Thursday, March 29, 2018

Kuat Di Mana

Apabila melawan bukan lagi kuat kau
Apabila membentak bukan lagi cara kau
Apabila menjerit bukan lagi suara kau

Dan kau.
Menjerit sendiri.
Berdarah di hati.

Diam ini bukan aku menunjuk lemah
Aku cuma tak mahu meluka sesiapa
Aku tak mahu mempersia pahala aku yang sedikit ini

Ujian di atas ujian.
Tunjukkan jalan.
Pandukan hati.
Lapangkan akal ini ya Allah.
Kuatkanlah dengan iman.

Saturday, March 24, 2018

Ikhlas

Memaknai arti satu kata ini
Sulit
Keliru
Bergaduh dalam rasa.

Aku belajar sungguh untuk purnama ke tiga ini
Bergelut dengan satu kata ini
Sehingga aku jatuh lelah.
Keliru, akukah yang sukar menjadi ikhlas?
Atau ikhlaskah mereka?

Dan sebelum penggal pertama ini melabuh,
Aku jadi makin mengerti.

Mencari ikhlas, memang sukar
Mana mungkin mahu dicari semut hitam di atas batu hitam dalam pekat malam?
Perlu apa dicari?
Mahu ditumis menjadi lauk?

Usah cari lagi. Berhenti lah.
Kerana yang perlu belajar ikhlas
Adalah diri kau sendiri.

Jika kau ikhlas,
Tak mungkin kau persoal ikhlas yang lain.
Kerana ikhlas,
Tak membutuh balas.
Tak membutuh penghargaan.
Tak membutuh lambung puji.

Ikhlas.
Cukup hanya kau.
Dan yang lebih tahu, Dia.

*salam hari puisi*