Friday, November 14, 2014

jalan-jalan cari apa?

jalan ini. jalan aku.

ukhwah. brotherhood. sisterhood.
sama saja semuanya.
belum pernah aku tulis seperti ini di sini. kerana, pada aku ini bukan pakarnya aku. kerana pada aku, aku masih jahil. kerana pada aku, aku tak layak bicara tentang dakwah. tapi aku tercetus dengan beberapa perkara kebelakangan ini. juga aku tercetus dengan kembalinya Adam Warrenth kepada Islam setelah dia mengembara mencari cinta. Subhanallah MasyaAllah Astaghfirullah.

mereka yang mengenali aku, mereka tahu siapa aku 4tahun yang sudah.
dulu, aku fikir apabila aku bernekad untuk menutup aurat, semuanya akan baik-baik saja. rupa-rupanya tidak. ia bukan sekadar meletak kain di atas kepala dan berbaju lengan panjang. aku teruskan pencarian. dan sungguh. sungguh! sungguh Allah itu Ya Rahim. Dia amatlah sayangkan aku. takdir Allah, aku berusrah. aku rasa, yes this is it! i am complete. aku nak jadi baik dan bila usrah mestilah boleh jadi baik, kan? tapi rupanya, tidak. baik itu tak terhenti di situ. persoalan semakin menghujani aku. kejahilan aku makin terserlah. aku seperti si bodoh. ya, aku sememangnya si jahil. setiap kali aku mengenal seorang demi seorang yang berjuang di jalan dakwah, aku makin banyak persoalan. dan buat pertama kalinya, aku menjadi benar faham apa itu ukhwah fillah. setiap sentuhan, setiap pelukan, setiap pertemuan seakan punya kuasa bateri yang akan masuk dalam diri aku. masuk yang betul-betul, kau boleh rasa satu rasa yang menyerap dalam diri kau.

aku jadi tertanya, siapa mereka? kenapa mereka di sini(jalan dakwah)? apa yang mengikat mereka di jalan ini? kenapa mereka sangat murni? Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa. this is so weird. pelik. aneh. macamana mereka boleh sentuh hati kau hanya pada pertemuan pertama? macamana kau boleh menangis esak-esak mahu berpisah walau kau tak tahu pun dia asal dari mana? pelik. kan? magic? yes?
dan selepas itu aku makin bingung. aku makin mempersoal sendiri-sendiri. aku sukar nak terima hakikat yang itu, yang aku rasa itu, adalah ikhlas. aku mengambil sedikit masa untuk cerna yang begitu ramai rupanya mereka yang ikhlas. yes. only a heart can touch a heart. itu yang sering murobbi aku ungkapkan. and she is sooo true.
aku pernah katakan pada diri aku. aku cuma mahu usrah, aku bukan mahu jadi pendakwah.
errrr..tapi itu bukan pilihan kan?

aku tak tahu kalau orang lain ada segala persoalan yang aku pernah ada.
tentang mengapa, apa, siapa, kenapa????
aku cuma boleh katakan begini, bila kau mahu sesuatu yang kau tahu baik untuk diri kau, kau kena yakin yang Allah akan beri tapi mengikut jenisnya engkau.
perjalanan kita sama. halangan kita berbeza. kekuatan kita tak sama.
dan, kini aku menjadi faham tentang ukhwah, dakwah dan tarbiyah. aku. kau. mereka. kita satu menuju Dia Yang Satu. jalan ini memang tak mudah. tapi, jalan ini amatlah indah. aku jadi kenal tentang cinta. aku faham tentang juang. aku di sini. atas jalan ini. insyaAllah.

aku dapat sesuatu hari ini. bunyinya lebih kurang begini. nak jadi baik? taktahu macam mana? just do it. buat aja. make the move.

 trust me. you won't regret.

 jom jalan-jalan tingkatkan iman?

Tuesday, November 4, 2014

mana, mana?

selalu
bila aku di atas katil
dan mengantuk belum menjemput
dan malas bukak lampu dan ambil buku untuk dibaca
aku akan buka entry-entry lama blog aku sendiri.

dan ada ketikanya
tindakbalas aku seperti..huuh?? akukah?
aku semakin hilang frasa untuk melepas rasa
aku makin apa ya?
nampak?
aku tandus kata
aku statik
urgh!

baru-baru ini ada seseorang dari masa silamku berjaya menjejak aku
ok, bukan seorang.
ada beberapa orang.
dan aku seperti si bingung,
tertanya sendiri, mengapa mereka menjejak aku?
aku ini bukan siapa-siapa kan?
atau aku sudah lupa aku siapa?

engkau. Nurul.
kalau-kalau kau sudah lupa.
atau kau mahu cuba kenal dengan dia?

Saturday, November 1, 2014

menjadi celik

aku memang jenisnya yang gemar bermusafir
kata orang sekarang-sekarang, travel
tapi,
keadaan semasa menjadikan aku terlalu sibuk dengan entah apa urusan dunia sehingga aku sudah lupa erti sebenar musafir itu sendiri
aku ke sana ke mari hanya dengan urusan diri
dan kemanisan musafir itu sudah makin menipis.
dulu-dulu,
zaman aku belasan tahun
aku suka ke sana ke mari
dan jumpa orang begitu begini
di mana-mana boleh jumpa siapa-siapa dan berborak apa-apa dan mesra sahaja walau hanya berbalas senyum

aku sedang dalam gerabak keretapi menuju ke Perak,
aku terlepas ETS jam 9 dan kini dalam keretapi biasa.
ada hikmah yg Allah sedia untuk aku sebenarnya.
ada si buta yang bermusafir sendiri,
yang dari tadi mencuri perhatian aku.
dan benar kata orang, mereka buta mata tetapi celik hati.
tiap kali perhatian aku lama pada dia, dia akan menoleh seolah tahu aku yang tak ada kerja ni sedang bekerja memerhati gerak lakunya
aku tertanya,
ke mana agaknya destinasinya?
tak apakah dia bermusafir sendirian?
apa agaknya cerita hidup dia?

aku menjadi faham
dalam pada aku mempersoal pemimpin yang tidak turun melihat rakyat marhaen yang semput-semput menyambung hidup,
aku sendiri sebenarnya sudah lupa memandang, memusing kepala melihat keliling.
aku lupa memaham jerih perih turun naik bas, menaiki keretapi tambang murah.

aku tahu tak siapa faham apa dan apa
tak apa, aku faham.

aku belajar menjadi celik.
dan aku mahu terus belajar.