Monday, November 9, 2015

Rasa Itu

Satu masa dulu
Rasa itu pernah ada
Pernah hinggap
Pernah berlaku

Serasa macam, baru
Serasa macam, semalam

Rupanya sudah berbatu jauhnya
Masa itu berlaku dan berlalu

Rindu
Rindu rasa itu
Rindu
Rindu

Sudah Nurul, sudah
Simpan rindu itu kemas kemas
Lipat cantik cantik dan simpan
Sampai masanya, keluarkan.

Allah mendengar dan tahu
Jangan kau layu dan sayu

Sunday, March 8, 2015

Harapan

Pernah aku bilang pada sorang teman
Lama dulu, bertahun lamanya
Kata aku,
'Usah letak harapan, kelak kau akan kecewa. Kalau kau senyum dan kau harap akan dibalas dengan senyum tapi kau disambut dengan muncung, hati kau bengkak dan ikhlas senyum kau tadi turut terbang hilang'

Ini harinya,
Untuk aku melepaskan harapan
Pergilah kau terbang mencari hati yang baru
Bungakanlah hati yang lain
Kerana aku tidak cukup teguh
Untuk memegang harapan
Dan aku khuatir
Kalau ikhlas aku sudah hilang nilai nanti

Benar, harapan itu bisa membunuh impian
Walau sebenarnya harapan juga boleh membenihkan impian
Yang paling mendukakan
Apabila harapan yang mulanya benih, tiba-tiba berubah menjadi racun.

Turunlah hujan,
Aku mahu racun ini tawar dan mengalir pergi bersama hujan
Impian ini aku simpan dalam,
Dan akan aku keluarkan nanti.
Bersama dengan baja yang akan menyuburkan.

Wednesday, February 25, 2015

Aneh

Aneh
Hati kau boleh jadi kembang
Boleh jadi kacau bilau
Boleh jadi kencang
Boleh jadi tak tenteram
Boleh jadi gusar resah

Sampaikan kau rasa
Macam mana kalau hati berterusan begini?
Macam mana kalau kau tak tenang-tenang?
Macam mana kalau hati kau pecah berderai?
Dan kau berkalau-kalau sampai entah bila

Dan kemudian
Dengan tiba-tiba
Kau jadi tenang
Damai
Lapang
Nyaman
Aneh, bukan?

Resah gundah sudah kuserah pada Dia
Dia, Pemegang Hati
Lalu aku dibalas dengan tenang
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Pandu aku. Tunjukkan aku.

Thursday, February 12, 2015

Kenyataan

Mengetahui yang nyata itu menyenangkan
Mendengar yang nyata itu ringan
Menyatakan yang nyata itu, mudah
Tapi yang satu ini tidak
Mendepani yang nyata.

Sukar.
Berat.
Gusar.

Benar itu memeritkan
Nyata itu pula memedihkan

Dan yang lebih nyata lagi
Nyata sememangnya tak dapat dipermudah-mudah
Nyata itu sifatnya memang tak dijangka
Sebelum menyatakan yang nyata
Sebaiknya kau teguhkan dulu
Kekuatan kau sendiri bila kau mendepani si nyata

Selam nun ke dasar jiwa
Periksa kekuatan jiwa kau
Kalau memangnya rapuh
Kau carikanlah ubat kuatnya.

Tuesday, February 3, 2015

menata hati

tidak dapat melelapkan mata pada jam 2pagi menyebabkan aku membaca semula kisah-kisah hidup aku di sini. ehek.

aku nampak yang aku makin kurang bercerita tentang hati aku
tak ada lagi kata-kata penuh emosi aku
tak ternampak lagi puitis kata yang aku lontar

bukan.
aku bukan sengaja
bukan saja-elak-cerita-pasal-hati-jiwa
tapi aku tak sempat
aku tak sempat nak luang masa melayan hati aku
kerana Allah beri aku hati-hati orang lain untuk aku luangkan masa
yang di mana, aku belajar dari hati orang-orang lain

tahun ini aku mulakan dengan hati lapang
juga beberapa susunan perihal hidup dan hati
aku cuma mampu menyusun
yang pencaturnya Dia.

aku memang tak mampu harapkan apa-apa
aku cuma harapkan berita-berita tahun ini akan jadi yang baik-baik saja
untuk aku, dan kita.

Monday, January 12, 2015

hati-hati, hati

kata Quran, hati ini seketul daging
kata buku, hati ini seketul darah
kata orang-orang, hati ini amat sukar difahami
apatah lagi mahu dikawal begitu begini

ada masa kau rasakan hati kau sudah lurus,
tapi rupanya sudah salah masuk simpang
ada masa kau rasakan kau memandu hati dengan cermat,
tapi rupanya tanpa sedar kau melanggar lopak dan tersimbah ke pejalan kaki

benar.
dalam perjalanan memandu hati sendiri ini,
kadang kita tak nampak hati-hati lain yang telah kita langgar saja tanpa rasa
mana hati kita? mana?
mana?

makin sukar rupanya perjalanan hati ini.
makin lama kita cuba memandu hati,
rupa-rupanya lebih lagi perlu cermatnya.
kerana hati yang salah simpang sering saja berkawan dengan lidah yang mudah sungguh gelincir mencedera hati lain.

kau kena ingat pada Si Pemegang Hati,
jangan kau mudah-mudah rasa besar hati,
jangan kau mudah-mudah meremuk hati lain,
kerana kau tiada kuasa,
kau bukan hakim.
kau hanya hamba.