm..mcm ni perasaan menjadi wanita rupanya'
perasaan duduk jek dlm kete, org pegi isi minyak dan bayar minyak.
(oh ya..aku dh biasa jadi drebar, kalau tak jadi drebar pun aku akan turun utk isi minyak or bayar minyak bile time isi minyak)
so mase tu aku ade satu feeling.
berat tanggungan seorang lelaki.
menanggung wanita. dan diri dia juga.
tapi wanita. hanya menanggung diri sendiri.
si suami hanya utk di jaga, bukan ditanggung.
ini hanya ayat mudah lah.
kalau nak dipanjangkan lagik, hm..biar lah paham sendiri aja eh.

kalau di tempat wanita..seronok lah sbb semua suami buat.
semudah isi minyak, semudah isi angin tayar.
sbb tuh dah ditentukan tugas2 wanita sebagai isteri
yg paling mustahak, menjaga aib suami.
nampak mudah, tapi susah sebenarnye.
kdg2..niat nak bercerita, tapi rupanya kita terbukak aib suami.
ini lah yg kita katakan ilmu2 rumahtangga eh.

errr makin byk story, makin menakutkan ye.
peringatan utk aku nih.

ape yg aku rasa, jgn bosan mencari ilmu Nya.
sebagai isteri, boleh share dgn suami.
walaupun dah bersatu dgn suami, still ada ruang utk improve.
dan mcm aku dan seangkatan, nak yg baik..belajar lah supaya jadi baik.


:: ayam masak merah done!


;p

here we go

esok raya haji a.k.a raya qurban.

hari ni aku tak keje. masak.
ya..masak dan aku bukanlah pasangan yg serasi tapi perempuan dan masak kan ke sinonim kan so ape ade hal. rasa tu belakang cite..yg penting, menyumbang tenaga dan akan singkatkan masa proses kerja2 org lain masak kat dapur. ape lah sgt kalau takat goreng ayam, potong2 tu kan.
tapi kalau tanya aku masak lomak, rendang...err air tgn ibu kan ker lebih enak kehkeh.

seminggu aku tak bukak blog. kepala dh jadi biul.
sbb penat. sbb letih. smalam nyaris demam.
org parit kata 'dedor', org putih kata 'the door' haha.
tapi alhamdulillah lepas dh telan air masak byk2..berjaya lah menstabilkan suhu badan.

dlm seminggu, dh mcm2 bende dlm pale nih aku nk update kat blog. tapi now bila aku dok depan nih, aku dh lupe.
ini warm up nama dia.

ini minggu pertama kebizian aku.
every weekend aku ade keje kawen atau pun pegi menghantar org kawen.
this weekend hantar pegi kelantan. hehe yeaaahh kelantannnn. last pegi kelantan sekolah rendah. hoho.
dan minggu2 seterusnya pun aku bakal ke sana dan ke mari kecuali 1st week of december.
now baru 1st week aku dh rasa mcm melepek dah..huih kene amik minuman bertenaga nih.


ok. aku still blur.

cerita psl diri sendiri yg tak menarik pun.


bye.


:: mari pegi buat ayam masak merah. hoyeah!!

Friday, November 5, 2010

jadilah kuat

"Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan." (Riwayat Muslim)


:: teringat sorang kawan, dia banyak baca hadis. aku tgh menambah2 bacaan. ngee..



;D

a g a i n

yes.

kesimpulan yg pasti dan jelas.

CDM Bank Islam dan aku mmg bukan satu pasangan yg cocok.

mungkin aku akan isytihar perang.


hishhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


:: jgn lah block aku...........


;(

Wednesday, November 3, 2010

begitu benarkah sedih itu?

aku benci dgn kesedihan
aku benci dgn kedukaan

aku benci dgn org yg tenggelam dgn sedih dan duka
ape lagi bila sedih dan duka itu melibatkan luka
luka yg tak pernah sembuh
luka yg tak mahu jadi parut
darahnya tak henti2

kalau org sedih atau duka, aku suruh baca La Tahzan
kalau org meratapi kelukaan, aku suruh baca ayat suci Allah

dan akan buat aku lebih benci
bila semua itu berpunca dgn manusia berlainan jantina
tidak kira lah perempuan atau lelaki
sbb aku yakin, ada saja lelaki yg 'frust habis' sbb perempuan

tak patut rasanya aku bila aku benci mereka
sbb itu hal perasaan. itu hal dalaman.
tidak aku faham apa rasa mereka selagi belum aku ada di situ
tapi rasa hilang itu, serasa aku, sama sahaja
tidak kira siapa yg kita hilang.

ya, aku benci mereka sbb aku pernah begitu
tenggelam dan hanyut.
aku berfikir, itu lah 'hilang' yang tidak tertanggung dek aku

dan tuhan itu adil. Dia Maha Adil.
Dia mahu aku tahu apa itu 'hilang'
Dia mahu aku fhm apa erti 'pergi'
Dia mahu aku kenal hati aku, jiwa aku, juga iman.
dlm sekelip mata, aku tidak berbapa lagi.
bapa aku diambil semula oleh tuhan.
bapa aku cuma dipinjamkan utk aku selama 25thn setengah.
pagi pertama aku bangun tidur tanpa bapa,
aku benar kenal bagaimana perasaan 'tak mahu hidup'
aku merasa berat jiwa yg tertanggung
aku pernah berperasaan bagaimana tak mahu 'menerima dunia'
mujur tuhan masih ingatkan aku tentang iman
iman aku yg senipis ini. betapa kecil ketika itu aku rasa.
itu benar benar yang aku tahu 'hilang'.

itu kisah aku.

ini kisah dia.
aku tidak kenal dia.
mungkin baru mahu mengenal2
entah mcmana boleh aku ter'kenal' dia.
ya, aku sekadar kenal dia dari tulisannya.
dan kian hari aku kenal dia, makin aku tertanya2.
apa begitu parahkah 'sakit' yang pernah dia rasa?
yang sakit itu..'lukanya', 'parutnya' atau 'hilangnya'?
aku bukanlah org yg mahu menyelam hati org yg tidak aku kenal
tapi kala aku membaca dia bercerita dgn hati, aku tercuit
dan setiap kali itu aku terdetik 'bagaimana agaknya sakit dia ni?'

ya. benar. aku mmg tidak kenal.
aku mmg tidak tahu apa yg dia lalui.
aku juga tak layak utk menilai dia hanya dari tulisan dia
aku juga tak patut kata yg aku benci dia
dan ya, rasa ingin tahu itu ada.
tapi hanya setakat di situ, tidak melebih2.

kalau dpt aku sampaikan pada dia.
tuhan tak jadikan hari ini kalau utk kita memandang semalam.
org putih kata, past is past. and learn.
jgn sampai nanti kita lupa apa jadi hari ini sbb asyik mengingat semalam.
dan Allah itu sebenarnya syg pada kita
sbb itu dia dtgkan semua ujian ini
bukan semua org merasa hilang, sakit, perit ini
nanti kita dah imun dgn 'sakit' ini, kita jadi lebih kuat
'let go' yg selalu kita ucapkan, hanya kita yg tahu
jgn hanya sebutkan saja, ajar lah hati itu
hati itu boleh diajar.
ajar dia utk melepaskan.
saat kita mengingat semalam,
lantas kita tersenyum dan bukan menangis lagi
ya, itu baru benar melepaskan.
semoga engkau kuat.
bukan kuat menahan atau menanggung
tetapi kuat melontar, melangkah lantas berlari.


:: aku senyum. org putih juga kata; what doesnt kill u, will make u stronger.


;D

Tuesday, November 2, 2010

kekeliruan perasaan

aku penah baca dan jugak dengar tentang satu 'tipikal situasi'.
quote nya lebih kurang bunyi mcm ni;


kalau semua benda yg ade kat keliling kita tak betul, it is not about the surrounding yang tak betul..it could be kita yg something wrong.


lebih kurang mcm tu lah bunyi quote dia.
aku mmg tak lah elok sgt, dan aku sedar itu.
dan aku juga mengalu2kan segala teguran dan tunjuk ajar dr sapa2 pun.

aku jugak mengajar diri aku utk terima ape sahaja bentuk 'kekurangan' yg ada sekeliling aku. tak kira lah dari segi 'kekurangan' budi bahasa, toleransi, etika kerja, etika melayan pelanggan, etika melayan kaum keluarga dan sebagainya.
tapi ade satu benda yg ade pada aku, dan ada pada semua org juga.
yang mana, ada masa2nya aku takleh nak 'ajar' atau kawal lagi.
itu yg aku panggil perasaan.


aku taktau ape yg aku sedang alami skang nih adelah bersabar atau menahan amarah.



:: ya..mmg susah nak confess kat diri sendiri yg diri sendiri byk kene dibetulkan. tapi ape ade hal, habis kuat pun malu a.k.a segan dgn diri sendiri dan tuhan je. dan yg paling best, setan mmg menangissss ahhh.


;p