Sunday, August 14, 2011

tak ape ape.

13tahun lepas, bila opah meninggal aku sgt takut kalau2 kami sedara mara sepupu sepapat dah tak rapat lagik. dah tak berkumpul raya lagi, dah taknak bermesra sesama kami lagi. sebab opah yg selalunya berkeras nak anak cucu dia semua beraya kat rumah dia. bunyinya agak selfish tapi disebabkan itu lah kami semua rapat mcm adik beradik. rupa2nya sangkaan aku salah.
alhamdulillah kami masih berkumpul, bersama, bermesra.

sehingga tahun lepas pun masih baik2 aje. hingga kenduri ayeh kawen bulan 2 lepas pun semua ada. masa apak meninggal tahun lepas pun semuaaa balik termasuk abg onn yg kat dungun, t'ganu. alhamdulillah.

hm

bulan2 puasa nih..aku agak emo. entah lah.
agaknya kebiasaan yg sudah dibiasakan selama 26thn tiba2 nak kena tukar.
sedara ramai tak balik raya. family terbesar yg biasa balik raya pulak dengar2 nak raya kl je. mak pulak ajak raya pertama di johor. tipu kalau aku kata aku tak terasa apa2. sedih.
bukan aku taknak balik johor, sama aje sedara belah mak atau apak.
tapi disebabkan rumah aku nih rumah tua(rumah pusaka), aku sangat berharap sedara mara akan sibuk2 nak balik raya tahun nih mcm selalu. tiba2 semua jadi lain. sgt lain. susah nak terima semua ni. walau pun nampak mcm kecik punya hal tapi aku memang takleh tipu yg aku sedih.

mungkin apa yg aku risaukan 13thn yg lepas, sebenarnya terjadi bila apak yang takde. bila adik beradik lelaki sulung yg takde. bila dah takde org sakit kat kg yg nak dipikirkan utk balik menziarah.

atau mungkin aku yg berlebih2 pikir mcm nih.
aku taktahu nak bercerita kat mana. bercerita dgn emak sekarang tak sama mcm dulu.
nak bercerita dgn abg2..masing2 dah ada komitmen. tinggal lagi adik aku yg sorang dan cik lawyer yg selalu jadi mangsa emo aku.
apa yg aku tulis kali nih bukan nak letak kesalahan pada sesiapa. ini mmg ape yg hati aku rasa. ini adelah ape yg aku simpan sorang2.
tersisih. itu perkataan yg tepat utk aku lemparkan.

tak ape..bukan lah ape sgt setakat berkumpul sedara mara ye tak. ape lah sgt nak merapatkan silaturrahim yg terbina selama nih. bukan penting pun nak pastikan berjumpa semua di pagi aidilfitri. tak ape.
chill la nurul!!!!

1 comment:

nusk said...

huhu aku lak sedih..beb benda camni selalu aku pikir...memang suatu masa situasi ni akan berlaku..apa pun kita kena selalu berusaha untuk keep in touch dengan adik bradik sedara mara sume...insyaAllah hubungan tu tak kan putus walaupun tak selalunya dapat bersama