It is hurt
Sakit
Perit
Aku tak pernah mimpi ini akan terjadi
Aku tak pernah ada kerisauan pun tentang kemungkinan ini
Tapi ini kenyataan yang jelas
Dia mahu menjadi pelengkap kepada tulang rusuk yang lain?
Terlebih-lebih benarkah tulang rusuknya?
Tidak cukupkah menjadi 'Adam' untuk 'si Hawa' yang satu ini?
Enak sungguhkah gomolan cinta baru si putih gebu?
Lupakah pada janin yang baru mahu mendapat roh itu?
Tidak luluhkah hati menyaksi si Hawa mengendong si kecil yang sedang seronok mendapat kaki?
Lembutkan hati dia ya Allah.
Kuatkan jiwa Hawa.
Peliharalah si janin semoga mendapat simpati sang bapa.
Redakanlah amarahku ini ya Rabb.
Wednesday, May 30, 2012
sakit tahu!
Sunday, May 27, 2012
pergi mencari tenang
Tiada kata menggambar rasa
Tiada gambar mentafsir bicara
Ini tenang
Ini damai
Mata disejuk alam
Jiwa ditenang sepoi angin
Tubuh didingin air gunung
Tenang ini damai
Akan aku sapa kamu lagi
Di lain hari, Papan.
Friday, May 25, 2012
talk?
Aku pernah baca dan dengar;
'They talk but they didn't communicate'
ENAM butir je perkataan ni tapi makan dalam, ya 'bagi mereka yang mahu berfikir' << berkali-kali Allah sebut dalam Al-Quran.
Aku pernah suarakan kepada seseorang yang aku boleh talk and communicate;
'Kenapa kita tak boleh borak macam ni dengan orang-orang lain eh?' dan persoalan itu tiada jawapannya sebab kami juga tak tahu jawapannya apa.
Aku mungkin menjadi sedikit pendiam lately. Bukan kerana menyombong, bukan juga kerana menjauh diri. Aku cuma penat. Aku mahu otak aku pula yang bekerja, bukan hanya mulut dan hati yang bergerak seiring.
Dan sejak-sejak otak bekerja lebih dari selalu, banyak pula yang mata aku menjadi saksi lantas hati pulak yang menangis.
Tiada apa pun yang akan berakhir. Mulut mungkin kurang mengeluarkan bunyi, tetapi hati sering pula menangis dan otak semakin banyak pula soalnya.
Mungkin ini juga menjadi petanda untuk aku yang mula communicate with people. Mungkin. InsyaAllah.
Satu lagi;
'A true friend is when you meet her, no talks, sit together and you feel better when you leave' lebih kurang macam tu la bunyinya. Silence communication? Maybe.
Saturday, May 12, 2012
kenangan
Aku tersedar
Kenangan
Bila dicungkil-cungkil terasa manis cadbury
Seperti nampak pelangi
Seperti lagu dondang sayang di malam hari
Namun ia tetap juga kenangan
Yang bila dicangkul korek
Terdedah sisi liat lekitnya
Kadang ternampak cacing ulat menunjukkan diri
Yang paling tidak indah
Bila terlihat jasad lama yang hodohnya masih sama
Detik ini
Aku memegang berus
Untuk aku cipta kenangan untuk esok
InsyaAllah
Friday, May 11, 2012
KAMPUNG
'Cantik baju dia, tak la macam kampung..'
'Woi, make up ko nampak kampung la.'
'Hm, not bad la dia tu tak la kampung sangat.'
'Kampung lah kau ni!'
Entah kenapa lately ni aku kerap betul dengar perkataan ni digunakan secara meluas yakni tivi dan radio.
What is wrong with kampung?
Aku bukan defensive.
Aku bukan anti-bandar.
Aku cuma si kampungan.
Yang sedih.
Bahasa si bangsa Melayu yang kian pincang.
Sunday, May 6, 2012
eksklusif
Mudah betul hidup sekarang, dibuka sana sini. Dicanang semudah 123. Yang semuanya menggunakan tiket 'sharing is caring'?
Hehh.
Aku bukan si gadis sempurna. Bukan yang menjadi damba. Bukan juga yang dipuja-puja. Dan itu menjadikan aku si gadis biasa.
Dua tiga menjak ni mata aku sakit. Melihat berapa ramai yang menjadi hakim. Juga melihat bagaimana hak eksklusif peribadi ditelanjangkan tanpa sempadan. Juga melihat berapa ramai yang teruja dengan telanjangan yang mungkin mengundang bahagia untuk dia.
Heh. Mungkin? Entah.
Sudah tiada lagi 'ambil berat', yang tinggal hanyalah 'ambil tahu'. Dan mereka tidak malu.