Bukan kerana hidup ini sedih sentiasa
Bukan juga kerana celaru selalu
Bukan kerana tiada yang gembira
Tapi kerana yang pilu kelat ini
Selalunya tersekat di tekak
Dan keluar melalui hujung pena dan jemari
Dunia baharu ini
Sungguh sungguh baharu untuk aku
Ada ketika aku berharap semuanya beku kaku
Ada ketika aku harap semuanya laju laju
Ada ketika pula aku harap ini semua tak berlaku
Bukan
Aku bukan menolak ketentuan
Cuma aku ini manusia yang terhad pengetahuan
Aku tak mampu tolak rasa naik turun tak ketahuan
Namun aku percaya Tuhan
Yang sudah atur semua
Bukan suka suka
Tetapi diatur dengan cintaNya
No comments:
Post a Comment