Semakin usia yang bertambah
Semakin banyak doa yang kita himpun
Dan semakin membukit doa yang kita bisik diam diam dengan tuhan
Semakin banyak doa yang kita himpun
Dan semakin membukit doa yang kita bisik diam diam dengan tuhan
Mungkin
Kerana itu juga
Kita makin jadi faham
Lalu lebih mendekat dengan tuhan
Kerana yang tidak akan mengecawakan
Hanyalah tuhan
Kerana Dia yang paling tahu
Yang paling sayang
Yang paling kasih
Yang paling adil
Walau banyak doa yang kita minta sambil hati sedih pilu
Sambil kunyah rasa pecah jiwa
Kita tetap yakin
Aku ada tuhan
Wahai hati
Kuatlah berpegang pada diri dan tuhan
Wahai diri
Bertahanlah menjaga sangkamu pada tuhan
Tidak tuhan izinkan jika tidak ada baiknya
Wahai jiwa
Tetaplah kau menjadi besar dan bersinar
Kerana kau tak ada pilihan
Selain menjadi manfaat buat umat
2 comments:
Your blog posts are a source of encouragement and motivation.
Thank you for being a beacon of wisdom and a source of inspiration for your readers.
Post a Comment