Friday, December 21, 2018

Beri

Memberilah sebanyaknya

Berilah maafmu
Berilah tulusmu
Berilah kasihmu

Kerana,
Yang memberi takkan pernah kecewa
Yang memberi takkan pernah hina

Kerana
Kita beri kerana Dia
Bukan manusia
Bukan mahu dipuja

Dan lebih manis lagi,
Berilah doamu pada mereka semua.

Wednesday, November 28, 2018

Apa?

Aku sedar aku lemah
Dengan bahasa, aku kalah
Dengan suara, aku mengalah
Aku rela dikata pesalah

Tidak.
Aku bukan menunjuk diri malaikat
Kerana aku hanya orang biasa biasa
Bukan.
Bukan mengada ngada kononnya biasa-biasa tapi perasan luar biasa

Jika boleh aku undur waktu
Aku mahu kembali ke gua nya aku
Tiada siapa mengganggu
Aku boleh bahagia dengan caranya aku

Apa?
Apa aku mengganggu kamu dengan cara aku?
Dan apa yang buat kau terganggu?

Aku tak akan ganggu bahagianya kau
Aku tak akan halang berjayanya kau
Aku akan gembira dengan kejayaan kau

Pergilah berjaya
Pergilah bahagia
Lupakan aku ini yang biasa biasa

Friday, June 22, 2018

Beku

Jiwa beku ini sejuk
Lantas menjadikan aku sakit

Kerana beku ini keras sifatnya
Dan entah bila dapat dilembut

Tuesday, May 29, 2018

Menjadi Siapa

Menjadi aku itu
Sulit

Kau berperang dengan manusia
Kau jadi letih dengan mata mereka

Apa
Sudah tidak ada
Yang mahu sekadar
Beri ruang
Beri masa
Untuk sesiapa
Menjadi aku nya mereka

Kerana dengan menjadi aku
Aku tidak perlu membukti kepada sesiapa
Aku tidak perlu menanya keizinan siapa siapa
Aku cukup sekadar diam
Dan menjadi aku

Sunday, May 13, 2018

Jangan

Kenapa
Dengan tiba tiba
Kau timbul tunjuk diri?

Mahu apa?
Mahu apaaa kauuu?

Ya, kau belum aku hapus habis
Masih ada memori yang aku simpan
Sekadar memori
Dan bukan untuk kau datang kembali
Bukan.

Dan untuk apa sebab sekalipun kau timbul
Kau dah ganggu tenteram aku

Aku tak suka menanya diri dengan kenapa
Tapi aku memang sungguh benar
Kali ini mahu
Menjerit pada kau
KENAPAAAAAA

Pergilah sana
Bahagialah baik baik
Usah usik jentik aku

Thursday, March 29, 2018

Kuat Di Mana

Apabila melawan bukan lagi kuat kau
Apabila membentak bukan lagi cara kau
Apabila menjerit bukan lagi suara kau

Dan kau.
Menjerit sendiri.
Berdarah di hati.

Diam ini bukan aku menunjuk lemah
Aku cuma tak mahu meluka sesiapa
Aku tak mahu mempersia pahala aku yang sedikit ini

Ujian di atas ujian.
Tunjukkan jalan.
Pandukan hati.
Lapangkan akal ini ya Allah.
Kuatkanlah dengan iman.

Saturday, March 24, 2018

Ikhlas

Memaknai arti satu kata ini
Sulit
Keliru
Bergaduh dalam rasa.

Aku belajar sungguh untuk purnama ke tiga ini
Bergelut dengan satu kata ini
Sehingga aku jatuh lelah.
Keliru, akukah yang sukar menjadi ikhlas?
Atau ikhlaskah mereka?

Dan sebelum penggal pertama ini melabuh,
Aku jadi makin mengerti.

Mencari ikhlas, memang sukar
Mana mungkin mahu dicari semut hitam di atas batu hitam dalam pekat malam?
Perlu apa dicari?
Mahu ditumis menjadi lauk?

Usah cari lagi. Berhenti lah.
Kerana yang perlu belajar ikhlas
Adalah diri kau sendiri.

Jika kau ikhlas,
Tak mungkin kau persoal ikhlas yang lain.
Kerana ikhlas,
Tak membutuh balas.
Tak membutuh penghargaan.
Tak membutuh lambung puji.

Ikhlas.
Cukup hanya kau.
Dan yang lebih tahu, Dia.

*salam hari puisi*

Tuesday, January 16, 2018

Penting diri

Bagaimana
Dengan dunia yang sudah jelas nyata
Aku kau dia mereka hidup sama sama
Dan aku perlu jadi penting diri?

Bahagia orang lain tidak penting?
Susah orang lain biar saja?
Gusar getir orang lain?

Sememangnya, ini fitrah ya?
Menjadi penting diri?

Mudah memuaskan hati sendiri
Tanpa diihsan hati yang lain

Mungkin benar, Nurul
Kau yang sebenarnya zalim
Kau yang sebenarnya penting diri
Kau yang sebenarnya tiada ihsan.

Lesap

Ada ketika
Kita mahu duduk senyap
Kita mahu dalam gelap

Tak mahu bersuara
Tak mahu ditanya tanya
Tak mahu disuka suka

Mungkin hanya aku,
Bukan kita.

Bila sampai rasa penat
Cuma mahu jadi lesap.