Saturday, March 24, 2018

Ikhlas

Memaknai arti satu kata ini
Sulit
Keliru
Bergaduh dalam rasa.

Aku belajar sungguh untuk purnama ke tiga ini
Bergelut dengan satu kata ini
Sehingga aku jatuh lelah.
Keliru, akukah yang sukar menjadi ikhlas?
Atau ikhlaskah mereka?

Dan sebelum penggal pertama ini melabuh,
Aku jadi makin mengerti.

Mencari ikhlas, memang sukar
Mana mungkin mahu dicari semut hitam di atas batu hitam dalam pekat malam?
Perlu apa dicari?
Mahu ditumis menjadi lauk?

Usah cari lagi. Berhenti lah.
Kerana yang perlu belajar ikhlas
Adalah diri kau sendiri.

Jika kau ikhlas,
Tak mungkin kau persoal ikhlas yang lain.
Kerana ikhlas,
Tak membutuh balas.
Tak membutuh penghargaan.
Tak membutuh lambung puji.

Ikhlas.
Cukup hanya kau.
Dan yang lebih tahu, Dia.

*salam hari puisi*

No comments: